February 24, 2014

Latihan menutup aurat sebelum baligh

Humaira dan Maisara yang bulat! Hehehe.. Nampak dari gayanya macam cepat je nak start period anak-anak mama ni. Tapi setakat ni belum lagi lah. Dah bersedia kah?

Salah satu element penting apabila baligh ialah kewajipan menutup aurat. Alhamdulillah setakat ini saya tak nampak ada masalah kepada Humaira dan Maisara untuk menutup aurat dengan sempurna. Sekarang ini pun bila keluar rumah memang akan tutup aurat. Tapi memang belum sempurna lagi,. Contohnya bila pergi swimming, buka jugalah. Ataupun apabila di rumah bila ada sedara datang. Ataupun bila kumpul dengan sepupu sepapat di kampung.

Semalam saya bawa mereka berdua ke sebuah salon di BTHO, berhampiran klinik Annur. Tertarik nak ke sana kerana nampak signboard Muslimah Room Available. Namun bila sampai, mereka kata dalam bilik tu aircond tengah rosak. Jadi kena gunting rambut kat tempat open. Amoi tu kata tak apa sebab dah petang ni selalu tak ada orang. (kami sampai situ pukul 6.00 petang). Sedang Humaira dan Maisara syok potong rambut tiba-tiba ada juga sorang lelaki masuk nak gunting rambut. Alamak. Saya pula rasa serba salah. Apabila dah selesai semuanya, Maisara kata nasib baik dia belum baligh. Kalau dah baligh tak boleh potong rambut kat situ lagi. Mama pun tak boleh potong rambut kat situ. Sejuk rasa hati saya sebab mereka faham tuntutan menutup aurat itu, bukan sekadar ikut-ikutan. Anyway next time mama akan bawa ke azzahrah lah, guarantee syariah compliant.

Anak-anak perempuan saya mula belajar menutup aurat seawal 4 tahun kerana mereka belajar di tadika islam. Ke sekolah memang wajib pakai, tapi bila keluar rumah saya memang selalu ajak mereka pakai tudung walaupun kadang-kadang lebih banyak masa tudung tu letak dalam beg daripada letak di kepala. Namun sedikit demi sedikit mereka akan semakin kerap pakai. The key is, selalu ingatkan mereka untuk pakai tudung bila keluar rumah. Tapi tidak memaksa sekiranya mereka tak mahu. Lama kelamaan mereka akan biasa dan automatik mencapai tudung tanpa di suruh.

Bila pergi swimming sebenarnya serba salah juga. Tapi mereka akan minta kebenaran dulu sebelum buka tudung. Kami akan beri kebenaran tapi kena bagitau bila baligh nanti tak boleh buka-buka dah. Sama juga kalau balik kampung, nanti kena lah menutup aurat juga dalam rumah sebab ada Nizam Nazim. Saya beri contoh Haida, sepupu mereka yang dah Form 1. Masa dia start baligh dia pun pakai tudung dalam rumah kan. Nampaknya Humaira Maisara faham dan saya rasa mereka dah bersedia bila sampai masanya.

Pentingnya menutup aurat itu dipupuk sejak kecil lagi. Bayangkan jika anak kita tak biasa pakai tudung, malah pakai pula baju seksi-seksi tanpa lengan, seluar pendek, tiba-tiba bila dia baligh kita paksa dia pakai menutup aurat sebab nanti berdosa etc etc, agak-agaknya boleh terima tak dia? memberontak tak dia? Tak boleh secara drastik macam tu. Jadi janganlah kita rasa anak kita masih terlalu kecil untuk dilatih menutup aurat. Kita takut kita tak perasan anak kita membesar. Sedar-sedar dah darjah satu. Sedar-sedar dah darjah 6. Tiba-tiba dah datang period. Kita tak memaksa tapi melatih supaya bila tiba masanya ianya tidak menjadi masalah buat mereka, untuk kebaikan mereka juga.

Semoga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


No comments: