August 25, 2010

Bersedekah

Kan dah kata hari tu kena buat persediaan harta apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Peluang untuk bersedekah pada bulan ini memang datang mencurah-curah, maka rugilah kita kalau kita lepaskan peluang ini. Bulan lain pun ada juga peluang tapi tak sebanyak bulan ini. Kalau bulan lain tu boleh je nak bersedekah, kalau peluang tak datang, carilah peluang itu....

Peluang yang datang itu pun perlu diambil dengan segera. Kalau tidak, ianya akan berlalu begitu sahaja (lupa la tu). Contohnya kalau orang email, atau orang edarkan borang, atau orang post something kat blog dia, kalau boleh teruslah buat capaian ke Maybank2u untuk buat transfer. Kalau kata nanti sekejap, alamatnya terlupalah.. (mama sendiri mengalaminya).

Namun yang penting ikhlas, bukan terpaksa, atau bukan untuk menunjuk-nunjuk.... Tentu seronok kan bila memikirkan mereka yang tak berkemampuan ini nanti dapat beraya dengan baju raya, duit raya (namun mungkin itu pun tak dapat menggantikan kesayuan beraya tanpa ibu bapa - untuk kes anak2 yatim)... Sikit-sikit tu boleh la kita ceriakan mereka...

Lagi satu, jangan lupa keluarga terdekat kita yang kurang berkemampuan... Itu yang paling utama.. adik-beradik, pakcik makcik... kalau ada....

Semoga Ramadhan mendidik kita menjadi insan yang lebih baik...

August 18, 2010

Tidur

Bulan puasa ni... asal masuk kereta je tidur... asal masuk kereta je tidur... Minta maaf ye ayah.. i'm a lousy driver's companion for this month.. huhuhu...

Ini tak kira qailulah dah ni.

Qailulah - Tidur sekejap pada waktu tengahari (10-15 minit) sebelum masuk waktu Zuhur. Tujuannya untuk recharge semula badan kita supaya boleh sambung aktiviti pada waktu petang dengan efisien. Also known as power nap. Recommended by Rasulullah SAW. Juga telah diiktiraf oleh dunia barat akan hikmahnya. Kajian telah menunjukkan orang yang tidur sekejap waktu tengahari mempunyai productiviti dan daya kreativiti yang lebih tinggi. Tapi jangan terlebih tidur. Kalau terlebih tidur ianya akan membuatkan badan kita jadi letih dah lesu.

Di office mama sekarang, bila waktu rehat tengahari, semua lampu ditutup. Selain menjimatkan tenaga elektrik dan kos operasi, ianya juga sangat sesuai untuk kita qailulah. Sebab nak tengok PC pun nak tekan keyboard pun tak nampak. Jadi mari kita tidur sekejap beramai-ramai.. hehehhe..

Anyway, tengahari qailulah, qailulah juga... Tapi pagi pegi keja tidur.. balik pun tidur... So sepatutnya takde alasan la mengantuk lagi bila kat rumah... Kan mama kan???

August 16, 2010

Masalah itu masalah kita semua...

Minggu lepas semasa menghadiri kursus Business Performance Management...

Trainer: Tahu tak, sebenarnya tak elok kita baca suratkhabar pagi-pagi.
Kami: Kenapa?
Trainer: Sebab kita sepatutnya mulakan hari kita dengan perkara-perkara yang positif. Suratkhabar sekarang terlalu banyak berita-berita yang negatif. Kita tak mahu benda-benda negatif ini mempengaruhi kita sepanjang hari.

How true! Bila kita buka news, apa yang kita nampak? Mati dibunuh, bunuh anak, bunuh bapak, rompak, ragut, samun, buang bayi, rasuah, etc etc etc.... Semuanya menyesakkan dada dan fikiran. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang? Kalau dulu berita-berita begini hanya terdapat di luar negeri, sekarang ianya sudah sampai dekat dengan kita, di sekeliling kita yang kebanyakan kesnya ialah melibatkan orang Islam. Manalah silapnya?

Kes buang bayi semakin hari semakin menjadi. Kerajaan pun dah jadi tak senang duduk - nak ubah undang-undang bagi hukuman lebih berat, bina sekolah mengandung.... Tapi bak kata Ustaz Pahrol, tak guna membersihkan productnya selagi punca-puncanya tidak dikawal, malah dipromote dengan berleluasanya..

Takut, bimbang, resah, risau memikirkan cabaran yang akan dihadapi oleh anak-anak kita nanti. Bukannya mereka berada di depan mata kita setiap masa, macamana kita nak pastikan mereka sentiasa selamat dari fitnah dunia ini? Pentingnya peranan ibu bapa untuk memberikan perisai kepada mereka. Sejak kecil perlu dididik dengan ajaran islam - solatnya, puasanya, bahasanya, akhlak tingkahlakunya, cara berpakaiannya, siaran tv apa yang dia tonton... Semua kena bermula dari kecil lagi.

Namun sekiranya semua itu ibu bapa telah lakukan, adakah ianya menjamin yang anak-anak kita akan selamat? Di luar sana banyak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi mereka - internet, tv, kawan-kawan....

Habis tu macamana?

Ya Allah, kepada Engkaulah tempat kami mengadu. Selamatkan anak-anak kami dari gejala sosial dan segala macam fitnah dunia. Engkau tetapkan dan teguhkanlah keimanan mereka, ya Allah. Engkau sajalah tempat kami mengadu...

August 13, 2010

August 12, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah hari ini dah masuk 2 Ramadhan...

Macamana dengan ramadhan anda??

Tahun ni Imran baru nak belajar puasa. Hari pertama bangun sahur, wah, bersemangat! Makan pun banyak. Ikut solat subuh berjemaah kemudian terus mandi dan bersiap-siap untuk ke tadika. Balik dari sekolah, Imran kata dia dapat puasa sampai petang. Lepas tu dia tak larat cikgu bagi makan. Oklah tu. At least dapat juga lebih setengah hari. Not bad for a beginner...

Pagi tadi, Imran sahur minum susu je. Tak mau makan. Hmm... tak taulah tu sampai pukul berapa dia boleh tahan. Selain tu, KPI terbaru untuk Imran ialah kena mula bersolat. Sebelum ni memang dia ada juga ikut solat tapi selalu main-main. Kadang ikut kadang tak ikut. So selepas ramadhan ni harapannya istiqamah lah Imran solat. Untuk mula-mula ni solat Maghrib dulu. Kemudian-kemudian nanti kita akan tambah sikit-sikit sampai cukup 5 waktu.

Kakak dan abang yang lain insya allah tak ada masalah. Tahun-tahun sebelum ni pun memang dah puasa penuh. Cuma first day lagi Maisara kata dia sakit perut kat sekolah pastu dia makan kuih. Hmmmm... mama tanya sakit perut sakit perut ke sakit perut lapar? kalau lapar tu kenalah cuba tahan.. kan puasa tu menahan lapar dan dahaga... Hopefully hari ni dia dapat puasa betul-betul.

Terawikh buat kat rumah je. Ayah kata tunggu la puasa 2 minggu ke baru terawikh kat surau. sekarang ni tengah penuh tak sesuai nak bawak semua. Humaira, Maisara, Luqman pun baru nak belajar2 solat terawikh. 2 rakaat je. Malam 1st puasa tu alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi semalam hanyut je.. penat sangat nampaknya. So lepas solat isyak terus pegi tidur. Cuma Maisara je yang dapat buat terawikh. Ye la dia segar la puasa separuh hari je... Mama pun letih juga. Adakah mama tak cukup persediaan fizikal? Huhu... Sedangkan banyak benda nak kena buat - balik, siapkan hidangan buka puasa (beli je), buka puasa, solat maghrib, sambung makan, kemas meja/dapur, solat isyak/terawikh, basuh baju, iron baju, lipat baju, sidai baju, tidurkan anak-anak.... Memang adakalanya tak dapat terawikh sampai 8 pun macam malam tadi.. Tadarus pun kalau kat rumah tu memang tak sempat. Harap kan kat opis je semoga Allah permudahkan...

Abih tu camno? Sebenarnya siapkan hidangan buka puasa, buka puasa, makan, kemas meja/dapur, solat isyak/terawikh, basuh baju, iron baju, lipat baju, sidai baju, tidurkan anak-anak... semua tu pun ibadah juga bila kita buat dengan ikhlas dan lillahi taala.. cuma ianya bukanlah dipanggil ibadah khusus.. Jadi, jangan sedih-sedih ye mama... mohon keredhaan Allah...

Ramadhan ialah training ground. ada orang panggil Madrasah/Universiti Ramadhan. sebab apa? Sebab waktu ni kita akan melipatgandakan amalan kita - solat sunat, bersedekah, tahajud, terawikh, tadarus... Jadi sepatutnya keluar dari Ramadhan pun kita kena istiqamah juga. Bukan hanya jadikan ramadhan ini bulan beribadah lepas tu tak payah beribadah dah...

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari semalam... Amin...

August 05, 2010

The Power of Dua

Wah seronoknya memborong kerepek dan biskut nestum kat opis KLJ. Seperti biasa tempat K Normah/K Jah tu memang ada macam-macam. Bila dah lepas membayar, tengok duit kat dalam purse.. alamak tinggal 3 ringgit je! macamana nak bayar parking kat menara ni? nak singgah mana-mana nak keluar duit.. nak singgah mana ye macam tak ada je....

Mula la hati menggelabah... Ya Allah, sediakan lah satu parking untuk aku kat -2. Sepanjang perjalanan balik ke menara tak henti-henti berdoa. Lagipun nak kejar Forum Menyambut Ramadhan tu start pukul 1. Tiba di menara dekat parking -2, alamak 0 la... Cuba -4, 0 juga tapi tak ada orang queue. tapi dah terlepas tu baru terpikir naper la tak tunggu kat situ. Kalau boleh memang la malas nak queue sebab dah dekat pukul 1 dah nanti forum dah start. Terpaksa la pusing sekali round lagi. Sampai kat -2 parking pak guard dah tolong angkat kon bagi laluan masuk -2. Alhamdulillah.. dapat juga parking free hari tu. Dan alhamdulillah sempat la tengok Forum.

Kebetulan? Mujur? Nasib baik?

-------------------------------

Delay lagi? Hari tu dah extend timeline 2 minggu untuk VX sebab billing belum siap. Takkan nak extend lagi? Kengkadang tu rasa tebal je muka nak mintak extend lagi kat user. Hari tu kita juga yang commit date tu. Tapi kita sendiri tak boleh nak deliver ikut apa yang kita janjikan.

Faham. Call plan kali ni memang agak complex. Tak pernah dibuat dek oranglah. Itu yang bill run dah 6 kali dah ni. Petang semalam last diorang bagi masa. Kalau tak settle tak keluar juga bill image kena panggil meeting. Petang semalam mama tulis email kat team kami...

Mari kita doa sama-sama.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Berjayakanlah testing invoice VX kami ini… Amin…

Pagi ni mama pergi KLJ, dah panggil meeting siap-siap sebab setakat petang semalam memang tak ada good news lagi. Pagi ni Laila kata, bill dah keluar nampak macam ok. Boleh la bagi kat product untuk verify. Alhamdulillah.... so pagi ni meeting dah jadi UAT untuk verify billing..

Kebetulan? Mujur? Suratan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada mama, mama yakin Allah telah mendengar permintaan hambaNya....

Ada banyak lagi kisah-kisah yang lain yang berlaku dalam kehidupan seharian mama yang membuktikan sekiranya kita minta dengan bersungguh-sungguh dengan Allah, Dia akan beri. Jangan malas nak minta dengan Allah walaupun benda-benda kecil, contohnya cari stokin hilang, tali pinggang luqman tak tau kat mana, bagi masakan kita sedap, jalan jangan jem nak kejar meeting dan sebagainya...

Cuba praktikkan... Dan insya allah ianya dapat meningkatkan keyakinan kita terhadap Allah yang Maha Berkuasa.

August 04, 2010

Belajar bersama anak-anak

Minggu ini minggu ujian bagi anak-anak mama. Masa-masa macam ni, masing-masing sibuk mengulangkaji termasuklah mama dan ayah juga. Walaupun dah banyak kali ujian/peperiksaan namun bila tiba masa untuk mengulangkaji masih minta mama ulangkaji sama-sama. Mula-mula dulu Luqman sorang - managable. Sekarang ni dah 3 orang, agak kurang managable la sikit. Cuma bagusnya ada past years papers luqman punya boleh la dijadikan panduan oleh Humaira dan Maisara. Nanti kalau dah 5 orang semua dah sekolah macamana ye??

Itulah pentingnya constant study.. Hehehe... jangan tunggu masa nak ujian baru sibuk nak ulangkaji. Tapi begitulah lumrah alam. Bila dah terkena baru beringat, tapi lepas tu terlupa balik... sampai la next ujian. Bukan salahkan anak-anak, kita yang kena latih mereka. Dari dulu kami nak buatkan jadual untuk mereka tapi tak terbuat-buat juga... Setakat ni kami memang tak hantar tuisyen mana-mana, setakat ni ada tuisyen kat rumah untuk English. Cikgu tuisyennya ialah ayah.. hehheh... garang jugak cikgu tuisyen nih.. hehhe..

Anyway, bagus sebenarnya bila kita belajar bersama-sama dengan anak-anak nih. Sebenarnya kita pun dapat belajar sama. Contohnya bahasa Arab. Banyak mama belajar benda baru. Dulu kecik-kecik memang mama belajar bahasa arab masa sekolah petang masa sekolah rendah dulu. Tapi yang paling mama ingat jumjumatun je lah.. hehheh.. (jumjumatun = tengkorak). Grammer-grammer tu sikit sikit coming back to me now la.. mu'anath muzakkar... fi'il maadhi mudhari'.. Jadi untuk mengulangkaji dengan anak-anak kita sendiri kena study dulu...

Ada juga yang sebenarnya kita dah lama belajar tapi dah lupa contohnya subjek Pendidikan Islam. Malam tadi mama main soal-soal dengan Luqman, syarat wajib solat apa-apa dia? Salah satu syarat wajib ialah orang itu boleh mendengar dan melihat. Eh betul ke? Kalau orang tu tak boleh mendengar dan melihat tak wajib solat ke? Malam tadi tak sempat la mama nak buat research lebih sikit.

Pagi ni, terpandang buku Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat yang mama beli dari K Haraza dulu. Beli saja tapi tak pernah buka pun untuk baca huhu. Dalam buku ni pun ada tulis syarat wajib orang itu mesti memiliki pendengaran dan penglihatan. Orang yang cacat pendengaran DAN penglihatan sejak dilahirkan tidak wajib solat. Full stop. Tiada huraian, tiada penerangan. Search kat internet pun tak jumpa yang memuaskan hati. Mama tak ingat pula mama ada belajar dulu. Andaian mama kemungkinan bila dia dilahirkan buta & pekak sejak lahir, dia tak pernah tahu macamana nak tunaikan solat. Orang nak ajar dia pun macamana kan. Satu-satunya cara nak mengajar ialah melalui sentuhan, macamana ye? Jadi orang yang buta dan pekak bukan sejak lahir, dan dia sebelum ni dah pernah solat, mama rasa masuklah dalam golongan yang wajib solat. cuma kena ada orang bagitau bila tiba masuk waktu solat lah. hmm.. nak kena tanya ustad-ustad nih... Ini main agak-agak je. Memang lah tak related dengan kita na'uzubillah tapi bila dah tahu ada bende kita tak tahu nak la tahu juga. Lagi satu sebab nak explain kat budak2 ni...Ini nak mengajar tapi kita sendiri tak paham. Anyway, kalau ada sesiapa yang arif tolonglah betulkan kalau salah ye... Mak zun mana? Hehehe..

Malam ni kena study Sirah & Arab & Jawi pulak.. Jawi ni baca memang la boleh tapi bila suruh tulis kadang kita pun tersalah juga, mana yang kena ada alif tengah-tengah, mana yang tak perlu alif tengah-tengah. Mama pun tak dapat lagi formula. Arab pulak banyak nak kena hafal. Sirah pun kena hafal... Huh, ini last minute study punya pasal la nih...

Pagi tadi mama cakap kat anak-anak. "Ok lepas ni kita kena buat English Day dengan Al-yaumullughatul arabiah la.. Monday is English Day. Jumaat is Arabic Day. Ok tak??" Anak-anak pun jawab... " Ala.......". Panjang betul 'alaa' nye.. Hmm... dulu pun rasanya pernah nak buat English day tu tapi angan-angan tinggal angan-angan... OK kids... kali ni kita kena buat betul-betul tau!

Anyway, hopefully hari ni dan esok anak-anak mama semua boleh jawab semua soalan dengan mudah. Yang penting faham tau... Tinggal satu hari lagi (esok) lepas tu kita balik kampung yeayyy!!! (hahah... mama pun rasa macam tak sabar nak sambut merdeka lepas exam juga... hehehe)

August 02, 2010

Persediaan menghadapi ramadhan

Hari Khamis yang lepas, TM dengan kerjasama PPZ telah menganjurkan Forum "Ramadhan - Peluang Infaq Terhebat". Panelist hebat-hebat belaka - YBhg. Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz (Mantan Pegawai Agama Istana Negara) dan Al Fadhil Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara Al Kulliyyah TV3) dan dimoderatekan oleh Ust Ahmad Husni Abd Rahman (PPZ)..

Just nak share sedikit point dari Ustaz Fauzi yang menyentuh tentang persediaan menghadapi Ramadhan..

1. Persediaan iman
- berazam untuk memantapkan lagi ibadah kita kepada Allah
- melahirkan rasa seronok untuk menyambut ramadhan

2. Persediaan masa
- susun jadual harian kita dengan sebaiknya
- batalkan aktiviti tertentu yang tidak penting - supaya boleh focus kepada ramadhan

3. Persediaan fizikal
- pastikan kita sihat, fit untuk menjalankan ibadah puasa dan ibadah2 lain

4. Persediaan harta
- banyakkan derma dan sedeqah pada bulan ramadhan, jadi kena plan
- jamu orang buka puasa
- duit raya sebenarnya elok bagi masa bulan ramadhan terutama kepada yang kurang mampu supaya duit itu boleh digunakan untuk membuat persiapan hari raya
- namun begitu zakat jangan lupa. bukan zakat fitrah saja - zakat simpanan, zakat emas & perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan....
- jangan sibuk bersedekah tapi terlupa zakat - zakat wajib, sedekah sunat

5. Persediaan ilmu
- baca balik ilmu berkaitan puasa - rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, syarat sah puasa... etc
- contoh - orang selalu kata kalau puasa korek hidung - batal puasa - sebenarnya tak batal
- contoh - anak-anak kecil yang sedang berlatih puasa kalau dah tak larat jangan paksa, mereka belum wajib puasa. yang wajib puasa mak bapaknya..
- contoh - orang puasa tak boleh telan air liur - tu yang asyik meludah je...<---- tak betul ni
- jadi kena buka balik buku bab puasa - refresh balik..

Semoga bermanfaat

cik adik.. kot ye pun pose lapar sangat, jgnlah sampai makan kotak kaler tu...
(gambar hiasan)