September 28, 2014

Pizza San Francisco vs Ana Ikan Bakar Petai

Minggu lepas jalan-jalan dengan mak, eli dan ima. Mak pun dah nak balik kampung masa tu. So sebelum balik tu kami bawaklah mak makan lunch.

Pizza San Francisco

Hari tu hari Jumaat. Ima kata dia nak lunch dengan mak, sapa-sapa nak join jom! Kata ima dalam wassap. Hmm... memang menarik sangat idea tu. Tapi jauh pulak nak ke bangi (asalnya) tengah-tengahari tu. Fikir punya fikir nak join juga terus ambil half day hehehe. Sebab sebenarnya saya tengah tak berapa ada kerja sangat. Baru balik ke office lama selepas buat projek Camelot selama dua tahun. So agak banyak masa terluang sehinggakan adakalanya sampai pening tak tau nak buat apa. hehehheh... Jadi petang tu daripada sakit kepala tak tau nak buat apa baiklah saya ambil half day terus. Bolehlah spend time masa dengan mak. Cewah.

Mula-mula plan ke Bangi Gateway. Lepas tu tukar plan ke Mines pulak. Tak taulah eli kata bangi jem. Ikut sajalah. Pukul 2 jugaklah masing-masing baru sampai. Jem la sesat lah. Lapar... lapar...

Ima ajak makan kat Pizza San Francisco. Hmm.. memang tak pernah try ni. Kami oder macam-macam! Pizza, nachos, olio aglio, mushroom soup, beefsteak, nasi dengan daging blackpepper untuk mak, banana split, creme brulee.. The verdict? Food only so so.. Tak berapa best. Nachos kat @grills lagi sedap. Pizza dominos lagi sedap. Beefsteak liat. Daging blackpepper pun liat. Kesimpulannya makan biasa-biasa saja. I will not come back here again. Tapi sembang-sembang dengan mak dengan adik beradik tu la yang best sampai tak bangun-bangun. Mak kata sampai panas punggung. Hahaha... mak pulak yang asyik tanya bila nak sudah? Penat duduk aja mak kata... hehheheh... sorry mak....





Ana Ikan Bakar Petai

Sebenarnya hari sebelumnya lagi dah plan nak bawak mak makan malam tu sebelum hantar mak ke rumah k nit. Sebab esoknya mak akan balik ke kampung dengan Umar. So walaupun masih agak kenyang makan kat San Francisco tadi (balik pun dah pukul 4), sebab dah janji dengan budak-budak juga, kami ke Restoran Ana Ikan Bakar pula. Sebenarnya ini kali ke 3 tak silap saya ke restoran ini. Ianya terletak di Bangi (tak tau seksyen berapa) tapi sebelah Bomba. Itulah landmark yang paling senang kot. Dia dekat juga dengan Bangi Gateway.

Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 ptg. Suami masa tu tak sampai rumah lagi balik dari kerja. Jadi kami janji jumpa terus di sana lah. Sebab kalau malam memang penuh sangat restoran tu. Cuma kasihan kat Aqil kami tak bawa sebab tengah tidur. Tak nak kacau dia. 

Sampai-sampai alhamdulillah masih banyak meja kosong lagi. Terus book meja dan pilih ikan, udang, sotong, kekapis, ketam untuk dimasak. Sementara menunggu masakan siap, azan pun sudah berkumandang, kami terus menunaikan solat di surau yang disediakan. Sebab tu kami suka di sini. Selain makanannya yang sedap sangat, kemudahan yang disediakan juga sangat menyenangkan. Surau yang selesa untuk lelaki dan perempuan dan ada mini playground. Jadi anak-anak pun taklah boring sangat nak tunggu makanan tiba. Tapi waiting time untuk order sampai pun tak lama sangat pun. 

Hidangan kami malam tu ikan lidah bakar petai, chilli crab, udang buttered cheese, sotong goreng tepung, kekapis sweet sour (first time makan kekapis ni), seafood tomyam, sup tulang, cendawan goreng tepung, bendi tumis belacan, telur dadar. Memang sedap hingga menjilat jari... Licin kami makan!






Mak tersandar kekenyangan. Mak kata 'Ini baru puas makan!" hehhee... Mak merujuk kepada lunch siang tadilah yang tak berapa kena dengan selera mak dan memang tak berapa sedap lah.. hehhehe... Takpe mak lain kali kita datang sini lagi ye.. 

All in all harga kami bayar RM190 lebih. Lebih kurang harga sama dengan siang tadi di Pizza San Francisco (RM170 lebih). Memang sangat berbaloi makan macam-macam kami 10 orang. Fresh-fresh dan sedap-sedap pulak tu.. Alhamdulillah. Memang dari dulu suka kat sini tapi dah lama tak pergi sebab tak boleh nak bawa Aqil Aqlan jalan sangat kalau malam-malam ni. Restoran ni buka pukul 6ptg tak silap. 

Cerita pasal makan... terasa lapar la pulak... hehe

No comments: