Blog ini sudah lama minta diisi. Apakan daya, tuan punya blog ini agak sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di sini. Padahal ada banyak aktiviti yang sepatutnya menjadi bahan bicara di sini. Namun disebabkan terlalu banyak aktiviti ditambah pula dengan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat, menyulitkan lagi keadaan untuk berceloteh di sini.
Di petang Jumaat yang hening ini, akhirnya dapatlah jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci ini. Apalah agaknya yang hendak diceritakan di sini. Terasa semuanya dah basi. Sememangnya semenjak ada facebook, bagaikan ada satu competition antara facebook dengan blog dalam mencuri hati penulis-penulis blog tegar seperti kami ini. Sepotong ayat di facebook, realtime update, tapi bila mahu menceritakan semula event itu di dalam blog, terasa seperti sudah basi. Oh teruknya perasaan itu.
Huhuhu.. kenapa ayatku menjadi begini skema? agaknya sebab dah lama tak menulis dalam blog kot. Sehingga kehilangan skill, hilang feel, hilang flow of story..
Ah.. entry ni dah jadi entry mengarut..
No comments:
Post a Comment