February 26, 2011

Sukan ABIM Sg Ramal 2011

Pada 20 Feb 2011 yang lalu berlangsunglah Sukan Tahunan SERI SEMI ABIM Sg Ramal. Tahun ni Luqman dan Maisara masuk sukaneka leret bola manakala Humaira masuk lumba lari 80m.

Acara dimulakan dengan perbarisan masuk padang. Kemudian macam biasalah bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyi lagu negaraku, asmaulhusna dan lagu sekolah. Kemudian ada persembahan padang oleh pasukan beruniform (Puteri Islam, Pengakap dan PBSM). Hmmm... no komen tapi nak komen juga. Rasanya macam tak cukup praktis kot hehhehe... Takpe boleh improve lagi di masa hadapan.

Hmmm... layan gambar lah ye...

Perbarisan masuk padang
Luqman rumah kuning
Humaira Maisara pun rumah kuning
Para penyokong...
Humaira dan Batrisyia... get ready to race
Gaya seorang bakal juara??
Ke garisan... sedia....
Priiiiiittttttt...... go humaira go!!
dengan kawan-kawan..
Maisara beraksi meleret bola..
Aksi Luqman... ala luqman tak tengok sini la...
Aik sempat lagi tu
Sempat lagi buat kerja lain... tekunnya 3 beradik ni...
Dengan pingat masing-masing..
Alhamdulillah... Humaira dapat no. 1, team Luqman pun dapat no. 1. Cuma team maisara dapat no 3 (nasib baik dapat, kalau tak ada yang merajuk sebab yang lain semua bawak balik pingat)..

Tahniah semua! Tahun depan boleh pertahankan kejuaraan....

February 25, 2011

Nat Geo Wild

Luqman: Ayah tahu tak ikan jerung boleh lahirkan berapa ekor anak?
Ayah: errrr....
Luqman: Ikan jerung boleh lahirkan 13 ekor anak....
--------------------------------------------------------

Luqman: Mama, binatang apa yang ada dua kepala?
Mama: errr... mmmm... apa ek? tak tau..
Luqman: Kanggaru! hehhehe.. sebab satu lagi kepala anak dia kat poket dia.. hehheh
Mama: eleh, tak acilah tu kepala anak dia... ok binatang apa yang tanduk dia ada satu?
Maisara: Badak sumbu la..
Maisara: Haa.. binatang apa yang boleh makan ikan jerung?
Mama: hmmmm... mencabarnya soalan ni..
Maisara: Badak sumbu la...
Luqman: Mana boleh... Badak sumbu boleh menyelam dalam air selama 6 minit je.. mana boleh nak masuk dalam laut lama-lama!
Mama: Wah, siap tahu selama 6 minit! mana luqman tahu?
Luqman: Luqman tengok dalam TV la...

-----------------------

Hmmm.... ini penangan NGW (Nat Geo Wild)..  terasa macam dalam iklan Astro pun ada.. Luqman kalau tengok NGW ni, boleh tahan satu hari. Minat betul dia.

February 18, 2011

Sambutan Maulidurrasul Taman Sutera


Jom sama-sama memeriahkan majlis ini! Siapa nak ikut berarak, berkumpul di Padang Tmn Sutera pada pukul 7.45 pagi.

Insya Allah, Pasti Sutera pun akan menghantar pasukan nasyidnya, diketuai oleh adik Imran Haziq. Hopefully semuanya berjalan lancar sebab last minute preparation. Itu pun sekejap jadi sekejap tak jadi... Best of luck for tomorrow!

February 08, 2011

Mineral Water

When you buy a mineral water, do you actually look for blue cap or white cap or green cap? Or you don't even notice the difference between those three?

I am ignorance.

For those who are in the same league as me, let me share..

Blue cap - mineral water
White cap - drinking water, treated tap water
Green cap - mineral water by Spritzer.

For the Spritzer case, they claimed that their cap was already green before government introduce the ruling that all mineral water is to use blue cap. If they switch to blue, who is gonna bear the cost? Well, this is the story that my husband told me.. :).

So next time you buy a 'mineral water', look for blue or green cap! Otherwise, your filtered tap water at home is good enough.



Thanks hubby for the tips (hehhehe... after dah kena sound, "kenapa beli tutup putih???" errrr.... )

February 01, 2011

Sunshine is here

Alhamdulillah hari ni sang matahari telah menampakkan dirinya. Sejak hari ahad yang lalu sang mentari menyembunyikan diri. Apa yang dirisaukan oleh orang-orang seperti saya apabila mentari tak nampak bayangnya? adakah kerana jalan akan jem? atau cuaca menjadi begitu sejuk? Bukan itu, tapi sudah tentunya kerana risaukan baju-baju di ampaian yang tak kering-kering.

Pagi ini cuaca bermula agak baik. Tiada hujan. Namun mentari belum menjanjikan kehadirannya. Saya telah buat keputusan untuk menyidai baju di dalam rumah saja. Dikeringkan di bawah putaran kipas angin berkelajuan tinggi. Tapi menjelang tengahari nampaknya diluar semakin terang. Jadi saya dah pindahkan baju-baju ke luar. Harapnya panas sampai ke petanglah.

Mentari selalu dikaitkan dengan kegembiraan manakala hujan dikaitkan dengan kesedihan. Sebenarnya air hujan itulah rezeki daripada Allah. Daripadanya alam dapat terus hidup subur, kita dapat bekalan air... Well yes, too much rain is not good either. Macam tu lah kita.. bila tak hujan minta hujan, bila dah hujan suruh berhenti.

My heart goes to the flood victims in Johor, Melaka, Pahang and Sabah. Harap bersabar dengan ujian ini. Insya allah ada rahmat di sebaliknya.

My heart also goes to the brothers and sisters in Mesir. Also to all Malaysians there, especially to Husna. Really hope they are fine and Malaysian Government, please please please take them home immediately before the situation gets worse. Negara lain semua dah angkut balik rakyat diorang tapi kita masih nak memantau dan mengkaji keperluan untuk mengangkut mereka balik? takkan nak tunggu red alert kot? by that time, the logistics will become more difficult.

Home alone. And my nose is running. Will be having a good rest today. Kuliah petang ni? hahahah... nasib baik abang confirm balik. Rupanya private kuliah la... Kalau tak, kan kecelik kalau bawak k wa dengan k nora pergi surau tu. hihihihi... ye ye owh je... Takpe, looking forward to the forum maulidurrasul taman sutera this 19th Feb featuring Us Hasrizal, Ustzh Nor Bahiyah and Ahmad Fedtri Yahya.. Glamer-glamer ni... agak-agak ada tv buat coverage lagi tak hehhehehe...

Hmmm... bubur dah masak tu...

January 31, 2011

Kosong

Kupandang kiri.. kosong
Kupandang kanan... kosong
Kutoleh belakang... kosong
Kurenung ke hadapan... kosong

Mana semua orang pergi ni??? Ah sebenarnya saya yang tak sepatutnya berada di sini.. hehhe... Orang semua sambung cuti seminggu untuk 1TM. Tapi kenapa saya tak sambung cuti?

Sebab nak siapkan MAPS (konon.. heheh)
Sebab kalau cuti pun.. suami, anak-anak semua tak cuti... jadi boringlah...

Takpe... esok saya dah mula cuti. Suami dan anak-anak hari khamis baru start cuti. Jadi saya ada dua hari kosong. Belum plan lagi nak buat apa.. Mungkin antaranya ialah menjenguk PASTI, dan cuba menghadiri Kuliah Muslimat di BTHO (Ustaz Hasrizal bagi kuliah). Cadangnya nak ajak K Wa dan K Nora sekali. Adakah berjaya? Bukannya apa, kita ni kalau bab menjaga diri sendiri insya allah tak ada masalah. Tapi bab nak mengajak orang lain kita jadi malu tak tentu pasal... Kenapa agaknya ye? 'Adakah berjaya?' itu bukan dinilai kepada orang lain itu menyahut seruan kita, tapi lebih kepada diri kita sendiri berjaya tak nak membuka mulut untuk mengajak. Kalau seruan disahut itu sudah kira satu bonus! Samalah seperti dakwah kepada bukan Islam. Pernah tak kita approach non muslim, maybe officemate kita sendiri, untuk menceritakan tentang Islam? Oh saya sendiri sebenarnya tak pernah.. huhuhu.. Ya Allah lemahnya imanku...

Cuti Raya Cina nanti Insya allah kami akan bercuti ke Utara. Menziarah K Idah di Alor Setar dan kemudian menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang pertama, Syarah di Bukit Mertajam. Wah, dalam setahun dua lagi boleh lah bergelar nenek... kekekeke...

Hmm.. I need to get back to MAPS...

January 27, 2011

Taman Tun

Sudah lama tidak ke opis di Tmn Tun. Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat mula-mula report duty hehehhe... Tapi banyak juga yang dah berubah berbanding dulu. Yang paling ketara ialah parking space tak lagi mewah macam dulu. Sekarang parking dipenuhi dengan van TM yang melambak-lambak. Maklumlah dah jadi office HSBB.

Namun paling best bila sampai di surau tkt 4. Kususunkan barang-barangku di tepi dinding. Ku terpandang akan sejadah biru kegemaranku. Ia masih di situ. Lalu kucapai dan kulipat kemas, kusisipkan sebagai alas kepalaku. Lalu qailulah lah aku....

Hmmm.. I feel home. Kejutkan aku 10 minit lagi....

January 26, 2011

Sekolah

Saya tahu sudah agak terlewat untuk cerita tentang hari pertama ke sekolah anak-anak. Hmm... dah nak masuk February dah... how time flies...

Tahun ni Imran ke sekolah baru. Raihana mula ke tadika. Hari pertama pagi-pagi lagi dah bersemangat dengan baju baru dan kasut sekolah dan beg sekolah. Tapi Raihana tak dapat baju lagi.. tak ada size. Tapi tetap bersemangat dengan beg barunya..

Namun apabila sampai di sekolah baru, dua-dua hujan. Mula-mula ok je masuk kelas, tiba-tiba Imran tanya..

"Kakak dengan abang tak ada ke?"
"Ooo.. Kakak dengan abang dah pergi sekolah ABIM"

Tiba-tiba terus dia menangis.. Laaa... agaknya dia ingat masih dalam Kem Jaulah Helwah kot. Bila tengok Imran nangis, apalagi raihana pun ikut menangis la... Terbantut mama dengan ayah nak pergi kerja.  Terpaksalah pujuk-pujuk dan duduk sekejap dalam kelas tu dengan Raihana. Si Imran pulak memerap dalam bilik. Ayah pujuk Imran sampai ke dapur. Last-last ajak tengok TV.. ok pulak. So dua orang beradik tu dok tengok TV tak kisah orang lain. Cikgu mengajar kat depan tu! Takpelah.. terkejut agaknya.

Alhamdulillah satu hari je nampak dah boleh adapt. Esoknya bila sampai sekolah menonong je masuk dalam tak toleh belakang pun. Dah happy la tu...

  
 orang lain tengah dengar cikgu afiqah mengajar, dua orang ni sibuk tengok tv. apa-apa jelah...


Kakak dan abang tak ada masalah. Luqman masuk kelas 3 Uthman. Humaira 2 Omar. Maisara 2 Ali. Humaira & Maisara dua-dua dapat jadi Penolong Ketua Kelas.

"Cikgu kata siapa dapat nombor satu kena jadi penolong ketua kelas" kata Humaira.

"Wah, tahniah! Luqman jadi apa?" mama tanya.

"Luqman tak ada jadi apa-apa" balas Luqman

"Cikgu pilih ke atau cikgu tanya siapa nak jadi apa-apa?" mama tanya lagi.

"Kalau ketua dengan penolong cikgu pilih. Kalau ketua keceriaan kelas dengan bendahari cikgu tanya siapa nak jadi" balas Luqman lagi.

"Habis Luqman tak angkat tangan ke? Luqman kan kreatif patut luqman boleh jadi ketua keceriaan kelas.." mama cuba memancing minat.

Luqman baru mula nak berfikir-fikir..

Knowing them, Luqman memang agak kurang suka memikul tanggungjawab walaupun dia anak sulong. Knowing them, Humaira dan Maisara memang suka angkat tangan especially Humaira, berani ke hadapan.

Tahun ini tugas saya sebagai mama bertambah sedikit. Setiap hari ada 7 pasang baju yang perlu disiapkan (tahun lepas 6 pasang). Selalunya seboleh mungkin bila hujung minggu saya cuba siapkan bekalan baju untuk 2-3 hari. Itu yang jadi butik baju sekolah tu.

gambar di atas belum masuk baju raihana lagi 2 pasang dan baju imran lagi sepasang dan baju ayah dan mama.
dan sederet botol air untuk bekalan semua. gambar tak termasuk botol air mama dan ayah.

Cepat betul masa berlalu ye... 

January 25, 2011

Quality Time

Cats in the Cradle

My child arrived just the other day
come to the world in the usual way
but there were planes to catch
and bills to pay
he learned to walk while I was away
he was talking for a minute
and as he grew
he'd say I'm gonna be like you Dad
you know I'm gonna be like you

And the cats in the cradle
and the silver spoon
little boy blue and the
man on the moon
when you comin' home son
I don't know when
we'll get together then
you know we'll have
a good time then

Well my son turned ten
just the other day
he said thanks for the ball Dad
come on let's play
can you teach me to throw
I said not today - I got a lot to do
he said that's o.k.
and he walked away and he
smiled and he said
you know I'm gonna be like him yeah
you know I'm gonna be like him

And the cats in the cradle ...

Well he came from college
just the other day
so much like a man I just had to say
I'm proud of you could you
sit for a while
he shook his head
and he said with a smile
what I'd really like Dad
is to borrow the car keys
see you later can I have them please

And the cats in the cradle ...

I've long since retired
my son's moved away
I called him up just the other day
I'd like to see you if you don't mind
he said
I'd love to Dad
if I could find the time
you see my new job's hassle
and the kids have the flu
but it's sure nice talking to you Dad
it's been sure nice talking to you
and as I hung up the phone
I occured to me
he'd grown up just like me
my boy was just like me

And the cats in the cradle ...

And the cats in the cradle ...

If you remember this song.. A song about a dad who didn't have the time to spend with his kid because of his busy schedule. Suddenly his son has grown up and turned exactly like him - too busy to spend time with his dad. This is what we call 'what goes around comes around'.

We parents nowadays are very busy chasing something that we call materials. If we think about it, on average we only spend time with our kids around 3-4 hours a day! Lucky to those who are teachers - you might have more hours to spare compared to others...

So whatever hours that we have, let's make use of it to the fullest! Play with them, chat with them, sing with them, walk them through their homework and revision, get them to help you fold the laundry with you... whatever that can bond us together...

Let's spend quality time with our kids. Otherwise the time will just pass by and suddenly our kids are all grown up.



January 24, 2011

Without You - Sami Yusuf

Hari ni seharian mendengar album Without You - Sami Yusuf. Album ini agak kontroversi kerana dikatakan diterbitkan tanpa kebenaran Sami Yusuf oleh bekas recording company beliau, Awakening Records. Dikatakan lagu-lagu di dalam album itu masih belum sempurna sepenuhnya (demo tape). Oleh itu beliau dan recording company sekarang ETM International telah melancarkan kempen boikot Awakening di sini http://boycott-awakening.com/.

Album ini telah dibeli oleh suami. Sedap pula bila dengar banyak kali. Tapi boleh dengar dalam Innova je. Bila naik kereta asing tak dapat la dengar. Saya ingatkan lagu-lagu Sami Yusuf dah tak best dah. 1st album Al-Mu'allim memang best. Tapi album kedua My Ummah macam tak best sangat. Sebab tu tak beria-ia nak dapatkan album seterusnya. Tapi bila dah beli, bila dengar banyak kali rasa best pula. Cuma sebelum ni tak tau pula tentang kontroversi album ni. Jadi Sami Yusuf ingatkan para peminat dia jangan beli album Without You ini. Tapi kami dah terbeli nak buat macamana kan.

Dengan sebab itulah juga dalam website boikot awakening tu ada link untuk download semua lagu free saja. Apa lagi.. download je la..... Tak payahlah tunggu naik innova baru nak dengar.

Hari ni saya enjoy lagu-lagu Sami Yusuf yang fake version tu sambil siapkan monthly report...

Hukuman

Ilmu ini saya dapat semasa menghadiri Program Untuk Mu Wanita (UMi) a.k.a kuliah muslimat di Surau Taman Sutera pada 23 Jan 2011 yang lalu.

Cara-cara menghukum anak

1. Jangan pukul di bahagian muka. Kerana di muka itulah terletaknya ego seseorang. Jika kita tampar muka anak kita, bukan sahaja muka yang sakit tapi hati juga sakit dan boleh membawa kepada dendam. Kemungkinan akan menjadi lebih nakal/jahat.

2. Jangan pukul di bahagian belakang kerana belakang itu permukaannya luas. Yang merotan akan berasa puas dan seronok merotan. Jadi merotan itu boleh didorong oleh nafsu.

3. Anak-anak perempuan, jangan rotan di belakang betis. Kerana saraf di situ ada bersangkut paut dengan anggota peranakan.

4. Yang diajar Rasulullah ialah merotan di tapak kaki. Kerana saraf di tapak kaki itu bersangkut paut dengan otak. Oleh itu ia boleh merangsang otak. Lagipun tapak kaki kulitnya tebal.

Yang penting, hukuman adalah untuk MENDIDIK, bukan untuk melepas kemarahan. Kalau dalam keadaan kita marah, tentu kita nak rotan sekuat-kuat hati. Sekiranya dalam keadaan begitu, kita tidak lagi bertindak berdasarkan ilmu tetapi kita menghukum dengan dikawal oleh nafsu amarah dan syaitan. Maka kesannya kepada anak kita adalah menjadi lebih buruk.

Namun, seboleh mungkin, kalau anak kita buat sesuatu yang tak baik, cubalah slow talk dulu. Mungkin kalau sudah tidak terkawal barulah ambil tindakan yang sepatutnya. Kalau setakat anak-anak 5-6 tahun yang nakal-nakal tu jangan la senang sangat nak menghayun rotan. Mereka sebenarnya bukan nakal tapi ACTIVE!

Guidelines ini saya rasa juga sangat relevan kepada guru-guru. Samaada guru sekolah rendah, menengah apatah lagi guru-guru tadika. Kawal kemarahan anda... Sesungguhnya orang yang paling kuat ialah orang yang dapat mengawal marahnya.

Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Syakirin atas pengisian yang bermanfaat tempohari. Terima kasih kepada ummi-ummi dan juga bakal-bakal ummi yang dapat hadir ke program kita. Walaupun makluman tempohari agak terlewat sedikit namun rasanya kehadiran tu adalah dalam 30 orang macam tu. Alhamdulillah..

Semoga kita diberikan kelapangan untuk terus menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini lagi di masa akan datang...

January 21, 2011

Jodoh

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah.

Adik saya yang bongsu ini setakat ini agak liat jodohnya. Umurnya sudah menjangkau 28 tahun namun bayang-bayang jodohnya masih samar-samar. Ramai yang sukakan dia tapi dia tak sukakan mereka. Ada yang dia suka tapi yang itu tak dapat pula.

Alhamdulillah saya tidak pernah merasa pengalaman 'tak jadi' dan sebagainya. Seorang saja yang saya pernah suka dan dialah yang jadi suami saya sekarang. Maka saya tak perlu merasa keperitan putus cinta seperti sebahagian orang yang lain. Alhamdulillah itu pun rezeki masing-masing.

Sabarlah Ima, Insya allah, Allah sediakan yang lebih baik untuk Ima nanti. Jangan putus berdoa. Dan jangan lupa, untuk dapat suami yang baik, kita pun kena jadi baik. Jadi teruskan berdoa dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan solehah. Semoga Allah ganjarkan Ima dengan seorang suami yang soleh nanti.

Untuk suami, semoga jodoh, cinta dan kasih sayang antara kita berkekalan hingga ke syurga.

January 19, 2011

Anak

"mak, macam teringin je...." kata saya kepada mak saya sambil menggendong baby nazmi, anak saudara terbaru, anak pak alim & mak liza yang ke-4.
Baby nazmi yang suka senyum..

"isy... alah.. dah banyak dah engko.." jawab mak.

Saya hanya tersenyum. Memang saya suka mengusik mak tentang perkara ini. Ketika kami nak 'menambah' yang kelima dulu pun, mak memang tunjuk tak puas hati... Tapi sekejap saja. Dah rezeki... bila baby lahir, mak jugalah yang sibuk dengan cucu barunya...

"Ala... anak mak 11 orang boleh je.." saya bagaikan sengaja hendak 'provoke' mak.

" Yelah mak dulu tak kerja, duduk kampung. Sekarang duduk bandar kan kos tinggi. Nak hantar nurseri lagi" mak berhujah.

Saya hanya tersenyum.

Begitulah kerisauan ibubapa zaman sekarang. Boleh dikira zaman sekarang berapa sangatlah yang anaknya lebih daripada 5?

Namun bila memikirkan ibu bapa kita dulu memang terasa kagum. Bayangkan mak dan bak dulu membesarkan kami adik-beradik seramai 11 orang dengan gaji sebagai guru. Paling tinggi gaji bak dulu adalah 2ribu ringgit. Namun alhamdulillah ramai antara kami yang dapat masuk sekolah asrama dan dapat biasiswa. Namun bak tidaklah bergantung harap kepada gaji guru sahaja. Sebelah petang, mak dan bak bertungkus lumus di kebun Parit Bengkok mengerjakan kopi, kelapa dan koko. Bila bak dah pencen, gaji bulanan tinggal 600 sahaja. Kebun tetap berbakti, malam pula bak berniaga di pasar malam. Ketika itu saya masih bersekolah rendah. Adakalanya saya ikut membantu berjualan di pasar malam - jual mi dan kuih yang disediakan oleh mak, jajan, hasil-hasil kampung seperti kelapa, ubi, pisang dan sebagainya. Balik sehingga jauh malam. Kasihan bak masa tu.. tentu rasa letih..

Bila diingatkan, sungguh tak ternilai pengorbanan kedua-dua orang tua kita. Adakah kita dapat mencontohi mereka dalam membesarkan anak-anak kita? Malah lebih baik daripada itu?

Ya Allah.. kepadaMu kami memohon kekuatan...

di mana kan ku cari..

Tiada kutahu
ke mana hilangnya
butir-butir yang selama ini menjadi rencah dalam hidupku
pencetus rasa pembuka bicara
semuanya buntu
hinggakan kertas putih ini sekian hari semakin hambar
dan kosong

ke mana perginya
tiada ku tahu
bagaikan ada sekeping kaca berwarna gelap
yang menghijab seluruh pandanganku

adakah aku sudah lupa
bagaimana caranya
untuk berbicara dengan alam

adakah sudah tiris
keupayaanku
untuk menghirup pandangan saujana

tiada terluah dengan kata-kata
tiada tertitip dengan jari jemari
hanya alunan sayembara mewarnai latar belakang sandiwara

di mana kan dapat ku cari
pencetus itu
pemangkin itu
supaya ku dapat teruskan tinta ini
untuk pedoman
aku, dia dan kamu..
semuanya...

oh dimana kau..
idea....

January 17, 2011

Mat'amun Saba'

Setelah sekian lama, akhirnya tercapai juga hajat nak makan nasi arab di Mat'amun Saba'.

Semalam dan hari ni mama ada workshop product baru di TM R&D Cyberjaya. Alang-alang dah kat sini, ambil kesempatan untuk belanja adik-adik yang kerja dekat sini. Ima kat bangunan sebelah ni, Eli kat putrajaya. Mula-mula tak sure juga sebab first day semalam lunch break pukul 1 lebih sebab khusyuk sangat discuss. Tapi hari ni alhamdulillah kul 12.30 dah break. so boleh la nak bersembang lama sikit. Gitu gini dekat kul 1 jugak tiba kat Saba' tu. Ramai betul orang. Kena tunggu meja la kejap.

Kami tiga orang, sorang order nasi dengan grilled chicken, sorang lamb kabsah, sorang chicken hanith. Sebenarnya dah banyak kali kawan-kawan cerita kalau order nasi arab satu portion tu boleh makan 2 orang. Tapi entahlah, excited sangat kot masing-masing order sorang satu.. lepas tu tak abis. tapi tak apa boleh tapau bawak balik. Tapi bila tengok orang lain punye order.. roti apa tah, ada kebab, ada cam falafel.. terlior la pulak. Mula la kata patutnya order lain-lain boleh rasa semua.. 1st lesson. lepas tu order barbican. tapi semua order perasa apple... hahhaha... kitorang memang gelak je.. apalah kitorang ni tak pandai langsung.. konon nak rasa macam-macam tapi order semua sama je... kekkekeke...

tapi tak apa ... yang penting semua orang kekenyangan alhamdulillah... Tapau lamb kebab untuk suami tercinta dan chicken hanith untuk anak-anak tersayang.

Sekali sekala seronok la buat girls day out.. hehhe.. Sori k wa tak join.. (sori tak ajak pun huhuhu.. ).

First time makan nasi Arab Saba'. Tapi sebenarnya yang mama pernah rasa sebelum ni lebih sedap.. (hentian kajang, jamuan opis, jamuan surau...). Ayah kata Al-Bustan lagi sedap.. Oklah lain kali kita makan-makan kat sana pulak.. ajak K Wa, K A... hehheheh...






January 07, 2011

Sunathon D'Sutera 2010

Ini siaran tertunda...


Namun ia merupakan satu event yang amat penting buat Luqman, jadi mama akan coretkannya di sini untuk kenangan.

Tanggal 11 Disember 2010, Luqman telah selamat melangkah ke alam dewasa.. chewah.. apa dia? berkhatan la....

Tahniah Luqman!

Ini kali kedua Taman Sutera adakan acara berkhatan beramai-ramai. Tahun ni ada 12 peserta, tidak seramai sunathon pertama pada 2008 dulu ada 20 lebih peserta. Namun kemeriahannya tetap tidak kurang hebatnya..


 are you ready? ooo happynya dia ye...
 mendapat cenderamata dr YB Shafie
 bomba sudah datang
 berarak keliling kampung eh taman
 hensem la luqman cewah

 berarak diiringi kompang... meriah!
 ini masa yang ditunggu-tunggu! bomba simbah air!!
 syoknya abg bomba menyembur air... eh ke itu presiden PPTS tu yang menyembur?
 kesejukan..
 "Luqman paling depan sekali, sejuk sangat tapi bessttt.." kata Luqman

pasukan kompang setia dengan kompangnya..

sementara menunggu giliran, para peserta digula-gulakan dengan playstation hehehhe...Luqman giliran ke-2. tapi ada 2 doktor so sama macam giliran pertama jugak la.. tak sempat nak main playstation...
Alhamdulillah selesai sudah... dapat sijil lagi...

Tahniah Luqman!
Semoga menjadi insan soleh yang cemerlang...

notes: some pics credit to FB Taman Sutera.


December 30, 2010

Cuti 1TM

Cuti seminggu ni kami panggil cuti 1TM sebab semua wajib cuti (kecuali yang sesetengah division yang critical seperti call center, tmpoint, etc). Langkah ini diambil untuk menjimatkan kos operasi. Memang ramai yang ambil cuti pun, so dah alang-alang tu company suruh la semua orang cuti terus supaya opis boleh tutup terus. jimat electrik, aircond, air which translated into million per day! what a save...

Seminggu ni selain daripada balik kampung, kami duduk je kat rumah. Cuba untuk menyelesaikan beberapa perkara/persiapan nak buka sekolah. Tapi sampai ke la ni tak siap-siap lagi hhehehe..

Pending items:

1. Jahit lencana
2. Balut buku
3. Letak nama kat kasut
4. Buku tak habis beli lagi. Bukan tak nak beli tapi takde stok lagi. Tiap tahun lebih kurang macam ni. Harap tahun-tahun depan improvela sikit ABIM. Kalau boleh biarlah sebelum buka sekolah tu dah settle semua. Ini nampaknya bila dah start sekolah pun kena ulang-alik lagi ke koperasi sekolah tu cari buku. Sama la macam tahun sudah pun.
5. Songkok luqman, botol air imran n raihana tak cari lagi

Selain persiapan untuk anak-anak ke sekolah, satu lagi ialah persiapan untuk PASTI Sutera.

1. Settlekan barang-barang keperluan yang tak cukup lagi
2. Menyelaraskan tugasan/gaji/jadual guru-guru
3. Jadual harian
etc etc etc..

Then what am I doing here?? Banyak tak siap lagi ni?

Ye hari ni adalah hari melepek. 2-3 hari ni pula tak berapa sihat. Selsema. Mama ni kalau selsema tu maknanya macam orang demam. Kepala berat, jadi rasa macam nak baring je. Ingatkan nak la juga jalan-jalan main bowling ke, gi pusat sains tengok dinosour ke. Tapi cuaca pun macam tak menggalakkan nak berjalan-jalan pulak. Sudah nya terperap saja lah di rumah. Sudahnya otak pun rasa beku... Budak-budak pun asyik tengok tv je kerjanya. Balik-balik Detective Conan, Doraemon. Nasib baik semalam ada bola... happening la sikit. Cerita kat Channel Fiesta pun not bad juga... 3 Idiot, Sivaji the Boss... layan je la...

Esok pagi jom pegi jogging kat Tasik BTHO! Bagi CARGAS sikit!

December 24, 2010

Guru Tadika

Alhamdulillah semalam mama telah berpeluang untuk menjadi guru di tadika PASTI Sutera. Mama memang dah standby ambil cuti awal-awal in case tak jumpa guru pengganti. Cikgu Rabunah dan Cikgu Afiqah perlu menghadiri Kursus Guru Pasti peringkat kawasan. Sebenarnya mengharapkan cikgu-cikgu yang tengah cuti sekarang untuk cover tapi nampaknya masing-masing ada hal. Jadi the next available candidate is me!

Hari sebelumnya mama dah buat persediaan dah. Macam ni lah agaknya cikgu-cikgu kena isi buku persediaan mengajar ye. Oh lupa pulak nak cerita. Walaupun sekarang tengah cuti sekolah dan walaupun sebenarnya tadika belum lagi buka untuk tadika/transit/daycare, tapi sekarang sedang diadakan Kem Jaulah Helwah selama 3 minggu bermula 8 dec yang lalu. Kem ini untuk anak-anak berumur 7- 12 tahun. Tapi ada juga yang berumur 4, 5, 6 tahun. Mencabar ke tak mencabar ada 30 orang peserta dalam kem ini. Nasib baik ada cikgu mimie untuk bantu cikgu eiza. Cikgu eiza dah plan dah, pagi peserta lelaki dikatakan akan dibawa oleh pakcik din ke padang untuk main bola. Jadi, boleh lah cikgu eiza dengan peserta perempuan yang tinggal buat cooking class - choc chip cookies. bahan pun dah beli dah. Tapi disebabkan padang basah sebab hujan pada malamnya, tak jadilah peserta lelaki bermain bola di padang. Pada mulanya cikgu eiza nak teruskan sahaja cooking class tu tapi mendapat opinion daripada cikgu mimie agak sukar nak manage sebab cikgu ada dua orang saja (sebab ada 3 group yang besar), jadi cikgu eiza pun tak jadilah nak buat cooking class. Bahan-bahan semua simpan balik, hopefully diorang dapat buat class tu hari ni. Kalau tak cikgu eiza ambik balik la bahan tu buat kat rumah je hehheheh...

Oleh itu baking class telah digantikan dengan aktiviti membuat baju daripada suratkhabar. Sebelum tu buat senaman dan aerobik sikit. Yang ni memang semua suka apatahlagi gaya aerobik mengarut je yang cikgu buat hahahha... Dah siapkan 5-6 lagu dah untuk aerobik tapi lepas lagu kedua dah semput dah. Bukan budak-budak yang semput tapi cikgu ni haaaa..... adeh.. adeh... nampak sangat tak fit.

Terus la buat kelas 'menjahit baju' pulak. Kreatif juga budak-budak ni. Siap ada sorang tu buat kain sampin guna suratkhabar siap ada ikat bunga lagi. ada yang siap buat senapang, pedang samurai. topi pun bermacam-macam gaya. ada yang siap buat aksessori gelang, rantai leher even anting-anting daripada suratkhabar. ada satu group tu siap nak buat kasut lagi tapi tak jadi.. hhehhehe... tapi yang penting semangat!!!

bila dah siap semua, tengok jam aikkk tak pukul 12 lagi... isk lambat pulak masa berlalu. Lalu cikgu pun kata ok 11.45 dah boleh lunch.. hehhehe... Sebenarnya cikgu yang lapar.. hehehhe...

Tengahari selepas mandi, makan dan solat zuhur berjemaah, ada tayangan video pulak. Masa ni dapatlah cikgu-cikgu rehat sikit. Mengantuk pun ada. Rasa macam nak ikut budak-budak ni landing je. Selepas movie habis, kita buat aktiviti sikit lah. Original plannya pagi baking class, petang baru buat baju suratkhabar tu. Tapi bila dah tukar plan, nasib baik cikgu dah sediakan aktiviti spare iaitu game teka-teka perkataan dan gambar. Teka-teka perkataan tu huruf di terbalik-terbalikkan lepas tu peserta kena teka sapa cepat. yang ni ok lagi cuma bingit la semua orang jerit-jerit bagi jawapan. Tapi bila tiba part cikgu bagi perkataan/frasa, wakil peserta kena lukis kat depan untuk yang lain-lain teka. Masa ni memang tak terkawal la. Bukannya apa, semua nak ke depan nak volunteer untuk lukis!! Bila minta ketua kumpulan yang pilih pun tak jalan, so terpaksalah cikgu eiza pilih randomly. Bila time nak pilih je memang havoc. Aduhh toloooongg!! ada jugak yang menangis tak dipilih... aduhai.... memang mencabar juga. But looking at the positive side, these kids are all very brave and high spirited. Semua nak ke depan. Syabas anak-anak semua! Cuma cikgu yang tak terkawal hehheheheh...

Sekejap je buat aktiviti tu.. So sementara menunggu minum petang dan solat asar, just bagi mereka buat aktiviti sendiri - ada yang main indoor games, ada yang main ice-water, ada yang main bola. Cikgu monitor saje lah...

Selepas asar barulah beransur-ansur anak-anak ni balik..

Letih?? memang letih melayan anak-anak ni.. dengan bingitnya.. tapi sebenarnya mama macam immune je dengar bising-bising ni. And satu lagi imran takdelah nakal sangat. sebelum ni cikgu, kakak-kakak selalu kata imran nakal kat kem. ke sebab ada mama dia kat situ dia tak nakal sangat? hehhhee..

Memang sungguh mencabar sebenarnya. Mama salute 3 orang cikgu ini yang dapat organize Kem Jaulah Helwah ini selama 3 minggu. Mama yang baru jaga satu hari pun balik rumah rasa nak  pengsan. sememangnya pengalaman yang tidak ternilai. Next time boleh volunteer lagi.. hehhehehhehe....

Oh malam ni ada barbeque majlis penutup Kem Jaulah Helwah. Dah terbayang lamb chop.. hehhehe...

Petang jumaat yang tenang

Blog ini sudah lama minta diisi. Apakan daya, tuan punya blog ini agak sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di sini. Padahal ada banyak aktiviti yang sepatutnya menjadi bahan bicara di sini. Namun disebabkan terlalu banyak aktiviti ditambah pula dengan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat, menyulitkan lagi keadaan untuk berceloteh di sini.

Di petang Jumaat yang hening ini, akhirnya dapatlah jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci ini. Apalah agaknya yang hendak diceritakan di sini. Terasa semuanya dah basi. Sememangnya semenjak ada facebook, bagaikan ada satu competition antara facebook dengan blog dalam mencuri hati penulis-penulis blog tegar seperti kami ini. Sepotong ayat di facebook, realtime update, tapi bila mahu menceritakan semula event itu di dalam blog, terasa seperti sudah basi. Oh teruknya perasaan itu.

Huhuhu.. kenapa ayatku menjadi begini skema? agaknya sebab dah lama tak menulis dalam blog kot. Sehingga kehilangan skill, hilang feel, hilang flow of story..

Ah.. entry ni dah jadi entry mengarut..

December 02, 2010

27 Nov - Selamat Hari Ulangtahun Mak!

27 Nov yang lepas kami celebrate birthday mak yang ke 68. Kebetulan pula mak datang bercuti ke KL. Kami sambut meriah juga lah semua yang kat KL ni kumpul kat rumah mama. Mama masak (err tolong mak masak) sup tulang. Mak Wa bawak nasi bukhari, kari daging, pulut kuning, cheesecake, nasi himpit, bergedel, kari telur, acar.. fuh memang banyak... boleh la mak wa tak keje heheh.. Mak Nit bawak murtabak, Mak Ima bawak fruit cocktail, mek eli bawak kuih raya (?).

Paling best masa bagi hadiah...mak dpt hadiah kotak besar! tapi bila bukak dalamnya ada kotak lagi, dan lagi, dan lagi sampaila tinggal kotak kecik je. bila mak buka kotak yg last dan nampak cincin mak macam tak terkata apa sampai mengalir air mata. terharu... aduh mama pun rasa terharu juga bila dah dalam situasi macam ni...


Eiza doakan mak sihat selalu, dimurahkan rezeki, ditabahkan hati, dan diberi ganjaran oleh Allah atas segala pengorbanan mak selama ini.. dari dulu sampai sekarang.. dari menjaga kami 11 adik beradik dari kecil hingga besar, menjaga bak, dan hingga kini menjaga tok pula... semoga Allah beri ganjaran atas segala perit jerih mak selama ini... amin...

Namun pada 27 nov juga kami menerima berita yang amat mengejutkan. Cik Sam jiran sebelah rumah kg telah meninggal akibat kemalangan. Terkejut sangat, semoga Cik Bat tabah menerima kehilangan ini.. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas roh allahyarham Cik Sam. Amin...