June 17, 2011
OCIEN yang tak bertepi
Terkejar-kejar dengan project. Almaklumlah first time buat projek. Agak terkontang kanting sebab bos sangat sibuk dengan project yang lebih BESAR.
Dan semenjak dua menjak ni, anak-anak macam terlebih lovey dovey.. nak cium mama, nak peluk mama, nak tidur dengan mama..
Adakah mereka terasa kehilangan mama sejak akhir-akhir ni? Mama asyik balik lambat. Malam pun kadang-kadang mama sambung buat kerja lagi kat rumah..
Stress jangan cakap. Rasanya kalau tak kuat semangat memang boleh migrain di buatnya. Orang system pun ada yang dah MC sebab migrain. stress nak siapkan BRS dan RFQ ni. Memang dalam keadaan sekarang ni mama betul-betul minta tolong kepada Allah supaya tenangkan fikiran, sihatkan tubuh badan, permudahkan urusan dan lancarkan perjalanan projek. Terasa permintaan itu terjawab bila meeting infra tadi system people kata we all untung kali ni sebab semua orang infra boleh tolong dan boleh bagi free.. server, storage, database, license dan segala macam lagi... diorang kata selalunya bukan senang diorang nak bagi. Yang HSBB punya pun macam tak banyak soal pun nak bagi padahal kitorang mintak 9 virtual server tu. Allah Maha Menolong... Thank you Allah...
Perjalanan masih jauh.. Mama minta maaf ye anak-anak dan kepada suami juga kalau ada kekurangan perhatian sejak akhir-akhir ni..
OCIEN memang telah mengharukan hidupku...
Semoga Allah permudahkan segalanya...
April 17, 2011
My new job
Mama gi mana? Mama telah tercampak ke group Network Application Services. Ini adalah satu pengalaman baru! Jadi solution management pulak tu.. Berdebar? Excited? Suspen? semua ada.. Nampak banyak sistem kena manage.. ada lah dalam 10-15 gitu... nasib baik ada anak buah 4 orang... Ini pun satu pengalaman baru juga... sebelum ni jaga anak buah sorang je.. Next Tuesday boss baru (boss lama juga sebenornya) dah panggil first unit meeting...
Hmm... Suspen....
January 27, 2011
Taman Tun
Namun paling best bila sampai di surau tkt 4. Kususunkan barang-barangku di tepi dinding. Ku terpandang akan sejadah biru kegemaranku. Ia masih di situ. Lalu kucapai dan kulipat kemas, kusisipkan sebagai alas kepalaku. Lalu qailulah lah aku....
Hmmm.. I feel home. Kejutkan aku 10 minit lagi....
December 30, 2010
Cuti 1TM
Seminggu ni selain daripada balik kampung, kami duduk je kat rumah. Cuba untuk menyelesaikan beberapa perkara/persiapan nak buka sekolah. Tapi sampai ke la ni tak siap-siap lagi hhehehe..
Pending items:
1. Jahit lencana
2. Balut buku
3. Letak nama kat kasut
4. Buku tak habis beli lagi. Bukan tak nak beli tapi takde stok lagi. Tiap tahun lebih kurang macam ni. Harap tahun-tahun depan improvela sikit ABIM. Kalau boleh biarlah sebelum buka sekolah tu dah settle semua. Ini nampaknya bila dah start sekolah pun kena ulang-alik lagi ke koperasi sekolah tu cari buku. Sama la macam tahun sudah pun.
5. Songkok luqman, botol air imran n raihana tak cari lagi
Selain persiapan untuk anak-anak ke sekolah, satu lagi ialah persiapan untuk PASTI Sutera.
1. Settlekan barang-barang keperluan yang tak cukup lagi
2. Menyelaraskan tugasan/gaji/jadual guru-guru
3. Jadual harian
etc etc etc..
Then what am I doing here?? Banyak tak siap lagi ni?
Ye hari ni adalah hari melepek. 2-3 hari ni pula tak berapa sihat. Selsema. Mama ni kalau selsema tu maknanya macam orang demam. Kepala berat, jadi rasa macam nak baring je. Ingatkan nak la juga jalan-jalan main bowling ke, gi pusat sains tengok dinosour ke. Tapi cuaca pun macam tak menggalakkan nak berjalan-jalan pulak. Sudah nya terperap saja lah di rumah. Sudahnya otak pun rasa beku... Budak-budak pun asyik tengok tv je kerjanya. Balik-balik Detective Conan, Doraemon. Nasib baik semalam ada bola... happening la sikit. Cerita kat Channel Fiesta pun not bad juga... 3 Idiot, Sivaji the Boss... layan je la...
Esok pagi jom pegi jogging kat Tasik BTHO! Bagi CARGAS sikit!
December 24, 2010
Guru Tadika
bila dah siap semua, tengok jam aikkk tak pukul 12 lagi... isk lambat pulak masa berlalu. Lalu cikgu pun kata ok 11.45 dah boleh lunch.. hehhehe... Sebenarnya cikgu yang lapar.. hehehhe...
Tengahari selepas mandi, makan dan solat zuhur berjemaah, ada tayangan video pulak. Masa ni dapatlah cikgu-cikgu rehat sikit. Mengantuk pun ada. Rasa macam nak ikut budak-budak ni landing je. Selepas movie habis, kita buat aktiviti sikit lah. Original plannya pagi baking class, petang baru buat baju suratkhabar tu. Tapi bila dah tukar plan, nasib baik cikgu dah sediakan aktiviti spare iaitu game teka-teka perkataan dan gambar. Teka-teka perkataan tu huruf di terbalik-terbalikkan lepas tu peserta kena teka sapa cepat. yang ni ok lagi cuma bingit la semua orang jerit-jerit bagi jawapan. Tapi bila tiba part cikgu bagi perkataan/frasa, wakil peserta kena lukis kat depan untuk yang lain-lain teka. Masa ni memang tak terkawal la. Bukannya apa, semua nak ke depan nak volunteer untuk lukis!! Bila minta ketua kumpulan yang pilih pun tak jalan, so terpaksalah cikgu eiza pilih randomly. Bila time nak pilih je memang havoc. Aduhh toloooongg!! ada jugak yang menangis tak dipilih... aduhai.... memang mencabar juga. But looking at the positive side, these kids are all very brave and high spirited. Semua nak ke depan. Syabas anak-anak semua! Cuma cikgu yang tak terkawal hehheheheh...
Sekejap je buat aktiviti tu.. So sementara menunggu minum petang dan solat asar, just bagi mereka buat aktiviti sendiri - ada yang main indoor games, ada yang main ice-water, ada yang main bola. Cikgu monitor saje lah...
Selepas asar barulah beransur-ansur anak-anak ni balik..
Letih?? memang letih melayan anak-anak ni.. dengan bingitnya.. tapi sebenarnya mama macam immune je dengar bising-bising ni. And satu lagi imran takdelah nakal sangat. sebelum ni cikgu, kakak-kakak selalu kata imran nakal kat kem. ke sebab ada mama dia kat situ dia tak nakal sangat? hehhhee..
Memang sungguh mencabar sebenarnya. Mama salute 3 orang cikgu ini yang dapat organize Kem Jaulah Helwah ini selama 3 minggu. Mama yang baru jaga satu hari pun balik rumah rasa nak pengsan. sememangnya pengalaman yang tidak ternilai. Next time boleh volunteer lagi.. hehhehehhehe....
Oh malam ni ada barbeque majlis penutup Kem Jaulah Helwah. Dah terbayang lamb chop.. hehhehe...
February 02, 2010
Mengantuk
1. makan
2. dengar lagu sambil menyanyi
3. sembang dengan kawan sebelah
4. berjalan-jalan di sekitar office
5. layan fb (tapi dah kena block! heheh)
6. basuh muka (alang-alang tu ambil lah wudhu' terus)
7. buat senaman ringan
8. minum ice blended cappucino..
9. selotape mata anda atau tongkat mata dengan batang mancis
10. jangan ditahan mengantuk itu.. lelapkanlah mata tu barang seminit dua...
January 27, 2010
Berdoa
"Ya Allah, mudahkan aku buat FRS ni dan siap sebelum deadline esok.."
"Ya Allah, mudahkanlah perjalanan pergi dan balik kerja, hindarkan lah aku daripada jem.."
"Ya Allah, simpankanlah satu parking untukku di -2 hari ini sebab duit gajiku dah habis tak dapat nak bayar parking kat luar"
"Ya Allah, lembutkanlah hati bos ku supaya mudah menerima pandangan anak buahnya.." (untuk orang-orang yang bosnya bersikap diktator.. heheh)
Apa yang kita selalu buat ialah... komplen.. komplen.. komplen... Komplen pada siapa? Pada kawan-kawan, pada pasangan kita, dalam blog, dalam facebook.
Tapi kita selalu lupa untuk mengadu kepada Allah yang Maha Berkuasa..
"Ya Allah, permudahkanlah UAT Flexidestina Value untuk multiple files same BP yang kami akan buat hari ni. Berjayakanlah UAT kami. Permudahkan urusan UAT kami yang seterusnya sehingga kami dapat completekan project ini mengikut target date yang telah kami commit. Amin Ya Allah..."
Huhu... sebenarnya mama tengah risau UAT project sekarang ni yang dah overrun hampir sebulan. Kritikalnya ialah test case hari ni. Kalau tak berjaya, perlu ada program change. Ini boleh menyebabkan project yang seterusnya terpaksa di'shift' lagi. Tak sanggup nak bagitau customer.
Mungkin mama lupa nak doakan kejayaan project ni sejak mula lagi. Biasalah manusia, bila dah kritikal baru nak teringat untuk memohon pada Yang Satu.
Muhasabah diri...
July 14, 2009
My New Cubicle...
And guess who is getting a new cubicle as well? Ayah la.. nanti nak mintak ayah snap gambo new workplace ayah... hehheh... sama tak dengan mama agaknya?
James Blunt,
My job is stupid,
My day's a bore,
Inside this office,
From 8 to 5.
Nothing ever happens,
My life is pretty blank,
Pretending that I am working,
Pray I don't get canned.
My cubicle, my cubicle,
It's 1 of 62,
It's my small space,
In a crowded place,
Just a six by six board booth,
And I hate it, that's the truth.
When I give a sigh,
As the boss walks by,
No one ever talks to me,
Or looks me in the eye,
And I really should work,
But instead I just sit here,
And surf the internet.
And my cubicle, my cubicle,
It doesn't have a view,
It's my small space,
In a crowded place,
I sit inside there too,
And sometimes I sit here n*de..
November 26, 2008
busy time...
aag..
sla review..
maps tracking..
UAT doc for siswang decomm..
PKI SLA..
follow up HSBB PMO.. storage, backup, security
follow up EDW for GFin..
end of year..
holiday season...
school holiday..
holiday month...
cemana mau siap... uwaaa....
November 21, 2008
errrr....
October 20, 2008
September 02, 2008
makan2 @opis, sukan addin, bday luqman, etc..
amik jangan tak amik... dlm gambo - nazirah, k dz, haslina..
nyum nyum.. sedapnya...
sempat lagi berposing.. haslina & k mira
300808 - Hari Sukan Addin..
Alhamdulillah setelah dipostpone berapa puluh kali akhirnya sukan addin menjadi kenyataan... alhamdulillah juga hari tu cuaca baik.. sekali sekali diselangi dengan lintas hormat jet pejuang dari pasukan tentera udara malaysia.. cewah heheh... (raptai hari kebangsaan la tu...)
luqman dan kawan-kawan sebelum acara bermula.. mi'dad, nikman, irfan... sorang lagi tu mama tak kenal plak...
acara perbarisan diketuai oleh pembawa bendera, Luqman Hakim...
Maisara mewakili pasukan kuning..
Humaira pasukan biru..
bacaan ikrar diketuai oleh adik Luqman Hakim Abdullah...
apsal luqman tak tengok depan?
luqman nak tengok kawan-kawan luqman.. mana tau ada yang main-main masa baca ikrar...
ada pulak... mama nak amik gambo luqman pun susah...
mama, kuat tak luqman baca.. sampai dah takde suara dah luqman...
ceh.. ye ye je...
aerobic ... jika kau fikirkan kau boleh..
310808 - Happy Birthday Luqman
yang ke berapa ye? ke 7 dah.. semoga kasih kita berkekalan hingga ke akhir hayat...
August 06, 2008
SMC Session with Corporate Center
objective of the session - to foster close relationship with customer, to provide platform for customers to highlight any issues related to ITSSO services... and this is the first time for most of them la... sebabnya sebelum ni kita cuma liase dengan Group Finance je as the rep for corp center. so hari ni kita panggil semua sekali.. tu yang meriah tu... and meriah juga dengan issues-issues... so bila dah buat session ni lepas ni jenuh la nak buat follow up actions... menambah la koje mama...
anyway, alhamdulillah objective tercapai.. mama pun dah kenal la orang-orang yang tak pernah dikenali... lepas ni senang sikit nak buat keje... and yang penting 50% KPI untuk customer session ni dah tercover insya allah... ringan sikit kepala.. hehhe...