March 24, 2008

Hotdog Bun

sudah lama blog ini tenggelam dalam kancah politik negara.. hehehh.. kalau nak ikutkan macam-macam lagi perkembangan terbaru... yang tengah hot sekarang ni pasal MB terengganu la... nak jugak tengok ada tak orang buat demo "UMNO Terengganu Biadap!". Hari tu masa LKS nak boikot angkat sumpah MB perak tu sibuk sangat.. pastu bila terkena kat batang hidung sendiri senyap pulak.. tak paham.. tak paham...

eh ingatkan entry kali ni taknak cerita pasal politic tercerita pulak sikit.. heheh..hari ni kite nak relax-relax sikit la makan roti hotdog.. mama belajar buat roti ni masa kelab wanita tmn sutera buat kelas roti.. cikgunya ialah Xette, jiran depan rumah ... dah lama dah belajar tapi tak terbuat-buat.. so hari tu ada kesempatan untuk buat... menjadik pulak tu...

Resepi

Bahan doh:
4 cawan tepung berprotein tinggi - diayak
3/4 cawan gula castor
2 sudu susu tepung dicampur dalam air menjadi 210ml air susu tepung
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar yis
Secubit garam

Bahan lain
hotdog bahagi 2 atau 4
1 biji telur dipukul untuk disapu atas roti

Cara-cara
Campurkan tepung, gula, yis, marjerin dan telur.
Masukkan air susu sedikit demi sedikit
Uli hingga menjadi doh
Uli hingga doh tidak melekat pada bekas
Tutup dengan tuala basah
Biarkan naik sehingga 2 jam
(untuk rekod.. mama uli sendiri tau.. bukan bibik.. heheh)
(terlupa nak amik gambo doh yang dah kembang.. kembang semangkuk tau)

Selepas 2 jam, tumbuk doh dengan penumbuk tangan untuk keluarkan udara yang terperangkap (actually yang ni mama tengok chef wan buat roti dlm tv. cikgu xette tak ajar pun.. heheh)
Pastu boleh la bentukkan dia nak bentuk cemana pun..
contohnya lilitkan pada hotdog..
satu lagi mama buat.. campur cinnamon and raisin..


Pastu sedia untuk dimasukkan dalam oven - 180 darjah dlm 20 minit
tapi bila tengah separuh masak - dlm 10 minit, keluarkan kejap, sapu atas roti dengan telur supaya nanti roti jadi kuning cantik..
Lepas 20 minit, sapu pula dengan marjerin supaya roti nampak berkilat..
Taraaa...

sedaaap... heheh.. bebudak pun suka especially luqman... kalau imran dia makan hotdognya aje.. isk.. penat mama menguli dia buang je rotinya... huhu..

hari tu buat untuk bawak ke surau untuk jamuan kuliah subuh.. ayah kata orang kata sedap boleh buat bisnes... mamasherry bakery... cellamak...

No comments: