Hari Rabu petang, balik dari kerja tengok Aqil tak berapa aktif. Saya ingatkan dia mengantuk sebab dia duduk diam lepas tu nampak dia menguap. Saya pun masukkan dia dalam buai. Masa tu bibik sibuk tengah cebokkan Aqlan. Tepuk-tepuk tak tidur-tidur pun. Tapi macam mengantuk. Bila bibik dah selesai uruskan Aqlan, bibik bagitahu Aqil dah tidur petang. Pukul 5 baru bangun.
Oh pelik pulak. Nampak macam tak larat je. Bibik bagitahu petang tadi dia macam susah nak buang air besar, sampai menangis. Lepas daripada tu yang nampak dia tak larat.
Selepas saya selesai solat maghrib, nampak Aqil baring kat sofa dengan kakak dia. Diam je. Something is wrong ni. Saya measure dia punya oksigen menggunakan pulse oxymeter. 65! Saya measure sekali lagi tunggu lama sikit. Masih 65!! This is bad.
Saya terus bawa keluar nasal tube dari dalam laci, cari tape dalam kabinet. Dan terus pasangkan oksigen pada Aqil. Pada mulanya agak susah juga nak pakaikan sebab memang dah lama tak pakai. Aqil pun meronta-ronta je. Sebenarnya oksigen concentrator kami dah pulangkan sebab dah beberapa bulan tak guna. Kalau pasang pun selalu sekejap je sebab Aqil dah pandai tarik dan tanggalkan sendiri. Nasib baik kami masih ada mobile oxygen tank untuk kes-kes kecemasan.
Saya peluk dan pangku Aqil untuk seketika. Dia nampak lemah. Saya periksa lagi bacaan oksigen selepas beberapa ketika. Naik sikit kepada 75. Nafas Aqil memang sangat laju. Bila saya letakkan tangan saya pada dadanya boleh rasa jantung Aqil berdegup sangat laju. Macam orang baru lepas terkejut atau baru lepas berlari.
Suami pula memang tengah sibuk sekarang. Setiap hari balik malam sebab nak mengejar deadline projek. Selepas saya maklumkan kepada suami yang masih berada di project site, beliau terus call oxygen supplier kami. Nasib baik mereka tengah ada stok oxygen concentrator. Terus suami memecut ke Kepong untuk dapatkan oxygen concentrator tu sebab oxygen tank yang kami ada tu cuma akan bertahan selama 2-3 jam saja.
Semalaman Aqil on oxygen. Pagi khamis nampak bertambah baik. Bacaan oxygen sudah naik 85 with oxygen support. Alhamdulillah. Namun masih belum ok lagi. Normal ialah 95-100. Jadi perlu naikkan oxygen sampai at least 90 baru boleh rasa lega sikit. Pagi tu Aqil masih nampak lemah. Muka pun nampak bengkak. Tapi bila dah petang sikit nampak dia semakin kuat. Dah nak main basikal, baca buku dengan mama, makan roti canai. Oklah alhamdulillah. Oxygen 87 without oxygen support.
Pagi ni nampak dia ceria. Tak dapat lagi tengok bacaan oxygen dia macamana sebab dia tak nak bagi jari dia huhu. Dah pesan pada bibik untuk ambik bacaan dia masa dia tidur nanti. Harapnya oklah. Tengok pada Aqil nampak macam dah ok sebab dia ceria dan pagi-pagi lagi dah main basikal. Hopefully oklah.
Cuma sekarang masih bermain-main lagi dalam fikiran saya apakah yang menyebabkan Aqil jadi begitu secara tiba-tiba. Kerana sekarang Aqil memang tengah sihat. Tak ada demam, batuk atau selsema. Kalau memang tengah selsema tu memang kita fahamlah kesihatan dia akan menurun. Saya terfikir perkara terburuk mungkinkah Aqil terkena heart attack? (nauzubillah..) A mild one? Is it possible? (which i think is possible)
Can't wait to see Dr Chan to discuss this.
No comments:
Post a Comment