May 07, 2008

Happy Birthday to Ayah

Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...
Happy Birhday 2 Ayah...
Happy Birthday 2 u...

dan seperti tahun-tahun sebelum ni pun time-time besday ni jugak la ayah kena outstation.. huhu.. celebrate online je la..

bagi hadiah apa? ya ampun.. hadiahnya masih di kedai.. hehheh... tunggu balik ye...

anyway, last saturday dah buat early celebration dah.. sponsored by mak wa kat hotel equatorial... gile hebat sambut besday kat hotel.. hehhehe... menumpang je sebenornya.. alang-alang mak wa nak belanja semua.. potong kek la sekali untuk 3 orang besday girl and boy... pak lim pun datang dari kampung.. meriah le... jangan jeles ye mak zun.. hehehh...
last thursday actually baru je buat gathering.. kenduri udang sempena nek balik dari tawau bawak udang 3 kilo.. konon nak bagi2 tapi sebab dah simpan kat rumah mama tu nak senang masak sekali datang makan je la.. so kitorang buat potluck lunch.. mama buat udang masak mamak style ngan nasik, mak wa bawak ayam kicap, ayam goreng and terung masak sudan style.. mak nit bawak ikan kerapu masam manis, mak ima bawak sotong goreng, mak eli bawak tomyam.. huh.. lapor pulak terasa.. heheh... sekali lagi, jangan jeles ye mak zun... hari tu call mak 'A' pun dia punye la jeles boleh terbayang kemuncungannya.. hehehhe..
sebenornye tengah pening kepala nih.. tekak pun dah berapa hari terasa perit je.. macam nak demam tapi tak demam-demam... schedule sekarang pun packed je... tak menyempat nak update blog.. ni pun saja je nak release tensen sikit... lepas ni back to work la...


April 29, 2008

forget about the dilema.. this is a good one..

see ayah there? circled in purple.. back in 1990... hehheh.. so cute.. bulat la..


to do or not to do

to do or not to do...
there's always risk in it..
do i have the guts?

to do or not to do...
when you have to choose between choices..
what are you going to do?

is it better for me?
is it worse than the one i'm having now?
should i remain status quo?
or should i move on?

Allah is there for you
He Knows what is good for you
He Knows what is bad for you
Seek guidance from Him
as Allah Knows best..

Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaaha illallah
Allahu Akbar




April 25, 2008

sedihnya cerita nih.. huhu...

KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam
garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari
mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya
kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa
minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail
tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun
di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh
berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah
isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
---------------------------------------------------------------------
-------

"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak
dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan
pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu
ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak
hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak
ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik
kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan
isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun
dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik
kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai
setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya
membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka
pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa
tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda
rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang
sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah
isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu
lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

---------------------------------------------------------------------
-------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa
ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-
tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan.
Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar
memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang
ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya
yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah!
Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama.
Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat
kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni
sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya.
Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

---------------------------------------------------------------------
-------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang
tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang
berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang
tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di
antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman
tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu
tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk
ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila
cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.
Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat
kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak
macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya
anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di
matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan
isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah
melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

---------------------------------------------------------------------
--------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam?
Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya
bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat
suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian
kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya
sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan
rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah
seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya
yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit
menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah
Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi
mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa
seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah
puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah.
Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih
dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat
layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

---------------------------------------------------------------------
-------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan
gi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi.
Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih
muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi
tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini,
panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak
nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit
boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama
dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang
membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan
sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan
nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang
bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak
cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba
tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-
bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya
Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika
dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar
negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya
seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu
untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di
fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke
sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat
duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.
Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan
sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak
ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan
anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga
tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar
anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat
airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang
hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di
cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila
tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak
pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan
gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat
tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat
anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.
Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran.
Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya
tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila
pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh
sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan
satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan
zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun
dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila
dipulangkan................

April 24, 2008

1 car vs 2 cars

1 car

pro
- jimat petrol
- jimat monthly payment
- masa ni la nak borak tanpa gangguan..
- romantic :)

cons
- selalu berebut kalau ada meeting luar
- one person balik lambat alamatnya both balik lambat
- sorang drive sorang tidur.. krrohhh... :)

2 cars

pro
- tak berebut la kalau ada meeting kat luar
- kalau sorang balik lambat, sorang lagi boleh balik awal
- jimat minyak kalau beli keta kecik and bawak satu keta je, keta satu lagi bawak kalau ada meeting kat luar je
- save on milage for innova

cons
- duit minyak boleh jadi lebih banyak
- kena bayor dua keta - tambah monthly expenses
- tak romantik :) sorang ke sini sorang ke sana
- extra expenses untuk servis keta..

ada lagi ke?hmmm... so cemana?

April 22, 2008

one week plus and no updates

been quite busy... a few disaster incidents at our data center.. not that i am involved directly but somehow it affects my daily job.. hmmm.. ye ke?

a sales person? yes we have met the MMUians last week.. sales person is not that bad.. currently i am in the midst of finalising the business proposal that need to be submitted this friday..

and finally mr boss has spoken his mind about my being offered to CRM.. counter offer la apa lagi.. heheh... but during that session i was just nodding.. nodding... but later i have some uneasy feeling about the whole thing.. yes, the reason i applied for CRM not only because of 'pangkat'.. eventhough ada la sikit-sikit.. hehhhe... but the main reason is because i am tired of managing customer accounts and handling SLA reportings.. i just don't like it... eventhough i have used to it but you know, it is not myself... hahah.. didn't i just said that being a sales person is not that bad at all? huhu... O Allah please help me...

anyway, life must go on... convert problems into opportunity...

last nite got a visit from Yatt and family.. wah.. imran and iman memang ngam la... bebila boleh datang lagi... :) yang lain siang-siang lagi dah tumbang...



April 14, 2008

a sales person

oh no!! suddenly i have become a sales person!.. before this, it was just as sales support.. but this? huhu... this thursday i have to go to MMU to meet an En. Sofian to promote our DLCM service.. and hopefully to 'close deal'... hoho.. a new phrase i've just learnt... apa nak buek nih? never had i imagined i would go into this line of career.. and it is very pressuring indeed.. and i don't like it..

i think it's time for me to step out...

but where to?

April 11, 2008

Lawatan ke zoo melaka

Last weekend, kami balik kampung... pagi tu ayah anto atuk ngan nenek gi airport .. nak ke brunei visit adam & family.. ayah sampai je rumah kami dah siap dah semua tinggal nak masukkan beg dalam keta je.. "jom balik naik citra jom.." ayah kata. sebab citra boleh nengok dvd... hehhe.. ok gak ek.. keta atuk tinggal kat kitorang seminggu dua ni.. sempit sikit nak compare ngan innova. apalagi bibik pun ikut.. tapi takpelah dvd punye pasal ok je la...

kitorang dah bertolak dah.. bila nak nengok dvd tak kuar suara... alamak cemana nih.. cuba call orang-orang yang ada citra... "oo tak ambik yang ada dvd la.." tak ingatlah ayah call sapa tapi itulah jawapannya.. call cikgu nazri tak angkat plak.. last-last gi tepon ayah adam kat brunei... hehhehe... ooo kena pakai frequency tapi dah tak ingat frequency berapa... gitu gini gitu gini last last tak dapat jugak dengar suara... ok kanak-kanak.. tengok gambo je la ye.. pasang citer narnia..

sampai zoo tengahari.. jalan sikit pastu stop makan jap kat a&w tu.. tengah makan hujan pun turun dengan lebatnya... alamak jap lagi nak start dah animal show... nasib baik hujan lebat tak lama... bila dah reda sikit kami pun mula la mengembara di alam haiwan...



sementara nak nunggu animal show start, bebudak ni siap berjoget ikut lagu ginggangguliguliguliguliwacha gingganggung gingganggung...

eh.. cemana mak ima boleh ada kat sini nih?? hahahha... kantoi sekantoi-kantoinya... kekekek...

pukul 6 petang baru kami sampai kat kampung... nizam ngan nazim pulak takde balik rengit sebab ada kenduri kawin... frust le bebudak... takpelah... buat kawan nek.. kalau tak malam tu kan nek tinggal sorang je...

anyway zoo melaka takdelah best sangat kalau nak compare ngan zoo negara ke safari park kat a famosa ker... tapi boleh la nak layan budak2 nih... tapi yang tak bestnya budak2 ni semua bawak buah tangan balik.... bintik-bintik kena gigit nyamuk.. huhu.. banyak gile... raihana sampai berderet bintik2 kat dahinya... dah la mama pun lupa nak bawak aloe vera gel tu... cian semua... tapi takpe.. yang penting kita semua enjoy!!

April 03, 2008

April 02, 2008

hmmmm..

sorilah kalau dah seminggu ni asyik nengok hotdog bun je.. hehehe... tengah busy la... tak sempat nak update blog nih... ni pun menyambil2 kat surau tengah buat daily routine pastu majalah anis plak dah tertinggal dalam keta so boring lak tak buat pape.. terpandang lak notebook ada atas meja tadi baru lepas meeting.. angkut la sekali notebook ni boleh sambil2 baca news ke... hmm.. kalau ayah nak bagi O2 tu pun ok gak.. online anywhere anytime... hehhehe... takyah mengangkut besor2.. hehhe...

sebenarnya nak buat ulasan pasal majalah anis.. wanita berkerjaya perlu memilih.. tapi seperti yang mama kata tadi, majalah tu hari tu konon weekends nak baca kat rumah la tapi tak sempat jugak.. tak bawak kuar pun dari dalam keta tu... dah terus terlupa nak amik balik.. but basically intipati topic tu ialah wanita yang memilih untuk berkerjaya perlu pilih kerjaya yang sesuai dalam batas-batas syariah sebagai seorang wanita.. actually ada tips2 point by point.. tapi tu yang tak ingat tu... tapi yang penting mestilah yang sesuai..

kalau nak relatekan dengan mama, dulu masa buat IT network kalau pikir2 balik maybe tak berapa sesuai,,, sebab at times perlu pegi outstation, ataupun perlu keja malam or weekends.. memang la masa tu takde pun nak kena keja malam sebab ada technical assistant yang boleh tolong buatkan kalau ada change activity ke apa.. tapi dalam hati macam tak puas hati sebab sepatutnya kita gi involve sekali la.. tapi sebab ketidaksesuaian environment tu terpaksalah kita berpuashati dengan menghantar wakil saja... outstation pun hantar wakil... kita cuma supervise dari jauh je... so itulah antara limitation yang ada masa tu...

mama ingat lagi masa baru kawin.. anuar suh pegi ikut wak pasang dataline kat bukit apa tu yang ada kat kedah tu.. ala tak ingatlah... tapi masa tu ayah tak bagi la... sebab kena naik gunung... mama pun cakap la baik2 kat anuar... tapi memang kena label la masa tu... dia kata kalau macam ni la tak ke mana la you.. tak professional... huhu... kena sebijik... tapi bos pun patut kena la paham kan... ada ke kita pompuan suruh pegi ikut naik pajero gi naik gunung nak pasang dataline... adventorous tak adventorous tu citer lain...

so rasanya ada hikmah la bila dapat ke CITG and then ke SM... bila tengok balik ke belakang memang rasa sayang sebab hilang la kita punye technical skill bila kuar dari network... tapi bila pikir balik memang mungkin ini yang terbaik.. almaklumlah anak pun makin ramai so after office hour tu kalau boleh jangan kacau la...

kalau masuk CRM agak-agak cemana ek?

March 24, 2008

Hotdog Bun

sudah lama blog ini tenggelam dalam kancah politik negara.. hehehh.. kalau nak ikutkan macam-macam lagi perkembangan terbaru... yang tengah hot sekarang ni pasal MB terengganu la... nak jugak tengok ada tak orang buat demo "UMNO Terengganu Biadap!". Hari tu masa LKS nak boikot angkat sumpah MB perak tu sibuk sangat.. pastu bila terkena kat batang hidung sendiri senyap pulak.. tak paham.. tak paham...

eh ingatkan entry kali ni taknak cerita pasal politic tercerita pulak sikit.. heheh..hari ni kite nak relax-relax sikit la makan roti hotdog.. mama belajar buat roti ni masa kelab wanita tmn sutera buat kelas roti.. cikgunya ialah Xette, jiran depan rumah ... dah lama dah belajar tapi tak terbuat-buat.. so hari tu ada kesempatan untuk buat... menjadik pulak tu...

Resepi

Bahan doh:
4 cawan tepung berprotein tinggi - diayak
3/4 cawan gula castor
2 sudu susu tepung dicampur dalam air menjadi 210ml air susu tepung
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar yis
Secubit garam

Bahan lain
hotdog bahagi 2 atau 4
1 biji telur dipukul untuk disapu atas roti

Cara-cara
Campurkan tepung, gula, yis, marjerin dan telur.
Masukkan air susu sedikit demi sedikit
Uli hingga menjadi doh
Uli hingga doh tidak melekat pada bekas
Tutup dengan tuala basah
Biarkan naik sehingga 2 jam
(untuk rekod.. mama uli sendiri tau.. bukan bibik.. heheh)
(terlupa nak amik gambo doh yang dah kembang.. kembang semangkuk tau)

Selepas 2 jam, tumbuk doh dengan penumbuk tangan untuk keluarkan udara yang terperangkap (actually yang ni mama tengok chef wan buat roti dlm tv. cikgu xette tak ajar pun.. heheh)
Pastu boleh la bentukkan dia nak bentuk cemana pun..
contohnya lilitkan pada hotdog..
satu lagi mama buat.. campur cinnamon and raisin..


Pastu sedia untuk dimasukkan dalam oven - 180 darjah dlm 20 minit
tapi bila tengah separuh masak - dlm 10 minit, keluarkan kejap, sapu atas roti dengan telur supaya nanti roti jadi kuning cantik..
Lepas 20 minit, sapu pula dengan marjerin supaya roti nampak berkilat..
Taraaa...

sedaaap... heheh.. bebudak pun suka especially luqman... kalau imran dia makan hotdognya aje.. isk.. penat mama menguli dia buang je rotinya... huhu..

hari tu buat untuk bawak ke surau untuk jamuan kuliah subuh.. ayah kata orang kata sedap boleh buat bisnes... mamasherry bakery... cellamak...

March 21, 2008

Kumutha dan sejarah PAS Johor

from harakahdaily

Kumutha dan sejarah PAS Johor

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri Mar 21, 08 1:40:47 am MYT
"Kalau isteri aku tak ikut, aku memang nak bawa hang dengan Zain (tok penghulu Markaz Tarbiyyah Taman Melewar)," begitulah kata Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub ketika memulakan ceritanya mengenai perhimpunan bersejarah di Dewan Jubli Intan, Muar 15 Mac lalu.

Majlis itu ialah majlis makan malam meraikan kemenangan PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Abong dan DUN Maharani.

Menurut Bendahari PAS Johor, Mustafha Abd Rahman, tidak termasuk mereka yang datang dan pulang untuk makan malam, kira-kira 7,000 orang melimpahi dewan tersebut malam itu ketika majlis ceramah diadakan.

Antara tokoh-tokoh PAS yang hadir pada malam itu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Salahuddin sendiri, Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, buat pertama kali, PAS mencapai kemenangan melalui pilihan pengundi di Johor. Nama Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dr Mohamad akan tercatat dengan tinta emas sebagai wakil-wakil rakyat pertama dari PAS yang dipilih oleh para pengundi di Johor.

Dalam pilihan raya 2004 lalu, calon PAS, Dr. Mohd Ramli Md Kari menang tanpa bertanding di Dun Senggerang apabila kertas pencalonan calon Barisan Nasional (BN), Shamsiah Rashidah Ibrahim ditolak.

"Menang jantan"

Ketika itu, Umno mengejek-ejek kemenangan Dr Mohd Ramli sebagai "menang betina". Kali ini, tidak pula terdengar mereka mengiktiraf kemenangan Dr Sheikh Ibrahim dan Dr Mohamad sebagai "menang jantan".

Ketika PAS berada di dalam BN dahulu, bumi Johor bagaikan diharamkan kepada PAS. Apabila PAS membuka satu dua cawangan di Seri Gading, kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn, tindakan tersebut adalah antara alasan yang diungkit-ungkit oleh Umno untuk menghalau PAS keluar dari BN.

Cukuplah sekali!

Sebenarnya, bukan kemenangan tersebut yang menjadikan Salahuddin teruja untuk bercerita.

Kepadanya, majlis itu bersejarah bukan sahaja kerana meraikan kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani. Majlis itu lebih bersejarah kerana ia juga diserikan dengan ucapan calon PAS dari Lajnah Perpaduan Nasional Kaum India Johor, salah satu sayap dalam Kelab Penyokong PAS.

Bagaikan bintang

Calon wanita tersebut, Kumutha a/p Rahman, 29, pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di DUN Tiram. Walaupun tewas, beliau mencipta sejarah yang besar.

Ketika mengumumkan pencalonan Kumutha, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.

"Pemilihan Kumutha, ini juga menunjukkan kami membuka ruang kepada wanita walaupun beliau hanya dari Kelab PAS dan ini menunjukkan PAS juga untuk semua kaum," katanya.

Ketika berceramah dalam majlis makan malam di Dewan Jubli Intan, Muar itu, Salahuddin memberitahu, bagaikan bintang pujaan, setiap kali Kumutha menghabiskan ayatnya, tepukan dan suara takbir bergemuruh.

Menurut Mustafha pula, apabila Kumutha menyatakan beliau memilih PAS kerana yakin kepada kepimpinan ulamak, seorang "apek yang pakai seluar katok" tidak dapat lagi membendung semangatnya lalu menjerit, "takbir!"

Takbir lebih kuat gemanya dan tepukan lebih bergemuruh ketika itu, kata Mustafha.

"PAS for all!"

Salahuddin juga memberitahu, Kumutha mengakui, slogan "PAS for all" menarik perhatiannya.

Ketika pencalonannya diumumkan dahulu, Kumutha pernah berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau berhasrat untuk menabur bakti kepada semua kaum menerusi PAS.

"Hasrat saya hanya satu, ingin membantu rakyat Malaysia dan berjuang menerusi PAS, tetapi mungkin penyokong PAS menganggap penyertaan saya ini sesuatu yang luar biasa.

"Tetapi saya percaya ahli PAS kini semakin berfikiran terbuka dan saya berharap mereka berfikir secara rasional serta menerima saya kerana saya memang berhasrat untuk menabur bakti kepada masyarakat," katanya.

Katanya lagi, sebagai satu-satunya calon wanita PAS di Johor, beliau bangga dapat bertanding di kerusi DUN Tiram.

Dengan wajah yang jelas begitu puas, Salahuddin seterusnya menceritakan, perhimpunan malam itu memang mencipta sejarah yang besar. "Hampir separuh adalah masyarakat bukan Islam. Malam itu benar-benar PAS for all!"

Patutlah isteri Salahuddin nak ikut sangat suaminya malam itu...



mama: semoga semangat ini akan merebak ke seluruh johor, negeri tumpah darahku....

March 19, 2008

Pak Lah new cabinet.. mengejutkan? mengecewakan?

mengejutkan?
- tan sri muhammad taib jadi menteri kabinet.. rasanya dia tak bertanding.. ke memang dia dah jadi senator dari dulu? kenapa orang panggil dia mike tyson?
- rafidah aziz is dropped.. 20 tahun dah pegang menteri perdagangan antarabangsa tu..
- amirsham (ex-CEO maybank) menteri di JPM
- noraini jadi timbalan menteri HR.. suka la mak..:)
- ramai muka baru

mengecewakan?
- hari tu paklah kata menteri yang kalah takkan jadi menteri.. abih tu shahrizat dilantik jadi penasihat perdana menteri bertaraf menteri.. tak sama ke? ni mesti jeanne yang suruh ni..
- paklah masih pegang menteri kewangan

this morning berita timbalan menteri pengangkutan menolak jawatan.. datuk anifah aman.. the first time in the history.. adakah ini ada kaitan dengan usaha anwar ibrahim mengajak adun sabah sarawak untuk lompat parti? tunggu dan lihat...

satu lagi nak cerita... tapi bukan pasal kitchen cabinet paklah.. pasal MB terengganu still tak lantik lagi... kalau ikutkan sultan berhak pilih sapa-sapa ADUN yang difikirkan layak... pagi tadi mama tanya ayah... entah apa sultan nak pilih tg Hj hadi kot... ayah kata.. memang la... waa... mama tak sabar nak tahu keputusannya.. kalau betul mesti gempar satu malaysia.. orang mesti tak berani bangkang punya sebab sultan yang buat keputusan.. agong pulak tu... hehehhe... nampaknya sultan-sultan pun sudah mula menunjukkan peranannya,, macam kat perak, perlis dan kali ni terengganu pulak.. hebat..hebat... ini bukan tsunami lagi.. ini..mmm.. tak tau nak cakap apa...

isk.. suspen.. suspen..


Senarai kitchen cabinet paklah yang baru..

Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi (Umno)

Deputy Prime Minister
Najib Razak (Umno)

Finance Minister
Abdullah Ahmad Badawi (Umno)

Second Finance Minister
Nor Mohamed Yakcop (Umno)

Deputies: Ahmad Husni Hanadzlah (Umno), Kong Cho Ha (MCA)

Defence Minister
Najib Razak (Umno)

Deputy: Abu Seman Yusop (Umno)

Housing and Local Government Minister
Ong Ka Chuan (MCA)

Deputy: Robert Lau Hoi Chew (Supp), Hamzah Zainuddin (Umno)
Works Minister
Mohd Zin Mohamed (Umno)

Deputy: Yong Khoon Seng (Supp)

Energy, Water and Communications Minister
Shaziman Abu Mansor

Deputy: Joseph Salang Gandum

Agriculture and Agro-Based Industry Minister
Mustapa Mohamad (Umno)

Deputy: Rohani Abdul Karim (Umno)

International Trade and Industry Minister
Muhyiddin Yassin (Umno)

Deputy: Leow Wei Keong (LDP), Yaakob Dungau Sagan

Foreign Minister
Rais Yatim

Deputy: Tengku Azlan Abu Bakar (Umno)

Education Minister
Hishammuddin Hussein (Umno)

Deputies: Dr Wee Ka Siong (MCA), Razali Ismail (Umno)

Transport Minister
Ong Tee Keat (MCA)

Deputy: Anifah Aman

Health Minister
Liow Tiong Lai (MCA)

Deputy: Dr Abdul Latiff Ahmad (Umno)

Human Resources Minister
S Subramaniam (MIC)

Deputy: Noraini Ahmad (Umno)

Home Affairs and Internal Security Minister
Syed Hamid Albar (Umno)

Deputies: Chor Chee Heung (MCA), Wan Ahmad Farid (Umno)

Women, Family and Community Development Minister

Dr Ng Yen Yen (MCA)

Deputy: Norliah Kasmon

Culture, Arts, Heritage and National Unity Minister
Shafie Apdal (Umno)

Deputy: Teng Boon Soon (MCA)

Science, Technology and Innovation Minister
Dr Maximum Ongkili

Deputy: Fadillah Yusof

Entrepreneurial and Cooperative Development Minister
Noh Omar (Umno)

Deputy: Saifudin Abdullah

Higher Education Minister
Khaled Nordin (Umno)

Deputies: Idris Haron (Umno), Dr Hou Kok Chung (MCA)

Information Minister
Ahmad Shabery Cheek (Umno)

Deputy: Tan Lian Hoe (Gerakan)

Natural Resources and Environment Minister
Douglas Uggah Embas (PPB)

Deputy: Abdul Ghapur Salleh (Umno)

Rural and Regional Development Minister
Senator Muhammad Muhammad Taib (Umno)

Deputy: Joseph Entulu

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister
Abdul Shahrir Samad (Umno)

Deputy:

Plantation Industries and Commodities Minister
Peter Chin Fah Kui (Supp)

Deputy: Kohilan Pillay (Gerakan)

Youth and Sports Minister
Ismail Sabri Yaakob (Umno)

Deputy: Wee Jack Seng (MCA)

Tourism Minister
Azalina Othman Said (Umno)

Deputy: Sulaiman Abu Taib (PBB)

Federal Territories Minister
Zulhasnan Rafique (Umno)

Deputy: M Saravanan (MIC)

Minister in the Prime Minister's Department

Zaid Ibrahim (senator) - legal affairs
Zahid Hamidi (Umno)
Bernard Dompok (Upko)
Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)
Dr Abdullah Md Zin (Umno)

March 17, 2008

Malaysia - a new era

hmmm... since last wednesday mama memang agak stress memikirkan masalah negara.. heheh.. dengar kat berita macam-macam.. kat penang lain, kat perak lain.. isk isk... tak sempat plak nak tengok media alternatif... sebab cuti malas la nak bukak internet.. sampai tidur pun termimpi-mimpi... hehehe...

kat penang

eiii.. tak larat tengok ketua pembangkang, dato' azhar ibrahim.. "kami mendesak kerajaan pusat untuk menarik balik projek-projek mega di Pulau Pinang. Kita nak tengok apa yang boleh kerajaan DAP+PKR berikan kepada rakyat Pulau Pinang". isk isk isk.. dah kalah pun masih sombong... dia ingat duit tu duit BN kot.. tak paham-paham lagi ke?

NEP? DEB?

wah.. umno pulak buat demo.. sebenarnya utusan yang buat gempak putar belit cakap guan eng.. hmmm... tak tau la... yang padahal orang tu kata nak buat open tender sebab sekarang dalam DEB tender tertutup. percaya cakap utusan tu buat apa? anyway utusan kata dia amik from Bernama. then Bernama pun dah bagi apology letter. Utusan takde nak buat public apology ke? so tengok la sapa yang menyebabkan racial tension? Utusan la... anyway mama tak pun tak berapa nak tau sangat apa yang ada dalam DEB tu? hehhehe... dah tak ingatlah.. dulu sejarah belajar kot..

hudud kat kedah?

"belum pape lagi dah cakap pasal nak laksana hudud... macamana orang tak takut".. itulah yang kite dengar... yg pi dengar cakap tv3 tu buat apa? mama pun tengok gak tapi mama boleh read between the lines.. pandai pulak dia edit cuma tunjuk yang TG Hj Hadi kata... "hudud pun hukum islam jugak". sebenarnya orang tanya PAS akan laksanakan hukum islam ke dalam kerajaan Kedah. tuan guru kata ye kita akan laksanakan. press tanya, hudud? tu yang TG Hj Hadi kata hudud pun hukum islam juga... media ni memang pandai provokasi.. dia tanya soalan saja je... kalau tersilap jawab sikit abislah satu dunia dia perbesarkan isu tu.. samalah macam yang terkena kat Guan Eng jugak...

MB Perak?

alhamdulillah yang ni dah settle. tapi hari tu cam geram la kat Lim kit siang bila dia suruh DAP adun boikot upacara tu... tah pape la.. .. nasib baik dia dah sedar... semalam tengok dia pun attend jugak swearing in ceremony of Perak MB. Congrats to Ir Nizar. tapi mesti mencabar yek sebab most of the exco will be from DAP and PKR. tapi khabarnya hebat juga Ir Nizar nih.. oversea graduate, consultant, ada Ir, anak semua hafiz.. betul ke? sebab tu la kot Raja Nazrin pilih dia... ye la cam interview, mestilah carik calon terbaik untuk tadbir negeri dia..

peralihan kuasa yang paling smooth di Penang.. mama pun rasa malu sebagai orang melayu... yang khir toyo nye lain cerita, yang tajol rosli nye mengunci diri dalam rumah.. yang Kedah tu tak sure takde isu kot tapi file semua hilang? huhu... macam-macam.. koh tsu koon very professional terus mengadap ydp penang untuk brief results GE, terus buat press conference.. tak kecoh pun.. yang khir toyo lagi best.. selagi kerajaan baru tak turunkan harga air, cukai pintu, kita hantar bil kepada MB. apa punya orang la.. sabor-sabor la.. exco pun tak lantik lagi... sekarang baru terdiam bila MB dah kata nak bagi free first 20meter cubic.. dia pegang MB dah berapa tahun kami dapat apa?

aduh rasa banyak lagi nak ulas.. isu MB perlis, isu MB terengganu, surat from mukhriz.. bla bla bla... tetiba blog nih dah jadik political blog pulak.. hehheheh... tapi tak terlarat la nak ulas semua.. lagipun rasanya semua memang tengah syok nak follow perkembangan politic negara sekarang nih... interesting.. excited nak tau apa akan jadi.. kalau ikutkan lagi dengarnya ada usaha-usaha untuk ajak YB BN untuk join BA so that BA boleh take over federal government... iskk... suspen tu... eh.. tapi ajak bukan dengan duit.. bersetuju terima mereka sekiranya mereka bersetuju dengan aspirasi dan agenda kita...

anyway mama rasa janganlah tamak pulak, biar kite berlatih yang kecik-kecik dulu.. tapi tak tau la kalau dah rasa memang capable, teruskan la...

anyway, mama doakan barisan kepimpinan yang baru ini akan mentadbir dengan bijak.. yang penting biarlah duit rakyat tu diuruskan sebaik-baiknya. elakkan pembaziran dan yang paling penting sekali ialah amanah..

welcome to the new Malaysia...

eh kabinet baru pak lah dah announce.. kite tengok siapa yang kena... :)

March 10, 2008

tHe VeRDiCT

Alhamdulillah... PRU12 telah berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah menang besar opposition kali ni... Kedah, Penang, Perak dan Selangor telah berjaya ditakluk... Kelantan berjaya dipertahankan.. dah kalau nak ikutkan WP pun kira berjaya ditakluk sebab semua parlimen berjaya disapu bersih kecuali satu kerusi.. (WP takde DUN).. harap BN sedarlah sikit yang mereka mentadbir negara di kawasan yang orang dah taknak depa dah... pi la memerintah kat selatan atau kat sabah sarawak sana...

anyway memang satu pukulan hebat buat BN... dan mama rasa pakatan pembangkang pun tak sangka dapat banyak ni... mama pun excited tunggu keputusan hari tu sampai ke pagi... sampai tertidur-tidur depan tv.. pastu bangun sambung tengok lagi... seronok nengok kat astro awani tu sambil ada ulasan-ulasan... diorang yang baca keputusan pun asyik geleng kepala je.. sambil tu bukak internet sebab internet lagi cepat kuar results takyah tunggu results rasmi... ayah dah lama belayar dah depan tv... penat la tu selepas seharian bertugas di barong panas...

yang bestnya bila dengar satu persatu menteri tumbang... sami vellu, zainudin maidin, shahrizat, koh tsu koon... dan ramai lagi orang-orang kanan kerajaan.. nampak sangat betapa menyampahnya orang kat BN... paklah pun menang dengan reduced majority... yang boleh senyum sikit maybe najib sebab dia menang besor... (sebab ada kem tentera kat kawasan dia?).. yang paling best tu MIC semua pimpinan tertinggi dia kalah.. memang boleh bungkus la lepas ni...

satu lagi yang menarik ialah kebangkitan orang-orang muda seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Gwo Burne (yg rakam video Lingam) pun menang... kat tempat kitorang Parlimen serdang tu pun Teo Nie Ching DAP.. peguam muda pun menang...

Memang banyak fakta-fakta menarik dalam pilihanraya kali ni... dan tiada sorang pun penganalisis politik yang dijemput dalam mana-mana perbincangan (mama selalu tengok kat Awani tu) yang dapat menjangkakan keputusan ini... even pagi tadi dalam radio pun sorang penganalisis tu mengaku dia sendiri tersilap dalam membuat predictionnya...

the power of people.. makkal sathiy...
satu pengajaran buat BN yang semakin lama semakin sombong..
nah rasakan...
Allah itu Maha berkuasa... tanpa izinnya tak mungkin kita akan menang..
namun kemenangan ini adalah satu detik permulaan..
masanya untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan sebelum ini..
Buktikan yang kita boleh memerintah dengan adil dan saksama untuk kesejahteraan semua rakyat..

TAKBIR!!!

keputusan penuh

March 07, 2008

MARILAH MENGUNDI

Esok adalah hari penentuan...

Say NO to BN!
Say NO to Corruption!
Say NO to Kronisme!
Say NO to Barang Naik!
Say NO to Kezaliman!
Say NO to Penganiayaan!
Say NO to BN!

Vote for PAS!
Vote for KEBENARAN!
Vote for AMANAH!
Vote for BERSIH!
Vote for KEADILAN!
Vote for KEMAKMURAN!
Vote for KEBERKATAN!
VOTE FOR PAS!!!

Selamat Mengundi kepada semua rakyat Malaysia..

March 06, 2008

demam pilihanraya

isk... nervous...
nervous pagi tadi dah abih dah..
tinggal nervous lagi satu nih...

pagi tadi mama gi interview CRM. TM jugak lah.. cuma division lain... sekarang punya style kalau tak mintak orang tak naikkan.. so cubalah apply je.. tup-tup 2 hari lepas dapat panggilan interview... setelah meminta restu bonda di kampung malam tadi (sambil berkempen heheh).. ni kire baru selesai jugak la interview.. tapi orang tu kata keje ni kadang tak tentu masa... kadang tengah2 malam pun kena datang opis.. etc... tu yang buat mama pikir balik semula nih.. takpe kalau ianya baik untuk mama, semoga Allah mudahkan untuk mama dapat post tu.. tapi kalau ianya tak baik untuk mama, semoga Allah jauhkan ia daripada mama...

sambung balik cerita nervous satu lagi... apalagi kalau bukan pilihanraya.. hehehh... ada lagi kurang 48 jam je... sekarang ni nak keje pun tak semangat.. sepatutnya dah boleh start buat SLA report dah nih tapi tengah mood pilihanraya nih.. dok surf la berita-berita sensasi... tapi satu la sekarang ni kalau kat rumah mama lebih rela tengok ceria daripada tengok berita... hehhee... ayah pun memang sibuk la sekarang ni berkempen...

bibik: mama mana?
luqman: kat atas.
bibik: apa tak pegi keje?
luqman: pergi.
bibik: abis tu ayah kok dah pergi?
luqman: ayah pergi kempen la..
bibik: kempen? kempen tu apa?
luqman: kempen tu ayah nak suruh orang cina pangkah bulan la...
mama: (senyum)

tapi start semalam ayah demam.. maybe tak cukup rehat kot.. hari ni memang ayah dah mintak cuti.. last-last tengok jadi cuti sakit pulak.. hopefully dah makin ok la ayah kat rumah.. itu pun malam tadi sempat lagi pegi meeting kat rumah abang Din..

mama tolong gak berkempen.. kempen kat mak ima, kat nek, kat k ainah.. mak ima indecisive lagi.. almaklumlah first timer... nek ngan k ainah memang condong ke BN... almaklumlah kami ni orang johor memang terkenal dengan ketaatan kepada umnonya.. huhu... malam tadi mama call nenek... kempen la sikit... tapi dalam bercakap pun mama hati-hati jangan sampai menyinggung hati bonda tercinta... mama doakan nek boleh fikirkan apa yang mama cerita sikit-sikit... mama doakan nek terbuka hati nak pangkah bulan.. nenek komplen, abih tu calon pas takde pun datang nak kenalkan diri ke apa? yang noraini ni dah kenal dah.. majlis yassin dia datang... etc... hmmm... yang tu mungkin boleh pimpinan tengok sikit la cemana nak improve..

tapi mama kata kat nek, menang tu perkara kedua... tapi yang penting kita sendiri kalau boleh jangan sampai dipertanggungjawabkan nanti sekiranya memilih pemimpin yang zalim.. camtu gak mama pesan kat mak ima... nak kempen kat mak ima ngan k ainah tu senang sikit sebab boleh forward email ke forward link ke.. boleh baca sendiri...

nervous especially kat kelantan... kalau ikutkan kite confident je boleh kekal.. tapi dengan tipu muslihat BN dan SPR menyebabkan mama rasa nervous jugak... dengan dakwat kekal tak jadi, IC tentera ada 2, eiii.. takuuutt..

apa-apapun.. teruskan usaha, doa, tawakkal... Allah akan sentiasa berada bersama-sama orang yang benar... Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada kami Ya Allah...

eh result MAPS dah kuar ke?? jeng jeng jeng...

eh lupa.. UNDILAH PAS!! (nanti ada orang tegur pulak.. hehehhe)

March 03, 2008

perang saraf di Kelantan

From kickdefella

Dewan Perniagaan Melayu Kelantan semalam mengesahkan bahawa calon BN Bunut Payung yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Haji Rosmadi Ismail telah disingkirkan daripada menjadi ahli seumur hidup Dewan tersebut kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa DPMK di atas tuduhan penyelewengan, rasuah dan penipuan.

Haji Rosmadi adalah kroni kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri dan kerana hubungan itu beliau telah dianugerahkkan projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dirasmikan pecah tanahnya oleh Perdana Menteri tahun lalu.

Rosmadi kemudian menjual projek itu kepada Redland dan sebahagian daripada wang keuntungan atas angin itu telah diarahkan oleh Krairy untuk dibahagi-bahagikan kepada semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Kelantan.

Sementara itu, Pak Lah ketika ditanya oleh media-massa semalam berkata dengan nada sinis bahawa dia yakin Kelantan akan jadi milik BN kerana Awang Adek adalah calon yang bersih dan berpengaruh.


Walaupun mengakui bahawa Awang Adek calon yang berpengaruh di dalam UMNO Kelantan, Pak Lah bagaimanapun melantik semula Annuar Musa sebagai Pengarah Kempen Pilihanraya BN Kelantan disebabkan huru-hara yang menimpa BN Kelantan akibat jenteranya lumpuh disebabkan pengurusan dan protes.

Perlantikan semula Annuar Musa itu tanpa diduga oleh Pak Lah mengakibatkan Jentera Peti Undi BN di Kijang dan Parlimen Pengkalan Chepa menutup bilik gerakan mereka. Jelas mereka menolak Annuar Musa kerana menyalahkan Annuar Musa meletak bekas Pengurus Besar Telekom Malaysia di Kelantan, Mustopha Ahmed yang dibuktikan bangkrap.

Mustopha sebelum ini cuba menipu wartawan dengan mengatakan bahawa itu semua tidak benar dan dia tidak bangkrap serta menuduh SPR berlaku tidak adil padanya. Tidak sampai satu jam selepas temubual dengan wartawan, Global Media Channel, agensi PR yang dilantik oleh PAS Kelantan mengedarkan kepada media massa petisyen bangkrap yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Adalah dipercayai disebabkan tindakan Global Media Channel itu, Telekom telah menerima arahan dari seseorang menyebabkan Telekom bertindak menggantung talian streamyx dan kesemua talian talipon Global Media Channel.

Apabila Global Media Channel membuktikan kepada telekom bahawa kesemua akaun mereka tiada tunggakan, Telekom menjadi bingung dan akhirnya terpaksa menamatkan penggantungan.

Sementara itu saya ingin mengesahkan bahawa kereta saya telah ditahan oleh polis dan kini tersadai di Balai Polis Kota Bharu dengan alasan bahawa ‘nombor chasis di ganggu’. Apabila diberitahu bahawa kereta itu baru setahun mendapat kelulusan Puspakom sewaktu proses ‘refinance’ polis tetap berkeras untuk menahan kereta itu bagi tujuan mendapatkan laporan kimia.

Kakitangan Global Media Channel juga diekori dan mengakibatkan tekanan kepada kakitangan dan keluarga mereka.

Sementara itu, Pak Lah mengakui akan berusaha keras menasihatkan calon-calon BN supaya membuang sikap sombong dan bongkak. Apabila media menekan Pak Lah dengan berkata bahawa Awang Adek terkenal di Bachok sebagai seorang yang bongkak, Pak Lah menoleh ke arah Awang Adek dan berjanji akan memperbaikinya.

Sementara itu, cerut yang dihisap oleh Awang Adek disahkan berharga hampir RM500 sebatang dan Awang Adek menghisap 3 batang curut tersebut setiap hari. Awang Adek menghabiskan lebih RM40 ribu sebulan untuk curutnya sahaja. Adakah rakyat Kelantan akan terpaksa menanggung kos curutnya bila dia jadi Menteri Besar kelak?

Awang Adek juga kini tertekan untuk menjelaskan kenapa rumahnya di Bachok dibina oleh sebuah syarikat bernama Rexit. Rumah ini dibina sewaktu Awang Adek berkhidmat di Bank Negara. Rexit pada waktu itu menerima pelbagai kontrak dan tender dari Bank Negara.


mama: oh tidak!!... TM telah dipergunakan... tengok betapa main kotornya Be End... Undilah PAS!

February 22, 2008

cakap pasal harga minyak

kalau nak bercakap soal yang besar-besar, memang mama tak reti. tapi sebagai seorang rakyat marhaen yang mama amat terasa ialah isu kenaikan harga minyak... memang dari sejak-sejak naik harga tu mama musykil... bermula sejak US menyerang Iraq yang menyebabkan harga minyak dunia melambung naik.. asalnya dulu dalam usd50 setong hingga sekarang dah naik sampai usd100 setong.. fuh.. 2 kali ganda tu...

so apa yang memusykilkan? mama dok pikir... Malaysia ni negara pengeluar minyak... minyak tu Petronas punye ke Malaysia punye? kalau Malaysia punye, sapa yang dapat untung? patutnya rakyat malaysia la... Petronas tu cuma uruskan je.. so ada share la masing-masing untuk dapat keuntungan.. ini tidak... nampak macam petronas je untung... negara pun untung tapi rakyat tak dapat apa-apa.. makin dapat beban ada la...

mungkin orang kat kampung tak merasa sangat... macam nek kata.. orang kat bandar banyak sokong BA ye.. kat kampung ni susah sikit BA nak masuk... lagilah dok kat johor tu... memang kubu kuat... pakcik makcik atuk mama semua orang kuat BN.. huhu... nek siap jadik perayu undi lagi... huhu... tapi sikit-sikit mama psiko gak nek kat kampung tu.. hehhehe... kadang-kadang diorang ni takut persepsi orang.. dah kalau memang sejak azali jadi penyokong 'tuuut' tetiba nak berkempen yang satu lagi plak.. tapi mama ingat lagi pilihanraya yang lepas.. nek memang jadik perayu undi BN tapi yang diundinya lain... bravo...

berbalik persoalan harga minyak tadi.. orang kampung tak rasa sangat sebab naik motor.. naik keta pun sekali sekala... kalau naik pun tak jalan jauh mana.. tak jem... so tak makan minyak banyak sangat... tapi bagi kami yang dok kl ni especially... duit minyak tu dah macam air... lagi la kete yang makan banyak minyak... pastu tiap-tiap hari pegi balik keje 60km... memang la parah.. konon nak carik keta kecik satu untuk lanyak buat pegi keje.. tapi nak pikir monthly payment jadik sama je.. silap-silap lagi banyak pakai duit... isk dilema... dilema... tu belum campur duit tol lagi... isk isk isk...

Manifesto BA salah satunya: Mengurangkan harga petrol, diesel dan gas.

Boleh ke?

cuba tengok kat sini

huh.. banyak pulak mama berceloteh hari ni.. hehhe.. maklumlah bos-bos semua tengah tak ada... hehheh...

UNDILAH PAS!!

Hari Keluarga Hj Yunos 09022008

hmmm.. baru hari ni sempat nak mengupload gegambo family day hari tu..


ada dalam 300 orang daripada 5 generasi Tn. Hj Yunos telah dapat berkumpul dalam sambutan Hari Keluarga Tn. Hj Yunos di perkarangan rumah asal Hj Yunos yang sekarang diduduki oleh Tok Cong, pakcik kami yang bongsu.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi dengan ziarah pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Diikuti dengan sedikit bacaan doa selamat dan kemudian majlis potong jambul 3-4 orang baby termasuk raihana. Selepas itu sessi bercerita tentang salasilah dan sejarah kehidupan nenek moyang kami, Tn. Hj Yunos dan Hjh Juriah. Menarik jugak dengar tapi mama tak dapat nak dengar semua sebab dok kuar masuk rumah.. raihana nak tidurlah.. bangun la... biasalah macam-macam... imran pulak tengah tak sihat masa tu... Satu yang mama baru tahu rupanya kedua-duanya asal dari jawa cuma Nek Juriah tu migrate ke Siam sebelum migrate ke Tanah Melayu... selama ni ye ye je ingatkan kite ni ada keturunan jawa-siam.. rupanya memang pure jawa.. hehheheh... memang jawa totok la ni.. kuang kuang kuang..

Tengahari break untuk lunch.. memula kata ada catering tapi tah cemana last minute tak jadik catering.. masak sendiri gak.. kecian lak yang kena masak-masak tu tokleh nak participate sangatlah dengan agenda-agenda... anyway barbeque sedap.. siap ada barbeque kambing lagi.. aqiqah baby Ali..

Petang sambung lagi dengan pertandingan mewarna.. dek kerana kepenatan pagi tu kot si maisara dah tertidur... tak kejut kesian pulak sebab inilah acara yang ditunggu-tunggunya.. abih tu mama kejut je la dia tapi dia tenung je kertas tu sampai ke sudah tak kaler-kaler gak sampai dah abih masa.. last-last bawak balik je la... humaira ngan luqman ok la kaler cantik gak tapi tak menang.. hmmm.. takde ke yang mewarisi bakat mama nih.. hehehhe.. perasan...

lepas tu sessi bergambor.. boring gak sebab setiap keluarga amik gambo... lama la nak tunggu satu satu.. patutnya kalau famili yang sendiri-sendiri tu takyah amik masa tu pun takpe sebab bila-bila masa boleh amik gambo.. yang penting gambo semua sekali ngan family yang besor.. at last sampai ke petang jugak la... pastu semua dah penat... sepatutnya ada sukaneka.. semua dah tak larat dah.. abihnye tak jadik buat...

takpelah.. first time buat... salut to the committee who makes this thing happens.. bukan senang nak kumpul family sebesar tu... preparation pun penat gak tu... imagine kami malam sebelum tu tidur kul 2pagi tolong pak zan sebab buku sejarah tu tak siap-siap... pak zan la nih.. kejap nak buat camni kejap nak buat camtu.. last last dia yang migrain.. nasib baik ada anion.. har har har...
alhamdulillah.. keluarga hj kamsan pun almost semua dapat berkumpul kecuali Mak Zun je... seronok betul dapat jumpa keluarga Pak Azim.. anak-anak semua dah besar belaka... imagine last sekali jumpa masa kenduri kawin mama.. so anak-anak mama semua tak pernah tengok... anak pak zim yang last, Firdaus sebaya ngan Luqman.. isk hebat Firdaus tu... kelakar tengok dia buat lawak..

daddy, daddy ku...
daddy cuci baju...

isk.. tak padan anak tok imam.. tapi memang kelakar... sampai sakit perut kitorang tengok dia punye persembahan... aduuhhh... suara sedap lak tu.. pandai pulak dodoikan raihana dengan zikir lailahaillallah... Si Abby pulak memang mulut celoteh macam dulu jugak.. pandai cakap cina plak tu... almaklumlah sekolah cina... semua orang diajarnya cakap cina... si Azie dah besar dah... tapi badan pun semangat... dia la yang tolong 'momong' raihana.. Pak azim baru je balik sabah 20hb hari tu... bila lagilah gaknya dapat jumpa...

Insya allah, ada kesempatan, ada umur panjang boleh la berkumpul lagi di masa-masa akan datang... maybe boleh buat yearly event ke...

keluarga hj kamsan
imran mana?
UNDILAH PAS!

February 21, 2008

melancholy

i tried not to feel this way
but somehow i still feel it
it makes these few days so gloomy
it makes these few days unproductive
untouched task..
unreplied emails..
i'm happy for them
but somehow i still feel it..

Oh Allah, give peace to my heart..
Oh Allah, give me confidence towards your rizq..

Anyway, now is 'kempen' time
i shouldn't feel down
i shouldn't let that small nitty gritty things downheart me..
i must be at the highest level of spirit right now!
wala wala bing bing!!

TAKBIRR!!!

UNDILAH PAS!!!!!

February 15, 2008

February 14, 2008

Tarikh Pilihanraya - 8 March 2008


EC: General Election On March 8
PUTRAJAYA, Feb 14 (Bernama) -- Election Commission today fixed Feb 24 as the nomination day with polling day on March 8, EC Chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman announced in Putrajaya today.-- BERNAMA


UNDILAH PAS!!

February 13, 2008

February 04, 2008

1,2,3 +1 demam


hari ni mama terpaksa ambik emergency leave sebab anak mama 3 orang demam... maisara, imran and raihana... tapi maisara macam dah kurang sikit... lagipun memang dia yang start dulu dari hari sabtu hari tu... pastu raihana pagi semalam pastu imran petang semalam... pastu pagi ni dengan bibik sekali ikut demam.. isk isk... imran n raihana tengah tidur so sempatlah mama online kejap lagipun memang ade keje mengemail yang nak kena buat hari ni... hopefully semua cepat sembuh.. this thursday dah nak balik kampung... kalau still demam tak best la...

this saturday ada hari keluarga Allahyarham Hj Yunus.. atuk mama.. dijangka dalam 300 orang ahli keluarga akan hadir... yelah keluarga kitorang je dah dekat 70 orang... lepas tu pulak adik beradik bak je ada 7 orang.. kali punya kali ade dekat 500 gak tu sepatutnye... meriah le gamaknya rumah tok cong nanti.. insya allah keluarga kami pun ada semua kecuali mak zun yang sekarang kat UK.. yang lain insya allah ada termasuklah pak azim yang dok kat sabah yang last sekali berjumpa masa kenduri kawin mama.. isk lama tu.. dekat 7 tahun kot... in fact diorang dah ada kat kampung dah.. isk.. tak sabor nak balik kampung.. namun alkisah nak jadik cerita si imad nazim yg dok kat kampung tu sekarang tengah kena chicken pox... isk... time-time ni la dia nak kena yek.. anyway anak mama semua dah pernah kena kecuali raihana la.. hopefully tak menjangkit la nanti...

some comments on isu semasa...

video lingam
isk... mama dah naik muak nak follow cerita ni sebab satu persatu mendedahkan betapa badan kehakiman kita penuh dengan keraguan atas kebersihannya... imagine.. tempat nak mengadu untuk mendapatkan keadilan sebaliknya penuh dengan noda-noda rasuah dan sebagainya.. memang la belum dibuktikan lagi tapi bayang-bayang tu dah nampak.. benarlah.. Allah sahaja yang Maha Adil...

pilihanraya
alhamdulillah.. nama mama dah ditukarkan ke sini.. so senanglah sikit urusan nak mengundi nanti.. lagipun kubu kuat kat johor tu.. hmmm.. better concentrate kat sini... orang kat tmn ni pun suka tanya kat 'paklah' bile tarikh pilihanraya... paklah jawab 'belum ada ilham'.. orang yang paling dekat ni pun tak boleh korek jugak... memang takde ilham lagi la tu.. hehhehe... agak-agak berani tak paklah sebenar nak announce tarikh in after mac... boleh la DSAI bertanding...

apa lagi? itu dulu kot... lama gak mama tak update blog nih.. sekarang ni keje mana la yang tak busy... keje mama everyweek menyusun meeting.. meeting sana meeting sini... horror.. ops terlupa satu lagi update on new TM structure after demerger... ITSSO di mana? huhu.. semua orang bising sebab tak nampak dalam chart.. orang kata kena masuk VADS... wallahu alam.. tunggu dan lihat.. orang Group IT at least selamat la dah confirm masuk under CITO... huhu... nak itut...

January 25, 2008

the twin effects..

bukan senang nak amik gambo budak duorang nih bersama-sama... especially bila dah besor nih... ade je alasannya...







alhamdulillah.. syukur di atas rezeki-Mu Ya Allah...

January 18, 2008

raihana.. 4 months already


eiza..nak tgk gambar latest raihana :)
wan 01.11.08 - 8:55 pm #

untuk tidak menghampakan permintaan cik wan kite... ni la dia gambo terbaru raihana.. 4months old already... baru pandai meniarap... pastu bila dah penat meniarap menangis la dia sebab tak pandai balik semula lagi... tak banyak amik gambo raihana sebabnya pantang bawak kuar camera, abang ngan kakak dia yang sebok... ni pun guna camera phone tapi tak berapa cantik la...








January 17, 2008

musibah yang melanda...


ketika kita semua sedang menyambut tahun baru hijrah, berlaku satu tragedi di taman sutera. Dua kanak-kanak mati lemas dalam tasik tmn sutera. Dipercayai 4 orang kanak-kanak pergi memancing di tepi tasik tersebut. Apabila hujan lebat turun, mereka berteduh di bawah longkang tempat laluan air. Tiba-tiba arus deras menghanyutkan mereka.. dua orang dapat berenang semula ke tebing tasik namun dua orang lagi tidak dapat menyelamatkan diri lalu hilang dihanyutkan air. Kejadian dipercayai berlaku dalam pukul 4 ptg. Mayat ditemui oleh pihak bomba dalam pukul 8 dan 9 malam. Takziah kepada keluarga allahyarham adik Mohd Zulkarnain dan adik Mohd Faisal.

Mama pun sempat la tengok bomba buat operasi menyelamat tapi tak tunggu la sampai malam.. memang sebelum ni kalau lalu situ mama seriau je tengok budak-budak dok kat tebing tasik tu.. main-main air... ada tu pulak boleh berenang dalam tu... padahal ada tulis kat situ dilarang memancing dan mandi.. tapi bende dah nak jadik.. harap menjadi iktibar.. mungkin lepas ni pemaju kena letak pagar kat tepi tasik tu kot...

dah lama dah mama tak jenguk blog kengkawan.. sibuk sikit biasalah awal bulan... semalam baru ada kesempatan sikit... takziah kepada abu amiir atas pemergian atuk muhammad... takziah juga kepada kopisuam atas tragedi kebakaran rumah ibu bapa mertua...

semalam juga kami dikejutkan dengan pemergian seorang staff di kelana jaya.. K. Faridah Mohd Aspar... beliau meninggal semasa sedang menunggu rawatan di Klinik Rakan Medik di Kelana Jaya.. Kemungkinan penyebabnya adalah darah tinggi... mama sempat melawat jenazah tengahari semalam... sayu je.. memang sebelum ni kalau ada any event ke meeting ke kat KLJ tu memang selalu mintak tolong beliau...

innalillahi wainna ilaihi raajiun....
bacalah alfatihah dan sedekahkan pahalanya kepada yang telah pergi...
takziah kepada yang mereka yang masih di sini...
harap bersabar dengan segala dugaan yang menimpa...
insya allah.. ada hikmah disebalik segala musibah yang berlaku...

January 07, 2008

Tahun baru

Happy new year 2008!
Selamat menyambut Maal Hijrah 1429!

baru lepas cuti panjang... berderet lagi cuti yang menunggu... this thursday cuti maal hijrah.. next two weeks 23/01 cuti thaipusam (selangor cuti, kl tak cuti tapi mama nak amik cuti la sebab ayah and the kids pun cuti).. pastu 01/02 cuti hari wilayah.. pastu 7-8/02 cuti raya cina... isk.. cuti aje kejenye.. best la...

baru masuk tahun baru dah macam-macam isu tergempar sama ada dalam negara atau luar negara..

video chua soi lek
isk buat malu orang batu pahat je... mama pernah pegi klinik gigi dia kat BP masa imran jatuh dulu tu... ada ke orang kat opis ni suruh mama tanya orang kampung ada dapat tak dvd tu.. isk.. kalau dapat pun tak hingin la nak nengok... isk... hmm... but actually i'm sure ada lagi pemimpin yang lebih kurang dia ni tapi cuma tak terkantoi je lagi...

benazir bhutto asassinated
innalillahi wainna ilaihi raajiun.. mama tanya ayah, bagus ke dia ni sebenarnya.. terjawab masa ceramah tahun baru kat surau hari tu.. tokleh nak comment lebih2 la sebab dah arwah dah pun..

'free' school fees
masa announcement last year semua orang bersorak.. namun rupanya indah khabar dari rupa.. additional fees tu lagi banyak.. ada yang kenakan yuran untuk toilet maintenance... hmmm.. mama tak paham sebenornya.. sekolah ni operate cemana? in terms of maintenance of the school semua tu bukan dapat daripada kerajaan ke? tak paham.. tak paham... untuk orang-orang kaya tu ok lah tapi untuk yang miskin la kesian.. dah happy-happy kata takde bayar yuran tetiba rupanya banyak jugak diorang kena bayar.. duit dah abih buat beli kasut, baju, beg sekolah... anyway.. tak terkena lagi.. sebab belum ada anak sekolah..

minyak masak abis?
sapa la yang dok sorok minyak masak nih... buat apa la nak main sorok2... hari tu mama nak beli seri murni pun tak ada.. terpaksalah beli cap pisau.. anyway ok je.. ayah kata tengik sikit.. ye ke?

luqman going to smart reader kids..
only on saturday.. hehhehe... kalau dulu mama tak paham cemana orang boleh antar budak darjah 1-2 gi tuition.. sekarang baru mau tau.. luqman pun gi tuition.. hehheh.. bukan la tuition sangat pun.. cam extra class la.. english class... sebenarnya for ideal situation memang kami nak carik tadika islamic with english medium.. tapi cam tak ada la dekat2 sini.. tadika addin tu dari segi pembelajaran, pendidikan islam tu kira alhamdulillah dah bagus dah.. cuma english kureng sikit.. risaunya nanti bila standard 1 science and maths belajar in english... ish excited betul dia nak pegi sekolah baru tu.. atuk kata.. aik mak bapak grad oversea tokleh ajar sendiri ke? hehhehe... tak tau le cemana nak ajor... hheheh....

imran diapers-free (exclude sleeptime)
hmm.. kire terrer la jugak.. imran baru 2 tahun 2 bulan... dah boleh tak pakai pampers.. alhamdulillah.. penjimatan yang cukup ketara.. hehheh... cumanya kengkadang tu masih ada accident..

Upcoming event in 2008

- General election? mama baru tukar address last month.. entah sempat ntah tidak.. kalau tak kena la balik BP untuk mengundi... tapi rasa cam dah dekat sangat dah nih.. tengok bilik gerakan dusun tua tu tetiba orang dok bersihkan.. kat kg spg balak tu siap orang dah gantung bendera biru dah.. isk.. tak aci..

- Hari keluarga Allahyarham Hj Yunos- insya allah masa cuti raya cina nanti... pak azim yang dok kat sabah yang dah dekat 7 tahun tak balik sini pun insya allah akan balik kampung jugak masa tu.. for info Allahyarman Hj Yunos ialah atuk mama sebelah bapa.

itu je setakat nih...

anyway.. sempena tahun baru semoga lebih bersemangat dan improve apa yang telah dicapai last year... semoga MAPS pun lebih bagus atau at least maintain.. baru la boleh cover hutang rainbow tu.. hehehhe...