Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

August 28, 2015

Lunch with Mak

Baru balik lunch dari rumah kak a @ rumah k wa. Alhamdulillah...

Macam nilah untungnya ada kakak yang tak kerja duduk dekat-dekat. Tambah beruntung pulak hari ni ada mak sekali. Lauk kampung ikan terubuk bakar, urap daun ubi, kerabu myanmar (kerabu betik muda), paru goreng berempah, sambal masri, siput masak lemak.

Alhamdulillah... kenyangnyaaa....


Sebelum

Selepas

Steamboat Noxxa Style

Wah tetiba terlebih rajin pulak cerita pasal Noxxa ni. Hehehe...

Musim raya yang lepas, dah boleh jadi trademark pulak. Bila orang nak datang je buat steamboat. Entah macamana tertimbul idea nak buat steamboat tu. Asalnya Ima nak datang beraya. Pikir punya pikir masak apa yang senang ye sebab pagi hari yang ima nak datang tu kami nak beraya rumah mak sini. Saya pun tak ingat macamana boleh tercetus idea nak buat steamboat. Yang penting mudah sebab tetamu masak sendiri (sort of) hehhehe..

Menu terlebih rajin - Steamboat, Roasted Chicken, Pasta Salad, Apple Pie
Sotong abis dulu
Pelayan hari ni, sapa malas nak masak sendiri, order sajaaaa...
Err... mama pun confuse ni humaira ke maisara ni? huhu
Tetamu first trip
Tetamu 2nd trip (minggu depannya buat lagi)
2nd trip punya menu lain sikit. Selain steamboat, ada nasi tomato dan mi kari (ija bawak)
Keluarga belah suami

Cara masak steamboat guna noxxa (cara saya)

1. Sediakan rencah tomyam
Bawang besar  1 labu dihiris
Bawang putih  3-4 biji dihiris
Halia 1 inchi di hiris
Cili kering 3-4 tangkai - dibuang biji, dibasuh
Semua di atas digoreng hingga naik bau. Kemudian di blend (kering atau pun tambah air sedikit)

2. Didihkan air dalam periuk Noxxa (atau cara saya, saya masak air dalam kettle dan kemudian masukkan dalam periuk Noxxa.

3. Tekan stir fry, masukkan rencah tomyam tadi.
4. Tambah kiub tomyam knorr 1 atau 2 ketul dan kiub ayam knorr 1 ketul
5. Masukkan jus limau nipis, garam secukup rasa dan daun ketumbar

Taraaa..... bolehlah mula main masak-masak.

Saya beli bahan steamboat di Giant kebanyakannya jenama Figo. Lepas tu saya ada jumpa juga bahan-bahan steamboat yang dah campur-campur dalam satu peket di Jusco. Tak silap jenama Figo juga. Senang la semua benda dah ada dalam tu.

Periuk Noxxa tu kita control manual la, kalau dah mendidih lama sama sangat, tukar kepada mode Warm atau Off saja. Kalau dah sejuk, tekan stir fry balik.

Selamat mencuba!

Bubur Asyura Noxxa Style



Minggu lepas mak ada kat KL, duduk rumah saya. Kebetulan pulak masa tu Aqil demam. Terpaksalah saya ambil cuti kecemasan. Bila ada mak kat rumah mulalah mood nak masak macam-macam timbul. Disebabkan budak pun tengah demam, terfikir kalau buat bubur asyura memang sedap ni.

Pagi tu baru nak keluarkan bahan, plannya nak buat untuk makan petang sebab untuk makan tengahari dah ada lauk semalam banyak lagi. Tiba-tiba elly kata nak datang tengahari, terus bersilat la kat dapur tu. Sebenarnya resepi bubur asyura ni dah pernah share kat sini tapi saya tepek sekali lagi yang telah diolah dengan menggunakan Noxxa.

Bezanya dulu dan sekarang ialah bubur cepat siap! kalau masak dalam periuk biasa mau sejam lebih kot, lebih-lebih lagi kalau masak banyak. Tapi dengan Noxxa ni, masak bubur 20 minit je. Perfect!

Bubur:

Daging direbus, dan dihiris nipis (simpan air rebusannya)
Beras - 4 cawan
Air (campur air rebusan daging) - 4x6 = 24 cawan
Santan - agak-agak ye
Bawang besar (hiris) *
Bawang Putih (hiris) *
Halia (diketuk) *
* ditumis
Udang Kering sejemput

Untuk tabur atas bubur:

Bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur - goreng dadar nipis-nipis dan hiris
Daun sup
Bawang goreng
Ayam goreng diracik-racik

Cara Membuatnya:

Masukkan beras dan air dalam periuk Noxxa.
Masukkan daging, bahan tumisan, udang kering dan garam.
Masak menggunakan Noxxa dengan HP 20 minit.
Selepas 20 minit, buka penutup dan masukkan santan
Tekan mode Stir Fry untuk pekatkan bubur jika perlu.

Siap untuk dihidang.. Taburkan hiasan atas bubur.




Mmmm.... sedapnyer... Memang tak lawan bubur asyura ni dengan bubur lambuk bulan pose tu. Dan sangat tak sama dengan bubur asyura utara atau pantai timur version. Ikut tekak masing-masing lah.

Dan memang jimat masa guna Noxxa ni. Kalau masak pakai periuk biasa mesti tak sempat mek eli nak merasa hehe.

Contoh pakai periuk biasa, ambil masa lebih lama dan kena monitor air. Kalau kering kena tambah air.

January 14, 2015

Naik pangkat - Nek Ya

Tahniah Sarah baru dapat baby. Baru tak baru pun dah masuk 4 bulan dah. Minggu lepas baru dapat jumpa cucu baru ni. Namanya Aisya Humaira.

Dengan itu kami semua pun telah mendapat pangkat baru. Pangkat nenek!

Haii.... berebut-rebut nenek-nenek glamer ni nak ambik gambar dengan cucu.. hahhaha..




Dari kiri: Nek Ya, Nek Nit, Nek A, Nek Li, Nek Zun dan Nek Ima.

Hahhahaha... macam kelakar je...

September 28, 2014

Pizza San Francisco vs Ana Ikan Bakar Petai

Minggu lepas jalan-jalan dengan mak, eli dan ima. Mak pun dah nak balik kampung masa tu. So sebelum balik tu kami bawaklah mak makan lunch.

Pizza San Francisco

Hari tu hari Jumaat. Ima kata dia nak lunch dengan mak, sapa-sapa nak join jom! Kata ima dalam wassap. Hmm... memang menarik sangat idea tu. Tapi jauh pulak nak ke bangi (asalnya) tengah-tengahari tu. Fikir punya fikir nak join juga terus ambil half day hehehe. Sebab sebenarnya saya tengah tak berapa ada kerja sangat. Baru balik ke office lama selepas buat projek Camelot selama dua tahun. So agak banyak masa terluang sehinggakan adakalanya sampai pening tak tau nak buat apa. hehehheh... Jadi petang tu daripada sakit kepala tak tau nak buat apa baiklah saya ambil half day terus. Bolehlah spend time masa dengan mak. Cewah.

Mula-mula plan ke Bangi Gateway. Lepas tu tukar plan ke Mines pulak. Tak taulah eli kata bangi jem. Ikut sajalah. Pukul 2 jugaklah masing-masing baru sampai. Jem la sesat lah. Lapar... lapar...

Ima ajak makan kat Pizza San Francisco. Hmm.. memang tak pernah try ni. Kami oder macam-macam! Pizza, nachos, olio aglio, mushroom soup, beefsteak, nasi dengan daging blackpepper untuk mak, banana split, creme brulee.. The verdict? Food only so so.. Tak berapa best. Nachos kat @grills lagi sedap. Pizza dominos lagi sedap. Beefsteak liat. Daging blackpepper pun liat. Kesimpulannya makan biasa-biasa saja. I will not come back here again. Tapi sembang-sembang dengan mak dengan adik beradik tu la yang best sampai tak bangun-bangun. Mak kata sampai panas punggung. Hahaha... mak pulak yang asyik tanya bila nak sudah? Penat duduk aja mak kata... hehheheh... sorry mak....





Ana Ikan Bakar Petai

Sebenarnya hari sebelumnya lagi dah plan nak bawak mak makan malam tu sebelum hantar mak ke rumah k nit. Sebab esoknya mak akan balik ke kampung dengan Umar. So walaupun masih agak kenyang makan kat San Francisco tadi (balik pun dah pukul 4), sebab dah janji dengan budak-budak juga, kami ke Restoran Ana Ikan Bakar pula. Sebenarnya ini kali ke 3 tak silap saya ke restoran ini. Ianya terletak di Bangi (tak tau seksyen berapa) tapi sebelah Bomba. Itulah landmark yang paling senang kot. Dia dekat juga dengan Bangi Gateway.

Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 ptg. Suami masa tu tak sampai rumah lagi balik dari kerja. Jadi kami janji jumpa terus di sana lah. Sebab kalau malam memang penuh sangat restoran tu. Cuma kasihan kat Aqil kami tak bawa sebab tengah tidur. Tak nak kacau dia. 

Sampai-sampai alhamdulillah masih banyak meja kosong lagi. Terus book meja dan pilih ikan, udang, sotong, kekapis, ketam untuk dimasak. Sementara menunggu masakan siap, azan pun sudah berkumandang, kami terus menunaikan solat di surau yang disediakan. Sebab tu kami suka di sini. Selain makanannya yang sedap sangat, kemudahan yang disediakan juga sangat menyenangkan. Surau yang selesa untuk lelaki dan perempuan dan ada mini playground. Jadi anak-anak pun taklah boring sangat nak tunggu makanan tiba. Tapi waiting time untuk order sampai pun tak lama sangat pun. 

Hidangan kami malam tu ikan lidah bakar petai, chilli crab, udang buttered cheese, sotong goreng tepung, kekapis sweet sour (first time makan kekapis ni), seafood tomyam, sup tulang, cendawan goreng tepung, bendi tumis belacan, telur dadar. Memang sedap hingga menjilat jari... Licin kami makan!






Mak tersandar kekenyangan. Mak kata 'Ini baru puas makan!" hehhee... Mak merujuk kepada lunch siang tadilah yang tak berapa kena dengan selera mak dan memang tak berapa sedap lah.. hehhehe... Takpe mak lain kali kita datang sini lagi ye.. 

All in all harga kami bayar RM190 lebih. Lebih kurang harga sama dengan siang tadi di Pizza San Francisco (RM170 lebih). Memang sangat berbaloi makan macam-macam kami 10 orang. Fresh-fresh dan sedap-sedap pulak tu.. Alhamdulillah. Memang dari dulu suka kat sini tapi dah lama tak pergi sebab tak boleh nak bawa Aqil Aqlan jalan sangat kalau malam-malam ni. Restoran ni buka pukul 6ptg tak silap. 

Cerita pasal makan... terasa lapar la pulak... hehe

September 25, 2014

Birthdays...


Birthday Luqman 31 Ogos

Birthday Humaira Maisara 12 September

Sukanya dapat hadiah Whipple dari Aneesa

Bithday Raihana 16 September

Celebrate birthday Raihana makan nasi arab kat Tareem Hadramawt. Sedap sangat! Kedainya kat Taman Sepakat Indah, Kajang.


Bday Imran 6 Oktober

Sambut kat kg sama dgn raya haji

Siap ada gerai Charkuewtiow tuuu... nyum nyum...

Charkuewtiow Mak Liza... Terbaikkkkk...

Sukaneka tiup belon

July 02, 2014

Iftar Perdana Anak-anak Wak Kamsan

Selamat berpuasa kepada semua!

Alhamdulillah first day puasa lagi dapat berpuasa dan berbuka dengan mak dan adik beradik yang lain. Tapi taklah dapat kumpul semua. Cuma dapat kumpul yang kat KL dengan Alim dari kampung. Alhamdulillah..

Macam-macam ada! Kak Wa bawa jubah turkmenistan, apa lagi kami adik beradik pun pilih memilih la. Tu yang berposing sakan tu. hehehe....





Makanan pula memang macam-macam. Mi rebus, ayam goreng ala KFC, ikan pari masak pecel, urap, lasagna, ayam golek, ayam bakar,baked potato, kuih muih, dan macam-macam lagi yang tak tersebut di sini..




Kenyang sampai esok pagi..

Alhamdulillah....

June 11, 2012

Wedding Ima

Alhamdulillah, adik saya yang bongsu telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2 Jun yang lepas.

Alhamdulillah, mak pun rasa lega dah lepas yang sorang ni. Bayangkanlah kali terakhir kami adakan kenduri kahwin masa Elly dulu (anak yang 2nd last) ialah pada lebih kurang 7 tahun lepas. Mana la mak tak risaunya menunggu.

Tapi kali ni memang grand habislah majlis.. Almaklumlah yang last kan.. Rumah pun dah baru... Tema kaler purple.. Layan lah gambar sikit.. Gambar takdelah cantik sangat.. pakai henpon je.. budget untuk beli camera (dslr?) tak approve-approve lagi.. hehhehe...

Bertunang

Selamat diijabkabulkan

peluk mak... scene yang syahdu
Dengan belah sana dan belah sini.
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa ~ Ima & Ramdan



September 22, 2011

Musim Hari Jadi

Musim harijadi datang lagi....

Hari raya yang lepas, 31 Ogos, Hari Merdeka ialah harijadi Luqman. Adalah juga buat sambutan sikit kat kampung. Potong kek je dengan makan jajan diikuti dengan main bunga api hehhehe..

12 September, hari jadi twins pulak. Hari tu hari sekolah jadi mama tempahkan cupcake cikgu nina untuk Humaira Maisara bawa pergi sekolah. Mula-mula diorang minta buatkan goodies. Tapi satu kelas dekat 40 orang. So total semua dekat 80 orang. hmmm... jenuh pulak nak membuatnya dan ongkosnya pun hehhehe... Nasib baik terfikir nak order cupcake je. Okaylah Humaira Maisara kata semua kawan-kawan suka.

16 September, Hari Malaysia ialah harijadi Raihana pulak. Cuti masa tu. Ambil kesempatan untuk ajak adik beradik datang beraya sekali. Sambil tu sambut la birthday Raihana sekali dengan Humaira Maisara sekali. Kali ni berjaya dapatkan Red Velvet Cake k hani. Isk.. marvelous.. terubat kerinduan hehheheh...

Seronoknya diorang dapat hadiah makcik-makcik dan sepupu-sepupu. Terus nak bukak kat situ je.. Isk.. tak sabor-sabor. Humaira Maisara dapat hadiah novel dari Aneesa. Wah dah pandai baca novel pulak anak-anak daraku ini.. sampai tak ingat nak makan... Humaira kata, inilah hadiah harijadi paling best dia pernah dapat.. Errkk..

Hari jamuan tu mama masak sup tulang, mihun, nasi himpit siap dengan bergedil. Spaghetti kuah merah dan kuah putih (carbonara). Memang nak simple je. Sebenarnya memang simple tapi disebabkan ada bergedil tu jadi letih pulak. Dari malam sampai ke siang asyik dok mengerjakan bergedil je. Nasib baiklah ada tentera 5 orang tu tolong lenyek kentang, tolong gentel... Mama tinggal arah-arah je.. Konon nak buat chocolate cake la nak buat apply pie la nak buat caramel la semua tak buat sebab tak sempat.





Selamat Hari Jadi semua... Mama doakan semua jadi anak yang soleh dan solehah.. Ops.. Imran punya birthday coming on 6th October.. Tunggu...