Seringkali itulah ungkapan yang mama terima bila mama kata ada anak kembar. Alhamdulillah, rezeki Allah itu memang tidak dijangka. Namun mama rasa bukan semua orang mampu untuk menjaga anak kembar yang mana kerenahnya terutama semasa bayi adalah kali dua daripada biasa! Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya...
Teringat lagi dulu, balik balik dari kerja, kedua-duanya berebut untuk menyusu. Mama terpaksalah berlatih untuk menyusukan mereka secara serentak. Tapi kalau waktu malam tu jarang jugalah dua-dua nak menyusu serentak. Tapi bila sorang bangun sorang tidur, bila yang ni tidur, sorang lagi pulak bangun. Akhirnya mama juga lah yang tak tidur.. Kalau ayah bangun pun sekadar tengok je la, bukan boleh buat apa pun.. sekadar meneman eloklah ayah tidur saja...
Kalau nak balik kampung, macamana agaknya kedudukan dalam kereta? Siapa nak tolong pegang baby ni? Maid mana ada? Apa yang kami buat, Luqman (masa tu baru setahun lebih sikit) akan duduk di depan. Mama and the twins duduk belakang. Sorang baby mama pangku, sorang lagi dalam bakul baby. Cabaran yang paling besar, seperti biasa, ialah bila tiba waktu nak menyusu. Bila sorang dah selesai, kena la swap pulak. Macamana nak tukar tempat ni? ah.. sebenarnya mama pun dah tak ingat dah. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu, insya allah apa saja boleh buat..
Cepat sungguh masa berlalu. Sekarang ni sudah besar dah anak dara mama dua orang ni. Dah pandai tolong mama kemas rumah, basuh baju, jaga raihana. Belajar pun pandai. Dua-dua dah pandai membaca, mengira, menulis, melukis, mewarna. Mengaji pun dua-dua dah al-Quran... alhamdulillah... anak mama bijak-bijak semua ye...
Namun ada satu dilema yang melanda mama kebelakangan ini. Antara keduanya memang nampak Maisara lebih 'advance' daripada Humaira. Kalau mengaji dia dah jauh meninggalkan Humaira. Kalau masuk pertandingan mewarna, dialah yang dapat hadiah. Kalau Humaira dapat pun selalunya di belakang Maisara. Konvo addin yang lepas, Maisara dapat 2 anugerah, Humaira dapat satu je anugerah. Dan ada beberapa perkara lagi lah... Nanti Humaira akan merengek minta hadiah macam Maisara... Buat masa ni mungkin yang diirikan cuma hadiah. Tapi bila semakin besar nanti, mama takut ianya akan buat Humaira rasa merendah diri pula. Itu yang mama membimbangkan.
Apa yang perlu kami buat untuk memastikannya tidak berlaku?
Tahun depan, mereka akan masuk darjah 1. Mama bimbang jurangnya semakin jauh...
Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa untuk mengenalpasti potensi diri anak-anak mereka. Sekiranya anak itu nampak cenderung kepada sesuatu perkara, ibu bapa harus menggalakkan dan beri bantuan mana yang boleh supaya minat, kecenderungan dan kebolehan anak-anak itu diasah dan disuburkan lagi. Insya Allah hasilnya pasti memuaskan. Namun perlu pastikan yang kecenderungan itu adalah ke arah yang baik, bukan sebaliknya. Sekiranya sebaliknya, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal dan memberi kesedaran kepada anak-anak tersebut secara berhikmah.
Easier said than done..
Mama dan ayah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Humaira dan Maisara.
Allah jua tempat mengharap...
No comments:
Post a Comment