Alhamdulillah... PRU12 telah berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah menang besar opposition kali ni... Kedah, Penang, Perak dan Selangor telah berjaya ditakluk... Kelantan berjaya dipertahankan.. dah kalau nak ikutkan WP pun kira berjaya ditakluk sebab semua parlimen berjaya disapu bersih kecuali satu kerusi.. (WP takde DUN).. harap BN sedarlah sikit yang mereka mentadbir negara di kawasan yang orang dah taknak depa dah... pi la memerintah kat selatan atau kat sabah sarawak sana...
anyway memang satu pukulan hebat buat BN... dan mama rasa pakatan pembangkang pun tak sangka dapat banyak ni... mama pun excited tunggu keputusan hari tu sampai ke pagi... sampai tertidur-tidur depan tv.. pastu bangun sambung tengok lagi... seronok nengok kat astro awani tu sambil ada ulasan-ulasan... diorang yang baca keputusan pun asyik geleng kepala je.. sambil tu bukak internet sebab internet lagi cepat kuar results takyah tunggu results rasmi... ayah dah lama belayar dah depan tv... penat la tu selepas seharian bertugas di barong panas...
yang bestnya bila dengar satu persatu menteri tumbang... sami vellu, zainudin maidin, shahrizat, koh tsu koon... dan ramai lagi orang-orang kanan kerajaan.. nampak sangat betapa menyampahnya orang kat BN... paklah pun menang dengan reduced majority... yang boleh senyum sikit maybe najib sebab dia menang besor... (sebab ada kem tentera kat kawasan dia?).. yang paling best tu MIC semua pimpinan tertinggi dia kalah.. memang boleh bungkus la lepas ni...
satu lagi yang menarik ialah kebangkitan orang-orang muda seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Gwo Burne (yg rakam video Lingam) pun menang... kat tempat kitorang Parlimen serdang tu pun Teo Nie Ching DAP.. peguam muda pun menang...
Memang banyak fakta-fakta menarik dalam pilihanraya kali ni... dan tiada sorang pun penganalisis politik yang dijemput dalam mana-mana perbincangan (mama selalu tengok kat Awani tu) yang dapat menjangkakan keputusan ini... even pagi tadi dalam radio pun sorang penganalisis tu mengaku dia sendiri tersilap dalam membuat predictionnya...
the power of people.. makkal sathiy...
satu pengajaran buat BN yang semakin lama semakin sombong..
nah rasakan...
Allah itu Maha berkuasa... tanpa izinnya tak mungkin kita akan menang..
namun kemenangan ini adalah satu detik permulaan..
masanya untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan sebelum ini..
Buktikan yang kita boleh memerintah dengan adil dan saksama untuk kesejahteraan semua rakyat..
TAKBIR!!!
keputusan penuh
No comments:
Post a Comment