April 07, 2010

Penghargaan

Team Building Group IT Batch 1 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Sepanjang perjalanan program kami diasak dengan pelbagai-bagai nilai dan cabaran.

Team Power!!
Challenge!!
XO!
Energy!
Challenge!!
CBEG - No complaint, no blaming, no excuses, no gossiping!
I support U!!
We support each other!
We must win together!
You must change faster!

Sememangnya teamwork menjadi agenda utama dalam mana-mana teambuilding pun. Semoga semangat itu dapat diteruskan dalam kerja seharian kita, bukan ditinggalkan di Langkawi saja, bila balik kerja balik semula ke perangai lama.

Penghargaan

Oh ini bukan kata-kata penghargaan kepada pihak penganjur dan sebagainya. Cuma saya ingin bercerita tentang sessi penutup kami pada malam sebelum balik. Trainer telah memberi satu tugasan kepada setiap orang iaitu mencari 5 orang untuk kita berikan kata-kata penghargaan. Skrip telah disediakan cuma perlu sambung sendiri...

1. I appreciate your.....
2. I am sorry if I...
3. From now on, let us together....

Mula-mula saya bersemuka dengan mereka-mereka yang biasa bekerja dengan saya... Pn Ros, K Nat, Anita, Meli dan En Khalid (huh.. My GM..dia yang jumpa saya dulu!).

Ketika mata saya melilau mencari siapa lagi yang saya nak jumpa, tiba-tiba saya terpandang K Naimah tengah duduk sendirian. Saya terus pergi kepadanya. K Naimah ialah kerani di tempat lama saya, tapi walaupun saya sudah bertukar tempat, adakalanya saya masih juga minta bantuan beliau.

Saya pun ucapkan terima kasih kerana K Naimah selalu tolong saya book meeting room, order refreshment dan sebagainya. Saya katakan padanya beliau tak pernah marah dan sentiasa tersenyum. Saya juga minta maaf kalau ada saya terkasar bahasa dan terlepas cakap.

Tiba-tiba saya lihat mata K Naimah sudah bergenang.. Dan tidak semena-mena saya menjadi sebak dan suara saya tersekat-sekat. Lalu kami berpelukan dalam tangisan.

Saya rasa itulah kata-kata penghargaan yang paling jujur pernah saya lafazkan...
Dan mungkin pada K Naimah, inilah kali pertama beliau menerima ucapan penghargaan seperti itu..

2 comments:

abuamiir said...

waaa sudah tukar ka? comments ilang tak?

mamasherry said...

kat post yang sebelum2 ni dah takde le comment-comment tu.. tapi dah simpan asing untuk tatapan diri sendiri je...