Bulan puasa ni... asal masuk kereta je tidur... asal masuk kereta je tidur... Minta maaf ye ayah.. i'm a lousy driver's companion for this month.. huhuhu...
Ini tak kira qailulah dah ni.
Qailulah - Tidur sekejap pada waktu tengahari (10-15 minit) sebelum masuk waktu Zuhur. Tujuannya untuk recharge semula badan kita supaya boleh sambung aktiviti pada waktu petang dengan efisien. Also known as power nap. Recommended by Rasulullah SAW. Juga telah diiktiraf oleh dunia barat akan hikmahnya. Kajian telah menunjukkan orang yang tidur sekejap waktu tengahari mempunyai productiviti dan daya kreativiti yang lebih tinggi. Tapi jangan terlebih tidur. Kalau terlebih tidur ianya akan membuatkan badan kita jadi letih dah lesu.
Di office mama sekarang, bila waktu rehat tengahari, semua lampu ditutup. Selain menjimatkan tenaga elektrik dan kos operasi, ianya juga sangat sesuai untuk kita qailulah. Sebab nak tengok PC pun nak tekan keyboard pun tak nampak. Jadi mari kita tidur sekejap beramai-ramai.. hehehhe..
Anyway, tengahari qailulah, qailulah juga... Tapi pagi pegi keja tidur.. balik pun tidur... So sepatutnya takde alasan la mengantuk lagi bila kat rumah... Kan mama kan???
2 comments:
Mungkin sebab bangun awal untuk prepare makanan untuk sahur sebab tu jadi ngantuk..
tulah.. mungkin juga tapi orang lain pun bangun sahur jugak. prepare pun setakat panas2kan lauk je.. mungkin nak kena pakai detox patch azuan tu balik kot hehheh..
Post a Comment