January 19, 2010

Bubur Asyura Wak Wok

Bila nenek duduk kat KL ni ni memang banyak perubahan di rumah kami. Contohnya pokok-pokok di belakang rumah semakin rimbun. Ada pokok baru juga... daun sup, serai 'reinvented'.. hehhe. Cerek masak air bersih berkilat, tak ada minyak-minyak melekat. Periuk nasi bebas dari keruping-keruping bekas lelehan air beras. Tempat ting roti pun tak berhabuk. Mesin basuh kat belakang pun sudah bebas dari habuk dan kotoran yang melekat.. Bekas minyak gorengan pun tak ada lagi jelantah (yang dah berapa lama agaknya tak buang.. hihi).. Thank you very much nenek...

Bila nenek duduk kat KL ni, banyak pulak la kena 'dera' dengan anak-anak mintak mak masakkan itu ini... karipap, kasui, bubur asyura... Minta maaf nenek kalau menyusahkan tapi karipap nenek memang tiada tandingannya... hehhehh...

Last weekend kami buat bubur asyura. Memang selalunya nenek buat bubur asyura sempena hari asyura. Tapi sebenarnya dah terlepas hari asyura. Tapi nak juga makan bubur asyura nenek...

Bubur asyura ni ada macam-macam version. Kalau style Johor, lebih kurang macam bubur lambuk tapi lauk-lauk (hiasan) tabur tu yang penting tu especially bawang goreng. Kalau kat tempat lain ada yang masuk segala jenis macam kacang dalam tu. Ada juga nama bubur asyura tapi macam kuih talam rupanya boleh dipotong-potong. Mama tak sure mana satu utara punya mana satu timur punya.

Yang penting kami suka Bubur Asyura Wak Wok.. yeayy!

Bahan-bahannya

Bubur:

Beras
Daging direbus, dan dihiris nipis (simpan air rebusannya)
Santan
Bawang besar (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Halia (diketuk)
Udang Kering
(sukatan agak-agak la ye... )

Untuk tabur atas bubur:

Bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur - goreng dadar nipis-nipis dan hiris
Daun sup
Bawang goreng
Ayam goreng diracik-racik

Cara Membuatnya:

Masak bubur macam biasa.
Masukkan daging, halia, bawang besar, bawang putih, halia dan garam ke dalam bubur tadi.
Bila sudah lembut, masukkan santan.
Siap untuk dihidang.. Taburkan hiasan atas bubur tadi..

mak wa pun datang rewang buat bubur asyura
bubur tengah menggelegak
beginilah rupanya

close up

Dan kami pun makan ramai-ramai... nyum..nyum... sedapnya...

No comments: