February 16, 2009

PPSMI

Apa itu PPSMI?

PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Terpanggil mama untuk komen tentang PPSMI ni setelah malam tadi tengok berita tentang GAPENA buat laporan polis ke atas Kementerian Pelajaran Malaysia kerana PPSMI telah melanggar beberapa akta. (refer here).

Dulu pun masa mula-mula diperkenalkan mama dah komen.. (posting dolu-dolu). tapi sekadar komen je la... tapi sekarang ni bila dah terkena dekat batang hidung sendiri (indirectly la..) rasanya nak kena buat something la.. maksud mama sebab sekarang luqman dah darjah satu. bila tengok dia buat maths and science rasanya kalau dalam bahasa malaysia ianya sangatlah kacang goreng.. tapi bila dalam english bende yang senang jadi susah. Sebab tak paham soalan.. Sebab tak terrer english.. itulah masalahnya... luqman pun kalau BM boleh la baca tapi pun tak berapa lancar lagi.. apa lagi nak baca english. anyway, kalau pun luqman boleh faham soalan, ada satu lagi masalah iaitu nak menjawab soalan... dia tau tapi tak tau nak mentranslatekannya ke bahasa inggeris...

hmmm... masalah juga.. sebab english tu bukan bahasa ibunda.. kat rumah pun... walaupun dulu mama speaking london tapi kalau dah jawa tu jawa jugek... heheh.. kalau nak speaking ngan budak2 ni rasa macam nak tergeliat lidah... hehe.. nama je mak bapak belajo kat oversea yek...

anyway, mama sokong tindakan NGO-NGO yang memperjuangkan bahasa melayu.. objektif kita nak belajar sains dan matematik.. kalau nak belajar english masa subject english la... tak perlulah kita agung-agungkan sangat bahasa orang luar tu.. tengok jepun, france.. diorang nih bukannya reti sangat cakap omputeh tapi technology tetap canggih...

so nak buat mana satu? nak bagi luqman terrer english ke nak suruh kerajaan mansuhkan PPSMI? fuh.. what an option.. :)

isk.. next month luqman dah start test... doakan...

No comments: