January 24, 2011

Hukuman

Ilmu ini saya dapat semasa menghadiri Program Untuk Mu Wanita (UMi) a.k.a kuliah muslimat di Surau Taman Sutera pada 23 Jan 2011 yang lalu.

Cara-cara menghukum anak

1. Jangan pukul di bahagian muka. Kerana di muka itulah terletaknya ego seseorang. Jika kita tampar muka anak kita, bukan sahaja muka yang sakit tapi hati juga sakit dan boleh membawa kepada dendam. Kemungkinan akan menjadi lebih nakal/jahat.

2. Jangan pukul di bahagian belakang kerana belakang itu permukaannya luas. Yang merotan akan berasa puas dan seronok merotan. Jadi merotan itu boleh didorong oleh nafsu.

3. Anak-anak perempuan, jangan rotan di belakang betis. Kerana saraf di situ ada bersangkut paut dengan anggota peranakan.

4. Yang diajar Rasulullah ialah merotan di tapak kaki. Kerana saraf di tapak kaki itu bersangkut paut dengan otak. Oleh itu ia boleh merangsang otak. Lagipun tapak kaki kulitnya tebal.

Yang penting, hukuman adalah untuk MENDIDIK, bukan untuk melepas kemarahan. Kalau dalam keadaan kita marah, tentu kita nak rotan sekuat-kuat hati. Sekiranya dalam keadaan begitu, kita tidak lagi bertindak berdasarkan ilmu tetapi kita menghukum dengan dikawal oleh nafsu amarah dan syaitan. Maka kesannya kepada anak kita adalah menjadi lebih buruk.

Namun, seboleh mungkin, kalau anak kita buat sesuatu yang tak baik, cubalah slow talk dulu. Mungkin kalau sudah tidak terkawal barulah ambil tindakan yang sepatutnya. Kalau setakat anak-anak 5-6 tahun yang nakal-nakal tu jangan la senang sangat nak menghayun rotan. Mereka sebenarnya bukan nakal tapi ACTIVE!

Guidelines ini saya rasa juga sangat relevan kepada guru-guru. Samaada guru sekolah rendah, menengah apatah lagi guru-guru tadika. Kawal kemarahan anda... Sesungguhnya orang yang paling kuat ialah orang yang dapat mengawal marahnya.

Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Syakirin atas pengisian yang bermanfaat tempohari. Terima kasih kepada ummi-ummi dan juga bakal-bakal ummi yang dapat hadir ke program kita. Walaupun makluman tempohari agak terlewat sedikit namun rasanya kehadiran tu adalah dalam 30 orang macam tu. Alhamdulillah..

Semoga kita diberikan kelapangan untuk terus menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini lagi di masa akan datang...

No comments: