March 06, 2008

demam pilihanraya

isk... nervous...
nervous pagi tadi dah abih dah..
tinggal nervous lagi satu nih...

pagi tadi mama gi interview CRM. TM jugak lah.. cuma division lain... sekarang punya style kalau tak mintak orang tak naikkan.. so cubalah apply je.. tup-tup 2 hari lepas dapat panggilan interview... setelah meminta restu bonda di kampung malam tadi (sambil berkempen heheh).. ni kire baru selesai jugak la interview.. tapi orang tu kata keje ni kadang tak tentu masa... kadang tengah2 malam pun kena datang opis.. etc... tu yang buat mama pikir balik semula nih.. takpe kalau ianya baik untuk mama, semoga Allah mudahkan untuk mama dapat post tu.. tapi kalau ianya tak baik untuk mama, semoga Allah jauhkan ia daripada mama...

sambung balik cerita nervous satu lagi... apalagi kalau bukan pilihanraya.. hehehh... ada lagi kurang 48 jam je... sekarang ni nak keje pun tak semangat.. sepatutnya dah boleh start buat SLA report dah nih tapi tengah mood pilihanraya nih.. dok surf la berita-berita sensasi... tapi satu la sekarang ni kalau kat rumah mama lebih rela tengok ceria daripada tengok berita... hehhee... ayah pun memang sibuk la sekarang ni berkempen...

bibik: mama mana?
luqman: kat atas.
bibik: apa tak pegi keje?
luqman: pergi.
bibik: abis tu ayah kok dah pergi?
luqman: ayah pergi kempen la..
bibik: kempen? kempen tu apa?
luqman: kempen tu ayah nak suruh orang cina pangkah bulan la...
mama: (senyum)

tapi start semalam ayah demam.. maybe tak cukup rehat kot.. hari ni memang ayah dah mintak cuti.. last-last tengok jadi cuti sakit pulak.. hopefully dah makin ok la ayah kat rumah.. itu pun malam tadi sempat lagi pegi meeting kat rumah abang Din..

mama tolong gak berkempen.. kempen kat mak ima, kat nek, kat k ainah.. mak ima indecisive lagi.. almaklumlah first timer... nek ngan k ainah memang condong ke BN... almaklumlah kami ni orang johor memang terkenal dengan ketaatan kepada umnonya.. huhu... malam tadi mama call nenek... kempen la sikit... tapi dalam bercakap pun mama hati-hati jangan sampai menyinggung hati bonda tercinta... mama doakan nek boleh fikirkan apa yang mama cerita sikit-sikit... mama doakan nek terbuka hati nak pangkah bulan.. nenek komplen, abih tu calon pas takde pun datang nak kenalkan diri ke apa? yang noraini ni dah kenal dah.. majlis yassin dia datang... etc... hmmm... yang tu mungkin boleh pimpinan tengok sikit la cemana nak improve..

tapi mama kata kat nek, menang tu perkara kedua... tapi yang penting kita sendiri kalau boleh jangan sampai dipertanggungjawabkan nanti sekiranya memilih pemimpin yang zalim.. camtu gak mama pesan kat mak ima... nak kempen kat mak ima ngan k ainah tu senang sikit sebab boleh forward email ke forward link ke.. boleh baca sendiri...

nervous especially kat kelantan... kalau ikutkan kite confident je boleh kekal.. tapi dengan tipu muslihat BN dan SPR menyebabkan mama rasa nervous jugak... dengan dakwat kekal tak jadi, IC tentera ada 2, eiii.. takuuutt..

apa-apapun.. teruskan usaha, doa, tawakkal... Allah akan sentiasa berada bersama-sama orang yang benar... Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada kami Ya Allah...

eh result MAPS dah kuar ke?? jeng jeng jeng...

eh lupa.. UNDILAH PAS!! (nanti ada orang tegur pulak.. hehehhe)

No comments: