November 19, 2009

Kehilangan...

Insya allah ada rahmat di sebaliknya... Sentiasa yakin terhadap ketentuan Allah..

Jap lagi nak admit for D&C.. takuttt..

Semoga Allah permudahkan segala urusan..

November 16, 2009

Ihsan Ibu Bapa

Bagaimanakah caranya hendak berbakti kepada ibu bapa sekiranya mereka telah meninggal dunia?

1. Doakan mereka
2. Selesaikan hutang mereka sama ada hutang sesama manusia atau pun hutang kepada Allah.
3. Cuba sempurnakan hasrat mereka yang tak sempat tertunai semasa mereka hidup.
4. Cuba hubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka.

November 12, 2009

Berkhemah

Siapa tak pernah merasa pergi berkhemah? Mama sejak sekolah rendah lagi memang selalu ada program perkhemahan. Pengakaplah katakan.. Tapi masa tu taklah sampai masuk ke hutan. Selalunya program buat kat padang sekolah je.. hehhe.. atau pun paling hebat pun kat kebun kelapa sawit sebelah sekolah separap tu.. Tapi part memasak pakai unggun api tu memang wajib ada.. masak air, masak lempeng.. Ada satu jenis makanan tu mama tak ingat namanya apa tapi sempoi je tepung gandum bancuh dengan air garam. Lepas tu balut kat kayu. Lepas tu bakar atas api. Jadi macam roti la jugak.. hehheh...

Tapi sepanjang pengalaman mama yang paling mencabar ialah masa berkhemah kat tasik kenyir masa induction course sebelum ke UK dulu.. itu memang betul-betul macam survivor... Berkhemah di tengah-tengah hutan, mengharapkan air dari sungai, nak melepaskan hajat pun kena pandai-pandai la.. berkayak kat tengah-tengah tasik kenyir.. isk.. bila teringat balik memang la horror... Anyway, it was one precious memory..

Namun berkhemah memang bagus untuk menguatkan semangat dan jati diri kita. Masa inilah kita dapat mengenal sifat sebenar kita. Sabarkah kita? Kuat semangatkah kita? Berpendirian teguhkah kita? Kuat imankah kita? (Dalam keadaan tempat yang kotor dan tak selesa, sungguh tempting untuk meninggalkan solat.

jungle tracking ulu kenas tahun 2000 - MTP 14

Anak-anak kita sekarang, berkhemah dalam rumah pun jadilah... hehehhe... Mama tak kisah.. Yang penting lepas main kena kemas balik, jangan lupa....

November 09, 2009

raihana's first hair cut.. huhu

Last Saturday, mama bawa the girls ke Az-Zahrah Women Wellness Center untuk gunting rambut. Humaira n Maisara memang dah lama minta nak potong rambut. Cuma mama asyik tak sempat nak mengguntingkannya.. Tapi rambut Raihana memang agak sayang nak potong sebab rambut dia jenis pusing-pusing.. comel... Tapi masalahnya dia tak suka ikat rambut. Kalau mama ikatkan rambut tu sekejap je dia dah nak buka. Masalahnya bila makan pun rambut nak ikut makan sekali tapi bila basuh mulut tak pulak rambut tu nak ikut basuh sekali.. Itulah yang menguatkan saranan ayah supaya rambut Raihana dipotong.. huhu...

nasib baik la dia behave je dok atas kerusi tu...nak tergelak pun ada tengok dia ...
the aftermath... oh sungguh boyish nampaknya raihana... takpe.. rambut boleh tumbuh balik...
humaira maisara? tiada dalam gambar... mungkin lain kali tapi diorang pun nampak boyish juga. Dan ada satu penemuan di kepala maisara. No, no, no... bukan haiwan yang kepala, badan dan kakinya berada di atas kepala itu. Tapi masalah lain, kulit berkeruping kat belakang kepala.. Sakit pulak tu dia kata. Bila tanya kenapa tak bagitau, dia kata takut nanti doktor cucuk.. La... sabor je la...
Anyway, the place Azzahrah Women Wellness Center is very recommended to muslimat yang tak tau nak gunting rambut kat mana. Di sini, aurat terjaga kerana di buat di tempat tertutup. For info, memang this center wanita sahaja yang boleh masuk. Bukan setakat gunting rambut, ada juga cuci, blow, steam, hair treatment.. Kalau potong saja (ops jangan confuse dengan Potong Now campaign.. heheh) untuk orang dewasa RM15. Hari tu kami habis RM42 untuk 4 orang.. Yang lain-lain seperti spa, massage, aerobic, sauna, jakuzi semua ada khas untuk wanita. Thanks to K Hani yang bagitau pasal this center. Next time geng usrah kita boleh buat trip spa kat sini la yeh.. hehhe..

November 05, 2009

Kids sana sini..

luqman baru botak kepala... barulah sepesen dengan imran.. hehhe


raihana dengan 'computer'nye... actually calculator je tu.. tapi dia suka eksyen macam tengah main komputer.. hehhe.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. hehhe..


last weekend pegi hari jadi aqilah, anak kawan ayah.. wah bestnya ada bubuclown! dapatlah belon bermacam-macam bentuk (pistol, topi, bunga..).. pastu ada game.. seronotnya...


takde idea nak tulis apa... sleep mode.. :)