April 23, 2010

Earth Day.. Green Day 22nd April 2010

Sebenarnya post ni saya tulis siang tadi tapi tak sempat nak publish.. so belated sikit lah.

Today is Green Day. I wear green. Do you?

Green tips:

1. Recycle the recycleables

At least, old newspaper memang kami recycle. Sekarang cuba untuk start mengumpul kotak-kotak dan botol mineral. Start sikit-sikit dulu...

2. Reduce usage of plastic bags

Bring your own bag when go shopping at the supermarket. - Saya sangat support No Plastic Bag Day yang dianjurkan oleh kerajaan selangor setiap hari sabtu. Hopefully bukan hari sabtu je kita pakai reusable bag for shopping. Tapi yang bestnya sekarang, bila shopping hari sabtu tak ramai orang. maknanya tak ramai orang nak support no plastic bag day ni. Masing-masing malas nak shopping hari sabtu sebab tak ada plastic bag...hmmmm...

3. Bokashi

Projek Bokashi ini salah satu initiative kerajaan selangor juga untuk mengurangkan sisa buangan sampah. Apa itu bokashi? Bokashi ialah sistem menukarkan bahan sisa makanan kepada baja. Sebenarnya kami salah seorang pilot user. Kami dibekalkan sebuah tong bokashi. Caranya ialah sisa makanan (kena pastikan size kecik-kecik) dimasukkan dalam tong tersebut. Kemudian taburkan atasnya dengan sejenis bahan (kulat?) untuk menggalakkan fermentasi. Kemudian mampatkan dan tutup. Pada tong tersebut ada paip untuk keluarkan air. Airnya boleh siram pada pokok. Apabila makanan tadi telah selamat difermentasikan, ianya akan menjadi seperti serbuk dan boleh ditaburkan pada pokok sebagai baja. Ini teorinya. Praktikalnya... hmmm.. belum berjalan lagi. Sudah beberapa kali pihak yang berkenaan contact kami untuk mengetahui perkembangannya tapi saya belum sudi nak guna... hehhe... Bila nak start ni?

4. Use cloth diaper instead of lampin pakai buang

Bila surf internet dan tengok macam-macam pattern cloth diapers (CD) memang menarik dan comel-comel! Cuma rasanya macam tak terlarat nak menguruskannya... (buang bendasing, bilas, basuh.. etc.etc...) Kalau ada maid, highly recommended lah...

5. Grow more plants

Nampaknya minat menanam pokok nenek kampung dengan atuk cheras telah menurun kepada anak bujang saya yang sulung, Luqman. Berkat kesungguhan Luqman, tanah kami yang sekangkang kera itu telah nampak berseri dengan bunga kaler purple (tak sure nama apa - gemuk pulak tu pokok nih), pokok bunga raya warna kuning, pokok bunga melur... Hebat lah, Luqman!

6. Reduce usage of polysterine - bring your own tupperware when you tapau

Saya rasa yang ini sangat praktikal. Tapi bila nak start? As a start kena sediakan lah bekas tupperware kat office. So bila-bila nak makan tapau capai sahaja itu bekas.

7. Car pooling - most of the time (carpool with hubby je.. hehhe)

Save the environment. Kami memang selalu carpooling. Hehehe... carpool 2 orang je lah. Itupun kalau masing-masing ada hal lain terpaksalah juga bawa kereta sorang satu. Yang kaya pakcik parking la... dapat double payment!

8. Paperless environment

Seboleh mungkin tak perlulah print perkara-perkara yang tiada keperluan seperti minutes meeting, slides untuk reference, etc. Kalau perlu sangat, gunakanlah kertas yang dah guna. Sekarang pun masing-masing dah ada laptop sorang satu. Kalau pergi meeting, bawalah laptop untuk refer apa-apa document.

9. Lights off when not in use

Jangan membazir.

10.

11.

The list goes on and on and on.... Boleh tambah lagi.

All these green stuff are the least that we can do to save the environment, to save the earth. Semua orang tahu, bumi kita tidak lagi sehijau dulu, sebersih dulu, senyaman dulu. Kini, pencemaran berada di mana-mana, jerebu, penipisan lapisan ozon dan sebagainya. Sehinggakan kita rasa anak-anak nak bermain di luar pun dah tak selamat, mudah dapat penyakit.

Agama kita juga mengesyorkan supaya tidak membazir, menjaga alam sekitar, menjaga kebersihan. Insya allah, langkah kita yang kecil ini akan mendapat juga ganjaran daripadaNya..

Go Green!!!
Sokong Hijau!! :)

No comments: