"Baik doktor" kami hanya mengiyakan.
Bagaimana nak hindarkan Aqil daripada kuman? Sedangkan kuman berada di sekeliling kita di mana-mana saja? Boleh kalau kami kuarantin Aqil. Jangan bagi keluar. Jangan bagi main dengan Aqlan, kakak, abang. Tapi takkanlah begitu. Aqil tetap perlukan persekitaran yang normal dan seimbang. Ya sedaya upaya kami cuba untuk tingkatkan hygene di rumah. Alhamdulillah dengan kehadiran bibik yang membantu. Lantai dimop setiap hari. Habuk dilap setiap hari. Karpet divacuum 2 kali seminggu. Cuma masalahnya ialah apabila Aqlan selsema. Selalunya akibat berjangkit dari kawan-kawan di taska. Bila Aqlan selesema memang sedaya upaya untuk jauhkan Aqlan daripada Aqil. Tapi dah namanya pun kembar, tetap berjangkit juga.
Seminggu dua selepas hari raya aidilfitri yang lepas, Aqil dijangkiti selsema . Kami dah mula risau. Sampai satu hari Aqil mula batuk tak berhenti-henti. Dan kesihatannya pun mula menurun. Tak mau makan, cepat letih, merengek. Kebetulan pula masa tu ubat homopathy baru saja habis. Dah call Dr Jamalullail namun akan ambil masa sikit untuk diposkan dan sebagainya.Suami terus menghubungi Dr Chan untuk mendapatkan nasihat. Dengan segera Dr Chan menyuruh kami bawa Aqil ke hospital. Kami dapat merasakan yang Aqil perlu duduk di wad supaya kesihatannya tidak semakin melarat dan juga untuk memudahkan pemantauan.
Selepas diperiksa, memang Dr Chan minta Aqil di tahan di wad. Sampel kahak diambil. Doktor suspek jangkitan kuman atau virus pada peparu namun masih perlu menunggu keputusan sampel tersebut. Maka duduklah kami lagi di wad. Wah, wad baru saja direnovate! Cantik.. Namun secantik mana pun wad, dah nama pun wad, boring je lah.
Day 1 - monyok je |
Day 2 - dah start nak makan |
Day 3 - makin ok |
Day 4 - dah boring |
alhamdulillah dah boleh balik |
Di wad, Aqil mendapat rawatan berikut.
1. Lasik
2. KCL
3. Antibiotik Zithromax
4. Satu lagi antibiotik tak ingat nama
5. Flixotide
6. Ventolin
7. Sterimar
8. Oxygen
Alhamdulillah keputusan menunjukkan tiada jangkitan kuman/virus pada peparu. Yang ada cuba virus selsema biasa. Tapi selsema biasa pun sudah menjadikan kesihatan Aqil begini teruk, tak taulah macamana kalau terkena pulak jangkitan peparu. Nauzubillahi min zaalik.
Kali ini, kami duduk di wad selama 4 hari. Sementara di wad, Dr Chan sempat membuat Echo pada Aqil. Echo menunjukkan tekanan pada jantung/peparu Aqil masih lagi tinggi seperti sebelum ini. Tiada perubahan. Dr Chan meminta kami meneruskan plan untuk memberi vaksin pneumococcal dan influenza A selain daripada imunisasi wajib yang lain.
Sejak kebelakangan ini, timbul isu perlukah memberi vaksin kepada anak-anak. Ada segelintir ibubapa yang menerusi pembacaan dan kajian mereka mengatakan bahawa vaksin yang diberi mempunyai side effect. Boleh menyebabkan anak menjadi autism dan sebagainya. Pada pandangan saya, setiap ibu bapa berhak menentukan pilihan masing-masing berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan masing-masing tapi tak perlulah sampai memperlekehkan antara satu sama lain. (ini berdasarkan yang saya baca di ruangan komentar-komentar berkaitan isu ini. Ada yang sampai macam nak bergaduh pulak). Pada saya penggunakan vaksin-vaksin ini telah dibincangkan dan diluluskan oleh yang pakar dalam bidang ini. Mungkin benar ada side effect namun mungkin ianya memberikan kebaikan yang jauh lebih besar berbanding side effect tersebut. Selebihnya kita berserah kepada Allah.
Kami pun mungkin antara parents yang tak berapa nak berdisiplin sangat bab imunisasi ni. Anak-anak kami ramai yang tak lengkap imunisasi plan. Namun untuk Aqil nampaknya kami tak boleh ambil sambil lewa. Memang banyak yang sudah terlepas jadi Dr Chan sudah memberikan jadual untuk catch up balik. Ini termasuklah imunisasi yang optional terutama pneumococcal dan flu vaksin. Dr Chan minta bawa Aqlan sekali sebab penting supaya Aqlan tidak membawa kuman tersebut kepada Aqil. Kami sedar vaksin ini bukanlah guarantee 100% yang Aqil Aqlan takkan dijangkiti kuman yang berkenaan tapi kami cuba berusaha yang terbaik.
Usaha. Doa. Tawakkal.
No comments:
Post a Comment