hmmm... since last wednesday mama memang agak stress memikirkan masalah negara.. heheh.. dengar kat berita macam-macam.. kat penang lain, kat perak lain.. isk isk... tak sempat plak nak tengok media alternatif... sebab cuti malas la nak bukak internet.. sampai tidur pun termimpi-mimpi... hehehe...
kat penang
eiii.. tak larat tengok ketua pembangkang, dato' azhar ibrahim.. "kami mendesak kerajaan pusat untuk menarik balik projek-projek mega di Pulau Pinang. Kita nak tengok apa yang boleh kerajaan DAP+PKR berikan kepada rakyat Pulau Pinang". isk isk isk.. dah kalah pun masih sombong... dia ingat duit tu duit BN kot.. tak paham-paham lagi ke?
NEP? DEB?
wah.. umno pulak buat demo.. sebenarnya utusan yang buat gempak putar belit cakap guan eng.. hmmm... tak tau la... yang padahal orang tu kata nak buat open tender sebab sekarang dalam DEB tender tertutup. percaya cakap utusan tu buat apa? anyway utusan kata dia amik from Bernama. then Bernama pun dah bagi apology letter. Utusan takde nak buat public apology ke? so tengok la sapa yang menyebabkan racial tension? Utusan la... anyway mama tak pun tak berapa nak tau sangat apa yang ada dalam DEB tu? hehhehe... dah tak ingatlah.. dulu sejarah belajar kot..
hudud kat kedah?
"belum pape lagi dah cakap pasal nak laksana hudud... macamana orang tak takut".. itulah yang kite dengar... yg pi dengar cakap tv3 tu buat apa? mama pun tengok gak tapi mama boleh read between the lines.. pandai pulak dia edit cuma tunjuk yang TG Hj Hadi kata... "hudud pun hukum islam jugak". sebenarnya orang tanya PAS akan laksanakan hukum islam ke dalam kerajaan Kedah. tuan guru kata ye kita akan laksanakan. press tanya, hudud? tu yang TG Hj Hadi kata hudud pun hukum islam juga... media ni memang pandai provokasi.. dia tanya soalan saja je... kalau tersilap jawab sikit abislah satu dunia dia perbesarkan isu tu.. samalah macam yang terkena kat Guan Eng jugak...
MB Perak?
alhamdulillah yang ni dah settle. tapi hari tu cam geram la kat Lim kit siang bila dia suruh DAP adun boikot upacara tu... tah pape la.. .. nasib baik dia dah sedar... semalam tengok dia pun attend jugak swearing in ceremony of Perak MB. Congrats to Ir Nizar. tapi mesti mencabar yek sebab most of the exco will be from DAP and PKR. tapi khabarnya hebat juga Ir Nizar nih.. oversea graduate, consultant, ada Ir, anak semua hafiz.. betul ke? sebab tu la kot Raja Nazrin pilih dia... ye la cam interview, mestilah carik calon terbaik untuk tadbir negeri dia..
peralihan kuasa yang paling smooth di Penang.. mama pun rasa malu sebagai orang melayu... yang khir toyo nye lain cerita, yang tajol rosli nye mengunci diri dalam rumah.. yang Kedah tu tak sure takde isu kot tapi file semua hilang? huhu... macam-macam.. koh tsu koon very professional terus mengadap ydp penang untuk brief results GE, terus buat press conference.. tak kecoh pun.. yang khir toyo lagi best.. selagi kerajaan baru tak turunkan harga air, cukai pintu, kita hantar bil kepada MB. apa punya orang la.. sabor-sabor la.. exco pun tak lantik lagi... sekarang baru terdiam bila MB dah kata nak bagi free first 20meter cubic.. dia pegang MB dah berapa tahun kami dapat apa?
aduh rasa banyak lagi nak ulas.. isu MB perlis, isu MB terengganu, surat from mukhriz.. bla bla bla... tetiba blog nih dah jadik political blog pulak.. hehheheh... tapi tak terlarat la nak ulas semua.. lagipun rasanya semua memang tengah syok nak follow perkembangan politic negara sekarang nih... interesting.. excited nak tau apa akan jadi.. kalau ikutkan lagi dengarnya ada usaha-usaha untuk ajak YB BN untuk join BA so that BA boleh take over federal government... iskk... suspen tu... eh.. tapi ajak bukan dengan duit.. bersetuju terima mereka sekiranya mereka bersetuju dengan aspirasi dan agenda kita...
anyway mama rasa janganlah tamak pulak, biar kite berlatih yang kecik-kecik dulu.. tapi tak tau la kalau dah rasa memang capable, teruskan la...
anyway, mama doakan barisan kepimpinan yang baru ini akan mentadbir dengan bijak.. yang penting biarlah duit rakyat tu diuruskan sebaik-baiknya. elakkan pembaziran dan yang paling penting sekali ialah amanah..
welcome to the new Malaysia...
eh kabinet baru pak lah dah announce.. kite tengok siapa yang kena... :)
No comments:
Post a Comment