January 19, 2011

Anak

"mak, macam teringin je...." kata saya kepada mak saya sambil menggendong baby nazmi, anak saudara terbaru, anak pak alim & mak liza yang ke-4.
Baby nazmi yang suka senyum..

"isy... alah.. dah banyak dah engko.." jawab mak.

Saya hanya tersenyum. Memang saya suka mengusik mak tentang perkara ini. Ketika kami nak 'menambah' yang kelima dulu pun, mak memang tunjuk tak puas hati... Tapi sekejap saja. Dah rezeki... bila baby lahir, mak jugalah yang sibuk dengan cucu barunya...

"Ala... anak mak 11 orang boleh je.." saya bagaikan sengaja hendak 'provoke' mak.

" Yelah mak dulu tak kerja, duduk kampung. Sekarang duduk bandar kan kos tinggi. Nak hantar nurseri lagi" mak berhujah.

Saya hanya tersenyum.

Begitulah kerisauan ibubapa zaman sekarang. Boleh dikira zaman sekarang berapa sangatlah yang anaknya lebih daripada 5?

Namun bila memikirkan ibu bapa kita dulu memang terasa kagum. Bayangkan mak dan bak dulu membesarkan kami adik-beradik seramai 11 orang dengan gaji sebagai guru. Paling tinggi gaji bak dulu adalah 2ribu ringgit. Namun alhamdulillah ramai antara kami yang dapat masuk sekolah asrama dan dapat biasiswa. Namun bak tidaklah bergantung harap kepada gaji guru sahaja. Sebelah petang, mak dan bak bertungkus lumus di kebun Parit Bengkok mengerjakan kopi, kelapa dan koko. Bila bak dah pencen, gaji bulanan tinggal 600 sahaja. Kebun tetap berbakti, malam pula bak berniaga di pasar malam. Ketika itu saya masih bersekolah rendah. Adakalanya saya ikut membantu berjualan di pasar malam - jual mi dan kuih yang disediakan oleh mak, jajan, hasil-hasil kampung seperti kelapa, ubi, pisang dan sebagainya. Balik sehingga jauh malam. Kasihan bak masa tu.. tentu rasa letih..

Bila diingatkan, sungguh tak ternilai pengorbanan kedua-dua orang tua kita. Adakah kita dapat mencontohi mereka dalam membesarkan anak-anak kita? Malah lebih baik daripada itu?

Ya Allah.. kepadaMu kami memohon kekuatan...

No comments: