August 28, 2015

Steamboat Noxxa Style

Wah tetiba terlebih rajin pulak cerita pasal Noxxa ni. Hehehe...

Musim raya yang lepas, dah boleh jadi trademark pulak. Bila orang nak datang je buat steamboat. Entah macamana tertimbul idea nak buat steamboat tu. Asalnya Ima nak datang beraya. Pikir punya pikir masak apa yang senang ye sebab pagi hari yang ima nak datang tu kami nak beraya rumah mak sini. Saya pun tak ingat macamana boleh tercetus idea nak buat steamboat. Yang penting mudah sebab tetamu masak sendiri (sort of) hehhehe..

Menu terlebih rajin - Steamboat, Roasted Chicken, Pasta Salad, Apple Pie
Sotong abis dulu
Pelayan hari ni, sapa malas nak masak sendiri, order sajaaaa...
Err... mama pun confuse ni humaira ke maisara ni? huhu
Tetamu first trip
Tetamu 2nd trip (minggu depannya buat lagi)
2nd trip punya menu lain sikit. Selain steamboat, ada nasi tomato dan mi kari (ija bawak)
Keluarga belah suami

Cara masak steamboat guna noxxa (cara saya)

1. Sediakan rencah tomyam
Bawang besar  1 labu dihiris
Bawang putih  3-4 biji dihiris
Halia 1 inchi di hiris
Cili kering 3-4 tangkai - dibuang biji, dibasuh
Semua di atas digoreng hingga naik bau. Kemudian di blend (kering atau pun tambah air sedikit)

2. Didihkan air dalam periuk Noxxa (atau cara saya, saya masak air dalam kettle dan kemudian masukkan dalam periuk Noxxa.

3. Tekan stir fry, masukkan rencah tomyam tadi.
4. Tambah kiub tomyam knorr 1 atau 2 ketul dan kiub ayam knorr 1 ketul
5. Masukkan jus limau nipis, garam secukup rasa dan daun ketumbar

Taraaa..... bolehlah mula main masak-masak.

Saya beli bahan steamboat di Giant kebanyakannya jenama Figo. Lepas tu saya ada jumpa juga bahan-bahan steamboat yang dah campur-campur dalam satu peket di Jusco. Tak silap jenama Figo juga. Senang la semua benda dah ada dalam tu.

Periuk Noxxa tu kita control manual la, kalau dah mendidih lama sama sangat, tukar kepada mode Warm atau Off saja. Kalau dah sejuk, tekan stir fry balik.

Selamat mencuba!

No comments: