January 17, 2008
musibah yang melanda...
ketika kita semua sedang menyambut tahun baru hijrah, berlaku satu tragedi di taman sutera. Dua kanak-kanak mati lemas dalam tasik tmn sutera. Dipercayai 4 orang kanak-kanak pergi memancing di tepi tasik tersebut. Apabila hujan lebat turun, mereka berteduh di bawah longkang tempat laluan air. Tiba-tiba arus deras menghanyutkan mereka.. dua orang dapat berenang semula ke tebing tasik namun dua orang lagi tidak dapat menyelamatkan diri lalu hilang dihanyutkan air. Kejadian dipercayai berlaku dalam pukul 4 ptg. Mayat ditemui oleh pihak bomba dalam pukul 8 dan 9 malam. Takziah kepada keluarga allahyarham adik Mohd Zulkarnain dan adik Mohd Faisal.
Mama pun sempat la tengok bomba buat operasi menyelamat tapi tak tunggu la sampai malam.. memang sebelum ni kalau lalu situ mama seriau je tengok budak-budak dok kat tebing tasik tu.. main-main air... ada tu pulak boleh berenang dalam tu... padahal ada tulis kat situ dilarang memancing dan mandi.. tapi bende dah nak jadik.. harap menjadi iktibar.. mungkin lepas ni pemaju kena letak pagar kat tepi tasik tu kot...
dah lama dah mama tak jenguk blog kengkawan.. sibuk sikit biasalah awal bulan... semalam baru ada kesempatan sikit... takziah kepada abu amiir atas pemergian atuk muhammad... takziah juga kepada kopisuam atas tragedi kebakaran rumah ibu bapa mertua...
semalam juga kami dikejutkan dengan pemergian seorang staff di kelana jaya.. K. Faridah Mohd Aspar... beliau meninggal semasa sedang menunggu rawatan di Klinik Rakan Medik di Kelana Jaya.. Kemungkinan penyebabnya adalah darah tinggi... mama sempat melawat jenazah tengahari semalam... sayu je.. memang sebelum ni kalau ada any event ke meeting ke kat KLJ tu memang selalu mintak tolong beliau...
innalillahi wainna ilaihi raajiun....
bacalah alfatihah dan sedekahkan pahalanya kepada yang telah pergi...
takziah kepada yang mereka yang masih di sini...
harap bersabar dengan segala dugaan yang menimpa...
insya allah.. ada hikmah disebalik segala musibah yang berlaku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment