August 19, 2018

Selawat Nurizzati



Airmata yang paling berharga di dunia ini ialah airmata Nabi yang rindukan ummatnya.

Siapakah mereka yang dimaksudkan? Kita lah...

Selawat ini mama dengar semasa Malam Sejuta Selawat di KISAS bulan lepas. Memang syahdunya qasidah ini.

Kalau nak dengar boleh cari di youtube Selawat nurizati oleh ustaz neezam albanjari

August 18, 2018

Hari raya haji dah dekat

Bila dah biasa kuku pendek, tak biasa kuku panjang. Bila panjang sikit dah rasa rimas. Tapi mujahadah untuk buat yg terbaik. Ikut mazhab shafii makruh potong kuku sehingga lepas lembu korban kita disembelih. Kena tahan lagi 4 hari. Wajah sang suami pun dah macam bangla tak cukur seminggu hihi.

Sejak beberapa tahun ni saya nekad untuk buat ibadah korban setiap tahun. Selepas tersentap dgn statement satu ketika dulu, bil astro bulan2 seratus lebih boleh bayar, korban rm500 setahun takkan tak boleh (well sekarang dah rm650). Alhamdulillah setakat beberapa tahun ni Allah berikan rezeki untuk buat ibadah korban.



(Ini tangan aqil sebagai hiasan)

Bila tak sihat