Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts

February 24, 2014

Latihan menutup aurat sebelum baligh

Humaira dan Maisara yang bulat! Hehehe.. Nampak dari gayanya macam cepat je nak start period anak-anak mama ni. Tapi setakat ni belum lagi lah. Dah bersedia kah?

Salah satu element penting apabila baligh ialah kewajipan menutup aurat. Alhamdulillah setakat ini saya tak nampak ada masalah kepada Humaira dan Maisara untuk menutup aurat dengan sempurna. Sekarang ini pun bila keluar rumah memang akan tutup aurat. Tapi memang belum sempurna lagi,. Contohnya bila pergi swimming, buka jugalah. Ataupun apabila di rumah bila ada sedara datang. Ataupun bila kumpul dengan sepupu sepapat di kampung.

Semalam saya bawa mereka berdua ke sebuah salon di BTHO, berhampiran klinik Annur. Tertarik nak ke sana kerana nampak signboard Muslimah Room Available. Namun bila sampai, mereka kata dalam bilik tu aircond tengah rosak. Jadi kena gunting rambut kat tempat open. Amoi tu kata tak apa sebab dah petang ni selalu tak ada orang. (kami sampai situ pukul 6.00 petang). Sedang Humaira dan Maisara syok potong rambut tiba-tiba ada juga sorang lelaki masuk nak gunting rambut. Alamak. Saya pula rasa serba salah. Apabila dah selesai semuanya, Maisara kata nasib baik dia belum baligh. Kalau dah baligh tak boleh potong rambut kat situ lagi. Mama pun tak boleh potong rambut kat situ. Sejuk rasa hati saya sebab mereka faham tuntutan menutup aurat itu, bukan sekadar ikut-ikutan. Anyway next time mama akan bawa ke azzahrah lah, guarantee syariah compliant.

Anak-anak perempuan saya mula belajar menutup aurat seawal 4 tahun kerana mereka belajar di tadika islam. Ke sekolah memang wajib pakai, tapi bila keluar rumah saya memang selalu ajak mereka pakai tudung walaupun kadang-kadang lebih banyak masa tudung tu letak dalam beg daripada letak di kepala. Namun sedikit demi sedikit mereka akan semakin kerap pakai. The key is, selalu ingatkan mereka untuk pakai tudung bila keluar rumah. Tapi tidak memaksa sekiranya mereka tak mahu. Lama kelamaan mereka akan biasa dan automatik mencapai tudung tanpa di suruh.

Bila pergi swimming sebenarnya serba salah juga. Tapi mereka akan minta kebenaran dulu sebelum buka tudung. Kami akan beri kebenaran tapi kena bagitau bila baligh nanti tak boleh buka-buka dah. Sama juga kalau balik kampung, nanti kena lah menutup aurat juga dalam rumah sebab ada Nizam Nazim. Saya beri contoh Haida, sepupu mereka yang dah Form 1. Masa dia start baligh dia pun pakai tudung dalam rumah kan. Nampaknya Humaira Maisara faham dan saya rasa mereka dah bersedia bila sampai masanya.

Pentingnya menutup aurat itu dipupuk sejak kecil lagi. Bayangkan jika anak kita tak biasa pakai tudung, malah pakai pula baju seksi-seksi tanpa lengan, seluar pendek, tiba-tiba bila dia baligh kita paksa dia pakai menutup aurat sebab nanti berdosa etc etc, agak-agaknya boleh terima tak dia? memberontak tak dia? Tak boleh secara drastik macam tu. Jadi janganlah kita rasa anak kita masih terlalu kecil untuk dilatih menutup aurat. Kita takut kita tak perasan anak kita membesar. Sedar-sedar dah darjah satu. Sedar-sedar dah darjah 6. Tiba-tiba dah datang period. Kita tak memaksa tapi melatih supaya bila tiba masanya ianya tidak menjadi masalah buat mereka, untuk kebaikan mereka juga.

Semoga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


December 17, 2013

Supplements..

Semenjak saya sakit hari tu, saya mula mengambil beberapa supplements. Rupanya baru saya sedar saya ni dah semakin tua. Sistem badan pun dah tak berapa efficient. Zat-zat makanan dan vitamin yang diperlukan badan tak boleh lagi bergantung kepada makanan semata-mata. Mungkin selama ni saya sibuk risau pasal orang lain sampai terlupa nak jaga diri sendiri.

Sebelum ini bukan tak pernah ambil supplement. Pernah ambil Daily Tablet, Calcium Magnesium, Vitamin C. Mostly from Nutrilite Amway (sebab Kak Wa tokey Amway). Tapi selalunya mula-mula je semangat nak makan. Bila dah lama-lama makin jarang makan... lupa atau buat-buat lupa. Memang susah nak disiplin.

Saya sedar sekarang saya tak boleh buat sambil lewa lagi. Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga. Suami pun tiap-tiap hari tanya.

Sekarang saya makan B Complex, Nutriferon, Performance Mix, Calcium, Glucosamine, Vitamin C + Zinc dan juga ubat homopathy.

B Complex - Untuk kesihatan jantung dan otak
Nutriferon - Untuk menguatkan sistem imun
Performance Mix - Memberikan tenaga segera dan mengelakkan dehidrasi (yang ni saya rasa lepas habis ni tak perlu sambung. Ini saya ambil untuk mengembalikan tenaga selepas sakit hari tu untuk mengurangkan rasa letih dan lesu.)
Calcium (+ Magnesium) - Untuk kesihatan tulang. Penting terutamanya untuk ibu yang menyusukan bayi.
Glucosamine - Untuk kesihatan sendi-sendi.
Vitamin C (+Zinc) - Untuk kesihatan secara am. Untuk mengurangkan simptom allergy.
Ubat homopathy - Berbentuk titisan dan biji. Untuk allergy.



Disamping itu saya juga selalu minum air zam zam atau air anugerah, makan madu dan makan kurma.


Wow, banyaknya! Saya rasa saya pun kena buat jadual macam Aqil lah. Anyway, ada yang saya tinggalkan di office, ada yang letak kat rumah. Jadi ada yang saya makan pagi, siang dan malam.

Saya fikir ini sebahagian dari ikhtiar untuk menjaga (dan  mengembalikan) kesihatan saya. Saya harap saya terus istiqamah dan berdisiplin untuk makan semua supplements ini. Selebihnya saya serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan.



July 12, 2010

internet... facebook...

Humaira: Mama, mama ada febuk tak?
Mama: Febuk apa tu?
Humaira: Febuk yang kat komputer tu..
Mama: Ooo facebook ke? Mana humaira tau pasal facebook ni?
Humaira: Kawan kita, batrisyia, dia ada facebook. Mak dia pun ada facebook. Mama ada ke?

---------------------------

Luqman: Mama buat apa tu? mama tengah tengok internet ke?
Mama: Luqman tau ke internet tu apa?
Luqman: Tau la.. kat sekolah belajar..

---------------------------

Mama rasa belum bersedia untuk mendedahkan anak-anak tentang internet dan segala macam isinya. Sebab mama rasa, untuk memperkenalkan internet kepada mereka ianya perlu datang dengan segala macam 'Rules & Regulations' yang masih belum digubal lagi...

Atau adakah masanya sudah tiba???

March 12, 2009

10 hadiah di dunia - untuk orang yang bertaqwa

1. Sentiasa mendapat petunjuk
"Mereka itu (orang-orang yang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka orang-orang yang beruntung." (al-Baqarah:5)

2. Diberi penyelesaian kepada masalah
" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikannya jalan keluar." (at-Thalaq:2)

3. Dipermudahkan segala urusan
" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya." (at-Thalaq:4)

4. Mendapat rezeki daripada sumber yang tidak terduga
" ... dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (at-Thalaq:3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." (Ali Imran:76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
" Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dah bertaqwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." (al-A'raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
" Dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa." (al-Fussilat:18)
" .. dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan." (an-Naba:31)

9. Terpelihara daripada tipu daya musuh
" Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)

10. Diberikan furqan (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
" Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan berikan kepadamu Furqan." (al-Anfal: 29)

- Anis Mac 2009-
------------------------

Menurut para Ulamak, Taqwa itu adalah menuruti perintah AllahS.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya lahir dan batin, serta merasakan bahawa kebesaran yang hakiki adalah bagi Allah S.W.T.yang patut kita merasakan kehebatan, kekuatan, ketakutan dan kegerunan terhadap-Nya.

ITTAQULLAH!!

February 20, 2009

Tahukah anda..

Tahukah anda?

Sultan Salahudin Ayub, ketua tentera Islam dan khalifah dari kerajaan Al-Aiyubi di Mesir telah berjaya menawan Jurusalem dari pihak tentera salib pada tahun 1187M. Namun Jurusalem jatuh semula ke tangan tentera salib pada tahun 1247M.

Apakah ada yang dapat mencontohi kekuatan semangat jihad oleh Sultan Salahudin dan tenteranya untuk membela nasib Palestin sekarang??

I am sure there are a lot...

Ya Allah... selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, hancur musnahkanlah Rejim Zionis...

" Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yag ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah)." - Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.

sapa nak baca novel sejarah Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem, mama ada....

January 07, 2009

Doakan saudara-saudara kita di Palestin

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin
Abdul Shukur Harun Tue Jan 06, 09 6:02:49 pm MYT


Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Qunut Nazilah

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

August 22, 2007

sepuloh ribu semenetttttt...


dah dua hari nih mama dengar kat era.. sepuluh ribu seminit... isy... lumayan betul... yang bestnya soalan tu dia dah bagi dulu dah semalam.. tapi orang kena dengar la era tu sepanjang masa untuk kumpul 10 soalan tu... semalam yang dapat call tu dapat jawab 9 soalan so dapat 9ribu... pagi nih orang tu mesti tak kumpul soalan dia semalam sebab banyak pas pas je.. anyway dapat jugak jawab 3 soalan = 3 ribu sapa nak bagi... dok sembang-sembang ngan ayah.. diorang nih memang desperate la nak suruh orang dengor stesen diorang.. sanggup bagi ribu riban kat orang dlm masa seminit... tricknya supaya orang dengar la era tu sepanjang hari sebab nak dengar 10 soalan tu... lepas tu jawapan boleh la dicarik.. so the competition is actually who can gets through the line...

tapi kan bila pagi ni mama baca from Roslan SMS Corner (Mengadu nasib kepada istana) berkenaan seorang ayah kepada 5 orang anak yang anak sulungnya lumpuh dan berpendapatan rm500 sebulan... sewa rumah je dah rm200 sebulan.. terpikir pulak mama.. kan bagus kalau duit beribu-ribu tu bagi kat orang-orang miskin yang macam nih... kalau 10 ribu tu boleh sangat nak ringankan beban diorang untuk beberapa bulan.. silap-silap cukup untuk setahun...

kat malaysia ni ramai sebenarnya orang-orang kaya... mungkin agak payah la kalau nak pegi jumpa orang miskin sorang-sorang untuk berikan bantuan... sebab tu la ada pusat zakat.. boleh salurkan ke situ untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.. tapi bila pusat zakat pun ada macam-macam kerenah birokrasi dan sebagainya, fakir miskin pun tak boleh nak harap kat pusat zakat dah.. abih tu camno? every year declare dapat pungutan this much this much.. tapi yang fakir miskin terima kita rasa macam terlalu kecil.. macam tak patut je.. hmmm.. tak tau lah...

kengkadang tu terpikirr.. kite yang terasa tak kaya ni selalu kata orang-orang yang kaya ni patut tolong la orang-orang miskin... kalau aku kaya aku akan buat tu buat nih... bla bla bla... tapi kalau satu hari nanti kita jadi orang kaya agak-agak kita buat tak apa yang kita pernah kata kalau aku kaya tu?? takut lupa diri...

but then.. money/kekayaan is very subjective.. ada orang anak 2 orang gaji rm10k pun masih tak cukup.. ada orang anak 6 gaji rm3k tapi masih boleh buat amal jariah sana-sini... semuanya depends kat diri masing-masing... so terserah kepada diri kita sendiri untuk melakukan apa yang terbaik untuk kita semua di dunia dan akhirat...