February 18, 2014

Luqman menjalani pembedahan appendix

Alahai anak omak.. satu.. satu..

Hari Sabtu yang lepas, selepas Azan Asar berkumandang, Luqman mengadu sakit perut. Muntah-muntah. Saya ada hal petang tu. Tak sempat tunggu Luqman keluar bilik air, saya dah kena keluar. Saya hanya pesan kepada Humaira Maisara supaya suruh Luqman  makan ubat CVT no 19. Mungkin perut masuk angin kot sebab pagi itu ada tuisyen di sekolah, habis pukul 1.30. Balik rumah dah pukul 2.30 pun tak terus makan nasi. Tapi masa kat sekolah pun dia dah beli makanan kat kantin dah.

Waktu maghrib nampaknya Luqman masih sakit perut. Macam teruk je. Muka pun pucat. Lalu selepas Maghrib terus suami bawa Luqman ke klinik. Nak suruh doktor inject.

Tak lama kemudian, suami telefon. Doktor suspect appendix terus refer ke hospital. Sampai di Hospital Columbia Asia di BTHO, masuk ER, after x-ray, so memang confirm kena buat laparoscopi untuk buang appendix. So malam tu pukul 11 malam terus prosedur dilakukan.

Saya di rumah menidurkan Aqil Aqlan. Sesekali suami mesej memberitahu perkembangan semasa. Hanya doa yang dapat saya panjatkan semoga segala urusan dipermudahkan Allah dan semoga selamat semuanya. Alhamdulillah prosedur selesai lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam.



Saya tanya doktor, macamana boleh kena sakit appendix ni? Adakah kerana makan biji jambu batu atau biji lada? Itu kan kepercayaannya sejak kecil lagi hehe.. Doktor kata sebenarnya memang tidak diketahui punca penyakit ini. Dan ianya boleh kena kepada sesiapa saja. Dan dia juga kata tak pernah pula jumpa biji jambu batu dalam appendix. Hehe.. pandai buat lawak pulak Dr Razale ni.
Makan sedap nampak

Alhamdulillah sekarang Luqman sedang berehat di rumah. MC selama seminggu. Semalam baru keluar wad. Selama berada di wad, siang saya jaga, malam suami yang temankan. Nampak Luqman pun tak sakit sangat.

Semoga cepat sembuh Luqman!


No comments: