Alhamdulillah hari ini dah masuk 2 Ramadhan...
Macamana dengan ramadhan anda??
Tahun ni Imran baru nak belajar puasa. Hari pertama bangun sahur, wah, bersemangat! Makan pun banyak. Ikut solat subuh berjemaah kemudian terus mandi dan bersiap-siap untuk ke tadika. Balik dari sekolah, Imran kata dia dapat puasa sampai petang. Lepas tu dia tak larat cikgu bagi makan. Oklah tu. At least dapat juga lebih setengah hari. Not bad for a beginner...
Pagi tadi, Imran sahur minum susu je. Tak mau makan. Hmm... tak taulah tu sampai pukul berapa dia boleh tahan. Selain tu, KPI terbaru untuk Imran ialah kena mula bersolat. Sebelum ni memang dia ada juga ikut solat tapi selalu main-main. Kadang ikut kadang tak ikut. So selepas ramadhan ni harapannya istiqamah lah Imran solat. Untuk mula-mula ni solat Maghrib dulu. Kemudian-kemudian nanti kita akan tambah sikit-sikit sampai cukup 5 waktu.
Kakak dan abang yang lain insya allah tak ada masalah. Tahun-tahun sebelum ni pun memang dah puasa penuh. Cuma first day lagi Maisara kata dia sakit perut kat sekolah pastu dia makan kuih. Hmmmm... mama tanya sakit perut sakit perut ke sakit perut lapar? kalau lapar tu kenalah cuba tahan.. kan puasa tu menahan lapar dan dahaga... Hopefully hari ni dia dapat puasa betul-betul.
Terawikh buat kat rumah je. Ayah kata tunggu la puasa 2 minggu ke baru terawikh kat surau. sekarang ni tengah penuh tak sesuai nak bawak semua. Humaira, Maisara, Luqman pun baru nak belajar2 solat terawikh. 2 rakaat je. Malam 1st puasa tu alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi semalam hanyut je.. penat sangat nampaknya. So lepas solat isyak terus pegi tidur. Cuma Maisara je yang dapat buat terawikh. Ye la dia segar la puasa separuh hari je... Mama pun letih juga. Adakah mama tak cukup persediaan fizikal? Huhu... Sedangkan banyak benda nak kena buat - balik, siapkan hidangan buka puasa (beli je), buka puasa, solat maghrib, sambung makan, kemas meja/dapur, solat isyak/terawikh, basuh baju, iron baju, lipat baju, sidai baju, tidurkan anak-anak.... Memang adakalanya tak dapat terawikh sampai 8 pun macam malam tadi.. Tadarus pun kalau kat rumah tu memang tak sempat. Harap kan kat opis je semoga Allah permudahkan...
Abih tu camno? Sebenarnya siapkan hidangan buka puasa, buka puasa, makan, kemas meja/dapur, solat isyak/terawikh, basuh baju, iron baju, lipat baju, sidai baju, tidurkan anak-anak... semua tu pun ibadah juga bila kita buat dengan ikhlas dan lillahi taala.. cuma ianya bukanlah dipanggil ibadah khusus.. Jadi, jangan sedih-sedih ye mama... mohon keredhaan Allah...
Ramadhan ialah training ground. ada orang panggil Madrasah/Universiti Ramadhan. sebab apa? Sebab waktu ni kita akan melipatgandakan amalan kita - solat sunat, bersedekah, tahajud, terawikh, tadarus... Jadi sepatutnya keluar dari Ramadhan pun kita kena istiqamah juga. Bukan hanya jadikan ramadhan ini bulan beribadah lepas tu tak payah beribadah dah...
Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari semalam... Amin...
No comments:
Post a Comment