April 30, 2010

Teaming with Excellence Pulau Langkawi 2010

Caution: This is gonna be a very looooong entry....

Dah lamanya nak cerita pasal ni tapi gambar baru dapat. Memang kalau harap gambar dalam henpon mama memang tak banyak pun snap. So tunggu gambar dari camera orang lain.

Pada 2 April yang lepas, mama telah mengikuti kursus Teaming with Excellence atau kata nama mudahnya Team Building la yang julung-julung kalinya diorganize oleh Group IT. Sebenarnya dah start last year tapi untuk division lain. Last-last ITSD punya berjaya dibuat itupun setelah tertangguh beberapa kali. Mama memang agak excited nak pergi sebab dah lamaaaa sangat tak pergi langkawi. Last sekali pergi tak silap masa tu Darjah 6. Heheh betul-betul lama tu... Satu lagi excited sebab nak naik kapal terbang.. kekeke.. jakun betul. Actually pergi naik bas-ferry tapi balik mama book flight sebab nak cepat sampai. Lagipun kalau balik ikut rombongan bas sampai KL dalam tengah malam macam susah je nak susun logistic.

So tibalah hari itu. Ayah dan anak-anak semua hantar mama naik bas kat depan Menara TM. Sayu juga nak tinggalkan budak-budak ni. Sebenarnya mama rasa memang tak pernah tinggalkan diorang lama-lama dan jauh-jauh. Paling lama pun satu malam, paling jauh pun kat hospital annur bangi tu.. hehhe.. Mama hanya mampu berdoa semuanya ok di bawah jagaan Ayah dan di bawah lindungan Allah. Dan alhamdulillah kebetulan nenek kampung ada kat KL so makan pakai tu adalah orang boleh tolong bantu. Alhamdulillah dipermudahkan Allah.

Pukul 10 malam kami bertolak dari KL. Pukul 5 lebih sampai Jeti Kuala Perlis. Pukul 8pagi naik feri. Pukul 10pagi kami sampai ke tempat penginapan TM Resort Pulau Langkawi. Wah kira separuh hari perjalanan lah! Nasib baik most of the time tidur je. Kalau tak terasa lama juga tu. Cuma tengkuk sakit la sebab tidur dalam bas asyik terlentok je kepala hehehe.. Dalam feri kami berpeluang tengok cerita siam, Somtam. Kelakar jugak. Tapi sempat tengok CD1 je sebab perjalanan dalam feri 1 jam je..

Akhirnya selepas 20 tahun selamatlah mama menjejakkan kaki ke Pulau ini. Nampak banyak perubahan (ceh macam la ingat dulu macamana heheheh).

Day 1

Petang tu kami mulakan aktiviti dengan opening. Biasalah mukaddimah oleh facilitator kami (Wan Chang dengan Asyik.. err nama betul kurang pasti), ucapan-ucapan daripada GM, lepas tu bergambar beramai-ramai. Petang selepas Asar barulah aktiviti berkumpulan bermula. Form kumpulan, cari nama kumpulan, buat cheer (lyrics diberi cuma tinggal carikan melodi je). Mama kumpulan terakhir (kumpulan ke-6). Disebabkan kami kumpulan terakhir maka kami kumpulan paling sikit. Tapi insya allah kumpulan kami paling hebat. Cewah. Cheer kami pun paling sedap dan paling bersemangat cewah puji kumpulan sendiri. Tengoklah sapa punya idea cewah puji diri sendiri pulak.. hehhehe...
Nama kumpulan: Unlimited Power
Member: El (Ketua), Emy, Pn Ros, Yuzi, Mama, Lina, En Hamzan, En Shah.

We are one TM
Passion to win
Support each other
All for one
Challenge!!!!

Selepas itu aktiviti Treasure Hunt. Mula-mula kena kire tiang jeti kat belakang resort tu. Mencabar betul. Sebab tiangnya memang banyak. Lepas tu berapa kali bagi jawapan asyik salah je. Selagi tak betul tak boleh move to the next task. Sampai kami pun macam nak give up dah sebab asyik kena ulang alik je. Dah la hujan renyai-renyai terpaksa diredah.

Akhirnya betul juga.. ada 79 tiang.. huhu sabor je la. Lepas tu menyumpit belon pulak. Aha ini kacang je.. kumpulan kami dapat buat dengan agak pantas juga. Cuma dah agak ketinggalan disebabkan soalan pertama tadi. Lepas tu kena cari nama tempat pulak. Yang ni tak pape lah. Dia bagi klu, tempat tu berdekatan dengan TM Resort. Tanya receptionist pun tak tau. Last-last en hamzan and en shah pergi naik kereta meround. tapi jawapan salah jugak.. hehehhe.. penat je. Tapi sebab dah lewat dia terima je lah jawapan tu.

Lepas tu kena main volleyball pulak. Tasknya kena over the net and tak jatuh ke tanah sebanyak 10 passing. Cuba punya cuba paling banyak pun 7 kali. Ok jugaklah. Masa tu pun hari dah semakin gelap. Sampai maghrib jugak la kumpulan kami baru habis. Kumpulan lain ada juga yang dah habis lama dah. Hmm... penat. nak makan pun tak berapa nak lalu.

Oh kena berkejar pulak malam ni ada Teaming with Passion. Teori ke?? Petang dah la dah penat. Malam bila heavy topic ni semua muka macam belacan. hehehe... Tapi bila part game left-right-left right dengan bom bom tu baru la segar sikit. Kumpulan kami no 1 utk left-right, no 2 untuk bom bom. Game apa tu? hmm... panjang ceritanya... (malas nak cerita.. hehhe)

Malam balik bilik dah penat. Sempat jugaklah call rumah sekejap. Ayah tengah tidurkan raihana. Yang lain dah tidur. Tak dapat la nak cakap dengan budak-budak. Alhamdulillah semuanya ok..

Day 2 yang memenatkan tapi best

Pagi-pagi lagi dah kena aerobic drift. 45 mnutes non-stop! Berpeluh of course.. dah le memang dah lama tak bersenam. Lepas tu kami kena bersiap-siap untuk ke Gunung Temurun untuk absailing dan petangnya terus ke Pantai Pasir Tengkorak untuk rafting. Wah dengar je pun dah excited plus suspen sebab pertama tak pernah buat absailing. Yang kedua, tak pandai berenang.. heheh.. En Anuar dah pesan dah bawa persalinan lebih sikit sebab kat Gunung Temurun tu air terjunnya sangat cantik selalunya orang akan ambik kesempatan untuk mandi manda dan bermain air di situ.


Perjalanan tak berapa lama dalam 30minit je. Sambil tu dalam bas kami sempat memerah otak untuk persembahan kumpulan malam ni. Kumpulan kami dapat tajuk Seniman Bujang Lapok.

Sampai di kaki Gunung Temurun, kami pun bersiap-siap untuk 'mendaki'. Tapi alangkah terkejutnya kami kerana air terjun di situ kering. Maka tiadalah mandi-manda dan main air. Orang kat situ kata memang kalau dah lama tak hujan air terjun di situ akan kering. Agak frust juga. Tapi takpe. Itu namanya tak ada rezeki. Namun program absailing tetap diteruskan. Absailing dikendalikan olah pasukan bomba. Seorang demi seorang turun. Tibalah giliran mama. Relax je.. hehhehe... Tapi salute juga kat semua orang especially kakak-kakak veteran ni yang sungguh sporting and buat juga macam K Aida, K Leha... bersemangat semuanya. 


Anyway, lama juga nak habis ni sebab sorang-sorang. Mana kumpulan yang dah habis boleh bergerak ke Pantai Pasir Tengkorak dulu. Itu yang kami naik trak bomba tu. Tapi perjalanan tak cukup jauh la. Dalam 10 minit je kot tak puas. Syok wooo... tapi kelakar ada juga. Ada kata macam pendatang asing kena tangkap la...etc etc...

Sampai di pantai kami relax-relax, makan-makan, bersihkan diri, solat. Lepas ni acara yang paling ditunggu-tunggu. Rafting!! Oh penatnya menaip. Relax jap.

Sambung balik.
Setiap kumpulan diberi life jacket sorang satu, 4 pelampung, 2 batang paip PVC berdiameter lebih kurang 8cm heheh, 4 pendayung dan tali rafia. Ikut masing-masing la macamana nak jadikan dia rakit. Pelampung kami dah la tak sama besar. 2 besar 2 kecik. Last-last bila dah siap ikat jadi senget la pulak rakit ni. Tapi bomba tu kata rakit kami paling kukuh cewah. Ada chance nak menang nih hehhe...


Bila semua dah siap dengan rakit masing-masing, sebelum berakit ada acara water confident. Wah semua orang kena masuk dalam air!! Nasib baik ada life jacket. Kalau tak dah tenggelam dah mama sebab kena bawak sampai ke tengah sana yang dah tak boleh jejak kaki. Tapi lepas tu syok la eksyen macam pandai berenang heheh.

Get set, ready, go!! Setiap kumpulan kena bagi 2 team. Team pertama kena pergi dulu lepas tu pass ke team kedua. Team pertama en hamzan, k ros, emy dan lina. Huh penat kami bersorak dari tepi pantai nih!! tapi tengok diorang macan kehilangan arah ke.. kejap ke kanan kejap ke kiri. Last-last masa pass kat 2nd team ni kami dalam kedudukan no 3. Team kedua mama, en shah, el dan yuzi. Dayung! Dayung!... eh macam laju je... kami mengejar team di hadapan. No 2... No 1... oraittt... teruskan mendayung.

Dayung sampan
Dayung dayung sampan...

Bila dah dekat sampai pantai, en hamzan mengiringi dari tepi (dia berenang laa).

Come on! come on! Takpe no 2 pun markah banyak juga...
Eh, no 1 la en hamzan.
Ye ke? tu depan tu?
Itu tak pass ke 2nd team lagi...
Ooo ye ker...

maka semakin hebatlah beliau memberi sokongan... (heheh kelakar jek)

Dan akhirnya kami menjadi juara.. Unlimited Power memang unlimited lah power dia.. Yeay!!


Sementara menunggu team lain habis, kami pun bersantai dan berenang-renang ke hulu berenang-renang ke tepian... cewah... syok juga. Dengan k ros, yati, fatin, k yana... Kalau pergi berkelah family selalunya tak masuk pun air.. nak kena monitor budak-budak kan... sesekali macam ni syok juga.. hehheh..

Dah penat?? Balik tu kami singgah Laksa Power pulak. Bos bos belanja... heheh... en khalid, en thaib, en sukram. Oh lupa pulak nak cerita. Sepatutnya semua GIT GM termasuk VP selalunya akan join teambuilding ni tapi disebabkan tetiba clash dengan ICP punya launching tak dapat la semua join. Anyway Laksa Power memang power. Rojak buah dia power. Cendol pulut dia pun power. Habis licin semua. Terima kasih bos-bos.... Opss.. script untuk persembahan malam ni tak siap lagi! Nasib baik ada 3G boleh youtube tengok scene yang "Heyyy.. jebat!" dengan yang "Walau ropamu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku" itu... heheh...

Sampai di bilik tak sempat berehat sangat pun. Perlu bersiap-siap pula untuk majlis penutup malam ni. Ada persembahan kumpulan dan barbeque sekali. Tema persembahan ialah cerita-cerita P Ramlee - seniman bujang lapok, pendekar bujang lapok, ibu mertuaku, ali baba bujang lapok, laksamana do re mi, hmmmm... apa lagi yek..

Team kami buat sketsa seniman bujang lapok. En hamzan jadi Ajis, En Shah jadi Sudin, mama jadi tuan director, Emy jadi producer, El jadi pencerita, Lina jadi cameraman, Yuzi jadi mic man. Memang takde latihan takde rehearsal. Cuma bincang-bincang je... kire spontan jugaklah.. oklah menjadi la jugak. cuma akhirnya kena menyanyi ramai-ramai tapi en hamzan pilih lagu Tidurlah Permaisuriku... huhuhu.. kami yang young and sweet ni tak reti nak follow... last-last dia la nyanyi sorang.. hehheh...

Group-group lain pun buat persembahan best-best juga. Yang menarik group En Thaib buat Pendekar Bujang Lapok.. diorang selitkan sekali bende-bende yang dah belajar masa teaming with passion tu. Contohnya masa si perempuan tu kena culik kan dalam cerita tu cakap "cobaan...", diorang tukar jadik "Challenge....". Hehhe... lawak .. lawak.

Satu lagi persembahan daripada group k natrah... yang ni cerita pasal nujum pak belalang.. Masa scene perompak bagi harta tu antara Azizi dengan K Natrah... banyak la dialog diorang ni yang mencuit hati.. hehhe...

Barbeque? menarik tapi kenyang lagi la sebab petang tadi makan laksa power la cendol pulut la rojak buah la.. so relax dulu. Lepas persembahan kami kena masuk dewan untuk majlis penutup. Hah masa ni la ada sessi appreciation yang dah pernah dicerita dulu... Mula-mula tu macam antiklimax juga bila nak majlis penutup tapi ada assignment lagi... Anyway, sebenarnya bagus juga buat macam tu. Kalau tak mana la ada kita nak appreciate orang macam tu. Dalam hati, dalam email memang la ada ... "We appreciate your cooperation and support." heheheh... tapi tak pernah diluahkan secara lisan.

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba...

Tempat pertama jatuh kepada Unlimited Power!!! Yeaaaa!!!!!!
Tempat kedua... group Azizi (sorry dah sebulan berlalu tak ingat nama group diorang)
Tempat ketiga dan seterusnya... tak ingat huhu (sorry dah sebulan berlalu dah tak ingat... isk teruk betul la)


Selepas majlis penutup, nak sambung barbeque balik.. Aik!! dah bungkus dah... alamak ruginya baru makan sikit je tadi huhuhu...

Day 3

Another day that we have been waiting for. Agenda hari ni.. SHOPPING!!! No seriously, memang sudah dimasukkan dalam agenda teambuilding ni. Mula-mula lawatan ke kilang proses minyak gamat (sambil beli minyak gamat). Lepas tu ke gudang batik (batik indon kat tanah besar tak ada... tak boleh jual). Lepas tu ke kedai Ismail Group untuk memborong coklat, corelle, melamine, ada yang beli beg baru sebab beli coklat banyak sangat sampai dah tak muat beg. Harga memang sungguh mengujakan. Mama hampir membeli corelle sebab kak Roszimah kata tak payah pikir-pikir ni memang murah sangat nih. Dah siap bungkus-bungkus dah tapi lepas tu mama fikir baik beli melamine set sebab buat masa ni itulah yang lebih diperlukan. Maka terpaksa lah membuat muka seposen untuk kata tak jadi ambil corelle set itu. Coklat pun mama beli takdelah banyak sangat. Mostly chocolate imported la kan so jenuh la jugak nak tengok ingredients dia mana yang ada rasa syak wasangka tu tak berani nak beli.

Selepas memborong dengan hebatnya, kami bergerak ke jeti. Balik mama naik flight pula so berpisah la dengan mereka yang akan naik feri dan bas ke KL. Mama pun ikut rombongan naik flight pula. Flight lambat lagi, so sempat lagi sambung bershopping kat jeti tu. Banyak la juga hasilnya... baju langkawi sorang satu untuk anak-anak, ima dan nenek, shirt untuk ayah and blouse and spec hitam for myself. Oh beratnya beg. Nasib baik mama memang bawak beg besor (in fact paling besar kot masa datang hari tu hihi malu je), so semua barang boleh sumbat. Kengkawan yang lain siap beranak pinak lagi beg diorang.. tambah 2, tambah 3 beg...



Flight mama pukul 7 sampai pukul 8. Nasib baik tak delay sebab masa tu hujan agak lebat juga. Risau juga lagipun dah lama tak naik flight. Alhamdulillah semua selamat.

Kesimpulannya... BEST!!! Teambuilding best, kengkawan best, group best, aktiviti best, shopping best, cuma food kureng sikit la kat TM Resort tu... hheheh.

bergambar dengan burung Lang...

2 comments:

CikguZue said...

yang baca pun letih rasanya...hehe...

mamasherry said...

kui kui kui