November 27, 2006

Kuliah Maghrib 26112006

Alhamdulillah.. semalam mama dapat ikut ayah pegi dengar kuliah maghrib kat surau taman sutera.. rasa macam dah lama benor tak dengar kuliah2 macam nih.. the last one mama pegi kuliah zohor masa bulan ramadhan hari tu kat surau menara.. itu pun sekejap aje kuliahnya sebab time keje kan break tengahari pun sekejap je.. budak-budak semua tinggal kat rumah dengan bibik.. nak bagi bibik praktis la jap lagi nak kena jaga semua bila budak2 dah masuk tadika nanti..

malam tadi penceramah jemputan ialah Ustaz Badrul Amin.. yang famous dengan kaset zikir munajatnya... hebat jugak connection orang tmn sutera ni.. hari tu ustaz nasaruddin at-tantawi, ustaz akashah pun pernah jadi penceramah.. kuliah malam tadi banyak membincangkan tentang permasalahan umat islam zaman sekarang..

antara isi kandungan kuliah...

Kita semua akan mati dalam masa 7 hari.. ngeri tak? bila kita fikir macam tu mesti ngeri kan.. rasa macam tak lama lagi.. kalau tak isnin, selasa.. kalau tak selasa,, rabu........... kalau tak sabtu, ahad... dalam 7 hari ni je la.. takde hari yang ke lapan... dah cukup ke bekalan kite? ada orang buat mahligai 8juta.. agak2 bilik mana dia duduk bila dia mati nanti? yang 6 kaki tu jugak la.. orang sekarang sibuk carik harta, kuasa, pangkat... "harta itu untuk anak2 nanti.." jawabnya.. orang yang ditinggal tu boleh cari harta sendiri.. yang patut kita risaukan ialah cukupkah bekalan kita bila kita mati?

orang sekarang ramai yang bertuhankan nafsu, harta, pangkat, kuasa.. nabi muhammad (SAW) dihina.. katanya nabi dulu berjanggut sebab takde pisau cukur.. astaghfirullah.. al-quran sekadar dibaca tapi isinya tak dijadikan panduan..

kena yakin dengan syariat islam.. last 2 weeks Sisters In Islam buat kenyataan di New York (i have yet to google some info on that)..katanya undang-undang syariah tak boleh guna sebab dicipta oleh orang lelaki (dia kata hadith tu campur tangan manusia yang bernama lelaki).. lelaki boleh kawin 2,3,4.. persaksian lelaki satu wanita kena dua.. harta pusaka lelaki dpt 2 bahagian, perempuan dpt 1 bahagian.. dari segi logik akal memang la nampak macam tak adil.. tapi kita kena yakin dengannya kerana ianya adalah hukum Allah..

sebenarnya semua itu ada hikmahnya... contoh satu yang mama ingat masa belajar faraidh dulu.. kenapa lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1? sebabnya lelaki yang kena bagi nafkah isteri dan anak2..jadi walaupun lelaki dapat 2 tapi kena bagi nafkah kat tanggungannya... yang perempuan walaupun dapat satu bahagian tapi memang untuk dia sorang je.. malah dapat lagi nafkah dari si lelaki...

tapi seperti kata ustaz.. kite kena yakin 100% dengannya tapi yang nampak pincang mungkin perlaksanaannya...

bab murtad.. ustaz pernah beri kaunseling kepada sekumpulan remaja murtad..

simple question..
ustaz: "kenapa murtad?"
remaja: "bukankah semua agama sama?"
ustaz: "sapa ajar macam tu?"
remaja: "islam hadhari.."

astaghfirullahal azim... betul ke islam hadhari ajar macam tu? baca artikel pasal Menteri dato' rais yatim yang kata semua agama sama. tidak ada agama yang lebih dari agama lain..
ustaz kata islam hadhari adalah seperti islam liberal di indonesia di mana agama adalah hak peribadi .. "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).."I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others"

bahaya.. sungguh bahaya...

kisah sms sekumpulan pelajar akan dibaptiskan di sebuah gereja di ipoh oleh dato azhar mansor.. bila hari ahad tu tak datang pun kumpulan tersebut? tak datang ke tak jadi datang ke tak berani datang? dah bila tersebar cerita tu mungkin diorang takut nak datang.. pastu pi kata sms palsu.. yang dicekupnya Raja Sherina.. baca pagi ni baru je dilepaskan dari tahanan reman dengan jaminan polis.. yang ustaz pelik, apsal tak cekup dato' azhar atau imam gereja atau cikgu sekolah ungku omar tu? check betul ke diorang ada plan untuk buat acara tersebut.. sekarang ni orang dah takut dah nak sms pape.. macam ada agenda je..

ustaz kata taktik jahat untuk sebuah kerajaan berkuasa ialah.. takutkan rakyat, miskinkan rakyat, apa ye satu lagi mama tak ingat..

ada la banyak lagi kisah2.. kisah pejuang hizbullah di lubnan yang berebut2 nak lawan yahudi.. terpaksa ditapis-tapis akhirnya yang dipilih seramai 1700 orang.. yang tak dapat pergi menangis-nangis tak dipilih.. mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi yang berjumlah 70000 orang.. masya allah betapa tingginya semangat juang mereka... itu yang payah nak cari sekarang...

kisah ustaz ditahan dilokap, masuk ISA selama 2 tahun.. hanya kerana beliau mengimamkan solat hajat di masjid negara.. kerana masa tu tengah panas tentang reformasi selepas anwar ibrahim dipecat dan ditangkap..

ada lagi kot isi-isi yang mama tokleh nak recall sangat.. oklah juga ni nak share sikit2... yang penting ialah kita kena jaga aqidah kita.. insya allah the rest will follow.. cuma kadang2 kita tak perasan bende2 yang boleh merosakkan aqidah kita sikit demi sedikit.. contohnya mungkin kite treat TV lebih besar dari Allah... kite tak sedar.. mata selalu pandang dosa, telinga selalu dengar dosa.. makanan kita tak jaga..jadi gelap hati kita.. kena banyak doa sucikan hati kita... selalu dengar peringatan2... kuliah, usrah, program agama... supaya kite tidak terlalai dihanyutkan arus dunia yang fana..

Ya Allah, janganlah engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami dan berikanlah kepada kami limpahan rahmat-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi..


No comments: