February 27, 2007
kisah nak bersalin
tetiba mama rasa nak share cerita pasal pengalaman nak bersalin sebelum ni... bukan apa, kelakar pulak tengok mek eli tadi cam kelam kabut je dalam telefon bila mama kata nek 11hb ni baru nak datang sini. due date mek eli 15/03.. takut tercepat la kan.. takut 11hb tu dah terlambat la... hari tu masa balik kampung, nek yang kata mek eli takdelah kritikal sangat.. kalau terawal pun mak mentua ada kat sini boleh tengokkan dulu... lagipun baru first baby bukan nak kena jaga anak yang lain pun...
teringat dulu masa mama nak deliver luqman.. terawal 9 hari.. nek memang la dah plan nak datang tapi memang tak sempat la... nak dijadikan cerita nenek ngan atuk cheras pun tengah takde gi balik kampung kedah.. alhamdulillah semua ok cuma ayah la kesian sikit sebab bab nak uruskan uri tu.. harapkan pak ngah la yang dah ada pengalaman sikit... dah la luqman lahir maghrib.. gitu gini tengah malam jugak la ayah selesai uruskan uri tu... dah la masa tu cuti hari merdeka.. kedai banyak tutup.. nak carik pape pun susah.. balik dari hospital, mak wa yang tolong pegang baby, nak ikat perut cemana, tolong masak lauk, etc, sikit2 la yang mana perlu ditolong.. almaklumlah first baby... itulah untungnya dok dekat ngan sedara... insya allah backup each other.. petang mama balik dari hospital tu barulah nek sampai... nasib baik mak ima pun tengah cuti boleh teman nek naik bas..
masa mama nak deliver twins, awal gak 2 minggu... nek kampung memang la tak sampai lagi.. tapi nasib baik nenek atuk cheras ada.. so luqman dok la kejap kat rumah nenek sini.. after mama selamat deliver, esoknya ayah pecut balik kampung ambik nek.. siap kena tahan polis lagi.. tapi bagi reason baru dapat anak kembar nak amik mak mentua gitu gini gitu gini .. dapat la lepas... nasib baik tak kena saman... seminggu lepas tu mak wa pulak bersalin kat hospital yang sama... pak lan tak ada masa tu memang keje kat sudan.. so memang mintak tolong ayah untuk hantar hospital dan sebagainya... tapi dengan nek sekali la... ayah gi hantar mak wa tu nurse pandang semacam je... mesti dalam hati dia orang ni baru minggu lepas dapat baby hari ni nak dapat baby lagi??? hahha.. mesti dia ingat ada dua bini ke.. kelakar jugak mama dengar cerita.. diorang extra ingat la sebab kan dapat twins.. tapi lepas tu mak wa explain la kat nurse kat situ yang ayah tu adik ipar dia... uri aneesa pun ayah tolong tanamkan.. kire jadi godfather aneesa la tu...
eh dah termasuk cerita lain pulak... ok sambung lagi...
cerita pasal nak deliver imran pulak.. nek kampung dah plan dah 2 minggu before due date nak datang dah sebab memandangkan historynya memang selalu awal.. rupa-rupanya tak sempat jugak... hehhe... awal 3 minggu... nak dijadikan cerita, nenek ngan atuk cheras pun tengah kat kedah... semua ingatkan awal lagi... jadi yang jadi mangsa masa tu mek eli la.. sebab mak wa pun masa tu dah ikut pak lan dok sudan... kesian gak kat mek eli sebab kena jaga 3 orang... imran lahir asar.. so mek eli tolong amik bebudak kat nursery pastu kena jaga sampai malam la jugak sebab ayah nak uruskan uri, etc.. mek eli siap kena basuh yak-yak lagi.. tiga-tiga orang plak tu... hehhehe.. kelakar pulak bila ingat balik... dah le masa tu bulan pose... takpelah mek eli.. mesti jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... kesian gak kat ayah masa tu.. penat la... nasib baik masa tu kebetulan tok atan pun nak datang kl so nek ikut je la.. tak perlu la ayah balik kg masa tu...
kalau nak ikutkan masa nak deliver ni, yang paling sibuk sebenarnya ayah la.. mama cuma kena tahan sakit kejap (err... lama gak) pastu relax je kat wad... ayah kena uruskan yang kat spital.. nak uruskan yang kat rumah lagi especially bila dah ramai2 ni kan.. pastu nak uruskan uri... memang kena ulang-alik je la.. orang jawa kata riwa riwi... (ke sana ke mari..). Tapi maybe next time ni tak sibuk sangat la kot sebab kat rumah ada bibik boleh tengokkan yang kat rumah... yang penting dari sekarang lagi kena doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan masa nak bersalin nanti... insya allah...
pengalaman.....
February 22, 2007
Berapa anak yang cukup?
Biasanya tajuk berapa anak yang cukup ini hanya disembangkan secara bisik-bisik sahaja antara suami dan isteri...
Namun bisik-bisik ini masih boleh diperkatakan secara ilmu dan realitinya. Maka kita cuba utarakan untuk menjadi buah fikiran kita bersama.
Sekali lalu melihat tajuk ini, ia berkait rapat dengan persoalan merancang atau menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Adapun menghadkan jumlah anak kerana adanya ‘keperluan-keperluan’ tertentu di antara suami isteri, maka Islam melihat itu tidak mengapa. Ada keharusannya.
Perkara ini diserahkan kepada kebijaksanaan suami dan isteri. Yang penting keharusan ini tidak boleh diambil mudah yakni tidak dianjurkan kepada sembarangan pasangan yang akhirnya merebak menjadi budaya ikutan seluruh masyarakat Islam hingga ke tahap timbulnya anggapan bahawa amalan menghadkan bilangan anak itu sebagai satu kemestian pula. Dalam soal merancang bilangan anak, kita dapat melihat wujudnya pasangan yang sama ada:
1. merancang menambah atau membanyakkan anak (zuriat) ATAU
2. merancang menjarakkan kelahiran anak (zuriat) kerana maslahah tertentu dan ‘darurat’ yang tidak dapat dielakkan.
Yang nyata, hampir tidak ada pasangan yang telah dan akan berkahwin merancang untuk tidak mahu mempunyai anak. Sebab perasaan ingin memiliki anak adalah fitrah nurani kita. Atau ada yang merancang tidak mahu beranak awal atas sebab-sebab tertentu, tapi tetap inginkan kehadiran anak. Kalau ada juga yang memang langsung tidak mahu anak, bermakna suami isteri itu mesti ada masalah kejiwaan. Pendek kata, semua pasangan mahukan anak (cahaya mata) sendiri dan kalau tidak dapat melahirkan anak sendiri pun, mereka akan mendapatkan anak angkat.
Sebelum pergi lebih jauh, baik bagi golongan ibu bapa yang merancang menambah anak atau menjarakkan kelahiran anak, masing-masing pastinya sudah pun sepakat di dalam soal-soal dasar berikut:
a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.
Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.
b. Anak adalah penyambung keturunan.
Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)
c. Doa anak soleh itu tidak terputus.
Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.
Jadi, sudah tentu, setiap suami isteri dan ibu bapa yang mewakili dua golongan tadi mempunyai sebab dan hujah masing-masing. (Koleksi ANIS / Oleh: Amaluddin Mohd Nafiah)
---------------------------------------------
pengalaman mama, setiap kali tambah sorang, naik satu gred.. alhamdulillah rezeki anak...
tapi kepada yang belum dapat anak, harap dapat bersabar dan jangan penat berdoa... semoga satu hari nanti Allah makbulkan doa kita.. ameen...
February 12, 2007
demam-batuk-selsema-ubat-antibiotik
mama memang malas pun makan ubat.. tu yang tak baik-baik lagi ni batuk selsema dah seminggu lebih dah rasanya... jumaat lepas baru jumpa doktor.. doktor pun marah... "dah seminggu???" ala.. mama ingatkan batuk selsema biasa je.. rupanya ada demam sikit... pastu mama gi jumpa doktor pun sebab start hari jumaat tu rasa sakit kat bahagian pipi ngan gusi... isy.. sampai camtu sekali... doktor pun kata kalau biarkan boleh jadi resdung... weekend lepas pun hidung mama bengkak tokleh pegang sakit... dah macam badut la pulak.. nasib baik time cuti.. heheh...
pastu hari ni terlupa lak nak bawak ubat gi opis.. memang tak sihat lagi nih.. rasa macam nak berehat tidur je... tapi banyak pulak keje especially nak prepare for this afternoon punya BP2007 briefing session. balik lambat plak tu petang ni sebab briefing dijangka akan habis 5.45 ptg..itu kalau ikut jadual... kalau meleret-leret tu tak tau la... sekarang ni gigi pun rasa sakit jugak.. campur pening kepala lagi.. mama pun tak tau dah mana satu sakit sebab batuk selsema mana satu sakit sebab pembawaan... campur dua-dua tu yang makin tak larat tu...
doktor bagi mama antibiotik sampai 2 keping... isk.. bila la nak abis.. dah le bau dia sedap semacam.. kalau sendawa pun boleh bau lagi antibiotik tu.. uwek.. kenapa kite kena habiskan antibiotik yek??? sebenarnya dari dulu lagi mama ada kemusykilan pasal antibiotik...sebabnya pada mama kalau dah baik tu memang dah tak makan ubat la jawabnya.. ayah pun marah.. hehheh... kalau budak2 pun selalu tak abis antibiotik sebab mama dah tak bagi ubat bila dah baik.. hehheh... di sini ada jawapan tadi mama search sikit pasal kenapa kena habiskan antibiotik..
Pastikan anda menghabiskan semua antibiotik yang diberi. Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari. Habiskan kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit anda telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada resistance (iaitu antibiotik tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, jadi pengambilannya tidak lagi dapat menghilangkan penyakit tersebut).
full article boleh baca di sini...
nampaknya mama kena jugak la habiskan antibiotik yang tak sedap tu...
February 07, 2007
tak tau..
hmm.. sibuk sangat ke sekarang nih? dah semakin jarang dapat menulis... tak tau la nak kata... sibuk tu sibuk jugak... tapi kan sebenarnya semenjak office ni direnovate so position pun dah berubah-ubah.. mama punya tempat ni membelakangkan orang yang lalu lalang.. so orang yang lalu lalang tu senang sangat la nampak pc screen mama.. hehhehe... agaknya sebab tu kot mama jarang tulis kat blog sekarang... har har har... kang tetiba tak perasan kena tangkap ngan bos kang.. heheh..
takde idea pun ye jugak.. tah le sejak dua menjak ni otak cam beku semacam... isk. isk... agaknya mama ni kurang bersenam kot.. err.. ada kaitan tak??
tangan ke atas
tangan ke samping
tangan ke depan
kita lipat tangan
tegakkan badan
luruskan kaki
ayunkan kan tangan
berulang kali
lompat ke atas
...............
menjaga badan
juga fikiran..
haa. inilah lagu favourite humaira... tapi mama pun tak hafal sangat la.. ntah apa ada serangkap lagi tengah-tengah tu mama tertinggal kot... tu la dia... kalau kite bersenam boleh la sihat badan dan fikiran... yelah.. time-time sekarang ni manalah mama nak bersenamnya.. tapi kengkadang tu teringin gak nak pi main netball ke.. main basketball ke.. main badminton ke.. pegi jogging ke.. yelah dah biasa aktif dolu-dolu... hehhehe... dulu la... tapi jogging tu mama tak berapa minat la.. suka lagi main-main... sebab seronok.. rasanya last sekali mama main netball masa MTP dulu kot... gila lama.. dah 6 tahun dah... bersukan, bersenam? isk.. memang dah lama la... hmmm.. patutla otak ni makin beku... tapi sebenarnya tiap2 hari bersenam jugak.. turun naik tangga tu...
haii.. tengok tu apa la merapu.. takde idea.. takde idea... korang takyah la baca entry ni ye... merapu je lebih nih... :)
January 29, 2007
yang hilang.. belum berganti..

handphone mama kena curik last friday.. kat surau plak tu... mama pun tak sangka pulak kat surau KLJ tu pun ada pencurik handphone.. nak dijadikan cerita ada sorang lagi staff kat situ yang kena jugak at the same time.. masa tu waktu asar memang tengah ramai la sebab baru masuk asar and solat jemaah sekali.. mama memang ingat handphone tak tertinggal kat mana-mana tempat lain sebab before start solat tu mama baru je silentkan.. agaknya masa tu la orang tu nampak kot mama pegang handphone pastu masukkan dlm bag.. so masa orang start solat dia pun buat operasi la kot.. yang sorang lagi hilang tu dia letak handphone dia dalam beg telekong...
anyway, mama pun mengaku yang mama memang la share a bit of the blame sebab tak hati-hati.. handbag tinggal je kat belakang.. cuma tutup dengan tudung je... yelah.. tak sangka kat surau TM pun ada orang nak ambil... kalau surau public cam kat shopping complex ke highway punye R&R ke memang mama selalu letak handbag kat tepi sejadah... lain kali memang tak boleh take for granted la bende-bende macam nih...
hmm.. bende dah nak jadi.. nak buat cemana... kena muhasabah la sikit... mana tau ada bende yang tak betul mama terbuat ke.. astaghfirullahal azim...
Subject: How to disable a STOLEN mobile phone?
To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 #
A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone gets stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.
... too late now.. huhu...
-mamasherry-
January 22, 2007
sketsa sebuah kehidupan seorang mama
entah mengapa..
sejak akhir-akhir ini...
lidah kelu untuk berkata-kata..
otak beku untuk berfikir..
badan tidak bermaya..
makan pun tak selera..
tidur... err.. lena je...
mandi.. err.. basah je..
kenapa gaknye ye...
blog pun sepi je...
sebab takde idea...
penangan apakah yang telah melanda diriku ini???
adakah aku telah terkena buatan orang??
buatan suamiku sendiri???
aaaahhh tidaaaakkk...!
ceh dramatik macam drama swasta plak... hehheh...
alhamdulillah...
insya allah.. imran nak dapat adik lagi... :)
January 12, 2007
Nasi Ambang
aduhai.. hari ni rasanya macam dok kat oversea la... pakai jaket pun still rasa sejuk lagi... kalau kat sini ada jual heater tu agaknya mama dah beli satu letak kat bawah kaki... otak pun beku semacam.. brrr..
sebab hari tu masa kenduri mama ada amik gambo nasik ambang (pronounce nasik ambeng), so semalam baru transfer gambo2 masuk dlm pc, so hari ni boleh la cerita sikit pasal nasik ambeng nih..
nasik ambeng ni kalau tak silap asalnya memang la famous di kalangan orang jawa.. selalunya buat masa kenduri doa selamat... satu dulang besar.. makan ramai-ramai.. takyah guna pinggan... sebenarnya lauknya biasa je... nasi biasa, sambal goreng (ini mesti tokleh tinggal), mihun goreng (jadik lauk), ikan kering, serunding kelapa, ayam masak kicap.. nak ayam masak lain pun boleh gak tapi kitorang selalu buat masak kicap sebab semua orang boleh makan... so sebenarnya macam nasik berlauk biasa je tapi cara dihidang tu menyebabkan dia jadi ambeng.. hehhe... yang senangnya lepas makan basuh dulang je.. takyah basuh pinggan banyak2... lagipun kan ikut sunnah nabi makan dalam dulang...
caya tak satu dulang tu makan 4 orang je.. boleh abis ke? memang la tokleh abis... selalunya yang tak habis tu tetamu akan bawak balik jadi berkat... tuan rumah akan sediakan suratkhabar alas plastik untuk bungkus makanan bawak balik.. so takdelah membazir.. kalau orang tak biasa mungkin rasa pelik jugak sebab bawak balik yang bekas2 orang makan tapi macam kitorang lagi suka kalau makan berkat nasik ambeng daripada berkat yang dah siap bungkus2.. ada rasa lain la.. mungkin terasa keberkatannya tu kot... cewah... kalau dulu masa mama kecik2, bila tau arwah tok ada kenduri mesti kitorang sanggup tak makan dulu sebab nak tunggu berkat... pastu makan ramai-ramai... kadang tu sampai berebut-rebut.. yelah ayam pun dah tinggal sikit-sikit.. kadang tu main sorok-sorok lauk dlm nasik yang dekat bahagian kita... hheheh.. seronok pulak bila teringat.. sekarang nih jarang sangat la dapat makan macam tu.. kat bandar mana ada... kalau kat kampung pun nak kena tunggu pak alim pegi kenduri la... itu pun kalau kebetulan time balik kampung tu ada kenduri...
gitulah adanye....

January 04, 2007
Welcome 2007
semalam pun seronok je nampaknya sebab last month walaupun pegi sekolah baru tapi tak belajar sangat pun sebab tadika kan ikut cuti sekolah gak.. so semalam dok cerita la kena beratur sampai penat.. pastu ramai kawan.. etc etc.. anyway imran tak jadik la nak anto gi nursery for the time being.. err.. tak cukup ongkos.. just imagine kami berabis dekat seribu gak untuk 3 orang nak masuk tadika nih.. campur bulanan, tahunan, pendaftaran.. gedebak gedebuk dekat seribu... kalau nak antor imran tambah la lagi 200... aduh... terus pening kepala mama.. dah le baru lepas merantau dari selatan ke utara.. terus cancel nak antor imran sekali.. kalau tak bulan 1 ni kita makan lauk ikan kering je la.. hehhehe... actually untuk bulanan kire ok la cuma tak anticipate lak annual fee tu agak tinggi jugak...
dari selatan ke utara? cuti panjang since cuti krismas sampai cuti new year.. balik kampung batu pahat sebab nek buat kenduri 4 dalam satu... kenduri yasinan, kenduri selamat mak liza baru bersalin, kenduri doa selamat mak eli nak bersalin, dengan kenduri arwah... banjir... nasib baik rumah kami tinggi sikit... kalau kena tempat yang rendah macam rumah nek bad sebelah tu memang jadi pulau.. kat kampung kami tu kalau masuk pun setakat buku lali je .. alhamdulillah tak kena teruk... tapi pekan parit sulong tu memang tenggelam tak boleh lalu.. mama balik tu pun kena corner jauh sikit exit kat yong peng instead of Pagoh sebab pekan pagoh tokleh lalu air sampai paras dada... kuar kat yong peng tu pun jalan je tinggi tapi kiri kanan air penuh gak boleh nampak sampan kat depan rumah orang...
balik dari batu pahat, tidur semalam kat kl, pepagi esok bertolak gi alor setar pulak tempat mak long... so beraya la haji kat sana.. new year tu nak anto pak su uki nak bertunang dapat orang penang.. letih sikit la sebab dah lama tak jalan jauh.. budak2 pun demam silih berganti.. nasib baik sempat recover before sekolah bukak...
hmmm.. bersemangat ke tahun baru nih? tengah bersemangat la nih sebab baru kena brainwash ngan bos baru masa brainstorming session pagi tadi.. hheheh... ingat nak brainstorm.. tapi kena brainwash pulak.. hahha.. anyway, it's good.. take it as a challenge... cewah...
azam tahun baru? mama mana pernah buat azam tahun baru pun... :)
Welcome 2007!
December 22, 2006
panggilan..
tiba-tiba mama dikejutkan dengan sebuah berita.. my suppose-to-be-sectionmate-but-changed-her-mind-and-later-rejected-the-offer-letter has passed away this morning at her house in her sleep due to sesak nafas.. innalillahi wa inna ilaihi rajiun... she is only 27.. i think her child is around 2 years old.. the last time i met her was about 3-4 months ago when i had a meeting at her office in Brickfields..
walaupun kenal gitu-gitu aje tapi rasa terkejut dan sedih dengan pemergiannya... terasa dekat benar malaikatul maut dengan kita.. bila-bila masa saja kita boleh disapanya...
Ya Allah.. cucurkanlah rahmatMu ke atas roh Allahyarhamah Yusrina Yusof..
December 21, 2006
December 15, 2006
naik lagi???
wah naik lagi????
harga tol naik..
harga minyak naik..
cukai pintu naik..
tarif air naik..
tarif letrik naik..
apa lagi nak naik?
haaa...
naik la lagi...
naik la lagi...
ntah bila nak turun...
rintihan rakyat marhaen.. sapa nak dengar??
teringat abu saif kata..
"Di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak. Banyak penindasan yang tidak dapat dibela. Kalau tiada Akhirat, sempit dada dibuatnya. Kerana adanya Akhiratlah, hidup di dunia ini bermakna.."
penindasan terhadap rakyat.. terimalah balasannya di akhirat nanti...
Agong kita yang baru takde nak comment apa-apa ke? somehow mama mengharapkan something from the new Agong. Selama ni mama pun tak tau kenapa kita ada agong/sultan... takkan sebagai lambang je kot.. jadik maskot.. raja boneka.. tak nampak fungsinya.. setakat nak dapat cuti birthday agung je.. sultan ada kuasa ke nak buat apa-apa keputusan dalam menentukan hala tuju negara kita? (isk.. mama ni memang fail la sejarah :).. )kalau pun ada memang tak nampak pape...
rintihan rakyat marhaen.. sapa nak dengar??
December 13, 2006
Taufan Durian

Ya Allah.. kuatkanlah imanku....
mama cuma mampu menarik nafas panjang-panjang...
LUQMANNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUMAIRAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MAISARAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KEMAS BALIK SEMUA NIH!!!!!!!!!!
rupa-rupanya petang semalam diorang buat operasi.. bibik kata diorang masuk dlm bilik pastu kunci dari dalam... bibik suruh keluar tak keluar2... bayangkan dari pukul 3 sampai pukul 6... aduh tak terkata mama... kalau ayah ada ni tak tau la ayah buat apa kat budak2 nih... abih2 pun semalam bolehh suruh diorang kemas mana yang boleh je la... dengan muka ngantuk2nya tak tidur petang.. cuma humaira la selamat tak kena denda sebab masa balik tu dia dah tertidur... walaupun rasanya humaira la mastermind (selalu humaira yang akal panjang sikit).. lepas kemas-kemas tu siap-siap sikit terus tidur.. penat sangat la tu buat operasi... so lepas maghrib tu mama ngan bibik pulak la buat operasi... banyak la bende kena buang.. buku2 pun banyak yang tak boleh diselamatkan...
sabar.. sabar...
it's a learning process for them... cuma mungkin mama tak pesan specifically tak boleh main air dlm bilik mainan kot... takpe.. mama dah pesan dah jangan main macam tu lagi tau...
harapnya hari ni taufan dah reda....
December 08, 2006
Cuti Cuti Malaysia... to A Famosa
Some pics taken during our trip to A Famosa.. (excuse the date.. camera setting tak betul...)


welcome to safari world...

the lion story... :)
seronok tengok elephant show..





December 04, 2006
Wimax - MDeC - New School (Imran too?!) - A Famosa
WIMAX conference
Hotel Nikko 29th Nov 2006
How i love my old job that i ended up taking my annual leave to go to the WIMAX conference just for my own satisfaction. Nothing related to my job.. not anymore..
MDeC Interview
Cyberjaya 29th Nov 2006
Fortunately and coincidently i am on leave when they asked me the day before if i can come to the interview. This job actually i have applied through jobstreet.. not that i'm hoping to get any... i just applied for 'fun' (?).. when i received the call. whoa.. betul ke nak gi interview.. eiii.. takut.. but ayah insist on going otherwise jobstreet might blacklist you.. (betul ka?)
interview session going on smoothly for more than 1 hour! fuh.. berpeluh mama nak jawab.. just imagine, this is my first job interview after 6 years! hahah.. even the interviewer noticed my nervousness..
Do i hope to get this job? i don't know.. looking at the prospect of the job... sounds interesting compared to the current boring job.. but looking at another angle.. i still have 4 years contract bond with TM.. this will complicate things a bit... malas nak pikir...
Haha suddenly everything becomes upside down.. ayah with his MITV-vs-Celcom counter offer.. me with this job dilemma (haha.. berangan nak dapat offer... like ayah said.. tunggu kalau dapat offer baru pikir..) and the kids also is facing a revolution... New School!
New School
Nursery and Taska Ad-Din..
We started sending the kidz to the new school right behind our house last friday.. Luqman loved it.. the twins didn't look very excited about it though.. not sure why.. will ask the teacher today.. and guess what? Imran Haziq too is going! he only started today because last friday he was not that well with flu and all.. i have yet to check on how he is doing .. here is the strategy.. because we cannot trust bibik to handle all for of them and at the same time doing house chores, cleaning, doing laundry, cooking.. so we send all of them to school in the morning while bibik will do everything that need to be done.. but in the afternoon they will all come back home and bibik can concentrate on taking care of them.. hope this will work fine..
A Famosa trip
2nd-3rd Dec 2006
nice trip.. short and sweet..
it was ayah's office trip.. there were about 10 families altogether..
we went to the Safari Park and Waterworld.. of course the kidz are the one who are the most excited.. and we set up our own barbeque dinner (bawak bahan sorang sikit).. the food are a lot!! we ended up tapau back to KL again and can even do another round of chicken barbeque of our own.. (potluck gi surau).. but the saddest thing is my potato salad basi.. still half of the container.. isk.. nak nangis.. kalau tau mama tinggalkan separuh hari tu kat rumah.. isk.. sedey.. sedey...
but the unforgettable experience - the lion story.. hahhahah... ssyyy... sapa tahu, diam-diam.. sapa tak tau pun diam je la.. hahhahah...
November 28, 2006
tuut.. tuut...
tak sampai beberapa minit, train mama pun sampai.. bila lepas satu stesen, ramai juga orang turun pastu terus berkejar ke train yang baru sampai yang ke opposite site.. ooo.. rupanya diorang ni nak ke belah KLCC tu ... tapi naik dari sini... bijak... bijak...
tetiba teringat pulak dulu zaman-zaman kat london dulu... naik tube.. tube kat sana panjang.. lebih kurang cam STAR tapi laju... setiap 2-3 minit train sampai.. and then kalau kat bahagian yang busy tu yang kat central tu ada banyak option.. boleh lalu kot ni.. atau lalu kot nuu.. kat sana ada banyak line.. circle line, district line, central line, bakerloo line, piccadilly line, hammersmith line, metropolitan line.. apatah lagi.. rasanya ada lagi tapi tak ingat la... semua tu ada colourcode masing-masing.. so kat some stations some of these lines akan connected...

kire efficient la jugak.. and coverage tu memang sampai ke hujung london pun dia cover.. kire takde masalah la takde keta boleh sampai ke mana-mana je.. and then kat sana pun kalau satu tempat tu dlm 20-30 minutes walk from tube station pun kire dekat la tu dengan stesen tu... and orang tak kisah pun berjalan.. tapi maybe kat sana cuaca pun memainkan peranan kot..kalau kat sini..haii.. berpeluh la den...

(gambo beraya dlm tube tahun 2000 dengan housemate edgware road)
anyway tadi dekat kul 9 mama sampai.. sorry boss.. (nasib baik takde punch card.. hehhe)
November 27, 2006
Kuliah Maghrib 26112006
malam tadi penceramah jemputan ialah Ustaz Badrul Amin.. yang famous dengan kaset zikir munajatnya... hebat jugak connection orang tmn sutera ni.. hari tu ustaz nasaruddin at-tantawi, ustaz akashah pun pernah jadi penceramah.. kuliah malam tadi banyak membincangkan tentang permasalahan umat islam zaman sekarang..
antara isi kandungan kuliah...
Kita semua akan mati dalam masa 7 hari.. ngeri tak? bila kita fikir macam tu mesti ngeri kan.. rasa macam tak lama lagi.. kalau tak isnin, selasa.. kalau tak selasa,, rabu........... kalau tak sabtu, ahad... dalam 7 hari ni je la.. takde hari yang ke lapan... dah cukup ke bekalan kite? ada orang buat mahligai 8juta.. agak2 bilik mana dia duduk bila dia mati nanti? yang 6 kaki tu jugak la.. orang sekarang sibuk carik harta, kuasa, pangkat... "harta itu untuk anak2 nanti.." jawabnya.. orang yang ditinggal tu boleh cari harta sendiri.. yang patut kita risaukan ialah cukupkah bekalan kita bila kita mati?
orang sekarang ramai yang bertuhankan nafsu, harta, pangkat, kuasa.. nabi muhammad (SAW) dihina.. katanya nabi dulu berjanggut sebab takde pisau cukur.. astaghfirullah.. al-quran sekadar dibaca tapi isinya tak dijadikan panduan..
kena yakin dengan syariat islam.. last 2 weeks Sisters In Islam buat kenyataan di New York (i have yet to google some info on that)..katanya undang-undang syariah tak boleh guna sebab dicipta oleh orang lelaki (dia kata hadith tu campur tangan manusia yang bernama lelaki).. lelaki boleh kawin 2,3,4.. persaksian lelaki satu wanita kena dua.. harta pusaka lelaki dpt 2 bahagian, perempuan dpt 1 bahagian.. dari segi logik akal memang la nampak macam tak adil.. tapi kita kena yakin dengannya kerana ianya adalah hukum Allah..
sebenarnya semua itu ada hikmahnya... contoh satu yang mama ingat masa belajar faraidh dulu.. kenapa lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1? sebabnya lelaki yang kena bagi nafkah isteri dan anak2..jadi walaupun lelaki dapat 2 tapi kena bagi nafkah kat tanggungannya... yang perempuan walaupun dapat satu bahagian tapi memang untuk dia sorang je.. malah dapat lagi nafkah dari si lelaki...
tapi seperti kata ustaz.. kite kena yakin 100% dengannya tapi yang nampak pincang mungkin perlaksanaannya...
bab murtad.. ustaz pernah beri kaunseling kepada sekumpulan remaja murtad..
simple question..
ustaz: "kenapa murtad?"
remaja: "bukankah semua agama sama?"
ustaz: "sapa ajar macam tu?"
remaja: "islam hadhari.."
astaghfirullahal azim... betul ke islam hadhari ajar macam tu? baca artikel pasal Menteri dato' rais yatim yang kata semua agama sama. tidak ada agama yang lebih dari agama lain..
ustaz kata islam hadhari adalah seperti islam liberal di indonesia di mana agama adalah hak peribadi .. "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).."I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others"
bahaya.. sungguh bahaya...
kisah sms sekumpulan pelajar akan dibaptiskan di sebuah gereja di ipoh oleh dato azhar mansor.. bila hari ahad tu tak datang pun kumpulan tersebut? tak datang ke tak jadi datang ke tak berani datang? dah bila tersebar cerita tu mungkin diorang takut nak datang.. pastu pi kata sms palsu.. yang dicekupnya Raja Sherina.. baca pagi ni baru je dilepaskan dari tahanan reman dengan jaminan polis.. yang ustaz pelik, apsal tak cekup dato' azhar atau imam gereja atau cikgu sekolah ungku omar tu? check betul ke diorang ada plan untuk buat acara tersebut.. sekarang ni orang dah takut dah nak sms pape.. macam ada agenda je..
ustaz kata taktik jahat untuk sebuah kerajaan berkuasa ialah.. takutkan rakyat, miskinkan rakyat, apa ye satu lagi mama tak ingat..
ada la banyak lagi kisah2.. kisah pejuang hizbullah di lubnan yang berebut2 nak lawan yahudi.. terpaksa ditapis-tapis akhirnya yang dipilih seramai 1700 orang.. yang tak dapat pergi menangis-nangis tak dipilih.. mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi yang berjumlah 70000 orang.. masya allah betapa tingginya semangat juang mereka... itu yang payah nak cari sekarang...
kisah ustaz ditahan dilokap, masuk ISA selama 2 tahun.. hanya kerana beliau mengimamkan solat hajat di masjid negara.. kerana masa tu tengah panas tentang reformasi selepas anwar ibrahim dipecat dan ditangkap..
ada lagi kot isi-isi yang mama tokleh nak recall sangat.. oklah juga ni nak share sikit2... yang penting ialah kita kena jaga aqidah kita.. insya allah the rest will follow.. cuma kadang2 kita tak perasan bende2 yang boleh merosakkan aqidah kita sikit demi sedikit.. contohnya mungkin kite treat TV lebih besar dari Allah... kite tak sedar.. mata selalu pandang dosa, telinga selalu dengar dosa.. makanan kita tak jaga..jadi gelap hati kita.. kena banyak doa sucikan hati kita... selalu dengar peringatan2... kuliah, usrah, program agama... supaya kite tidak terlalai dihanyutkan arus dunia yang fana..
Ya Allah, janganlah engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami dan berikanlah kepada kami limpahan rahmat-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi..
November 24, 2006
sketsa sebuah kehidupan...
segarnya pagi ini...
udara terasa nyaman, segar..
disulami haruman embun yang menambah kecergasan minda...
sang suria menyinar indah menceriakan lagi suasana hening pagi..
burung-burung berkicauan bersiulan melagukan irama asyik..
dilatarkan dengan sayup-sayup bunyi kenderaan datang dan pergi...
manusia di sekeliling juga kelihatan ramah sekali..
tersenyum, tertawa.. manis mukanya...
semuanya indah sekali hari ini..
yang penting.. aku dapat bernafas lega hari ini...
setelah hampir bermingguan nafasku tersekat-sekat..
kegersangan..
ku toleh kiri.. gersang..
ku toleh kanan.. gersang..
namun akhirnya..
turunnya rintik-rintik rezeki...
alhamdulillah...
penantianku telah berakhir...
dan hari ni boleh enjoy... !
yea yea.. gaji masuk hari ni!!!!

November 21, 2006
Al-Mu'allim
Dulu mama memang ada simpan videoclip Al-Mu'allim ni dlm pc. pastu hard disk corrupt.. pastu carik balik dalam internet link tu dah tokleh guna dah.. sampai la baru-baru ni mama terpikir nak carik kat youtube. nasib baik jumpa... bestnyer.. mama suka lagu ni.. even the kidz pun suka.. selalu mainkan album al-mu'allim dlm keta.. bukan lagu ni je best... lagu-lagu lain pun best juga..
tapi cuma lately ni dengar-dengar ramai sangat remaja2 pompuan yang taksub dengan Sami Yusuf ni.. especially yang kat middle east sana la... and Sami Yusuf ni pun banyak buat concert nasyeed and turned out most of the audience are young females which it was believed that they came for the wrong reason.. apa taknye.. dah la lagu sedap.. suara pun sedap.. hensem plak tu... they scream at him, shout his names then ada yang sampai naik atas kerusi..
i don't know.. i believe Sami's intention was good.. that is to spread islam through his songs.. but now seems like the scenario has become a bit complicated..
Allah Knows best..
November 17, 2006
Kelantan terbukti cemerlang di bawah PAS
Dalam sibuk Umno menjalankan perhimpunannya di PWTC, di Kelantan, Dewan Undangan Negeri nya sedang bersidang bagi sessi Belanjawan 2007.
Hari in adalah hari terakhir dan sebentar tadi saya sempat mengikuti sessi penggulungan pihak kerajaan negeri melalui Kelantan TV di http://www.kelantan.tv/ sehinggalah siarannya terganggu.
Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah pencapaian kerajaan negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS yang sangat membanggakan kita. Menurut Dato Hj Husam Musa EXCO Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, kerajaan Kelantan telah berjaya memperolehi pencapaian yang baik bagi tahun kewangan 2005.
Menurut laporan, kerajaan Kelantan menjangkakan ianya akan memperolehi defisit bagi tahun 2005 sebanyak RM35juta, akan tetapi hasil dari perbelanjaan dan kutipan hasil yang berhemah ia telah berjaya memperolehi lebihan ataupun surplus sebanyak RM170,000 (walaupun nampak kecil tapi jarang-jarang ada kerajaan negeri yang memperolehi surplus sebegini).
Manakala dalam belanjawannya untuk tahun 2005 ia menjangkakan akan berjaya mengutip hasil sebanyak RM276.82 juta akan tetapi hasil dari kesungguhan kerajaan negeri sebanyak RM318.06 juta telah berjaya dipungut. Ini merupakan satu pencapaian yang besar yang saya kira antara negeri yang terbaik di Malaysia dan sudah pasti kerajaan negeri ini juga adalah yang terbaik bagi Kelantan sejak Merdeka.
Kelantan selama ini dianak-tirikkan oleh semua pihak khasnya kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno/BN atas alasan ianya adalah kerajaan pembangkang. Semalam pun kita mendengar wakil Umno dari Kelantan berucap di PWTC bahawa PAS adalah musuh mereka nombor satu.Tiba-tiba parti yang dikatakan tiada pengalaman, parti tok lebai, parti yang tak boleh bawa kemajuan dan pembangunan, parti pemecah-belah masyarakat rupa-rupanya begitu beramanah dan menguruskan wang rakyat dengan begitu berhemah dan cemerlang!
PAS Kelantan telah berjaya membuktikan bahawa dasar Membangun Bersama Islam mereka berjaya membawa kejayaan bagi negeri tersebut.Saya kira sudah tiba masanya masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Melayu/Islam melihat perkembangan ini dan membuat perbandingan ikhlas dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN. Kalau dalam keadaan terkekang dan tertekan, kerajaan negeri PAS Kelantan boleh memperolehi kejayaan cemerlang seperti ini bayangkanlah kalau mereka menguasai negeri-negeri lain dan menyumbang pula dalam kerajaan persekutuan yang baru!
Umno di PWTC sedang bergelut dengan masalah perpecahan, rasuah, dasar ekonomi dan pencapaian Bumiputera, berbuih mulut mengulangi perkara yang sama dari tahun ke tahun. Tetapi di Kelantan kita melihat sekelompok bangsa Melayu/Islam lain yang lebih kecil dari Umno, tetapi berjaya mengurus rakyat dan negeri yang diamanahkan kepada mereka dengan cermat, baik dan berjaya.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir dan memberi peluang kepada mereka yang lebih tulus dan ikhlas, yang lebih layak dan berwibawa. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita merenung dan merealisasikan ayat Allah dalam surah al Maaidah ayat 54-56:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.
November 15, 2006
Are you mad? Happy?
i love this one... so cute...! :)
November 14, 2006
to do or not to do
to do or not to do?
to do this or to do that?
which one is better?
what is the pros and cons?
of making choices..
for me it is really a dilemma.. i am always afraid to make choices.. it comes together with risk.. if you are comfortable with what you have now, why you want to change? but when there is an opportunity for you to change for the 'better', maybe you should change... but how do you know that it is better? you don't know until you take that choice.. maybe it is better for somebody else but not for you.. when you do and you discover that it is actually not 'better' then it is already too late..
yes... i think i am not a risk taker...
what is the biggest decision making that i have done so far? i don't recall one.. duh.. i always go with the flow.. is it good or is it bad?? does that make myself a coward? huhu.. am i a person with no principle? or maybe everything that has been arranged for me is always within my principle.. that is why everything looks smooth for me.. well, i should thanks Allah for that.. Alhamdulillah...
anyway, it is always the best to seek guidance from Allah.. Istikharah...
To ayah, if this is better for you and for us, pray that Allah will make the way smooth and easy for you... if it is not, then pray that Allah will show us the right way.. Ameen...
My prayer is always with you...
November 10, 2006
pandang ke hadapan...
Hidup di dunia sekarang ni makin mencabar.. dari masalah yang kecil hinggalah masalah yang besar.. isu keruntuhan akhlak, isu alam sekitar, isu ekonomi, isu politik, masalah sosial, etc.. etc... seram juga kalau memikirkannya... kengkadang mama terfikir.. macamana agaknya nasib anak-anak kita esok hari.. adakah mama telah berikan mereka cukup bekalan untuk terus menempuh kehidupan di hari kemudian.. yelah.. anak2 mama memang la kecik lagi.. tapi sebenarnya dari kecik ni lah kita nak tanamkan apa yang kite patut semaikan dalam peribadi anak2 kita...
ooo.. anok anok tokleh meghaso mandi laut..
bermain main ghamai-ghamai
ale koho lo ni tipih tiap aghi keno make asap
hok bisa weh pasa manusio
(alamak lupe lirik...)
anak-anak kita merenung masa hadapan...
yang perjalanannya masih jauh.. adakah cerah? adakah gelap?
ooo.. tengah makan aiskrim rupanya...
isk... sedapnye....
si kecik ni pun tak nak ketinggalan nampaknya...
nyum.. nyum..
November 06, 2006
tak abih-abih raya...
memang la ada mood raya lagi tapi keje pulak menimbun.. pastu asyik meeting je.. banyak meeting kat tdi plak tu.. so amik masa dan tenaga dan minyak keta.. ayah dah sound dah sebab asyik jalan je tapi tak pernah claim... hmm.. ikhlas... abih tu asyik meeting je bila masa nak buat kejenya???? letih.. letih... nak sambung keje kat rumah?? tak kuasa... tapi kadang tu kalau terpaksa buat gak la keje sikit kat rumah dengan laptop yang dah separuh nazak tu... memula screen dia patah sebelah.. tapi still ok lagi cuma bila tutup laptop tu bunyiklah jugak 'keletek'.. pastu hari tu si humaira buat main tah cemana tah dicungkilnya keyboard tu tertanggal huruf Y ngan H... puas la mama try nak pasang balik tapi tak berjaya sampai ke hari ini.. last-last biar lompang gitu je la but still boleh kuar lagi huruf-huruf tu bila tekan kat tempat lompang tu.. tapi memang segan la kalau nak bawak gi meeting ker... mesti kena gelak punya.. tadi pun dah kena tegur ngan en. hamzan (adakah dia boss baru ku???).. dia kata bebaik nanti jgn kena electric shock pulak.. betul gak kan.. baru mama terpikir.. pastu hari sabtu lepas luqman main cat cat (paint)kat laptop mama.. mama plak masa tu tengah sibuk layan orang datang beraya.. tah apa dibuatnya bila tengok mouse punya usb connecter yang nak cucuk kat usb port tu dah bengkok dah.. and dah tak boleh direcognize dah... aduh.. lepas satu.. satu.. lepas ni boleh campak je la kot kat tasik tmn sutera yang airnya macam teh tarik tu... isk isk...
arghhh.. mama memang tengah malas nih.. apa la merapu.... nak balik lah...
October 31, 2006
beraya di kampung








kalau si maisara susah sikit nak suruh dia amik gambar... makin nak amik gambo makin lari...

alamak besornya mama sengeh... hehheh

imran plak asyik nak masuk jari dlm mulut je la...


tahun depan muka lain plak... camtu la tiap tahun silih berganti.. yang samanya muka mama sekeluarga la... tapi selalu petang raya kami cabut gi muar jap..
gitulah adanya...
October 19, 2006
Selamat Hari Raya
kuih muih? setakat ni kat rumah dah ada 5 jenis.. tapi semua sebotol sebotol.. 3 jenis nenek sini bagi.. 2 jenis beli from mek eli, pastu ni tadi ada beli lagi 2 jenis from K nieta and syikin... ok lah tu kire dah banyak la tu.. cuma cita-cita mama nak buat kuih raya sendiri tahun ni macam tak menjadi kenyataan la... hehhehe... sebenarnya sebab apa tau... sebab mek eli pun dah buat chocolate chip cookies.. kalau mama buat nanti kang orang compare pulak.. nanti mesti mama punya lagi sedap sebab mama punya macam famous amos punya.. so tak nak la macam tu kan.. hehhehe.. cover baik punya...
hari sabtu ni balik kampung insya allah.. lepas subuh kami nak tolak dah.. tapi amik penumpang kat rumah mek eli dulu.. pastu amik penumpang lagi kat melaka... so harap-harapnya tak jem la sangat bila balik pagi2 nih.. kalau jem ni letih la sikit.. drebar la letih...
okaylah.. tak sempat mama nak story banyak-banyak ( dah nak cuti raya pun banyak keje.. huhu..).. di kesempatan ini mama ingin memohon ampun dan maaf atas salah silap mama selama ni... mungkin ada yang mama tulis menyinggung perasaan sesapa... harap maafkan... Selamat hari raya kepada semua... berhati-hatilah di jalan raya... jemputlah datang ke rumah raya nanti ye... tak kisahlah kat Batu Pahat atau Kajang...
cuma sedikit peringatan kepada kita semua.. dlm kita tidak sabar menyambut hari lebaran, janganlah dilupakan malam-malam terakhir ramadhan... adakah kita akan jumpa lagi ramadhan pada tahun depan? wallahu a'lam...
take care semua...
October 09, 2006
hisap jari...
Even with all I've read about thumb-sucking and pacifiers, I just don't know what I should do. My 8-month-old daughter prefers her thumb, but people say a pacifier is better for her. When should she stop sucking her thumb or the pacifier? Is either one a bad habit?
Answer:
Babies use sucking to calm and settle themselves. Thumb-sucking starts before birth (there are pictures taken of fetuses sucking their thumbs in utero) and can be a very helpful way for babies to cope with tension. There are many advantages to allowing children to suck their thumbs rather than a pacifer: Thumbs are always there, don't fall on the floor, aren't tied to children's clothing by potentially dangerous strings that can get caught on things, and are under the baby's own control.
Children usually give up thumb-sucking when they develop other ways to calm down and comfort themselves, usually by age 4 to 5, although many children suck their thumbs at night or occasionally, when stresses become too much, for many years beyond that.It's unlikely that your child will continue sucking her pacifier well into the childhood years when it might threaten proper dental development. During the years your child is likely to be using a pacifier, she only has her baby teeth; permanent dentition generally doesn't appear until around age 6.I wouldn't attempt to "break her" of the habit until she's ready to give it up on her own. You're unlikely to be successful, and it will only lead to unnecessary struggles and frustration for both of you. If you decide to restrict her access to a pacifier, help her find her thumb, or offer her a blanket or a soft toy to comfort herself instead.
-------------------------------------------------------------------------------------
mama sekarang pun tengah ada masalah yang sama nih.. imran is addicted to his thumb!!.. kalau kita cabut mesti marah punya.. especially bila nak tidur... mama risau sebab ada la sorang anak buah mama ni sampai besar sampai la ni dah masuk form 4 tokleh tinggal jari dia.. hehhe.. memang la tak boleh tinggal jari kan... tak ngaku plak tu.. tapi memalam tidur orang nampak dia masuk jari dia masuk mulut... eiiii... see... to that extent... agaknya cam spontan je masa tidur tu terhisap jari.. yang empunya diri pun tak perasan... pastu gigi pun akan prone to jongang.. pastu jari pun jadik kecut.. tak mau la imran jadi camtu... semua orang kata sebelum melarat baik hentikan dari sekarang...
ayah kata.. bagi chance la sampai setahun.. so last week imran already turned 1. so sekarang mama memang tengah nak tolong imran kurangkan ketagihannya.. semalam berjaya juga mama tidurkan imran tanpa hisap jari.. rahsianya... pakaikan baju lengan panjang yang panjang so that tangan dia tenggelam dalam baju... bising jugak.. golek sana.. golek sini.. merengek.. cam risau la tak jumpa dia punya jari tu.. tapi tepuk2 dia.. peluk2 dia.. pujuk2 dia akhirnya terlelap juga... kesian gak.. abih tu nak buat cemana... nantilah.. artikel kat atas tu kata boleh try carikan ganti untuk comfortkan dia.. bantal golek ke... teddy bear ke.. anak patung ke... errkk... takkan imran nak main anak patung kot.. cam pompuan plak...
takpelah imran.. kita try sikit-sikit la kan.. hopefully usaha berjaya... insya allah...
October 06, 2006
Happy 1st Birthday to Imran Haziq!!
Today Imran is one year old!!!

Semoga menjadi anak soleh......
October 04, 2006
A is for Allah
http://www.a2youth.com/multimedia/audio/anasheed/eng/yi/yi_aisforallah_new.ram
A' is for Allah, nothing but Allah
Ba is the beginning of Bismillah
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah
and Tha is for Thawab, a reward
Ja is for Janna, the Garden of Paradise
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW)
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began
Dza is for dzikr, remembering Allah
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone
and Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our Lord
Allah.. there's only one God and Muhammed is his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Dha is for dhuha, the morning light, the sun has turned from red to white
Tha is for thareeq, the path to walk upon
and Zha is for zhil, a shadow
and 'Aa is for 'ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha
and Qa for the Qur'an, the book of God
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah
La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah
Allah.. there's only one God and Muhammed is his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day
Ha is for the Hijra, the journey that the Prophet made
and Wa for wudu' before we pray to help us wash our sins away
and Ya is for Yawm-mid-Deen
Allah.. there's only one God and Muhammed is his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Allah.. there's only one God and Jesus was his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Allah.. there's only one God and Moses was his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Allah.. there's only one God and Abraham was his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Allah.. there's only one God and Noah was his Messenger
Allah.. La ilaha illa'allah
Allah.. there's only one God and he created Adam
and we are the children of Adam.
Allah.. La ilaha illa'allah;
Allah.. there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah.. La ilaha illa'allah..
This nasheed is sung by Zain Bikha. Beautiful song Masya Allah... with beautiful lyrics Masya Allah.. very creative, very meaningful and especially a good one to start teaching your kids about Islam..
anyway, sometimes i just wonder, how do people get inspiration to write a song?.. Arwah bak wrote some, Abg Azim also do... not nasheed though... well, even though i am somehow 'berdarah seni' :) but i just cannot imagine how people do this stuff... but i do appreciate their effort...
i think everybody loves to hear music.. it is our fitrah.. well maybe i should not call it music.. maybe i should call it melodieous rythmic or something... but it is up to oneself to decide what kind of 'music' that they want to hear.. the basic is still the same... a melody, add some musical arrangement, put some nice lyrics... voila... if the melody is accompanied by gedegung gedegang macam nak pecah rumah.. with lyrics that is ntahapahapantah... then just forget it... but if nice melody, with nice percussion arrangement, with nice lyrics that amar maaruf nahi munkar.. oklah kan..
ok i don't have that much time to spare here... it 5th of the month... it's reports time... :)
have a blessed ramadhan ahead!
p/s - Semalam ayah tanya mama apa impian ramadhan mama? Apa impian ramadhan mama? hmmm...