January 23, 2016

Rehatlah wahai anakku sayang Muhammad Aqlan

Genap seminggu aqlan tinggalkan mama. Pagi tadi ketika mama bersiap nak ke kelas SPAQ di UM, mama rasa sayu sangat. Minggu lepas masa mama tengah bersiap nak ke kelas la Aqlan pergiocmel jebuat selama-lamanya.

Sebenarnya selepas peristiwa yang mama ceritakan dalam entri yang lepas, kami sudah pun bawa Aqlan berjumpa Dr Chan. Mama ingat lagi tarikhnya 29hb Disember. Dr Chan kata Aqlan is at end stage. Dia suruh kami bersedia atas sebarang kemungkinan. Dia kata kalau dia nak tahan kat wad pun akan menyakitkan Aqlan saja .. kena cucuk sana cucuk sini. Dan buat Aqlan tak selesa. Jadi Dr Chan kata eloklah berehat di rumah saja. Minta kita monitor. Dan sekiranya apa-apa berlaku, terus bawa ke nearest hospital atau panggil polis. Aduh memang tak sedap hati bila doktor cakap macam tu. Mula-mula memang tak faham. Tapi rupanya Dr Chan membayangkan yang hayat Aqlan memang dah tak lama. Dr Chan juga sediakan surat yg menerangkan keadaan Aqlan supaya boleh dirujuk oleh yang berkenaan sekiranya berlaku apa-apa.

Malam tu mama nangis dalam shower semahu-mahunya. Sedih sangat bila doktor kata macam dah tak ada harapan. Hospital pun macam dah tak boleh buat apa-apa. Tapi keadaan Aqlan masa tu memang teruk mama rasa. Abdomennya semakin membesar. Bibirnya pucat. Kaki dan tangannya biru. Dia kurang bercakap. Tak nak jalan. Diam aje. Kesian Aqlan.

Hujung minggu tu kami balik ke kampung. Sessi persekolahan dah nak mula. Sambil nak hantar Luqman balik asrama. Kami bawa Aqlan urut dengan Cik Jannah. Katanya bahu dgn pinggulnya macam salah urat. Alhamdulillah lepas urut tu ada perubahan positif pada Aqlan. Dia dah mula ceria. Nak bercakap dan boleh berjalan sikit-sikit. Tiba-tiba mama rasa macam ada sinar harapan yang baru. Alhamdulillah. Lepas ni kami cadang kena bawak aqlan urut selalu. Mungkin boleh membantu.

Hari berganti hari. Hari itu hari Sabtu. Kami berkumpul di rumah nenek cheras. Biasalah hujung minggu berkumpul sambil makan nasi lemak masakan mak mertua kegemaran seluruh keluarga. Masa tu K Idah pun ada. K Idah, kakak suami ialah seorang doktor. Dia tinggal di Alor Setar. Balik ke KL nak hantar anaknya, Nana masuk sekolah KYS di Melaka. Bila K Idah tengok Aqlan, dia kata.. not too good.. too skinny.. very cynosed. And she started to cry. Then I cried... K Idah kata it's a miracle for him to recover. Aduhai.. hati ibu mana lah yang tahan.. sedih.. sedih.. sedih... K Idah asked me to let go. Not to let aqlan suffer anymore.

Sejak jumpa K Idah, mama fikir balik. Memang sedih. Tapi betul kata K Idah. Kesian kat Aqlan. Dia dah lama penat. Asyik tanya, "Bila Aqlan nak sihat..." huhuhu... Sejak selepas K Idah cakap macam tu, mama dah tukar doa mama. Sebelum ni mama minta Allah sembuhkan Aqlan. Sekarang mama minta Allah berikan yang terbaik untuk Aqlan. Mama doa sekiranya berlaku apa-apa, mama nak berada di sisi Aqlan. Memang pegi kerja pun tak tenang. Pesan kat bibik macam-macam. Kalau nampak Aqlan teruk, mama akan ambik urgent leave untuk temankan Aqlan. Kadang2 tu rasa tak sanggup nak tinggalkan Aqlan. Tapi nak buat macamana ada tanggungjawab lain pulak di tempat kerja. 

Namun suami masih optimis. Ikhtiar tetap ikhtiar. Sebab hari tu nampak ada perubahan positif lepas kena urut, kami pun bawa ke sebuah klinik urut dan bekam yang orang recommend di Sekamat. Beliau terangkan bahawa organ2 kita ni sebenarnya dikawal oleh saraf2. Jadi kita boleh cuba urut atau legakan urat2 yang berkenaan. Petang tu Aqlan berurut dan bekam sekali. Selepas urut dan bekam, kami singgah makan roti canai. Amboi berseleranya Aqlan makan. Muka pun dah nampak ceria sikit. Sayu je mama tengok Aqlan, muka pun naik seri. Tapi malam tu dia kembali penat.

Suami tak berputus asa. Ada sorang lagi tukang urut orang recommend. Dekat saja dekat Cheras Prima. Rupanya cara urutnya macam arwah tok darat mengurut dulu. Teliti setiap urat diurutnya slow2. Esoknya hari Rabu mama cuti nak monitor Aqlan. Alhamdulillah mmg nampak Aqlan getting better. Haritu kami main, baca buku, Aqlan pun dah boleh nak jalan dari depan tv sampai ke bilik air, Aqlan dah boleh baring. Sebelum ni dia memang tak nak baring langsung. Dia kata kalau baring nanti dia batuk. Kalau dah ngantuk sangat barulah dia baring. Rasa bersyukur sangat masa tu tgk improvement Aqlan. 

Selepas urut Aqlan 3 kali, esoknya jumaat, kami kena cari daun sirih. Tok yang mengurut tu bagi ramuan untuk letak kat perutnya untuk kecutkan bengkak. Daun sirih campur halia campur asam jawa ditumbuk kemudian sapu dan balut di perut. Pagi tu mama cari daun sirih dapat beli kat gerai tepi jalan kat Cheras Jaya. Nak beli 50 helai sebab kena buat 4 kali (setiap kali guna dlm 14 helai). Tapi cuma ada 15  helai je. Jadilah untuk satu malam. Esok kena cari lain la, kata mama. Rupa-rupanya memang sempat buat untuk satu kali saja.

Malam tu Aqlan tak boleh tidur. Dia nak duduk je. Dah mengantuk pun tak nak baring juga. Lalu mama tinggikan bantal untuk dia tidur duduk bersandar. Nak tidur atas katil. Mama pun temankan dia tidur atas katil. Tidur duduk je bersandar. Itu pun tak nyenyak. Kena gosok-gosok kaki dia, tangan dia. Sampai pukul 4 baru Aqlan tidur betul. 

Teringat malam tu tiba-tiba Aqlan minta nak minum air cincau. Dulu air cincau memang favourite dia. Masa ayah pegi surau mesti pesan. Tapi satu hari tu lepas minum cincau dia muntah teruk. Lepas tu memang dia dah tak minta dah nak minum cincau. So bila dia mintak malam tu, kenalah ingatkan dia yang cincau tu sejuk nanti takut batuk dan muntah. Lagipun dia minta dah malam dah masa tu. Siapa pula nak pegi beli air cincau malam-malam.

Esok paginya sebelum Subuh lagi Aqlan dah bangun. Itu pun masih teringat lagi dengan cincau dia. Sedihnya mama teringatkan permintaan terakhir aqlan yang tak ditunaikan ni. 

Selepas Subuh, mama siapkan dia. Bawak pegi bilik air. Bila mama tanya nak mandi tak, dia kata tak nak. Jadi mama cuma cebokkan dia dan basuh muka. Selalunya memang Aqlan suka mandi. Dia suka siram-siram air kat dada dia. Mungkin dia rasa macam lega sikit bila kena air.

Lepas bersiap, dia duduk depan TV. Tengok macam ok, mama dan ayah bersarapan. Ajak dia duduk sarapan sekali tapi dia tak mau. Tapi bila dia nampak ayah minum fresh milk dia pun nak juga. Habis 2 cawan. Alhamdulillah nampak dia macam ok. Sebenarnya hari sebelumnya memang mama niat tak nak pergi kelas SPAQ hari tu sebab nak temankan Aqlan. Tapi tengok dia macam ok pulak pagi tu. Bincang-bincang dengan suami, macam boleh pegi kejap. Kelas pun tak lama sangat 9pg-11pg. Lagipun ini kelas terakhir sebelum semester exam minggu depan. Lalu mama pun naik ke atas untuk bersiap.

Masa mama tengah bersiap, tiba-tiba ayah panggil kata Aqlan macam penat sangat. Bila mama turun bawah nampak Aqlan di pangkuan ayah tengah macam nafas laju sangat. Terus kami pasangkan oksigen. Mama pangku Aqlan. Mama peluk Aqlan. Mama bacakan Lailahaillallah.. Mama panggil nama Aqlan. Aqlan dah macam tak sedar. Nafas Aqlan semakin laju dan singkat. Mama takut. Mama panggil-panggil nama Aqlan. Air mata dah mencurah.

Aqlan! Aqlan!

Allahu... Tiba-tiba mama rasa dada Aqlan dah tak berombak. Ayah periksa nadi Aqlan. Ayah kata Aqlan dah tak ada. Ayah tanya mama. Mama kata mama tak tahu.. Tiba-tiba mama perasan Aqlan tarik nafas dan hembus nafas lembut dan panjang. Rupa-rupanya itulah nafas terakhir Aqlan.

Allah... Allah...

Pandangan mama jadi kabur dek air mata yang berhamburan. Abang dan kakak semua terdiam senyap sunyi kecuali Aqil yang tak mengerti apa-apa. 

Tak lama kemudian adik beradik, jiran-jiran, rakan taulan memenuhi segenap sudut rumah kami. Allahu akbar.. ramainya yang sayangkan Aqlan. Kami pun tak tau macamana cepat je berita ni sampai kat semua orang. Cuma mama sedih sangat sebab mak batu pahat tak ada. Allahu sedihnya. Sebab mak dengan kak a dgn ima memang tengah bercuti ke myanmar kat tempat kak wa. Mak telefon mama. Kami hanya mampu menangis dalam telefon.

Dalam pukul 10 lebih, jenazah dibawa ke masjid cheras jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan. Di masjid pun kami disambut dengan ramai lagi jiran dan kenalan yg datang melawat. Boss mama, k mimie pun ada. Suami, ikram dan uki mandikan jenazah. Mama berdiri di sisi memerhatikan saja. Selesai dikafankan, mama peluk dan kucup Aqlan buat kali terakhir. Sejuknya dahi aqlan. Comelnya aqlan pakai serban. 

Ramai yang solatkan jenazah aqlan. Dalam pukul 12 selesai urusan, terus menuju ke tanah perkuburan. Jasad Aqlan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10, Cheras Perdana. Tempat persemadian aqlan comel je. Dan betul-betul terletak di bawah payungan daun pokok kelapa yang rendang. Rasa sejuk nyaman hati mama. Tenang je. Selesai dikebumikan, suami membacakan doa. Tiada talqin kerana anak kecil ini tiada dosa pun. Doa yang suami baca adalah doa untuk orang yang ditinggalkan, yang memerlukan kekuatan dari Allah agar kuat dan redha dengan ujian dan ketentuan ini. Doa yang spontan lahir dari hati suami itu sungguh menusuk hati mama. Sesekali terdengar getaran pada suaranya menahan kesedihan.

Alhamdulillah segala urusan pada hari itu memang dipermudahkan oleh Allah. 

Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Sesungguhnya apa yang kita ada semua itu pinjaman dari Allah semata-mata. Tiba masanya semuanya akan kembali kepada-Nya.

Mama redha atas ketentuan Allah ini. Walaupun sedih.. walaupun perit.. mama redha. Dan bila mama renung kembali sebenarnya Allah dah makbulkan doa mama. Allah makbulkan doa yang mama minta supaya Aqlan tak penat lagi. Allah makbulkan doa mama untuk berada di sisi Aqlan kalau jadi apa-apa. Allah ambil Aqlan waktu mama ada kat rumah bahkan atas pangkuan mama lagi. Terasa betapa sayangnya Allah kat mama. Mama tak dapat bayangkan kalau ianya berlaku waktu mama kat office. Allah... Allah.. Terima kasih Ya Allah..

Berehatlah sayang. Walaupun berat hati mama melepaskan Aqlan pergi, namun Mama gembira Aqlan dah tak penat lagi. Dan mama tak risau keadaanmu di sana sayang kerana syurga firdaus buatmu sudah pasti. Mama berdoa kita akan dapat bertemu lagi di sana. 

Al-Fatihah...

Muhammad Aqlan bin Abdullah
09/07/2012 - 16/01/2016





Gambar terakhir Aqil bersama Aqlan


Gambar terakhir.. sehari sebelum