Minggu lepas semasa menghadiri kursus Business Performance Management...
Trainer: Tahu tak, sebenarnya tak elok kita baca suratkhabar pagi-pagi.
Kami: Kenapa?
Trainer: Sebab kita sepatutnya mulakan hari kita dengan perkara-perkara yang positif. Suratkhabar sekarang terlalu banyak berita-berita yang negatif. Kita tak mahu benda-benda negatif ini mempengaruhi kita sepanjang hari.
How true! Bila kita buka news, apa yang kita nampak? Mati dibunuh, bunuh anak, bunuh bapak, rompak, ragut, samun, buang bayi, rasuah, etc etc etc.... Semuanya menyesakkan dada dan fikiran. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang? Kalau dulu berita-berita begini hanya terdapat di luar negeri, sekarang ianya sudah sampai dekat dengan kita, di sekeliling kita yang kebanyakan kesnya ialah melibatkan orang Islam. Manalah silapnya?
Kes buang bayi semakin hari semakin menjadi. Kerajaan pun dah jadi tak senang duduk - nak ubah undang-undang bagi hukuman lebih berat, bina sekolah mengandung.... Tapi bak kata Ustaz Pahrol, tak guna membersihkan productnya selagi punca-puncanya tidak dikawal, malah dipromote dengan berleluasanya..
Takut, bimbang, resah, risau memikirkan cabaran yang akan dihadapi oleh anak-anak kita nanti. Bukannya mereka berada di depan mata kita setiap masa, macamana kita nak pastikan mereka sentiasa selamat dari fitnah dunia ini? Pentingnya peranan ibu bapa untuk memberikan perisai kepada mereka. Sejak kecil perlu dididik dengan ajaran islam - solatnya, puasanya, bahasanya, akhlak tingkahlakunya, cara berpakaiannya, siaran tv apa yang dia tonton... Semua kena bermula dari kecil lagi.
Namun sekiranya semua itu ibu bapa telah lakukan, adakah ianya menjamin yang anak-anak kita akan selamat? Di luar sana banyak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi mereka - internet, tv, kawan-kawan....
Habis tu macamana?
Ya Allah, kepada Engkaulah tempat kami mengadu. Selamatkan anak-anak kami dari gejala sosial dan segala macam fitnah dunia. Engkau tetapkan dan teguhkanlah keimanan mereka, ya Allah. Engkau sajalah tempat kami mengadu...
No comments:
Post a Comment