November 29, 2013

Ujian yang kukira sangat besar buat diri ini

Sudah hampir sebulan saya tidak ke pejabat. Sejak cuti maal hijrah tempohari. Cuti masa tu kami ambil kesempatan untuk bercuri ke Gold Coast Morib. Check in pada hari Ahad. Sebelum tu saya dah rasa tak sedap badan macam nak demam. Badan rasa dedar-dedar. Namun sempat jugalah masuk dalam air kat waterpark dia sekali hehehe.

Kami checkout hari Selasa. Saya masih rasa tak berapa sihat. Aqil Aqlan pula batuk selsema. Petang tu kami ke klinik. Doktor bagi saya MC untuk satu hari.

Malam itu badan saya naik merah-merah. Alamak takkan demam campak kot!! Takkan dah besar-besar ni kena demam campak macam pelik je. Esoknya saya ke klinik lagi. Doktor kata bukan campak ni. Dia kata viral rash. Dan saya yang memang masih demam dia kata saya kena viral fever. Memang akan ambil masa sikit untuk sembuh. Dan tak ada ubat, cuma doktor bagi saya booster untuk tingkatkan immune system saya untuk lawan virus tersebut. Lalu doktor sambung MC saya sampai ke hari Jumaat.

Di rumah saya hanya berehat. Tapi dengan Aqil dan Aqlan yang tak berapa sihat juga tidaklah saya boleh berehat sangat kerana melayan kerenah mereka dua orang.

Weekend itu ihtifal PASTI dan juga ihtifal SERI ABIM. Walaupun tak berapa sihat, saya gagahkan juga untuk pergi melihat anak-anak beraksi di pentas dan juga menerima hadiah kecemerlangan. Paling seronok tengok pementasan sketsa Tentera Abrahah dan Burung Ababil oleh pelajar 6 tahun PASTI D'Sutera. Tentulah seronok sebab idea/skrip/lagu semua saya yang susun. Orang di belakang tabir. Cikgu2 tinggal melatih anak-anak je. Namun good job to the teachers. Saya rasa bangga!

Hari Isnin, saya rasa masih melayang-layang. Dan rashes keluar di muka banyak dan gatal. No way saya nak pergi kerja macam ni. Rashes ni pun pelik. Kadang-kadang dia keluar tak timbul. Cuma merah-merah bawah kulit. Tapi kadang-kadang dia keluar timbul-timbul. Bila keluar yang timbul-timbul memang sangat gatal terutama kat muka. Tak tahan!!! Lalu saya ke klinik lagi nak minta MC lagi. Doktor agak concern juga sebab dah seminggu tak baik lagi lalu ujian darah dilakukan. Alhamdulillah tak ada denggi. Dapat satu hari lagi MC.

Esoknya saya ke pejabat. Oh lupa pula nak cerita. Selain dari demam suam-suam dan rashes, saya juga sakit-sakit sendi dan urat. Tapi oklah masa ke office tu dah tak sakit badan sangat cuma kaki je bila banyak berjalan terasa sakit juga. Tapi memang satu hari kat office tu saya rasa tak larat. Terutamanya kepala bila berjalan terasa melayang-layang. Petang tu balik sendiri sebab suami kena balik lambat. Sampai di rumah memang saya flat habis. Tak larat.

Esoknya suami bawa saya ke klinik lagi sebab saya tak larat sangat. Bila check rupanya temperature saya 40degree. Saya pun tak perasan cuma saya rasa macam seram sejuk je. Lalu Dr Qahhar di Poliklinik Annur pun menyarankan kami rujuk ke pakar sebab demam pun dah lebih seminggu.

Kami terus ke Columbia Asia Hospital yang memang berdekatan. Dirujuk kepada Dr Amir Ramli tapi kebetulan beliau sedang bercuti jadi kami dirujuk kepada Dr Tai Keen Sang. Petang tu terus ambil darah, X-ray, ambil urine. Terus admitted. Masuk air (drip). Masuk antibiotik. Dan makan antibiotik. Dan makan ubat allergic.

Lama juga saya di hospital. Setiap hari darah akan diambil. Setiap hari bila ward round, Dr Tai kata dia tak jumpa lagi apa yang menyebabkan demam saya sebab semua ujian darah dan yang lain-lain ok. Selama saya di ward memang temperature saya turun naik. Bila ok memang ok. Tapi bila tiba-tiba saya rasa sejuk menggigil, saya berselimut lepas tu temperature saya akan naik sampai 39-40 degrees. Bila makan panadol, temperature akan turun sikit 38degrees. Doktor pun pening, nurse pun pening, saya lagi pening. Dengan rashes yang kejap timbul kejap hilang dah macam chipsmore pulak.

Ada ketika memang saya kuat, tapi kadang-kadang saya tewas juga dengan perasaan sendiri. Sampai bila la saya nak macam ni. Bila lah nak sembuh. Adakalanya menangis sorang-sorang kat bilik. Apalagi teringat anak-anak kat rumah terutama Aqil Aqlan. Huhhuhu sedih...

Saya masuk ward hari Rabu. Sampailah hari Ahad, Dr Amir mengambil alih kes saya. Beliau tunjukkan segala result atas ujian-ujian yang telah dibuat. Beliau tunjukkan mereka detect ada jangkitan kuman dalam badan yang sangat tinggi. Tapi berdasarkan test-test mereka tak dapat jumpa kuman apa. Semua test dah buat - denggi, malaria, kencing tikus, salmonella, typhoid dan apa lagi ntah saya pun tak ingat, semua test negatif.

Dr Amir memberikan saya satu lagi jenis antibiotik makan dan dia kata kalau dah takde demam 24 jam baru dia boleh discharge saya. Alhamdulillah selapas itu memang tiada lagi demam. Tapi badan saya masih tak berapa larat. Tapi alhamdulillah hari Selasa tu dapat discharge. Sebelum discharge, Dr Amir terangkan jangkitan kuman dalam badan masih lagi tinggi. Beliau nasihatkan untuk teruskan dengan perubatan Islam sebab saya sebenarnya belum sihat betul dan mereka dah tak tau lagi nak buat apa. Harapnya antibiotik tu dapat membantu.

Malam itu, suami menjemput kawannya dari Darussyifa untuk datang rumah tengok-tengokkan saya. Dia bacakan saya ayat-ayat Quran dan buatkan air minum dan juga air mandi. Malam itu saya memang tak boleh tidur. Rasa gatal sangat satu badan. Pagi esok saya tengok badan saya penuh dengan rashes dengan bermacam-macam bentuk. Ada yang timbul macam gegata. Ada yang merah saja. Yang agak menyeramkan, ada yang berbentuk seperti kena cakar di tangan dan peha saya. Memang rasa semacam.

Sementara itu sekali sekala saya masih lagi demam. Selalunya waktu malam. Kadang-kadang panas sangat, kadang-kadang suam-suam saja. Mungkin tengah nak keluarkan apa-apa yang patut di keluarkan dari badan ini.

Air minum dan mandi dari Darusyifa tu untuk 3 hari. Selepas 3 hari masih belum baik betul. Sendi-sendi saya pula masih sakit-sakit. Kadang-kadang sikit-sikit, kadang-kadang sakit sangat terutama di kaki, lutut dan jari-jari tangan. Kadang-kadang sampai bengkak-bengkak.

Kami berubat dengan pakcik suami pula yang memang pandai juga ubat-ubatkan orang. Saya kena minum air kelapa dan air yang telah dibacakan dengan ayat alquran selama 3 hari. Masa ni rashes masih lagi keluar, urine saya berwarna coklat! Ada lagi benda nak keluar dari badan ni tak habis-habis lagi. Sakit sendi saya makin teruk hingga satu ketika saya tak dapat berjalan! Lutut saya kedua-duanya bengkak. 2-3 hari saya tak dapat berjalan. Saya rasa sedih sangat. Kenapa lah sampai macam ni sekali ujian Allah kepada saya. Lutut saya sakit sangat. Kadang-kadang rasa berdenyut-denyut.

Namun kata-kata semangat dari suami, ahli keluarga dan kawan-kawan sedikit sebanyak dapat menenangkan dan menguatkan semangat saya dan menginsafkan saya. Terutama kata-kata dari suami saya. Beliau kata, selama 35 tahun hidup Allah dah bagi kita nikmat macam-macam. Memang tak pernah lagi dapat ujian yang besar macam ni. Jadi bila Allah bagi ujian ini, kita kena kuat dan sabar. Adakala terasa malu nak minta Allah sembuhkan sebab nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah bagi selama 35 thn itu nak dibandingkan dengan ujian sakit ini yang tak sampai sebulan pun lagi. Memang ujian ini telah menjadi satu tarbiyah kepada diri ini yang mungkin sekali sekala terleka dari mendekati diri kepadaNya. Memang saya akui. Boss saya pula kata anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Yang saya kira ada betulnya kerana inilah masa saya reflect semula diri saya ini. Alhamdulillah ya Allah.

Hari Isnin lepas, follow up appointment dengan doktor. Waktu itu saya terpaksa menggunakan kerusi roda kerana tak larat nak jalan. Sebenarnya boleh jalan tapi slow-slow. Doktor bila tengok keadaan saya dia kata memang sakit-sakit sendi ini boleh jadi after effect kepada jangkitan kuman dalam badan. Beliau beri saya ubat arthritis. Dan macam orang tua pulak saya rasa. Selain itu, beliau masih tekankan untuk teruskan dengan perubatab islam. Alhamdulillah selepas itu kaki saya mula sembuh. Saya dah boleh duduk bangun sendiri. Jalan pun semakin laju. Cuma sekali lepas balik hospital tu saya demam. Mungkin agak penat petang tu. Tapi setakat hari ni, saya dah tak sakit sendi. Cuma ada rashes sikit-sikit lagi (gatal pulak tu kat muka). Malam nak tidur saya bunyikan ayat Ruqyah (install di handphone). Pagi dan petang saya baca matsurat. Alhamdulillah setakat hari ni saya rasa saya dah boleh ke pejabat isnin nanti.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

Kalau orang kata saya kena buatan orang ke, saka ke, gangguan makhluk halus ke.. saya anggap ini ujian yang Allah berikan kepada saya. Saya pun tak tahu jika saya lulus ujian ini atau tidak tapi saya harap saya lulus walaupun pelbagai rintangan dan pergolakan emosi saya lalui. Memang ianya lebih kepada pertarungan dalam diri sendiri sama ada yakin dengan Allah atau tidak.

Insya allah saya akan kembali bekerja isnin depan 2 Disember. Memang tepat-tepatlah sebulan.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku.

October 21, 2013

Masuk wad lagi dan vaksin

"Yang penting sekarang, jangan sampai dia kena kuman" kata Dr Chan.

"Baik doktor" kami hanya mengiyakan.

Bagaimana nak hindarkan Aqil daripada kuman? Sedangkan kuman berada di sekeliling kita di mana-mana saja? Boleh kalau kami kuarantin Aqil. Jangan bagi keluar. Jangan bagi main dengan Aqlan, kakak, abang. Tapi takkanlah begitu. Aqil tetap perlukan persekitaran yang normal dan seimbang. Ya sedaya upaya kami cuba untuk tingkatkan hygene di rumah. Alhamdulillah dengan kehadiran bibik yang membantu. Lantai dimop setiap hari. Habuk dilap setiap hari. Karpet divacuum 2 kali seminggu. Cuma masalahnya ialah apabila Aqlan selsema. Selalunya akibat berjangkit dari kawan-kawan di taska. Bila Aqlan selesema memang sedaya upaya untuk jauhkan Aqlan daripada Aqil. Tapi dah namanya pun kembar, tetap berjangkit juga.

Seminggu dua selepas hari raya aidilfitri yang lepas, Aqil dijangkiti selsema . Kami dah mula risau.  Sampai satu hari Aqil mula batuk tak berhenti-henti. Dan kesihatannya pun mula menurun. Tak mau makan, cepat letih, merengek. Kebetulan pula masa tu ubat homopathy baru saja habis. Dah call Dr Jamalullail namun akan ambil masa sikit untuk diposkan dan sebagainya.Suami terus menghubungi Dr Chan untuk mendapatkan nasihat. Dengan segera Dr Chan menyuruh kami bawa Aqil ke hospital. Kami dapat merasakan yang Aqil perlu duduk di wad supaya kesihatannya tidak semakin melarat dan juga untuk memudahkan pemantauan.

Selepas diperiksa, memang Dr Chan minta Aqil di tahan di wad. Sampel kahak diambil. Doktor suspek jangkitan kuman atau virus pada peparu namun masih perlu menunggu keputusan sampel tersebut. Maka duduklah kami lagi di wad. Wah, wad baru saja direnovate! Cantik.. Namun secantik mana pun wad, dah nama pun wad, boring je lah.
Day 1 - monyok je
Day 2 - dah start nak makan
Day 3 - makin ok
Day 4 - dah boring
alhamdulillah dah boleh balik

Di wad, Aqil mendapat rawatan berikut.

1. Lasik
2. KCL
3. Antibiotik Zithromax
4. Satu lagi antibiotik tak ingat nama
5. Flixotide
6. Ventolin
7. Sterimar
8. Oxygen

Alhamdulillah keputusan menunjukkan tiada jangkitan kuman/virus pada peparu. Yang ada cuba virus selsema biasa. Tapi selsema biasa pun sudah menjadikan kesihatan Aqil begini teruk, tak taulah macamana kalau terkena pulak jangkitan peparu. Nauzubillahi min zaalik.

Kali ini, kami duduk di wad selama 4 hari. Sementara di wad, Dr Chan sempat membuat Echo pada Aqil. Echo menunjukkan tekanan pada jantung/peparu Aqil masih lagi tinggi seperti sebelum ini. Tiada perubahan. Dr Chan meminta kami meneruskan plan untuk memberi vaksin pneumococcal dan influenza A selain daripada imunisasi wajib yang lain.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu perlukah memberi vaksin kepada anak-anak. Ada segelintir ibubapa yang menerusi pembacaan dan kajian mereka mengatakan bahawa vaksin yang diberi mempunyai side effect. Boleh menyebabkan anak menjadi autism dan sebagainya. Pada pandangan saya, setiap ibu bapa berhak menentukan pilihan masing-masing berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan masing-masing tapi tak perlulah sampai memperlekehkan antara satu sama lain. (ini berdasarkan yang saya baca di ruangan komentar-komentar berkaitan isu ini. Ada yang sampai macam nak bergaduh pulak). Pada saya penggunakan vaksin-vaksin ini telah dibincangkan dan diluluskan oleh yang pakar dalam bidang ini. Mungkin benar ada side effect namun mungkin ianya memberikan kebaikan yang jauh lebih besar berbanding side effect tersebut. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

Kami pun mungkin antara parents yang tak berapa nak berdisiplin sangat bab imunisasi ni. Anak-anak kami ramai yang tak lengkap imunisasi plan. Namun untuk Aqil nampaknya kami tak boleh ambil sambil lewa. Memang banyak yang sudah terlepas jadi Dr Chan sudah memberikan jadual untuk catch up balik. Ini termasuklah imunisasi yang optional terutama pneumococcal dan flu vaksin. Dr Chan minta bawa Aqlan sekali sebab penting supaya Aqlan tidak membawa kuman tersebut kepada Aqil. Kami sedar vaksin ini bukanlah guarantee 100% yang Aqil Aqlan takkan dijangkiti kuman yang berkenaan tapi kami cuba berusaha yang terbaik.

Usaha. Doa. Tawakkal.

October 16, 2013

Oxygen support

Aqil memerlukan oxygen support untuk mengurangkan kebergantungan kepada jantung untuk mengepam oxygen ke seluruh badan.

Kami mendapatkan peralatan oxygen support dari seorang pembekal yang disarankan oleh pihak hospital. Nama syarikatnya TDC Enterprise dari Damansara. Nama pemiliknya ialah Sister Yeoh.

Ada 2 item yang kami sewa.

1. Oxygen concentrator

Alat ini perlu dipasang pada power source. Dalam alat ini tiada oksigen. Sebaliknya ia memproses air dan udara untuk menghasilkan oxygen. Agak bulky tapi ada roda. Pergerakan Aqil juga agak limited. Kami sewa dengan harga RM500 sebulan. Kalau nak beli agak mahal juga. Dengarnya macam puluhan ribu. Waktu mula-mula keluar wad, Aqil memang sentiasa on oxygen support. Selepas beberapa minggu, doktor kata boleh on off pakai oksigen sebab melihatkan kepada bacaan oxygen Aqil yang agak memuaskan tanpa bantuan oxygen. Jadi sekarang pun Aqil masih on off. Selalunya kami akan pakaikan masa Aqil tidur sekiranya dia nampak penat. Dalam bulan 6-7 yang lepas Aqil agak stabil. Dah lama kami tak pakaikan oksigen. Bincang-bincang dengan suami nak pulangkan balik oxygen concentrator ni. Tapi tak lama lepas tu Aqil kena selsema dan ini menyebabkan kesihatannya terjejas teruk. Nampaknya alat ini memang masih diperlukan lagi. Ianya sangat penting untuk membantu keselesaan Aqil kalau dia tengah tak sihat.



2. Tong oksigen
(gambar ambik dari google)

Yang ini untuk mobile. Dalam tong ini memang ada gas oksigen. Boleh tahan sampai 4 jam. Kalau gas dah habis kena pergi kedai untuk refill. Bukanlah sebarangan kedai. Sebenarnya setakat ini kami pun tak pernah lagi refill sebab jarang guna. Guna pun masa pergi balik ke hospital masa kesihatan Aqil tengah teruk. Kami sewa juga RM80 sebulan.

Selain sewa bulanan, kami juga perlu letakkan deposit sebanyak RM1200 untuk item-item di atas.

Pulse Oxymeter

Yang ini untuk measure level of oxygen dalam badan. Yang ini suami beli di sebuah kedai menjual barang-barang medical di Jinjang, Selangor. Bacaan normal 95-100%. Masa awal-awal Aqil dimasukkan wad dulu bacaan oxygennya ialah 80%. Memang sangat rendah. Kami perlukan alat ini untuk monitor oxygen level Aqil. Bila dah agak stabil level 97-98% untuk beberapa hari dan keadaan dia pun aktif, baru kami berani stopkan oxygen support. Tapi kalau nampak Aqil letih, kami akan check balik bacaan. Macam tulah kami monitor keadaan Aqil. Yang ni kami beli harganya RM200.

Alhamdulillah setakat ni kami masih mampu lagi untuk membiayai kos medical support untuk Aqil. 

Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Birthday celebrations 2013

Seperti biasa setiap tahun bila tiba musim harijadi memang berderet-deret. But starting from this year we have new dudes... Aqil Aqlan who celebrated their birthdays on 9th July. Lepas tu baru Luqman, Humaira Maisara, Raihana and Imran.... Happy Birthday kids! Mama doakan semua agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.







Tahun ni paling gempak birthday Imran sebab ajak kawan-kawan datang. Yang lain buat small family celebration je. Yang paling sempoi birthday Luqman. Buat kek batik saja hhehehhe...

October 09, 2013

Kehidupan Berubah

Selama berada di wad, saya mula mencari maklumat tentang penyakit Aqil. Apa yang saya jumpa semakin menyebabkan hati saya risau dan sedih. Sebahagiannya menyatakan paling lama boleh hidup pun 3 tahun. Ya Allah.. ujian apakah yang Engkau mahu berikan kepada kami ini? Anak yang dilahirkan sihat walafiat tiba-tiba jadi begini tanpa diketahui puncanya. 

Setelah 6 hari berada di wad, Aqil dibenarkan pulang...bersama rakan barunya sebiji tong gas oksigen. Aqil perlu meneruskan oxygen therapy di rumah. 

cerianya!
Aqlan pun sibuk jugalah dengan tong gas ni
Ye nampaknya saya juga kena sambung cuti lagi untuk menjaga Aqil. Setelah kami berbincang, saya akan mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan. Hasrat saya ini sebenarnya sudah saya nyatakan kepada boss saya sewaktu beliau melawat Aqil di hospital tempohari. Bersyukur kerana boss saya, Pn Wan Hasmemi ialah seorang yang amat memahami dan bertimbang rasa.

Maka bermulalah rutin seharian yang baru untuk Aqil dan treatmentnya. Dalam masa yang sama kami cuba dapatkan maid. Targetnya dalam masa saya bercuti, mesti dapat maid dan siap dengan latihan untuk menjaga Aqil terutama nak handle ubat-ubatannya.

Dalam masa yang sama kami cuba mencari rawatan alternatif yang sesuai. Mak dan Papa mencadangkan untuk mengambil ubat homopathy dari seorang doktor yang terkenal di Batu Gajah. Namanya Dr Jamalullail. Hebatnya doktor ini dapat mengesan penyakit seseorang melalui suara. Kebetulan ketika itu Mak dan Papa memang pergi berjumpa doktor ini untuk mendapatkan ubat sakit lutut untuk Mak, jadi sambil itu Dr dapat mendengar suara Aqil melalui telefon. Dr mengirimkan ubat jantung, ubat peparu dan ubat tekak kahak untuk Aqil.

Memang kalau boleh kami tak mahu Aqil bergantung kepada ubat doktor (drugs). Apa lagi bila kami tahu yang sildenafil itu ialah sebenarnya viagra walaupun diberikan kepada Aqil dalam dos yang sangat kecil.

Supiah (adik suami) pula memberikan buku Anakku Brain Tumor, kisah anak kepada Che Amran kumpulan Raihan tentang anaknya yang menghidapi brain tumor dan jenis-jenis rawatan yang dilalui, kebanyakannya ialah rawatan secara alternatif seperti makan produk herba HPA, hidrotherapy dan juga homopathy. Buku itu sungguh memberi motivasi dan kekuatan kepada saya. Saya ingin mencuba rawatan hidrotherapy tersebut. Ianya berpusat di PJ (saya lupa namanya). Tapi selalunya buka selepas isyak. Agak payah untuk kami dari segi logistiknya.

Kami mula berikan ubat homopathy kepada Aqil. Ubat-ubatan dari hospital masih juga diteruskan tapi sedikit demi sedikit kami kurangkan kekerapannya dan akhirnya Aqil hanya makan ubat homopathy ditambah dengan madu dan air zam-zam serta mandian aromatherapi.

Rutin bergambar sebab dapat maid tak pandai baca

Dalam masa seminggu Aqil berhenti makan ubat dari hospital memang nampak kesihatannya menurun. Dia mula merengek dan agak tidak berapa aktif. Saya agak risau. Namun suami meyakinkan saya untuk berikan sedikit masa. Alhamdulillah memang selepas itu Aqil mula sihat dan ceria seperti biasa. Makan pun banyak. Muka pun dah semakin bulat. Dia sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan dia.

Alhamdulillah

Dalam pada itu, saya berdoa agar saya kuat dan redha dengan ujian ini dan juga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Yang penting sekarang is to spend quality time with my kids.



October 08, 2013

Aqil di'diagnose' dengan Primary Pulmonary Hypertension (PPH)

Dengan kelahiran anak ke 6 dan 7 ini, pada mulanya kami merancang untuk mendapatkan pembantu rumah. Wang deposit telah diberikan kepada agen tetapi setelah menunggu selama sebulan lebih pembantu masih tak sampai-sampai. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membatalkannya. Mujurlah mendapat agen yang baik maka duit kami telah dipulangkan balik. Oleh itu kami telah menghantar Aqil dan Aqlan ke Taska Addin berada di lorong belakang rumah kami.

Aqil aqlan tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan pada mulanya. Cuma lama kelamaan mereka semakin kerap kena selsema dan batuk. Kami memang pasrah sebab biasalah bila hantar ke taska sebenarnya memang pakej sekali dengan batuk selsema. Agaknya virus tu memang berlegar-legar dari sorang ke sorang ke sorang. Tapi selalunya Aqil akan ambil masa yang lama sikit untuk baik berbanding Aqlan. Selalu juga hingga kena ambil nebulizer di klinik disebabkan kahak yang pekat. Bagi kami ia perkara biasa kerana hampir semua kakak dan abang semasa kecil memang selalu kena ambil nebulizer bila kena batuk selsema.

Hinggalah ketika umur mereka 9 bulan. Sama-sama batuk selsema, ulang alik klinik untuk ambil gas. Aqlan dah baik. Aqil lambat sikit baik. Seminggu selepas itu Aqil kena batuk selsema balik. Nafasnya pun laju. Masih berulang-alik ke klinik. Disebabkan agak kerap juga Aqil batuk selsema kami pun bawa dia ke hospital Columbia berjumpa pakar kanak-kanak di sana. A set of medicine again... Tapi selepas seminggu selepas itu batuk selsema dah hilang tapi nafasnya masih laju. Semakin lama Aqil pun semakin tak aktif. Makan pun kurang. Tak mahu bermain... nak memerap saja. Dan selalu muntah. Adakalanya saya nampak bibirnya agak biru terutamanya ketika menangis.

Hari itu 7 Mei 2013, harijadi suami. Kami cuti 1TM kerana di pejabat kami diadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Saya ajak suami bawa Aqil ke Hospital Annur. Entahlah rasa macam ada rasa tak puas hati bila bawa Aqil ke Hospital Columbia tu.

Kami ke Hospital Annur berjumpa dengan Pakar Kanak-kanak Dr Khairil Azman. Bila doktor periksa, beliau menyatakan bunyi jantung aqil abnormal dan terus mengarahkan untuk diambil x-ray. X-ray menunjukkan jantung Aqil bengkak.

Saya dah mula sebak. Apalah sakit Aqil ni ye.

Doktor terus refer kami ke Paeditrician Cardiologist di Gleneagles Hospital. Doktor membayangkan kemungkinan besar Aqil perlu dimasukkan ke wad. Jadi kami balik ke rumah untuk menyiapkan barang-barang keperluan dan terus ke Gleneagles.

Sampai di sana kami terus ke bahagian Kecemasan. Kami diarahkan untuk berjumpa dengan Dr Lim Miin Kang di kliniknya. Kliniknya penuh dengan pesakit sedang menunggu giliran. Namun kami dapat masuk dengan  agak cepat kerana kes kecemasan.

Aqil diberi ubat tidur untuk scan jantungnya. Prosedur ini dipanggil Echocardiogram. Presedur dijalankan oleh Dr Chan Tee Ling. Doktor mendapati tekanan dalam jantung Aqil sangat tinggi. Severe! dia kata.. Namun struktur jantung Aqil berada dalam keadaan normal. Tiada apa-apa kecacatan. Doktor memberitahu kemungkinannya ialah Primary Pulmonary Hypertension.

About Pulmonary Hypertension
High blood pressure in the lungs is called pulmonary hypertension (PH) or pulmonary arterial hypertension (PAH). PAH is a chronic and life-changing disease that can lead to right heart failure if left untreated.
(Definition from http://www.phassociation.org )

Ini adalah kali pertama kami dengan penyakit ini! Doktor telah menerangkan kepada kami tentang penyakit ini. Dengan bahasa mudahnya ialah mungkin salur dalam peparu sempit. Ini menyebabkan tekanan tinggi dalam peparu lalu menyebabkan tekanan tinggi dalam jantung. Oksigen susah nak masuk, oleh itu jantung akan mengepam dengan lebih laju, nafas menjadi laju, Aqil akan jadi cepat penat. Badan kekurangan oksigen jadi Aqil nampak kebiruan. Punca penyakit ini memang tidak diketahui. Ianya boleh disebabkan oleh genetik, ubat, lifestyle, hormon, darah... memang tidak diketahui.

Saya dan suami hanya mendengar saja. Tak tahu nak kata apa.

Dr Lim berkata lagi..

"It is not a good news. I wish that there is some abnormality to the heart so that I can do something about it."

"There are three possibilities. The child will die. Or the child will get better when he grows up. Or the child will be like this forever"

Kami hanya terdiam.

Kami diminta berjumpa dengan Dr Chan, Lung Specialist untuk consultation seterusnya. Dr Chan mencadangkan dibuat CT Scan untuk melihat keadaan peparu Aqil. CT Scan akan dibuat esok pagi.

Saya pun baru tahu CT Scan ini untuk tengok kesihatan peparu kita sekiranya ada kuman atau bakteria atau kahak atau air. Kalau memang confirm tak ada kuman semua semua tu akan menguatkan lagi diagnosis mereka tentang PPH tadi.

Hari tu Aqil dimasukkan ke wad. Bersama mamanya... huhuhu....

Rawatan untuk Aqil selama berada di wad ialah
1. Oksigen - untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Untuk meringankan beban jantung Aqil mengepam oksigen.
2. Sildenafil - commercially known as viagra. But medically it is used to relax the pulmonary muscle.
3. Lasik - ubat untuk mencegah muka Aqil yang bengkak. Doktor kata muka bengkak disebabkan air berkumpul di sekeliling jantung kerana jantung dah overworked.
4. KCL - garam galian memang perlu diambil sekali dengan Lasix.
5. Ventolin - Menghilangkan batuk
6. Flixotide - Menguatkan peparu dalam jangkamasa panjang

Keputusan CT Scan menunjukkan keadaan peparu Aqil yang sihat tanpa sebarang jangkitan kuman/bakteria. Cuma doktor kata nampak saluran dari jantung ke peparu membengkak. Ini menguatkan lagi diagnosis doktor yang mengatakan saluran pulmonary yang sempit. Jadi sahlah ianya Primary Pulmonary Hypertension.

Aqil berada di wad selama 6 hari. Dari sehari ke sehari bacaan oksigen Aqil semakin meningkat alhamdulillah. Masa mula-mula masuk bacaan oksigen Aqil ialah 80% sedangkan yang normal ialah 95-100%. Pada hari terakhir di wad, bacaannya ialah 97% tanpa bantuan oksigen. Aqil juga semakin banyak makan dan tidak lagi muntah-muntah.

Alhamdulillah kesihatannya bertambah baik. Aqil sudah mula ceria. Alhamdulillah.

August 05, 2013

Kisah Aqil Part 4

“Jantung kita ada 4 ruang. Sekarang kita dapati ruang kiri atas jantung Aqil mempunyai tekanan yang sangat tinggi. Ini menyebabkan ruang itu membesar dan menyebabkan ruang lain menjadi sempit. Tekanan yang tinggi ini juga menyebabkan oksigen susah nak masuk. That is why kita nampak dia biru sikit and nafasnya sangat laju kerana jantung perlu bekerja keras untuk supply oksigen ke seluruh badan. Sekarang kita scan tiada apa-apa abnormalities pada jantung. Kalau ada lubang kami boleh buat operation untuk tutup. Kalau injap ada defect kami boleh betulkan. So sekarang it is suggestive that the high pressure is due to the pulmonary itself. We call it PPH – Primary Pulmonary Hypertension.”

Panjang lebar Dr Lim menerangkan kepada kami. Dr Chan di sebelahnya hanya memerhati.

“In this condition, as the child grows up, there are 3 possibilities. First, the health is deteriorating and the child will die. 2nd possibilities, he gets better. Or 3rd, he will be like this until God knows when.”

Wow, doctor ini sangat straightforward!

Kami hanya mendengarkan sahaja. Tidak tahu apa yang nak diperkatakan.

"There is no medicine to cure for this disease. Tapi kita akan bagi ubat untuk relakskan otot-otot pada salur-salur dalam peparu. Nama ubatnya Sildenafil. It is actually viagra. Viagra is not only good for impotent but also being used for this kind of disease. But again this medicine is to help him to get comfortable with his condition. We will start of with a small dosage, see how he reacts with this medicine. Then we will slowly increase the dosage until we get the optimum  for him." kata Dr Lim lagi.

"Viagra?? Ya Allah, kasihan Aqil, tak ada ke ubat lain?" getus hati saya

“Anyway, I’ll arrange for you to see Dr Patrick Chan. He is the Lung Specialist. He might want to arrange for CT Scan to confirm on the condition of the lung. Let’s see him first and get his opinion”


Dr Chan lalu menelefon Dr Patrick untuk membuat appointment. Dr Chan meminta kami terus ke bilik Dr Patrick untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Berjumpa Dr Patrick Chan

Ruang di bilik Dr Patrick agak luas berbanding bilik Dr Lim. Agak ramai juga kanak-kanak menunggu giliran berjumpa Dr Patrick namun tidaklah seramai di bilik Dr Lim.  Dr Patrick orangnya nampak lembut. Bila beliau menerangkan sesuatu, beliau akan bercakap bahasa melayu yang fasih dengan perlahan-lahan. 

Dr Patrick
Consultant Paediatrician and Paediatric Chest Physician.

Sekali lagi kami ceritakan history bagaimana Aqil boleh berada dalam keadaan sekarang bermula dari terkena batuk selsema dan lelah. Dr Patrick juga bertanyakan bermacam-macam soalan bukan sahaja tentang Aqil tetapi juga tentang sejarah keluarga, keadaan di rumah dan sebagainya. 

"The lung is not so bad" Dr Patrick bersuara setelah melakukan pemeriksaan terhadap Aqil menggunakan stetoskopnya.

"Namun untuk pastikan, kita mahu buat pemeriksaan CT scan untuk mengetahui keadaan sebenar paru-parunya dengan lebih terperinci. Hari ni dah tak sempat untuk buat CT Scan. Esok pagi-pagi pukul 9 kita akan buat CT Scan. Aqil perlu puasa 4 jam sebelum itu. Aqil perlu duduk di ward supaya kita boleh pantau dia" terang Dr Patrick.

"Sementara tunggu CT Scan tu Dr buat apa dengan Aqil, pantau saja ke macamana?" tanya suami.

"Bukan kita tak buat apa-apa. Kita akan pasangkan oksigen untuk bantu dia bernafas, bagi dia rasa lega sikit. Oksigen juga sebagai rawatan supaya jantung dia dapat relaks sikit."

Dr Patrick menelefon Dr Faridah, seorang doktor di bahagian radiologi untuk membuat appointment. 

Saya perasan di sini doktor akan terus contact doktor lain sendiri sekiranya perlukan follow up atau appointment. Mereka menggunakan handphone mereka sendiri. Sesuatu yang saya rasa agak kagum juga melihatnya. Kuranglah sikit kerenah birokrasi. Kalau tidak, banyak yang pesakit perlu tunggu.

Dr Patrick meminta kami kembali ke klinik Dr Lim untuk urusan kemasukan wad.

Masuk Wad

Pendaftaran untuk masuk wad mengambil masa yang agak lama juga. Macam nak check in hotel. Sementara menunggu dapat bilik, kami mengambil kesempatan untuk makan. Waktu itu hampir jam 5 petang. Kami ke cafeteria. Nampak lauknya menarik juga. Suami juga terus tapau makanan untuk makan malam anak-anak di rumah. Jadi nanti tak perlulah singgah mana-mana lagi. Nasib baik kami membuat keputusan untuk bawa barang terus tadi. Kalau tidak, satu hal pulak suami nak datang balik ambil barang. 

Tiba di ward, Aqil dipasangkan tiub oksigen. Meronta-ronta dia. Saya perlu jaga tangannya supaya tidak menarik-narik dan mencabut tiub yang dilekatkan dihidungnya itu. Telah beberapa kali juga tercabut ditariknya. Tangannya pula telah dipasangkan tiub sebagai persediaan CT Scan esok pagi. Berbalut-balut. Kasihan Aqil anak mama.

Malam itu kami tinggal berdua di hospital. Teringatlah mama dengan yang lain, terutama Aqlan. Malam ni Aqlan terpaksalah minum susu botol ye. Sebelum tidur, kami sempat berfacetime. Suami beritahu malam ini mereka semua tidur di bawah di ruang tamu. Mudah kalau ayahnya tak sedar Aqlan bangun, kakak abang yang lain boleh tolong kejutkan. Pagi-pagi juga mudah kalau nak tinggalkan Aqlan untuk ayah ke surau.

Kami tidur awal malam itu. Aqil pun nampak letih. Tapi dari semasa ke semasa dikejutkan dengan kehadiran jururawat yang datang untuk memantau Aqil - ambil suhu badan, check tekanan darah, rekod level oksigen, beri ventolin dan flixotide. Beberapa kali Aqil masih termuntah-muntah terutama selepas menyusu.

Ya Allah, sembuhkanlah anakku Aqil...

bersambung...

July 19, 2013

Kisah Aqil Part 3

Waktu itu lebih kurang pukul 12 tghari. Kami terus ke bahagian Kecemasan. Setelah beberapa urusan selesai, staf di kaunter mengarahkan kami ke bilik Dr Lim Miin Kang. Saya bersama Aqil terus ke bilik Dr Lim di tingkat 1 sementara suami menguruskan pendaftaran dan GL di tingkat G.

Sampai di klinik Dr Lim, saya dapati ramai yang sedang menunggu giliran. Saya terus ke kaunter pendaftaran dan menceritakan serba sedikit tentang keadaan Aqil sambil menegaskan yang kami dari bahagian emergency. Saya mendapati ramai yang ingin berjumpa Dr Lim kerana beliau juga ialah seorang paediatrician. Jadi ramai yang membawa anak untuk regular checkup atau demam. Namun tidak dinafikan ada juga yang memang kerana anaknya mempunyai masalah jantung. Keluasan klinik pula agak kecil. Ini menyebabkan keadaan di situ agak sesak. Dengan ibu bapa, dengan anak-anak yang bermain, dengan baby di dalam stroller. Terdapat satu lagi bilik menunggu yang tertutup sambil ditulis nursery. Saya fikir mungkin untuk ibu-ibu yang hendak menyusukan anak atau menukar lampin anak. Namun masih boleh nampak dari luar kerana ada tingkap kaca yang memisahkan antara dua ruang tersebut. Pun penuh juga. Saya mendapat tempat duduk di satu sudut yang agak tersorok. Bagus juga kerana saya kira memang sudah masanya untuk Aqil menyusu.

Agak lama menunggu, saya berasa agak resah kerana kami belum dipanggil. Saya ingatkan kes kami dikira kes kecemasan. Saya langsung ke kaunter semula.

"Miss, anak saya kena tunggu ikut giliran ke? Kami dari emergency ni. Dr yang refer ke sini pun minta kami segera jumpa Dr Lim sebab jantung dia dah bengkak."

Saya bukanlah mahu meremehkan pesakit-pesakit yang lain. Tapi mengikut pertimbangan saya ketika itu, Aqil perlu didahulukan. 

Seorang lagi staff yang agak senior membantu kami. Beliau terus membawa surat rujukan kepada Dr Lim. Tidak lama selepas itu beliau keluar semula dan meminta kami duduk di kerusi "Next". Bermaksud selepas ini ialah giliran kami.

Syukur ya allah.

Aqil tidak banyak kerenah. Saya berganti-ganti dengan suami untuk memegangnya. 

Berjumpa Dr Lim Miin Kang


Dr Lim Miin Kang,  Paediatrician and Paediatric Cardiologist, Gleneagles Hospital
Kami masuk ke bilik Dr Lim. Saya rasa macam kelam kabut sebab semua benda dibuat cepat-cepat. Dr Lim membaca surat rujukan, melihat x-ray, langsung meminta pembantunya membuat ECG kepada Aqil. Aqil dibaringkan di atas katil dan dipasang beberapa wayar di dadanya dan dikakinya.

Sedate, no sedate

Nurse kata kena sedate sebelum buat ECG. Tapi tadi Dr kata tak perlu sedate sebab kalau sedate kita tak dapat tahu keadaan sebenar jantungnya. Dah macam nak bertekak pula Dr dengan nurse.

Aqil pula dah mula menangis bila dipasangkan wayar. Kami memegang tangan dan kaki Aqil sambil memujuknya. Beberapa minit kemudian prosedur selesai. 

An Electrocardiography (ECG) is used to measure the rate and regularity of heartbeats, as well as the size and position of the chambers, the presence of any damage to the heart, and the effects of drugs or devices used to regulate the heart, such as a pacemaker. 

Setelah melihat keputusan ECG, Dr Lim meminta Aqil membuat prosedur seterusnya iaitu Echocardiogram. Kami tidak banyak cakap hanya menurut saja apa yang Dr kata. Sebenarnya dalam kepala kami ada banyak persoalan tapi kami sabar dahulu. Biarlah doktor lakukan pemeriksaan dulu.

Dr Lim dibantu oleh seorang lagi doktor, Dr Chan Tee Ling untuk melakukan Echo kepada Aqil. Pada mulanya echo dibuat dengan Aqil dalam keadaan sedar. Tapi Aqil menangis dan meronta-ronta. Oleh itu Dr Chan minta Aqil diberi sedatif dulu kerana Echo akan mengambil masa yang lama, dalam 15-20 minit. Echo ini sebenarnya dalam bahasa yang mudah difahami ialah scan jantung. Scanner ini dapat melihat keadaan jantung secara terperinci dan dapat membantu doktor untuk mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang abnormalities pada jantung dan fungsinya.

Echocardiogram, often referred to cardiac echo or simply an echo is asonogram of the heart. (It is not abbreviated as ECG, which in medicine usually refers to an electrocardiogram.) Echocardiography uses standard two-dimensional, three-dimensional, and Doppler ultrasound to create images of the heart.
Echocardiography has become routinely used in the diagnosis, management, and follow-up of patients with any suspected or known heart diseases. It is one of the most widely used diagnostic tests in cardiology. It can provide a wealth of helpful information, including the size and shape of the heart (internal chamber size quantification), pumping capacity, and the location and extent of any tissue damage. An Echocardiogram can also give physicians other estimates of heart function such as a calculation of the cardiac outputejection fraction, and diastolic function (how well the heart relaxes).
Not only can an echocardiogram create ultrasound images of heart structures, but it can also produce accurate assessment of the blood flowing through the heart, using pulsed or continuous wave Doppler ultrasound. This allows assessment of both normal and abnormal blood flow through the heart. Color Doppler as well as spectral Doppler is used to visualize any abnormal communications between the left and right side of the heart, any leaking of blood through the valves (valvular regurgitation), and to estimate how well the valves open (or do not open in the case of valvular stenosis).

Setelah Aqil tertidur selepas diberikan sedatif, echo pun dijalankan. Kami dapat melihat bagaimana jantung Aqil bekerja. Pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr memang sangat terperinci. Keadaan jantung dari setiap sudut direkodkan.

Setelah selesai, Dr Chan memanggil Dr Lim untuk melihat keputusan pemeriksaan Echo. Setelah itu Dr Lim mengajak kami masuk ke bilik untuk berbincang. Hati saya sangat berdebar-debar.

Keputusannya

"Not so good news" Dr Lim bersuara.

My heart skipped a beat.

"The pressure in the heart is very high. But the heart is normal. There is no abnormalities on the heart"

Kami menarik nafas lega.

" I would prefer the heart not normal so that I can do something about it"

Oh macam tu pula. Kami tidak tahu nak kata apa.

"Let me explain" Dr Lim mula mencari kertas dan pensil. Beliau melukis gambar jantung.

Bersambung...

July 18, 2013

Kisah Aqil Part 2

"Eiza rasa tak sedap hati la bang. Kadang-kadang nampak macam bibir dia pucat" saya menyatakan kerisauan tentang keadaan Aqil.

Aqil pula sudah mula muntah-muntah. Makan kurang. Minum susu ok cuma selalu tersedak dan muntah.

"Jom kita bawak Aqil pergi Hospital An Nur Bangi. Columbia Hospital tu Eiza macam tak berapa yakinlah."

Suami pun menyetujuinya.

Lawatan ke Hospital Pakar An Nur, Bangi

Hari itu hari Selasa 7hb May 2013. Hari itu merupanya hari Mesyuarat Agung Tahunan untuk TM. Jadi semua staff yang bekerja di Menara TM, TM Annexe dan TMCC adalah dicutikan untuk memberi laluan kepada para shareholder bermesyuarat dengan tenang dan mengurangkan kesesakan terutamanya parking.

Hari itu juga ialah hari jadi suami. Jadi saya dah ajak suami ambil cuti sekali supaya bolehlah kami keluar jalan-jalan berdua celebrate birthday. Namun disebabkan perkembangan semasa Aqil, pagi itu kami terus ke hospital. Alhamdulillah menunggu pun tidak berapa lama sangat.

Kami berjumpa Dr Khairul. Kami menceritakan keadaan Aqil sejak 3 minggu lalu. Sambil itu Dr Khairul membuat pemeriksaan ke atas Aqil. Dr kata Aqil nampak biru. Dr terus peparu, jantung, tangan...

"Peparu dia ok, ini jantung ni. Jantung dia ada bunyi lain sikit. Nurse tolong bawa ke bilik X-Ray ambil X-ray dulu." kata Dr Khairul.

Pergerakan Dr Khairul agak tergesa-gesa. Ini membuatkan saya rasa cemas. Hati saya semakin resah.

Selepas mendapatkan X-Ray, Dr menunjukkan keadaan jantung Aqil yang bengkak. Dr menyarankan kami untuk terus dirujuk kepada pakar jantung kanak-kanak dengan segera.

"Minta Dr tolong recommendkan lah doktor mana, kami tak pasti" kata suami.

"Option yang ada Hospital Serdang. Tapi lama sikit nak menunggu. Tapi ada GL kan, saya rasa boleh pergi IJN atau Gleneagles. Atau Pantai Bangsar. Tapi Pantai Bangsar memang ada cardiologist tapi tak ada facility. Maksudnya boleh jumpa untuk dapatkan consultation tapi kalau memerlukan apa-apa prosedur perlu ke hospital lain. Gleneagles semua ada"

Kami berbincang secara ringkas. Hospital Serdang akan mengambil masa yang lama untuk menunggu. Gleneagles macam jauh pulak. IJN lagi jauh. Pantai macam ok tapi tak cukup kelengkapan pula.

Akhirnya kami memilih Gleneagles Hospital.

"Saya refer kepada Dr Lim Miin Kang. Sampai di sana terus ke Emergency ye. Terus pergi, jangan lengah-lengah." kata Dr Khairul sambil menulis surat rujukan.

Doktor juga membayangkan kemungkinan besar Aqil perlu dimasukkan ke ward. Oleh itu jika berkesempatan doktor suruh terus bawa barang-barang kelengkapan.

Sementara suami menyelesaikan bil, surat rujukan dan x-ray, tekak saya sudah mula kembang, pandangan saya kabur, hati saya sebak. Bermacam-macam andaian ada dalam kepala saya. Melihat keadaan Dr Khairul yang macam tergesa-gesa menambahkan lagi kerisauan saya. Bagaikan menunjukkan keadaan Aqil yang mungkin kritikal. Banyak kali Dr Khairul sebut segera, jangan lengah, cepat-cepat.

Kenapalah agaknya jantung Aqil, kesian anak mama... sayang dia.

Ke Hospital Gleneagles

Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Kami belum bersarapan lagi. Kami mengambil keputusan untuk tapau sahaja makanan dari restoran bersebelahan Hospital Annur tadi dan makan saja dalam kereta. Lauk tengahari sudah tersedia tapi macamana pula nak makan dalam kereta? Akhirnya saya memilih mihun goreng saja.

"Yang, nak terus pergi ke nak balik dulu ni?"

"Lalu rumah ke tak?"

"Hmm... nak lalu jalan mana ye. Ada jalan yang lalu rumah, ada jalan yang tak lalu rumah."

"Sempat ke? Doktor suruh segera ni. Macamana kalau terus pergi nanti baru abang balik ambik barang"

"Dah tengahari dah ni, check - check pun dah sampai petang rasanya. Kalau nak ulang alik mungkin tak sempat ni sebab hospital pun agak jauh juga. Macam nilah kita singgah rumah dulu ambil barang. Pit stop, jangan lama-lama. Insya allah ok. Kita doalah. Nanti on the way ke hospital boleh makan dalam kereta. Aqil pun tengah tidur tu"

Saya bersetuju.

Memang pit stop. 5 minit dah siap.

Perjalanan ke Hospital Gleneagles mengambil masa lebih kurang 45 minit. Di dalam kereta, suasana senyap sunyi. Masing-masing melayan fikiran masing-masing. Aqil pula saya baringkan di atas kerusi, lena dibuai mimpi. Saya memerhatikan nafasnya yang turun naik dengan laju.

"Ya Allah, selamatkanlah anakku. Sihatkanlah Aqil. Jauhkan perkara-perkara yang buruk daripada berlaku kepada Aqil. Sembuhkanlah anakku. Permudahkanlah segala urusan kami."
Aqil sedang tidur dalam perjalanan ke Gleneagles

bersambung..

July 17, 2013

Kisah Aqil Part 1

21 April 2013

"Yang, pukul berapa agaknya sampai. Abang nak bawa Aqil dan Aqlan ke klinik ni ambil gas"

SMS dari suami mengejutkan saya dari lamunan. Saya ketika itu sedang berada di dalam bas dalam perjalanan pulang dari Team Building di Bukit Gambang Resort City.

"Eh, bukan minggu lepas baru ambil gas ke, dah kena batuk selsema lagi? Insya allah sampai dalam pukul 5"

Saya membalas SMS tersebut.

Saya berasa agak risau. Minggu lepas baru saja Aqil Aqlan batuk selsema sampai kena ambil gas. Aqlan agak cepat juga sembuhnya. Ambik gas sekali terus baik. Tapi Aqil mengambil  masa yang agak lama untuk sembuh hinggakan terpaksa berulang alik beberapa kali ke klinik untuk ambil gas. Minggu lepas juga doktor telah mengesan "mild bronchitis" pada Aqil. Namun selepas diberi antibiotik alhamdulillah sembuh juga Aqil. Minggu ni kena lagi??

Petang itu apabila sampai di rumah, suami pun baru balik dari klinik ditemani Ain Maisara dan Ain Humaira. Kakak terpaksa ikut untuk memegang Aqil dan Aqlan dalam kereta. Kebetulan esoknya saya memang mengambil cuti sebab baru balik dari team building. Jadi dapatlah Aqil dan Aqlan berehat saja di rumah esok, tak perlu dihantar ke taska.

Minggu itu kami bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga Aqil dan Aqlan. Alhamdulillah Aqlan bertambah baik, tinggal selsema sikit-sikit lagi. Namun Aqil masih tidak nampak 'improvement', kalau ada pun sikit. 

Lawatan ke Poliklinik An Nur

Pagi itu sekali lagi kami bawa Aqil ke Poliklinik An Nur di Bandar Tun Hussein Onn. Klinik ini memang sering menerima kunjungan kami sekeluarga sekiranya ada yang tak sihat. Anak-anak memang selesa menerima rawatan di sini. Selain kakak-kakak nurse yang friendly, kliniknya juga amat mesra kanak-kanak. Ada play area, mainan yang banyak dan pengunjung perlu membuka kasut di luar. Jadi dapatlah Aqil dan Aqlan merangkak dengan selesanya.

Kami berjumpa dengan Dr Abdul Qahhar. Aqlan kami tinggalkan di taska kerana sudah beransur sembuh. Sekali lagi Aqil terpaksa mengambil gas (nebulizer) sebab masih dengar kahak dalam peparunya. 

"Doktor, boleh tak minta refer ke pakar sebab sejak kebelakangan ni kami rasa kerap sangat Aqil sakit sampai kena ambil gas. Baru je minggu lepas dia baik lepas tu minggu ni kena lagi" saya bersuara.

Perkara ini memang saya dan suami telah bincangkan sebelum datang ke klinik tadi.

"Boleh, nak pergi ke hospital mana?" Dr Qahhar bertanya.

"Yang paling dekat Hospital Columbia lah. Tapi  kami tak pasti doktor mana. Dr ada kenal doktor pediatrician kat sana ke?"

Kami memikirkan sekiranya memerlukan apa-apa prosedur, mudahlah urusannya kerana senang berulang alik. Maklumlah anak-anak ramai yang ditinggalkan di rumah.

Dr Qahhar mencadangkan kami berjumpa Dr. Hew Khor Farn. 

Lawatan ke Hospital Columbia

Petang itu saya set appointment dengan Hospital Columbia untuk berjumpa dengan Dr. Hew dan selesaikan urusan mendapatkan company GL dari Pantai Medicare. Mudahnya sekarang untuk mendapatkan GL boleh melalui email sahaja. Sebelum ni saya terpaksa menggunakan fax untuk submit surat rujukan atau appointment card dan menunggu GL keluar dari mesin fax. Tapi kali ini saya hanya ambil gambar surat rujukan dengan phone camera, isi GL request form, dan terus email. Tidak lama selepas itu, GL pun diterima melalui email juga. Alhamdulillah. 

Esoknya kami terus ke Columbia Hospital, Cheras. Urusannya cepat dan mudah. Mungkin kerana hari bekerja jadi tidak begitu ramai orang. Kami berjumpa dengan Dr. Hew. Orangnya soft spoken. 

Kami menceritakan bagaimana keadaan Aqil sejak 2-3 minggu ini. Setelah memeriksa keadaan Aqil, Dr Hew mencadangkan supaya Aqil dimasukkan ke wad kerana perlu ambil gas dengan kerap. Kami agak keberatan untuk Aqil masuk ke wad jika sekadar untuk ambil nebulizer sahaja.

"Jika tidak mahu warded, you all kena ulang alik bawa aqil ke Hospital untuk neb. Boleh ke? Kena masuk melalui Emergency"

"Macamana kalau kami berulang ke klinik saja?"

"Ok. Boleh juga. Nanti minta doktor itu check dia punya lung lah."

Kami pulang bersama Aqil dengan dibekalkan dengan ubat selsema, ubat batuk, singulair untuk kuatkan peparu, sterimar untuk spray di hidung jika tersumbat. Appointment seterusnya seminggu lagi.

Kami pun teruskan berulang alik ke klinik untuk Aqil ambil neb. Pagi petang, pagi petang... Sehari, dua hari, 3 hari... sehingga next appointment sepatutnya hari Isnin tapi kami awalkan ke hari Sabtu supaya tak perlu ambil cuti. 

Kesihatan Aqil kelihatan semakin baik. Batuk dan selsema sudah kurang. Tinggal sedikit-sedikit. Perjumpaan seterusnya dengan Dr Hew, beliau kata ada sikit-sikit lagi. Dr. akan berikan gas chamber dan ventolin. Jika nampak Aqil nafasnya laju, boleh berikan di rumah saja.

Nafasnya masih laju

Sehari ke sehari selsema dan batuknya sudah hilang. Alhamdulillah.. Tapi... Nafasnya masih laju macam orang lelah. Kami masih teruskan dengan ventolin menggunakan gas chamber di rumah saja. Masa tu Aqil pun sudah mula dihantar ke taska semula. Tapi saya bekalkan gas chamber tu kepada cikgu dan pesan kepada cikgu untuk berikan kepada Aqil mengikut jadualnya.

Sehari ke sehari, tidak nampak improvement pada Aqil. Walaupun batuk selsemanya sudah sembuh 100% tapi nafasnya tetap begitu. Macam orang sesak nafas. Kami bawak semula Aqil ke Poliklinik An Nur. Dr Razman check.

"Peparu dia dah clear dah. Ok. Mungkin side effect daripada ventolin. Ventolin memang boleh menyebabkan jantung rasa berdebar-debar."

Jadi kami stopkan ventolin. 

Sehari ke sehari Aqil nampak semakin kurang aktif, kurang selera makan, kurang bermain. Ada kalanya terutama ketika menangis saya nampak macam bibir Aqil jadi pucat.

Kenapa anakku?

Bersambung...

Setelah sekian lama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini hari kedua saya masuk kerja selepas 2 bulan bercuti. Apa? Cuti bersalin ke? Tak tahu cerita pun pasal pregnant tiba-tiba cuti bersalin?

Bukan.
Bukan cuti bersalin.

Panjang ceritanya.................................

Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang anak saya yang tak berapa sihat. Muhammad Aqil telah disahkan mempunyai penyakit Primary Pulmonary Hypertension. Apa tu? Ianya adalah penyakit tekanan tinggi dalam paru-paru.

Primary pulmonary hypertension (PPH) is a rare lung disease that leads to narrowing of the blood vessels of the lungs. This narrowing worsens over time and causes high blood pressure in these blood vessels. It is sometimes call unexplained pulmonary hypertension because it describes pulmonary hypertension when there is no underlying heart or lung disease causing the high blood pressure. Symptoms of PPH can develop so slowly that you may have PPH for years without knowing it. Treatments for PPH focus on symptoms and include several medications, surgery, as well as lifestyle changes.

(source from American Lung Association)

Jadi selama 2 bulan yang lepas saya mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Aqil, menyusun jadual harian Aqil, mencari pembantu rumah, melatih pembantu rumah untuk menjaga dan memantau kesihatan dan aktiviti seharian Aqil.

Hmmm.. dari mana saya nak mula cerita ye? Kalau nak cerita tu mungkin boleh buat buku kot.. :). (terinspirasi dengan buku Anakku Brain Tumor dan Atiq Wazif)

Kisahnya bermula selepas saya pulang dari office team building di Bukit Gambang Resort. Saya akan ceritakan dalam next entry. Insya allah.


February 28, 2013

Tak berapa sihat

Minggu lepas aqil aqlan tak berapa sihat.. batuk selsema. Mama rasa macam batuk selsema biasa-biasa je. Tapi tengok aqil macam laju pulak nafas dia. Terus bawak pergi klinik. Memang confirm kena ambik gas. Tapi doktor kata takde lelah. Cuma kahak banyak. Pagi tu ambik gas, petang ambik lagi, esok paginya pun ambik lagi.. wah tak pernah kena ambik banyak kali sebelum ni. Sebelum ni pernah ambik tapi selalu sekali je dah lega dah. Tak lama lepas tu aqlan pulak mula batuk selsema dan panas. Tapi tak teruk sangat. Tak sampai la kena ambik gas.

Minggu ni budak-budak tengah sibuk latihan sukan. Hari selasa lepas diorang ada merentas desa. Maisara pulak sakit perut muntah-muntah. Berkejar la gi ambik dia dan bawak pergi klinik. Ingatkan sebab masuk angin dia tak makan pagi kat sekolah. Tapi doktor kata disebabkan virus. Tapi nampak tak teruk sangatlah. Esoknya dah boleh pergi sekolah balik cuma kena jaga makan jugalah.

Harap anak-anak mama semua cepat sihat semula especially abang2 kakak2 memang kena jaga kesihatan sebab hari Ahad ni nak sukan. Macam-macam acara masuk.. mama pulak yang rasa nerveous.. huhuhu...

February 08, 2013

cerita terbaru

Bila dah lama tak tulis blog, memang rasa slow nak menulis balik. idea pun tak flow. 

Hmm.. nak cerita apa ye??

Di Office

Masih di Camelot atau nama glamernya Kemelut. Anyway takdelah kemelut pun. OK apa. Masa Release 1 hari tu terpaksa meninggalkan kawan-kawan masa start testing. Alhamdulillah Release 1 dah launch masa saya tengah dalam pantang. Agak smooth juga kawan-kawan kata.

Saya start naik kerja balik masa bulan 9 hari tu betul-betul tengah start Release 2. First day masuk terus kena pergi Kick Off. Memang la timing baik punya. Requirement, design phase dah settle. Sekarang dah masuk phase testing. Baru start System Test. Banyak lah benda sangkut-sangkut lagi. Saya kena prepare test script. Masa R1 dulu vendor yang prepare, kita review saja. Tapi R2 ni jadi macam ni pulak. Dah lah Assurance punya scope memang besar kali ni. Kami pun pelik kenapa jadi macam tu. Siapa sebenarnya yang dibayar untuk buat kerja-kerja tu sebenarnya? Tapi management dah setuju macam tu. Mandays vendor akan digunakan untuk buat benda-benda lain pula, katanya. Anyway harapnya projek ni terus berjalan lancar tak ada banyak masalah. Cuma timeline pun dah extend sebab selepas design baru nampak scopenya sangat besar jadi Release 2 telah dipecahkan lagi kepada Drop 1,2 and 3. Kalau perancangan asalnya akan habis project pada April 2013, kini telah diextend sehingga August 2013. Lama lagi lah duduk kat TMCC ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan di office ni. 

Di Rumah

Hmmm... cerita pasal di rumah mestilah lagi syok kan. Hehhe... Kat rumah sekarang makin meriahlah dengan pertambahan 2 orang lagi ahli keluarga yang kiut miut itu. Pejam celik pejam celik esok dah masuk 7 bulan dah Aqil Aqlan. Cepatnya masa berlalu. Dah pandai apa? Dah pandai manjat-manjat dan berpaut. Semua benda nak dipautnya especially badan orang. Dan dah berapa kali juga la tergolek terhantuk sampai kena panggil K Tim datang urut sebab badan suam-suam. Nak kata demam tak demam, macam demam salah urat je. Dah start makan masa masuk 6 bulan. Makan apa? makan nestum je. Mamanya ni malas nak buat bubur blend. Sebenarnya bukan malas tapi tak sempat (eleh alasan.. hehheh). 

Berat dah berapa kilo? tak pasti sebab kitorang dah banyak bulan miss injection ni huhu.. Memang tak disiplin betullah kami ni. Sebenarnya start masa 4 ke 5 bulan hari tu asyik tak sihat je. Kena demam campak pulak sampai susut badan. Asyik ulang alik klinik je. Bila tak sihat memang tak boleh nak ambik immunition. Selsema tu macam tak pernah baik. Selsemanya seminggu baiknya 2 hari lepas tu selesema lagi. Kesian aqil aqlan tapi itulah antara kelemahan kalau hantar anak ke taska. Seolah-olah selesema tu pakej sekali dengan taska. 

Abang kakak? Abang kakak sejak tambah adik ni semakin matang nampaknya hehhe... Raihana pun dah jadi kakak. Dah 6 tahun dah sekarang. Sekarang kami tengah train dia solat 5 waktu. Alhamdulillah nampak seminggu dua ni dia boleh maintain solat cukup 5 waktu. Masa awal-awal tu macam liat juga. Alhamdulillah nampak dipermudahkan. Cuma nak kena check bacaan dalam solat dia. Latihan solat memang ada di Pasti setiap hari sejak dia 4 tahun lagi. Jadi secara basicnya memang tak ada masalah. Cuma nak betul-betulkan bacaan dia. Sejak solat 5 waktu ni agak senang dia nak bangun pagi. Malam sebelum tidur dia akan pesan kat mama suruh kejut dia pukul 6 sebab nak nak solat subuh dengan mama. Alhamdulillah.....

Humaira maisara dah anak dara dah. Cuma badan bulat sikit hehe. Dah boleh pakai t-shirt mama! Nak beli baju pun kalau kat jusco kena cari 13-14yrs. Lepas ni dah kena start cari baju orang dewasa dah. Mama rasa tak lama lagi lah tu..

Luqman.. hmmm... macam sama je kecuali dah semakin tinggi. Sekejap lagi sama tinggi dengan mama la tu... Isy anak bujangku..

Imran masih macam dulu. Imran pulak macam tak besar-besar je heheh.. sekarang pun main dengan Awish (6 tahun), Adam (7 tahun).. Nampak macam sebaya je.. Imran ada gaya rambut terbaru sekarang ni. Mama rasa ok juga.. Gunting rambut kat kampung hari tu. Bila dah panjang dia takdelah jadi macam top keledar heheh.. Memang dia suka rambut dia sekarang. Asyik-asyik betulkan rambut. Imran kata lain kali nak potong macam tu lagi. 

Ayah pulak? Hmm... biasa je.. kadang-kadang sibuk, kadang-kadang tak. Dengar-dengarnya nak sambung Master ni? waa... makin sibuklah nanti.

Mama pulak macam ni lah. (haa.... mulalah tu nak komplen macam-macam hehheh). Takdela nak komplen pun nak cerita je heheh. Yelah bila ada baby ni memang lah sibuk kan. Dan tak boleh nak plan masa sangat. Semuanya adhoc dan tak boleh janji. Ada kuliah UMi.. insya allah tengok keadaan.. Kalau twins ok tidur bolehlah pegi. Kalau dua-dua tengah tak tidur serba salah juga takkan nak tinggal je kat abang kakak. Contohnya lah. Letih sikit sebab malam tidur tak betul sangat. Asyik bangun menyusu lepas tu pindah-pindah tempat. Paling mencabar bila dua-dua bangun nak menyusu. Poning den dibueknya.. But what to do. I just have to do what i have to do. Cuma selalu doa semoga Allah permudahkan segala urusan.

Ok setakat ini dulu. Nak buat benda lain pulak.

January 09, 2013

August 30, 2012

Presenting.. Muhammad Aqil and Muhammad Aqlan

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan dua orang putera comel pada 9 Julai 2012 yang lalu. Cepat sungguh masa berlalu. Sudah hampir 2 bulan rupanya usia si kembar ini.

Mengenang kembali.. kandungan dan kelahiran kali ini adalah yang paling mencabar. Mungkin disebabkan faktor umur dan juga kandungan yang ke 6. Di saat-saat akhir mengandung memang sangat tak larat. Setiap waktu berdoa minta dipercepatkan bersalin. Alhamdulillah Allah makbulkan doa - bersalin 2 minggu awal daripada due date.

Kembar pertama keluar pada 1.16 tengahari. Kembar kedua pula keluar 20 minit kemudian. Lama kan? Entah kenapa rasa macam tak cukup tenaga untuk keluarkan yang kedua. Push-push tak keluar.. tunggu contraction lagi.. push push tak keluar.. adalah dalam 5-6 kali kot macam tu.. semakin lama rasa semakin tak larat nak push. Sehinggalah dibantu oleh bidan untuk tolak baby keluar. Akhirnya alhamdulillah lega rasanya bila dah keluar dua-dua. First twin 2.8kg, 2nd twin 3.0kg. Nama diberi Muhammad Aqil dan Muhammad Aqlan.
fresh from oven

Balik dari hospital.. Home sweet home!

posing

One month old

One and a half month old.. semakin tembam!

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Pada awal pantang hari tu pun ada masalah kekurangan susu badan. Terpaksa topup dengan susu formula.. Sedih... huhuhu... Tapi lama kelamaan alhamdulillah semakin kurung bergantung pada susu formula. Akhir-akhir ni boleh je 100% susu badan.. alhamdulillah boleh buat stok lagi. Sekarang ni pula ada misi 5x6oz - mengumpul susu untuk Ammar (anak angkat kakak) untuk dijadikan anak susuan. Ammar pula dah 7 bulan minum susu dah banyak. So amount susu tu memang 2x ganda susu baby untuk nak bagi kenyang.

Cabaran seterusnya ialah menjaga baby kembar... tak tidur malam dibuatnya!

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Masih belum terlambat rasanya nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Sekarang kami bersembilan.. wah! Bersyukur atas rezeki dan nikmat daripada-Nya.





June 21, 2012

35 weeks and counting

Alhamdulillah sihat... kandungan pun setakat checkup last week sihat.. masih active dalam perut mama especially kalau malam lepas maghrib. Memang perut tu berombak-ombak je. Entah buat apa la gaknya baby mama tu ye..

Alhamdulillah sihat.. Namun tak berapa larat nak jalan banyak... Oleh itu saya telah mengisytiharkan cuti sebelum doctor bagi cuti MC lagi.. hehheh... Tak larat lah... So minggu ni dah start cuti (ambik annual leave la). Hopefully next week doctor dah boleh start bagi MC sampai bersalin (doc dah janji hari tu sebab kena tunggu 36 weeks baru dia boleh bagi MC panjang).

Namun on and off buka juga laptop kat rumah. Masih jawab-jawab email, masih tengok-tengok report and follow up mana yang perlu. Boring juga duduk rumah kalau tak buat apa-apa kan. Setakat ni dapatlah kemaskan/siapkan baju-baju baby dalam tong toyogo tu, baju-baju mama yang nak guna masa pantang pun dah siapkan - senang nanti ayah tinggal bawak turun tong tu je... Semalam pergi office kejap settlekan urusan apply unpaid leave. Balik tu sempat singgah jusco cari buku-buku nak baca masa cuti. Lepas tu balik lenguh kaki tak boleh buat apa.. hehehhehe...

Hari ni? Dah selesai satu email nak kena hantar kat orang. Lepas ni ingat nak memvaccum sikitlah.. hehheh larat ke? tengok dah berabuk sangat rumah ni. Takpe kot pelan-pelan. Tak tahan tengok bulu kucing yang bertaburan. Hai.. Fixie.. Fixie... Kami dah blok tingkap tu pun masih boleh menyelit masuk lagi. Pagi ni mama ikat kayu tu kat tingkap. Mula-mula pakai tali rafia biasa, boleh putus dikerjakannya! Lepas tu teringat pengikat yang ayah punya yang plastik tebal tu.. Hah.. setakat ni percubaan dah berapa kali dah dia nak masuk tak berjaya... muahahahhahah... biar dia...

Hmm... Perut sangat besar (itu pun doctor kata boleh besar lagi sebab lapang lagi?? aduhaiii...), pipi semakin tembam (asyik tergigit je.. huhuhu) dan kaki sangat bengkak... dari saiz 7 ke saiz 8 semalam cari saiz 9 tapi selipar tu takde pulak saiz 9. so ok jugalah saiz 8 tu ngam-ngam.. tapi memang kaki bengkak macam kena sakit untut... huhuhu...

Kalau ikut due date, sebulan lagi kena bertahan... Lately ni tidur pun tak berapa nyenyak. Selain daripada ketidakselesaan posisi dan kekerapan rasa nak buang air kecil, fikiran pun asyik membayangkan saat-saat nak bersalin... dok cuba recall dulu-dulu... rasa berdebar-debar kalau diingatkan. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi... isk isk... Nama pulak dok belek-belek buku nama tu tak jumpa-jumpa lagi nama sesuai... tapi itu biasalah tengok baby dulu nanti baru boleh carikan nama yang sepadan dengan orangnya...

Anyway, kali ni memang rasa agak mencabar. Mungkin disebabkan faktor umur, faktor kembar dan jarak kelahiran yang agak lama daripada sebelumnya..

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, sejahterakanlah kandunganku, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam minggu-minggu terakhir mengandung ini, mudahkanlah aku bersalin, selamatkanlah aku dan kandunganku.. Amin...

June 11, 2012

Cuti-cuti Pullman Putrajaya

ohohoho...frustnya tak dapat bersama keluarga yang lain ke Kuala Terengganu menghantar pengantin ke majlis belah lelaki. Bukannya apa... tak berani nak jalan jauh takut terbersalin tengah jalan.. hehhe... Kalau single pregnancy maybe ok lagi. Tapi sebab twins ni banyak risikonya.. risiko bersalin awal, risiko semasa bersalin lain pulak.. isk tak nak la tetiba kena bersalin kat KT pulak hehheh...

Oleh itu, kami pun ciptalah percutian kami sendiri di saat yang lain-lain pergi tengganu. Kebetulan pulak dapat email TM staff boleh dapat corporate rate untuk bermalam di Pullman Hotel Putrajaya. So sambar je lah.. last minute plan.

Kami dok semalam je. Tujuannya memang hanya nak lepak-lepak dan mandi kolam je.. Kali ni saya book 2 bilik deluxe. Memang agak kecik bilik ni. Kalau ambik executive room mungkin besar sikit kot. Mula-mula memang nak ambik Executive room. Tapi terbagitau orang tu 2 adults 5 children. Memang tak bagi la dia ambik satu bilik huhuhu... Anyway takpelah untuk kali ni. Nasib baik satu malam je..

1st room King bed
2nd room 2 single bed
Bathroom - ada tingkap looking out the bedroom. kalau mandi jangan lupa kunci noo...

Aktiviti kami apalagi mandi kolam je la... Nice swimming pool with nice view...

On the way ke swimming pool. sempat lagi posing. tapi  bangunan2 kat sini memang cantik2.
Cantik kan view? nampak PICC
Pool 3feet, 4 feet.. Memang just nice untuk imran and above. Seronok diorang berenang.


Pool 2 feet untuk raihana.. boring je.. hehhehe
Malam tu kami cari makan kat dengkil... Hajat di hati mula-mula nak ke bagan lalang cari seafood. Tapi terasa jauh la pulak. Budak2 pun letih berenang petang tadi. Jadinya singgah je la tepi jalan. Not bad. Makan kire sodap la juga... dan yang penting murah! Air buahnya cuma RM2 je.. Total kami makan RM47. Makan nasi order lauk ayam merah, tomyam seafood, udang goreng kunyit, telur dadar beafsteak, sup sayur cendawan, nasi goreng cina satu... Yelah makan 7 orang selalunya mana nak dapat harga tu...

Aktiviti malam, tengok tv je la... HBO ada Karate Kid. Ayah tidur... kul 12 baru bangun balik tengok bola... yang lain dah selamat belayar...

Paginya kami breakfast di The B's. Breakfast included in the package. Yang bagusnya kat sini all kids under 12 dapat free breakfast. Takdelah berkira macam kat hotel lain... Anyway choice of breakfast tak berapa menarik la... quite limited.. Tapi untuk budak2 ok je. Kalau bawak pergi tempat yang variety sangat pun diorang ni ambik sosej, cereal, yogurt... hmm.. kalau bayar mahal memang tak berbaloi...

Suasana dlm restoran the b's

Sebelum ke swimming pool for the 2nd round, kami jelajah games room pulak. Katanya ada wii kat situ. Tapi takde battery pulak so tak dapat la main. Last2 budak2 main babyfoot je. Tak ada gambar sebab mama tak ikut. Mama berehat dalam bilik sambil tidur.. hheheh...

Aktiviti terakhir swimming pool lagilah... sampai dah nak checkout.

Sebenarnya ada banyak lagi activity boleh buat especially water activity seperti kayak dan sebagainya. Cuma untuk kami yang anak kecik2 lagi ni kira belum sampai masanya la nak buat aktiviti2 macam tu...

Overall, nice place to have a holiday eventhough i prefer cyberview lodge lagi. Bolehlah untuk nak berehat-rehat di waktu cuti dan tak risau travelling cost dan tak risau penat nak travel...