May 05, 2009
Selsema.. tuut.. - Influenza A(H1N1)
Apakah tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia?
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?
Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Jika anda batuk atau bersin:
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A(H1N1).
----------------------------------------------------------------------
Mama tengah selsema ni. Tapi insya allah bukan selsema seperti di atas. Boleh balik duduk kat rumah tak? hehehhe...
April 30, 2009
Dilema anak kembar
Seringkali itulah ungkapan yang mama terima bila mama kata ada anak kembar. Alhamdulillah, rezeki Allah itu memang tidak dijangka. Namun mama rasa bukan semua orang mampu untuk menjaga anak kembar yang mana kerenahnya terutama semasa bayi adalah kali dua daripada biasa! Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya...
Kalau nak balik kampung, macamana agaknya kedudukan dalam kereta? Siapa nak tolong pegang baby ni? Maid mana ada? Apa yang kami buat, Luqman (masa tu baru setahun lebih sikit) akan duduk di depan. Mama and the twins duduk belakang. Sorang baby mama pangku, sorang lagi dalam bakul baby. Cabaran yang paling besar, seperti biasa, ialah bila tiba waktu nak menyusu. Bila sorang dah selesai, kena la swap pulak. Macamana nak tukar tempat ni? ah.. sebenarnya mama pun dah tak ingat dah. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu, insya allah apa saja boleh buat..

April 27, 2009
Ain Maisara appearing at Pesta Buku III - Photos
AIn Maisara appearing at Pesta Buku II
Seawal 7.30pagi lagi Maisara dengan ditemani oleh Humaira dan Luqman telah berangkat ke PWTC bersama cikgu-cikgu AdDin. Kami lambat sikit sebab menyelesaikan beberapa kerja rumah dulu. Lagipun Raihana dan Imran memang la late riser... tak macam kakak abangnya.
Maisara dapat giliran no. 1! Sebab daftar yang pertama... wah sapa yang nerveous ni, mama ke maisara? hehheh.. Namun Maisara telah berjaya menunjukkan kehebatannya membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Kami berpuashati dengan persembahannya.
Bila peserta kedua pergi ke mic dan mula membuka mulut... alamak.. kalah la maisara macam ni! Seperti Maisara, beliau membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Tapi extra lagi dengan ekspresi yang seperti orang masuk pertandingan bercerita... Fuh.. kami mula mengesat peluh.. hehehe...
Peserta bertukar peserta... akhirnya peserta ke-12 adalah yang terakhir...
Satu perkara yang penting, bukan mudah untuk anak kecil ini memberanikan diri untuk beraksi di khalayak ramai, di atas pentas. For that, mama gives Maisara thumbs up! dah la dapat giliran first. Ada dua orang peserta semalam yang apabila namanya dipanggil, tidak mahu ke depan. Menangis-nangis apabila di pujuk mak ayah. Ada yang ayah kena naik atas pentas sekali, duduk kat riba ayah, tapi in the end tak mahu juga. Jadi sebenarnya pertandingan ini bukan sekadar menguji pembacaan, tetapi juga tahap keyakinan dan keberanian anak-anak kita.
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. jeng jeng jeng..
Keputusannya... Maisara berjaya mendapat tempat ke-2. Tahniah.. tahniah... Alhamdulillah... sebenarnya dah agak dah. Tempat pertama ialah peserta kedua tadi.
Seorang lagi wakil Addin untuk kategori 4-5 tahun, Khairul Naimi pun dapat tempat ke-2 juga. Tahniah.. tahniah...
Terima kasih kepada cikgu-cikgu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Addin, Taman Sutera, Kajang yang telah beramai-ramai datang memberi semangat semalam. Semua cikgu addin ikut semalam.. Mama juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana telah mendidik, mengajar dan melatih anak-anak kami membaca, mengira, mengaji dan juga yang paling penting ialah didikan asas-asas islam seperti tauhid, akhlak mulia, hadis, qiraati dan sebagainya secara teori dan juga praktikal. Bertuah rasanya ada tadika yang macam ni di Tmn Sutera. Jasa guru-guru semua amatlah kami hargai.
Gambar pertandingan akan menyusul kemudian....
April 23, 2009
Ain Maisara - appearing at Pesta Buku - 26th Apr 2009
Wah... kami yang excited/nerveous sebenarnya. Dia relax je. Bila disuruh praktis kat rumah,
"kat sekolah tadi 'kite' dah berlatih la dengan cikgu... "
(Anak-anak kami ni memang membahasakan diri mereka 'kite' dengan ayah mama dia ni... kecuali luqman... ikut genetic mama dia kot.. hehhehe...)
Confuse jugak macamana lagak gaya pertandingan ni. Tapi mama dah tanya cikgu dah. Nanti setiap peserta akan diberikan satu petikan. Kemudian peserta perlu membaca petikan tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Contohnya kalau noktah, koma, tanda seruan atau tanda soalan mestilah digayakan dengan intonasi yang betul. Sebutan pula, contohnya 'kakak'.. 'k' yang hujung tu perlu dibunyikan juga... macam qalqalah la lebih kurang. Satu lagi perlu menyebut dengan sebutan baku. Rasanya insya allah Maisara tak ada masalah kot. Cuma satu mungkin kelemahan yang perlu diperbaiki ialah noktah. Maisara ni selalu 'larong' je... laju je baca sampai terlupa nak stop.
So best of luck to Maisara... mama doakan Maisara berjaya dalam pertandingan ni nanti.. Siapa nak tengok Maisara in action, jom lah datang beramai-ramai. Sambil tu boleh la round2 pesta buku tu.. Cuma hopefully tak crowded sangat hari tu. Almaklumlah dah last day.
April 22, 2009
JCARD Sale Jusco Cheras Selatan
bukannya apa.. kalau jcard ni memang la discount 70%-80%... cadangnya nak cari baju raya budak-budak... see... bukan untuk mama.. untuk budak-budak.. hehehhe.. nak cover la ni...
yea yea.. tak sabar nak cuti esok..
April 20, 2009
Aimee Marissa and long 'not lost' friends..
Last Saturday, kami pegi visit Wan kat Mahkota Kemuning (cantiknya rumah baru parents Wan... :)).. selain dapat tengok aimee yang dah 4 bulan.. (lahir kat UK... kalau study sana boleh dapat free education... ye ker?) dapat jumpa geng-geng New College, Cardiff yang dah berkurun tak jumpa... ninie, zeti (husband dia Mod dulu kumpulan ruffedge tu...), brahim, ajip, joe... sempatlah update pasal diri masing-masing...
dr ninie dah anak 2 - Zulaikha & Thariq.. sekarang tengah persue master dalam bidang psychiatrist.. isk betul ke eja ni... his husband ajip sekarang keje dalam bidang Risk Management... Brahim dah anak sorang, Tasnim.. sekarang tutor kat Uniten.. Dr Zeti sama macam Dr Ninie.. tengah buat master tapi dalam bidang Family Medicine kat HUKM... anak sorang nak masuk 2 orang... her kid, Sarah is very pretty... comel sangat... and Joe still single mingle... (still not married... awek tu tak tau la.. tak tanya pulak).. tapi sekarang pakai BMW fuyooo... hehheh... running own business.. jadi developer... rumah joe ni dekat je ngan rumah kitorang tapi kat shah alam ni jugak baru jumpa.. hehheh...
ingat boleh jumpa ramai lagi.. bear, yan, fadhil, akmar, faiz,... tapi takde nampaknya...
April 09, 2009
Isu semasa
Tahniah kepada PR kerana dapat mempertahankan dua bukit tersebut. Majoriti juga bertambah. Namun kita gagal merampas Batang Ai. Tak mengapalah. To BN, tak sedar-sedar lagi? Pulangkan Perak kepada yang berhak. Biarlah BN memerintah kat Sabah Sarawak je...
Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak atas perlantikan beliau baru-baru ini. Walaupun diselubungi dengan berbagai-bagai kontroversi yang melibatkan bom dan sebagainya, namun sudah ditulis di dalam loh mahfuz yang beliau akan menjadi perdana menteri malaysia yang ke-6. Maka sudah lengkaplah teori R-A-H-M-A-N itu...
R- Rahman
A- Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah (dulu ingatkan A ni untuk Anwar)
N - Najib
Lepas ni tak tau lah nak sambung dengan teori apa pulak.. mungkin ALHAJ ke.. hehhe...(sambung nama Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj).
Apa-apapun diharap PM baru kita akan dapat merealisasikan 1Malaysia nya(rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan).. hmmm.. macam biasa dengar je 1-1 ni... one company mindset, 1suara, 1intra... hehheh.... agaknya idea dari orang yang sama kot...
Sekarang ni masing-masing berdebarlah menunggu pengumuman barisan kabinet yang baru. Ah,, macam-macam spekulasi yang kedengaran. Macam tunggu structure ITSD yang baru yang tak keluar-keluar officially.. hheheh... Tunggu sajalah pukul 3 ni nanti...
Good Luck to our new PM!
(kalau dulu Pak Lah ada gelarannya... kalau Najib ni nak gelar apa ek? Pak Jib? tak sesuai... Che' Naj? apa punye nama la pulak tu... Wak Joyo? haha... apalah mama merapu nih...)
Pembunuh Altantuya dihukum mati
Wallahu a'lam.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu...
April 06, 2009
Cats Stories
Well, there were mostly cats. Others were ayam serama and dogs, and snakes! wohoo... how snake can be a pet...
Our kids (plus ayah actually) are all big fan of cats. Unfortunately we are all allergic to cats because of asthma. Another thing, we live in a terrace house with limited garden area. The management of the cat's litter will be quite difficult. That won't be a problem if we live in kampung. So there you go. We have no reason to have a cat at home.. heheh...
Actually, mama also loves cats. When I was little, we used to have a cat named Cebol. She was a white cat with black and brown spot at her forehead. When she gave birth to 6 cute little kittens, the trouble began. The kittens wee and pee everywhere. And their favourite place was Atuk's shoes! And we were little at that time that we only know how to play with them, not to clean their messes. Finally, Atuk brought them to our kebun and released them there.. including Cebol. Because it would be cruel to separate them from their mother. We cried... but just couldn't do anything...
That is one of the cats that I remembered most. Actually every now and then, there are cats coming and going...
Nowadays, actually every morning, there is a cat very loyally waits behind our backyard gate, waiting for food. And every morning, it is Luqman's duty now before going to school, to give her some leftover fish or chicken. Or if there is nothing in the fridge, Luqman will give her ikan bilis... So lucky aa you cat.. hehhe... Then she will go away... Tomorrow morning she will come back.. Aah she doesn't even have a a name yet. Today I will suggest to Luqman some cute names.. hehhe..
Be good to cats, be good to animals. Encourage our kids to be kind to animal. Tell them that they are all makhluk Allah too.. And every good deeds will be rewarded.
March 31, 2009
Tentang Si Dia - tag by CikguZue
1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
613 or 611 or 616 - whatever it is, the kids win.. hehhehe... but to be serious, it would be sports... biasalah...
2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island, mayonaise, chilli sauce... definitely not mustard...
3. What's one food he doesn't like?
Soup... anything with kuah jernih... sup ayam, sup sayur, sayur masak tumis air, sayur masak bening... abih tu cemana... budak-budak suka... terpaksalah mama masak jugak.. hehehhe...
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Kopi jantan.. hehe..
5. Where did he go to high school?
MC
6. What size shoe does he wear?
9 or 10 - kadang-kadang sebelah 9 sebelah 10... pelik kan..
7. If he was to collect anything, what would it be?
hmmm.... fridge magnet kot...
8. What is his favorite type of sandwich?
all type of sandwich..
9. What would this person eat every day if he could?
karipap - kalau boleh breakfast, lunch, tea... karipapmania... hheheh
10. What is his favorite cereal?
coco crunch, honey gold..
11. What would he never wear?
yellow shirt... err.. too contrast...
12. What is his favorite sports team?
man u
13. Who did he vote for?
P*S
14. Who is his best friend?
i don't think he has one specific best friend... but he has several close friends...
15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
goreng ikan kering... huhu... bau satu rumah... hehehh...
16. What is his heritage?
hindustan mari.. hehhe..
17. What is his favourite colour?
blue/black
18. What is his habit?
hmmm... not sure la... apa ek ayah...
19. What is he proud of?
his wife? har har har... perasan..
20. Lastly, do you think he will read this?
yes of course..
ayah, kalau ada yang tak betul tolong la betulkan.. hehehhe...
tidur tengah2 air terjun.. mimpi puteri bunian ke??
March 27, 2009
Earth Hour
http://www.earthhour.org/about/
we? hmm... why not? but not total darkness obviously... like ayah said, that is the time for Isya' prayers so surau and masjid for sure cannot be in total darkness....
what we can do is to reduce the use of electricity during that hour.. maybe no tv, switch only one light on, etc...
but be ready la with the kidz cannot watch cartoon... hehheh...
VOTE FOR EARTH!
March 25, 2009
susahnya nak amik gambo minah sorang nih...
March 19, 2009
cuti-cuti terengganu 2
namun agak terkilan sebab selama 3 hari kami di sana, selama 3 hari itu jugalah hujan renyai-renyai tak berhenti... dapat main kat pantai sekejap je dalam 1/2 jam kot walaupun duduk kat chalet (read: pondok buruk) tepi pantai.. (anggulia resort, marang) dan disebabkan tak tahan dengan keadaan dalam pondok yang berpasir, dengan tv yang tak keluar suara, malam kedua kami pindah cari hotel elok sikit kat KT. tapi sebab main serbu je memang la tak boleh nak survey-survey sangat harga tu.. maka dapatlah bilik yang agak mahal... huhu... dapat round TTI sekejap sempat la ambik gambo masjid kristal yang bertukar-tukar warna di malam hari tu.. hajat di hati esok siangnya nak bersiar-siar kat sana sambil melihat replika-replika masjid terkenal... namun cuaca tidak mengizinkan... mencari mydinmall pulak tak jumpa-jumpa... adusss... dapat pegi pasar payang je la yang berbumbung... shopping tak hengat punye...
anyway, yang penting dapat jumpa mok ayoh dan adik-adik yang dah lama tak jumpa... anak-anak pun boleh kenal tok nenek satu lagi... seloroh ngan ayah, baru dapat menantu tapi cucu dah lima.. hehheh... kenduri pun dalam hujan kesian kat pengantin...
insya allah next time kalau nak pegi bercuti man-mana memang kena plan betul-betul... tapi sebenarnya diorang kata baru 2-3 hari tu hujan tak berenti.. sebelum tu elok je... hmmm... rezeki kami la tu...
layan gambo je la...
March 13, 2009
cuti-cuti terengganu...
cuti dirancang sampai selasa namun terpaksa cut short sampai isnin saja sebab ayah kena pegi singapore hari selasa... huhu... sedih sebab kena cut short vacation... bukan sebab kena tinggal ayah nak gi singapore... hehehhe... takdelah... sedih sebab dua-dua..
sebenarnya dah lama sangat tak pegi menziarah mok ayoh kat sana. Last sekali tahun 2001 masa kitorang gi honeymoon kat Pulau Redang... fuh.. punya la lama sampai sekarang dah anak 5! tapi ada la jumpa last sekali tahun 2003 ke 2004 kot masa diorang datang sini antar abg hafiz masuk upm... Untuk pengetahuan, mok ayoh ialah family angkat mama.. dulu masa kursus kat terengganu before fly ke UK ada buat program anak angkat.. alhamdulillah sampai sekarang masih terjalin perhubungan walaupun jarang sangat berjumpa...
yang semakin terujanya sebab kakak (yang sulong) nak kawin ahad ni.... bayangkan masa mama dok sana dulu tahun 1995 kakak masa tu baru darjah 6... ehehhe... nak jadi bini orang dah sekarang nih...
kalau ikutkan macam tak puas je 3 hari nak jenjalan lagi.. nak kenduri lagi... tapi nak buat cemana.. ayah pun last minute kena panggil.... anyway, sebenornya tak tau sangat nak pegi mana... yang mama tahu nak jenjalan taman tamadun islam, pasar payang.... kalau ada sesapa boleh suggest lagi tempat-tempat menarik... mama tahu kat sana banyak pulau tapi tak sesuai la untuk kami dengan anak kecik-kecik nih... takut la naik bot... hehhehe....
hmm... malam ni kena pulun packing sebab esok pagi-pagi sebelum subuh lagi nak bertolak... doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang...
March 12, 2009
10 hadiah di dunia - untuk orang yang bertaqwa
"Mereka itu (orang-orang yang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka orang-orang yang beruntung." (al-Baqarah:5)
2. Diberi penyelesaian kepada masalah
" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikannya jalan keluar." (at-Thalaq:2)
3. Dipermudahkan segala urusan
" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya." (at-Thalaq:4)
4. Mendapat rezeki daripada sumber yang tidak terduga
" ... dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (at-Thalaq:3)
5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." (Ali Imran:76)
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
" Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dah bertaqwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." (al-A'raf: 96)
7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
" Dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa." (al-Fussilat:18)
" .. dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah: 194)
8. Mendapat kemenangan
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan." (an-Naba:31)
9. Terpelihara daripada tipu daya musuh
" Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)
10. Diberikan furqan (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
" Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan berikan kepadamu Furqan." (al-Anfal: 29)
- Anis Mac 2009-
------------------------
Menurut para Ulamak, Taqwa itu adalah menuruti perintah AllahS.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya lahir dan batin, serta merasakan bahawa kebesaran yang hakiki adalah bagi Allah S.W.T.yang patut kita merasakan kehebatan, kekuatan, ketakutan dan kegerunan terhadap-Nya.
ITTAQULLAH!!
March 03, 2009
upin & ipin maniacs
saja je nak nunjuk baju upin & ipin kami... sebenarnya nak tunjuk kat Chu Yah.. dia belikan untuk Aiman rm30 sehelai... ori punya jenama les copaque... hehe.. mama telan air liur je la kalau nak beli untuk budak 5 orang tu... so bila ada orang jual rm10 sehelai, apa lagi.. memang tak lepaskan peluang la... heheh.... janji bergaya..
February 24, 2009
cerita ceriti...
petang ni mama kena keje... 3pm - 9pm.. standby kat KLJ sebab ada datacenter maintenance activity... serba salah juga nak tinggalkan ayah dengan 5 orang askar tu.. heheh... tapi sebab sebelum ni pun banyak kali dah mengelak bila ada incidents kat datacenter... lagipun memang semua orang kena take shift... so terpaksalah juga dengan berat hati... itupun kul 10.30pm gak sampai kat rumah... sampai rumah budak2 pun tak tidur lagi... luqman pun tak tidur lagi???!! esok kan luqman punye hari sukan....
22/02/09 - hari sukan SERI ABIM
kul 7.20 pagi lagi kami dah keluar sebab sukan start kul 8am... malam tadi mama walaupun penat-penat balik keje tu sempat lagi buat sandwich. jadinye pagi-pagi dah tak sibuk sangat dah... luqman masuk acara lumba lari 80m, (wah ada gak yang mengikut jejak lari mama nih... cewah). dengan sukaneka control bola (sebenarnya leret bola guna gelung tu...). Kalau menang ada chance la luqman nak gi alor setaq sebab peringkat kebangsaan buat kat sana... boleh la kita sambil melawat mak long... kalau menang la...
ke garisan.. sedia ... pritttt...
luqman! luqman! luqman!.. (gambo tengah lari tak sempat amik sebab dok sibuk menyorak..)
penat sorak... akhirnya luqman dapat nombor tah la 4 ke 5 gaknya... yang penting tak corot la... tengok gaya luqman lari cam pelik je... pastu dok sibuk tengok orang lain... mama tak sempat nak coach la... takpe cuba lagi next year..
yang bestnya, lepas acara 80m tu patutnya luqman kena siap sedia untuk acara control bola tu pulak.. bila tengok kat tengah padang tu macam takde je luqman... sampai dah start dah... pastu tetiba luqman naik atas tempat kitorang duduk tu... pastu baru dia perasan... tapi bila turun padang pun dah terlambat dah.. acara dah start... alamak..rugilah luqman sebab rumah merah dapat no. 2.. kalau tak boleh la dapat hadiah botol air tu...
disebabkan luqman pun dah kalah dan raihana pun dah bising mengantuk so kami pun mengundurkan diri dan buat acara sendiri....
acara lumba lari 30m..
February 20, 2009
Tahukah anda..
Sultan Salahudin Ayub, ketua tentera Islam dan khalifah dari kerajaan Al-Aiyubi di Mesir telah berjaya menawan Jurusalem dari pihak tentera salib pada tahun 1187M. Namun Jurusalem jatuh semula ke tangan tentera salib pada tahun 1247M.
Apakah ada yang dapat mencontohi kekuatan semangat jihad oleh Sultan Salahudin dan tenteranya untuk membela nasib Palestin sekarang??
I am sure there are a lot...
Ya Allah... selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, hancur musnahkanlah Rejim Zionis...
" Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yag ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah)." - Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.
sapa nak baca novel sejarah Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem, mama ada....
February 16, 2009
PPSMI
PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
Terpanggil mama untuk komen tentang PPSMI ni setelah malam tadi tengok berita tentang GAPENA buat laporan polis ke atas Kementerian Pelajaran Malaysia kerana PPSMI telah melanggar beberapa akta. (refer here).
Dulu pun masa mula-mula diperkenalkan mama dah komen.. (posting dolu-dolu). tapi sekadar komen je la... tapi sekarang ni bila dah terkena dekat batang hidung sendiri (indirectly la..) rasanya nak kena buat something la.. maksud mama sebab sekarang luqman dah darjah satu. bila tengok dia buat maths and science rasanya kalau dalam bahasa malaysia ianya sangatlah kacang goreng.. tapi bila dalam english bende yang senang jadi susah. Sebab tak paham soalan.. Sebab tak terrer english.. itulah masalahnya... luqman pun kalau BM boleh la baca tapi pun tak berapa lancar lagi.. apa lagi nak baca english. anyway, kalau pun luqman boleh faham soalan, ada satu lagi masalah iaitu nak menjawab soalan... dia tau tapi tak tau nak mentranslatekannya ke bahasa inggeris...
hmmm... masalah juga.. sebab english tu bukan bahasa ibunda.. kat rumah pun... walaupun dulu mama speaking london tapi kalau dah jawa tu jawa jugek... heheh.. kalau nak speaking ngan budak2 ni rasa macam nak tergeliat lidah... hehe.. nama je mak bapak belajo kat oversea yek...
anyway, mama sokong tindakan NGO-NGO yang memperjuangkan bahasa melayu.. objektif kita nak belajar sains dan matematik.. kalau nak belajar english masa subject english la... tak perlulah kita agung-agungkan sangat bahasa orang luar tu.. tengok jepun, france.. diorang nih bukannya reti sangat cakap omputeh tapi technology tetap canggih...
so nak buat mana satu? nak bagi luqman terrer english ke nak suruh kerajaan mansuhkan PPSMI? fuh.. what an option.. :)
isk.. next month luqman dah start test... doakan...