August 28, 2015

Bubur Asyura Noxxa Style



Minggu lepas mak ada kat KL, duduk rumah saya. Kebetulan pulak masa tu Aqil demam. Terpaksalah saya ambil cuti kecemasan. Bila ada mak kat rumah mulalah mood nak masak macam-macam timbul. Disebabkan budak pun tengah demam, terfikir kalau buat bubur asyura memang sedap ni.

Pagi tu baru nak keluarkan bahan, plannya nak buat untuk makan petang sebab untuk makan tengahari dah ada lauk semalam banyak lagi. Tiba-tiba elly kata nak datang tengahari, terus bersilat la kat dapur tu. Sebenarnya resepi bubur asyura ni dah pernah share kat sini tapi saya tepek sekali lagi yang telah diolah dengan menggunakan Noxxa.

Bezanya dulu dan sekarang ialah bubur cepat siap! kalau masak dalam periuk biasa mau sejam lebih kot, lebih-lebih lagi kalau masak banyak. Tapi dengan Noxxa ni, masak bubur 20 minit je. Perfect!

Bubur:

Daging direbus, dan dihiris nipis (simpan air rebusannya)
Beras - 4 cawan
Air (campur air rebusan daging) - 4x6 = 24 cawan
Santan - agak-agak ye
Bawang besar (hiris) *
Bawang Putih (hiris) *
Halia (diketuk) *
* ditumis
Udang Kering sejemput

Untuk tabur atas bubur:

Bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur - goreng dadar nipis-nipis dan hiris
Daun sup
Bawang goreng
Ayam goreng diracik-racik

Cara Membuatnya:

Masukkan beras dan air dalam periuk Noxxa.
Masukkan daging, bahan tumisan, udang kering dan garam.
Masak menggunakan Noxxa dengan HP 20 minit.
Selepas 20 minit, buka penutup dan masukkan santan
Tekan mode Stir Fry untuk pekatkan bubur jika perlu.

Siap untuk dihidang.. Taburkan hiasan atas bubur.




Mmmm.... sedapnyer... Memang tak lawan bubur asyura ni dengan bubur lambuk bulan pose tu. Dan sangat tak sama dengan bubur asyura utara atau pantai timur version. Ikut tekak masing-masing lah.

Dan memang jimat masa guna Noxxa ni. Kalau masak pakai periuk biasa mesti tak sempat mek eli nak merasa hehe.

Contoh pakai periuk biasa, ambil masa lebih lama dan kena monitor air. Kalau kering kena tambah air.

No comments: