January 25, 2010

Pusat Komuniti Putrajaya Precint 9

Kolam lagi?

Sebenarnya mengambil kesempatan sementara ayah bermesyuarat AGM Alumni pada hari Ahad lepas. Sepatutnya mama pun join sekali meeting tu tapi biasalah bila bersama kanak-kanak riang ni tak dapat lah nak concentrate sangat. Terpaksalah salah seorang 'berkorban' untuk tidak berada dalam meeting tu.. hehhe..

Sebenarnya kami memang aim tempat ni dah lama dah.. sejak alumni buat jamuan raya di sini.. masa tu baru tau kewujudan tempat ni.. Yang bestnya, kolam mandinya berkonsepkan taman tema air. Dan yang paling menarik, masuk adalah PERCUMA! Cuma mungkin tempat agak limited tapi tak kisahlah. Yang penting anak-anak enjoy.. tak nak naik walaupun dah pukul 12 tengahari... Hasilnya semua orang muka jadi gelap.. sun tanned.. hehheh... Macam pegi pantai pulak..

Bersebelahan dengan 'taman tema air' ni ada playground pula. Agak luas juga. Mudah la budak-budak kalau boring dalam air main kat playground pulak. Dah boring kat playground, masuk dalam air pulak. Manalah tak jadi lama kat situ.

Bila anak-anak dah puas main air barulah mama dapat join meeting tu.... Tu pun sekejap je.. bila budak-budak semakin tak terkawal (ada ke main baling selipar kat dinding dewan tu.. malu mama malu...) terpaksa mama ajak diorang keluar balik gi main playground balik... ish ish... Bila meeting dah adjourned baru kami masuk balik untuk makan... (hehhe.. aci tak...)

Apa-apapun petang tu memang semua kepenatan especially mama hehheh... mungkin sebab baru baik demam hari tu kesan-kesan tu ada lagi.. dok temankan budak-budak ni tengah panas terasa macam letih sangat... anyway.. syok... (budak-budak lah..) boleh pegi lagi...


raihana tak nak masuk air.. sejuk katanya... eleh.. mula-mula aje...


No comments: