Asalnya kami bercadang hendak ke Cherating. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kami telah mengubah haluan kami ke Port Dickson.
Pada mulanya agak menyesal juga. Apatahlagi sampai-sampai saje terus ke Ostrich Farm yang tak berapa ada apa-apa. Kemudian dapat laporan cuaca di Kemaman (hampir dengan Cherating) 'bright and sunny'. Namun bila masuk hotel, terubat sungguh keterkilanan itu. Hehe bukan tak tau dalam bilik ada swimming pool tapi bila dah berada di situ barulah dapat appreciate betul.
PD Ostrich Farm rasanya macam tempat tu tak terpelihara sangat. Ostrich pun nampak kusam. Mula-mula budak-budak excited nak naik ostrich tapi bila tengok macam tak lalu je. Bulu pun tinggal sikit hehe. Anyway seronok juga la. Selain tu ada juga binatang lain - kambing, rabbit, beruk, monyet, iguana, ayam.. ala-ala mini farm la..
Kami pilih Legend International Water Homes adalah kerana mama. Sebab ada indoor swimming pool so percutian ini lebih kepada memenuhi kehendak mama. Barulah boleh berendam (berenang) sepuasnya tanpa perlu fikir segan kat orang. heheh..
Tapi nampaknya semua orang memang enjoy. Luqman, Humaira, Maisara pun terus pandai berenang. Mama pun rasanya tak pandai berenang tapi tiba-tiba pandai pulak. cewah. Cuma mungkin imran dan raihana tak berapa nak enjoy sebab kolam agak dalam (4 feet) so diorang boleh main kat tangga je. Atau duduk atas pelampung.
Ada juga swimming pool kat luar, kat sini baru imran dan raihana enjoy sikit. Tapi abang dan kakak tak puas la main.
Kami pergi juga ke pantai Port Dickson. Mula-mula seronok, tak lama kemudian tiba-tiba banyak pulak siput kat tepi pantai tu. Budak-budak geli... Dan imran pun mula garu sana garu sini. Tak pernah-pernah main air budak-budak ajak balik cepat. Hmmm..mesti teringat swimming pool dalam bilik tu... Yelah pantai PD taklah sebersih dan secantik pantai kat pantai timur kan. Tapi dapatlah mama buat sand castle...
Puas jugalah 2 malam kat sana. In terms of rates memang agak mahal tapi boleh dapat murah sikit bila book melalui Internet HotDeal (walaupun still agak mahal juga). Bilik besar 2 king beds. Separate kitchenette and bathroom.
Best Best Best!
Tapi next time nak pegi jugak la cherating ke terengganu ker....
No comments:
Post a Comment