Satu dunia menyaksikan drama swasta dalam DUN Perak semalam. Mama juga mengikuti perkembangan secara 'live' dari blog Adun Titi Serong yang berada di dalam Dewan yang mulia itu.
Cuma mama pelik dengan institusi kesultanan Perak. Adakah mereka tidak merasa apa-apa dengan krisis yang berlaku sekarang? Yang peliknya, semasa Raja Nazrin bertitah semalam pun tiada langsung menyentuh perkara yang sedang berlaku di depan mata. Apakah mereka ini robot, atau boneka atau apa? Cuma boleh baca teks yang telah disediakan. Sungguh lurus bendul mengikut apa yang telah diprogramkan untuk mereka. Tak ada perasaankah mereka ini? Pelik bin ajaib. Lebih-lebih lagi kesultanan Perak memang terkenal dengan keintelektualannya.
Mama sungguh teringin nak tahu apa yang ada dalam fikiran Raja Nazrin sekarang ini. Apakah beliau hanya menurut kehendak ayahandanya yang menurut kehendak pihak yang berkenaan. Mama yakin dalam jiwa Raja Nazrin sekarang penuh dengan pemberontakan namun terbatas dek protokol yang tertentu.
Tiba-tiba mama teringat kisah Braveheart. Putera Scotland pada waktu itu, sangat ingin bekerjasama dengan William Wallace (Mel Gibson) untuk memerdekakan Scotland daripada cengkaman England. Raja Scotland pada waktu itu sudah sangat uzur namun masih berkuasa dan sentiasa meracuni fikiran puteranya. Raja Scotland ingin anaknya menyerah kepada England kerana ganjaran yang ditawarkan. Namun Putera Scotland masih ada sekelumit perasaan menyintai tanahairnya dan ingin mempertahankannya selepas dipujuk oleh Wallace. Satu masa Putera Scotland telah berpakat dengan Wallace untuk berperang dengan askar England namun ayahandanya berjaya membuatkan anaknya menukar rancangan (berpaling tadah). Kekesalan jelas terpancar pada Putera Scotland apabila ramai rakyat Scotland mati mempertahankan tanah air tanpa bantuan askar scotland sendiri. Lalu selepas itu beliau nekad untuk menderhaka kepada ayahandanya dan sekali lagi ingin berpakat dengan William Wallace. Namun rancangannya diketahui oleh ayahandanya. Lalu menyebabkan berjayanya penangkapan ke atas Wallace yang membawa kepada kematiannya di tangan algojo.
Apakah ini juga sedang berlaku di Perak?
I don't know...
Sesungguhnya yang hak itu tetap akan menang, yang batil tetap akan kalah...
Kepada Sultan Perak kami merayu... Kembalikanlah hak kepada yang berhak....
BUBARKAN DUN PERAK!
ah... apalah agaknya kesudahan di Perak ini nanti....
No comments:
Post a Comment