Minggu ini minggu ujian bagi anak-anak mama. Masa-masa macam ni, masing-masing sibuk mengulangkaji termasuklah mama dan ayah juga. Walaupun dah banyak kali ujian/peperiksaan namun bila tiba masa untuk mengulangkaji masih minta mama ulangkaji sama-sama. Mula-mula dulu Luqman sorang - managable. Sekarang ni dah 3 orang, agak kurang managable la sikit. Cuma bagusnya ada past years papers luqman punya boleh la dijadikan panduan oleh Humaira dan Maisara. Nanti kalau dah 5 orang semua dah sekolah macamana ye??
Itulah pentingnya constant study.. Hehehe... jangan tunggu masa nak ujian baru sibuk nak ulangkaji. Tapi begitulah lumrah alam. Bila dah terkena baru beringat, tapi lepas tu terlupa balik... sampai la next ujian. Bukan salahkan anak-anak, kita yang kena latih mereka. Dari dulu kami nak buatkan jadual untuk mereka tapi tak terbuat-buat juga... Setakat ni kami memang tak hantar tuisyen mana-mana, setakat ni ada tuisyen kat rumah untuk English. Cikgu tuisyennya ialah ayah.. hehheh... garang jugak cikgu tuisyen nih.. hehhe..
Anyway, bagus sebenarnya bila kita belajar bersama-sama dengan anak-anak nih. Sebenarnya kita pun dapat belajar sama. Contohnya bahasa Arab. Banyak mama belajar benda baru. Dulu kecik-kecik memang mama belajar bahasa arab masa sekolah petang masa sekolah rendah dulu. Tapi yang paling mama ingat jumjumatun je lah.. hehheh.. (jumjumatun = tengkorak). Grammer-grammer tu sikit sikit coming back to me now la.. mu'anath muzakkar... fi'il maadhi mudhari'.. Jadi untuk mengulangkaji dengan anak-anak kita sendiri kena study dulu...
Ada juga yang sebenarnya kita dah lama belajar tapi dah lupa contohnya subjek Pendidikan Islam. Malam tadi mama main soal-soal dengan Luqman, syarat wajib solat apa-apa dia? Salah satu syarat wajib ialah orang itu boleh mendengar dan melihat. Eh betul ke? Kalau orang tu tak boleh mendengar dan melihat tak wajib solat ke? Malam tadi tak sempat la mama nak buat research lebih sikit.
Pagi ni, terpandang buku Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat yang mama beli dari K Haraza dulu. Beli saja tapi tak pernah buka pun untuk baca huhu. Dalam buku ni pun ada tulis syarat wajib orang itu mesti memiliki pendengaran dan penglihatan. Orang yang cacat pendengaran DAN penglihatan sejak dilahirkan tidak wajib solat. Full stop. Tiada huraian, tiada penerangan. Search kat internet pun tak jumpa yang memuaskan hati. Mama tak ingat pula mama ada belajar dulu. Andaian mama kemungkinan bila dia dilahirkan buta & pekak sejak lahir, dia tak pernah tahu macamana nak tunaikan solat. Orang nak ajar dia pun macamana kan. Satu-satunya cara nak mengajar ialah melalui sentuhan, macamana ye? Jadi orang yang buta dan pekak bukan sejak lahir, dan dia sebelum ni dah pernah solat, mama rasa masuklah dalam golongan yang wajib solat. cuma kena ada orang bagitau bila tiba masuk waktu solat lah. hmm.. nak kena tanya ustad-ustad nih... Ini main agak-agak je. Memang lah tak related dengan kita na'uzubillah tapi bila dah tahu ada bende kita tak tahu nak la tahu juga. Lagi satu sebab nak explain kat budak2 ni...Ini nak mengajar tapi kita sendiri tak paham. Anyway, kalau ada sesiapa yang arif tolonglah betulkan kalau salah ye... Mak zun mana? Hehehe..
Malam ni kena study Sirah & Arab & Jawi pulak.. Jawi ni baca memang la boleh tapi bila suruh tulis kadang kita pun tersalah juga, mana yang kena ada alif tengah-tengah, mana yang tak perlu alif tengah-tengah. Mama pun tak dapat lagi formula. Arab pulak banyak nak kena hafal. Sirah pun kena hafal... Huh, ini last minute study punya pasal la nih...
Pagi tadi mama cakap kat anak-anak. "Ok lepas ni kita kena buat English Day dengan Al-yaumullughatul arabiah la.. Monday is English Day. Jumaat is Arabic Day. Ok tak??" Anak-anak pun jawab... " Ala.......". Panjang betul 'alaa' nye.. Hmm... dulu pun rasanya pernah nak buat English day tu tapi angan-angan tinggal angan-angan... OK kids... kali ni kita kena buat betul-betul tau!
Anyway, hopefully hari ni dan esok anak-anak mama semua boleh jawab semua soalan dengan mudah. Yang penting faham tau... Tinggal satu hari lagi (esok) lepas tu kita balik kampung yeayyy!!! (hahah... mama pun rasa macam tak sabar nak sambut merdeka lepas exam juga... hehehe)
No comments:
Post a Comment