Kupandang kiri.. kosong
Kupandang kanan... kosong
Kutoleh belakang... kosong
Kurenung ke hadapan... kosong
Mana semua orang pergi ni??? Ah sebenarnya saya yang tak sepatutnya berada di sini.. hehhe... Orang semua sambung cuti seminggu untuk 1TM. Tapi kenapa saya tak sambung cuti?
Sebab nak siapkan MAPS (konon.. heheh)
Sebab kalau cuti pun.. suami, anak-anak semua tak cuti... jadi boringlah...
Takpe... esok saya dah mula cuti. Suami dan anak-anak hari khamis baru start cuti. Jadi saya ada dua hari kosong. Belum plan lagi nak buat apa.. Mungkin antaranya ialah menjenguk PASTI, dan cuba menghadiri Kuliah Muslimat di BTHO (Ustaz Hasrizal bagi kuliah). Cadangnya nak ajak K Wa dan K Nora sekali. Adakah berjaya? Bukannya apa, kita ni kalau bab menjaga diri sendiri insya allah tak ada masalah. Tapi bab nak mengajak orang lain kita jadi malu tak tentu pasal... Kenapa agaknya ye? 'Adakah berjaya?' itu bukan dinilai kepada orang lain itu menyahut seruan kita, tapi lebih kepada diri kita sendiri berjaya tak nak membuka mulut untuk mengajak. Kalau seruan disahut itu sudah kira satu bonus! Samalah seperti dakwah kepada bukan Islam. Pernah tak kita approach non muslim, maybe officemate kita sendiri, untuk menceritakan tentang Islam? Oh saya sendiri sebenarnya tak pernah.. huhuhu.. Ya Allah lemahnya imanku...
Cuti Raya Cina nanti Insya allah kami akan bercuti ke Utara. Menziarah K Idah di Alor Setar dan kemudian menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang pertama, Syarah di Bukit Mertajam. Wah, dalam setahun dua lagi boleh lah bergelar nenek... kekekeke...
Hmm.. I need to get back to MAPS...
No comments:
Post a Comment