Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...
Seawal 7.30pagi lagi Maisara dengan ditemani oleh Humaira dan Luqman telah berangkat ke PWTC bersama cikgu-cikgu AdDin. Kami lambat sikit sebab menyelesaikan beberapa kerja rumah dulu. Lagipun Raihana dan Imran memang la late riser... tak macam kakak abangnya.
Maisara dapat giliran no. 1! Sebab daftar yang pertama... wah sapa yang nerveous ni, mama ke maisara? hehheh.. Namun Maisara telah berjaya menunjukkan kehebatannya membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Kami berpuashati dengan persembahannya.
Bila peserta kedua pergi ke mic dan mula membuka mulut... alamak.. kalah la maisara macam ni! Seperti Maisara, beliau membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Tapi extra lagi dengan ekspresi yang seperti orang masuk pertandingan bercerita... Fuh.. kami mula mengesat peluh.. hehehe...
Peserta bertukar peserta... akhirnya peserta ke-12 adalah yang terakhir...
Satu perkara yang penting, bukan mudah untuk anak kecil ini memberanikan diri untuk beraksi di khalayak ramai, di atas pentas. For that, mama gives Maisara thumbs up! dah la dapat giliran first. Ada dua orang peserta semalam yang apabila namanya dipanggil, tidak mahu ke depan. Menangis-nangis apabila di pujuk mak ayah. Ada yang ayah kena naik atas pentas sekali, duduk kat riba ayah, tapi in the end tak mahu juga. Jadi sebenarnya pertandingan ini bukan sekadar menguji pembacaan, tetapi juga tahap keyakinan dan keberanian anak-anak kita.
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. jeng jeng jeng..
Keputusannya... Maisara berjaya mendapat tempat ke-2. Tahniah.. tahniah... Alhamdulillah... sebenarnya dah agak dah. Tempat pertama ialah peserta kedua tadi.
Seorang lagi wakil Addin untuk kategori 4-5 tahun, Khairul Naimi pun dapat tempat ke-2 juga. Tahniah.. tahniah...
Terima kasih kepada cikgu-cikgu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Addin, Taman Sutera, Kajang yang telah beramai-ramai datang memberi semangat semalam. Semua cikgu addin ikut semalam.. Mama juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana telah mendidik, mengajar dan melatih anak-anak kami membaca, mengira, mengaji dan juga yang paling penting ialah didikan asas-asas islam seperti tauhid, akhlak mulia, hadis, qiraati dan sebagainya secara teori dan juga praktikal. Bertuah rasanya ada tadika yang macam ni di Tmn Sutera. Jasa guru-guru semua amatlah kami hargai.
Gambar pertandingan akan menyusul kemudian....
No comments:
Post a Comment