January 27, 2012

Pengalaman mengandung twins

Sebenarnya saya dah lupa macamana pengalaman mengandungkan twins dulu. Bila cuba cari-cari balik rupanya masa tu takde blog lagi so tak dicoretkanlah di mana-mana. Tapi yang saya ingat ialah mabuknya lama sampai 5-6 bulan. Uhuhuhu... rasa macam tak sanggup je nak menghadapinya for another 1-2 months (sekarang saya baru nak masuk 4 bulan). Sekarang ni mabuk dari pagi sampai ke malam. Tekak sentiasa rasa payau.. kadang rasa tak boleh nak telan air liur pun... tak rasa loya hanyalah masa tengah makan. so kesimpulannya better makan je... Alhamdulillah selera makan tu sentiasa ada.. cuma masalahnya timbul semula bila selepas makan especially kalau makan benda manis. Hari tu bila tekak rasa tak sedap makan asam boleh tahan lagi. Tapi rasanya semenjak 2 menjak ni asam pun tak dapat nak hilangkan rasa loya. Abih nak buat macamana? Bersabarlah banyak-banyak ye..

Bila tekak dah loya, angin pulak banyak dalam badan, bila dah naik kat kepala mulalah pening pulak.. Bila dah pening maknanya melepek je lah.. bila dah melepek satu bende pun tak boleh nak buat..

Astaghfirullahalazim... banyaknya complaint...

Nasib baik anak-anak dah besar dah boleh banyak membantu... basuh baju, angkat baju, sidai baju, iron baju sendiri, basuh pinggan.. alhamdulillah...

Luqman: Mama pening ke? mama nak urut?
Humaira: Takpe nanti kita ironkan baju raihana.
Maisara: Ayah, kenapa ayah tak iron baju sendiri? kesian mama mengandung... (hihihi.. ini special case la maisara)

Paling terharu bila lepas solat berjemaah, semua anak-anak doakan mama selamat bersalin, doakan baby  sihat, doakan mama kuat tak pening kepala... amin.. amin.. Itulah kekuatan yang mama perlukan..

Ayah pernah tanya selepas tengok mama macam teruk sangat mabuknya, "Apa petua nak hilangkan mabuk?" Mama jawab,"Mana ada petua... petuanya bersabarlah..."

Baru 4 bulan urat-urat veriskos dah keluar dah. Sebenarnya saya tengah cari belly band untuk orang mengandung.. sapa pernah try? kata mana nak cari? bila google mostly semua kat oversea yang ada. Rasa penting juga belly band ni n nak start awal untuk support perut so that tak terlalu menekan kita punya abdomen dan bahagian pelvis. Lagi satu bagus untuk support tulang belakang. Disebabkan baru 4 bulan pun dah terasa beban beratnya, macamana pulak bila 9 bulan nanti.. i need all the help that i can get.

Nak dijadikan cerita pulak, solat corner kat opis ni baru saja didismantlekan untuk memberi ruang kepada orang-orang nak pindah masuk.. huhuhu... kat mana pulak saya nak berbaring sebentar bila rasa perlu berbaring... huwaaa... terpaksalah menapak ke surau tkt 36... ahh.. complaint lagi...

Wah cerita pasal peknen macamlah first time peknen ye.. hehheh..  Tapi ni peknen twins kan. Lain la sikit. Tapi kan dah pernah peknen twins. Yelah yang dulu punya dah lupa dah.. 9 tahun dulu.. hehhe.. Yang penting sentiasa berdoa, dan minta sentiasa doakan semoga Allah selamatkan semuanya, semoga Allah permudahkan semuanya, semoga Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi fasa-fasa awal pregnancy ini.. Amin...

January 05, 2012

Twins? Again?


Do you see what i see? it's twins!! Again!!

Subhanallah.. tak pernah terfikir begitu sekali anugerah Allah kepada kami... a pair of twins is already a greatest gift. 2 pairs of twins?? tiada kata mampu diucap melainkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah...

Semoga Allah permudahkan segalanya..