May 05, 2009

Selsema.. tuut.. - Influenza A(H1N1)

Macam-macam penyakit la sekarang ni. Dulu selsema burung, sekarang selsema khinzir pulak. Kenapa dulu-dulu tak ada pulak dengar manusia terjangkit selsema dari binatang? Zaman moden ni macam-macam pulak. Siapa ada bela binatang seperti burung, kucing, ikan, hamster dan lain-lain sila pastikan bila mereka selsema, cepat-cepat la bawak pegi jumpa doktor bagi ubat selsema ye. Jangan biarkan dia sampai menjangkit kat kita, ok.. Nanti kan tak pasal-pasal kita kena selsema kucing pulak... hehhehe...

Apakah tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia?
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?
Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Jika anda batuk atau bersin:
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A(H1N1).

----------------------------------------------------------------------

Mama tengah selsema ni. Tapi insya allah bukan selsema seperti di atas. Boleh balik duduk kat rumah tak? hehehhe...

No comments: