May 26, 2022

My Blepharospasm Journey 2: Hemifacial Spasm

Apabila keadaan semakin meruncing, saya mengajak suami untuk berjumpa lagi dengan Dr Faizal untuk mencari kepastian tentang keadaan saya ini. Dr Faizal membuka semula fail MRI saya. Dr Faizal kata ada salur darah yang tersentuh pada saraf muka saya. Bila salur darah pulsating, saraf akan triggered dan menyebabkan involuntary twitching pada bahagian mata.  Jadi kemungkinan inilah yang menyebabkan mata kiri saya rasa macam nak tertutup saja. 

"What you have here is potentially a Hemifacial spasm."

" Jadi macamana nak baikkan ni, doktor?"

"Boleh try makan ubat. Tapi ada satu lagi cara yang lebih effective ialah kita buat minor surgery. Simple saja prosidurnya"

Beliau lalu mengeluarkan model kepala manusia.

"Kita tebuk sikit kat belakang telinga ni. Lepas tu kita akan masukkan teflon untuk pisahkan blood vessel daripada saraf tadi. Supaya nanti bila salur darah tu berdenyut atau mengembang menguncup, dia takkan terkena salur darah yang menyebabkan twitching pada mata kiri. Awak stay hospital 2 hari untuk prosedur ni, then saya bagi MC 2 minggu"

"Saya bagi dulu ubat, tengok macamana. Awak cuba google Hemifacial Spasm. Cuba tengok sama tak dengan apa yang awak alami ni. Procedure yang saya cerita tadi namanya Micro Vascular Decompression (MVD). Cuba study dulu these two things. Apa-apa keputusan terserah kepada awa sebab awak yang menanggung sakitnya."

Seminggu selepas perjumpaan dengan Dr Faizal tu saya telah buat keputusan untuk meneruskan dengan prosedur MVD. Kerana makan ubat tak jalan. Sebab saya semakin stress tak boleh buat kerja. Sebab saya kalau boleh nak settlekan masalah ni sementara saya baru nak start kerja baru, sebelum saya betul2 masuk gear. Sebab sementara anak-anak semua ada kat rumah, lepas surgery ada la ramai kat rumah boleh tolong jaga saya.

Pada tarikh 26 Jun 2021, saya telah ditolak masuk ke operation theatre. My first ever experience. Prosedur berjalan lancar alhamdulillah. Tapi bila sedar, telinga kiri saya tak dengar. Bila saya buka mata pulak, semua benda berpusing. Saya mengalami vertigo yang teruk. Ada beberapa kali juga saya muntah. 

Sehingga hari ini, saya masih trauma apabila teringat keadaan post-surgery saya masa tu. Tobat la saya... huhu...Awal-awal tu memang saya tak boleh buka mata sebab pening yang amat. Saya tak boleh berdiri/berjalan sebab pening dan tak balance. Telinga kiri pulak tak dengar.  Akhirnya daripada sepatutnya 2 minggu MC, saya telah mengambil masa lebih kurang sebulan setengah untuk recover vertigo saya dan boleh berjalan semula tanpa bantuan. Pendengaran saya pula alhamdulillah bertambah baik tapi tak pulih 100% sampai sekarang. Dr kata mungkin ada tersentuh saraf pendengaran sebab saraf tu memang dekat-dekat. 

Mata saya pulak....