April 27, 2010

Hari ni

Hari ini Humaira dan Maisara pergi lawatan sekolah ke Putrajaya. Mereka melawat Wetland, Botanical garden dan sebagainya yang kami sendiri tak pernah sampai. Harapnya diorang enjoy. Kalau best lepas ni boleh buat family trip sekali. Luqman punya lawatan esok pula.. ke Aquaria KLCC. Dah pernah pegi dah dulu tapi dah lama dah. Masa tu keciknya Imran.. raihana belum ada lagi. Hmmm... lama jugak dah tu..

Hari ni Ayah outstation ke utara. Petang tadi baru bertolak dari opis. Nasib baik tak lama satu malam je. Best juga kerja ayah sekarang kalau outstation tak lama sebab setakat pergi meeting je. Kalau dulu outstation sebab buat kerja paling-paling pun mesti 3-4 hari kalau tak seminggu. Amacam ayah? Nak sambung contract setahun lagi ke? Dialu-alukan... hehhe... Cuma ayah pun boring sikit dengan kerja sekarang sebab takde hands on and tak dapat kerja malam. Kerja malam tu bestnya sebab esok boleh book off then boleh la buat macam-macam urusan tak perlu tunggu weekends atau kena ambik cuti. Contohnya kalau ada urusan bank ke, servis kereta ke, urusan sekolah ke... etc. Anyway, esok ayah balik. Lepas tu hari jumaat (atau khamis?) kena meeting kat JB pulak. Nak  ikut boleh??

Hari ni seperti biasa mama parking kat pakcik RM10 tu. errr.. Ayah yang bayarkan. Pastu ayah tanya nak simpan tak resit ni? (sebab kalau 2 jam pertama boleh claim balik RM2) Mama kata takpelah, bukan ada nak pegi mana pun. Lalu Ayah pun buang resit tu dalam tong sampah LG1. Tiba-tiba pukul 10 pagi mama buat keputusan untuk pergi Kelana Jaya sebab nak minta signoff la, nak ambik data medicon la, nak ambik data return bill la... Ish ish... resit pulak dah buang huhu... kalau tak boleh claim RM2. Itu namanya takde rezeki...

Hari ni mama dengar guruh di langit. Hujan lebat kat luar tu. Macamana nak pegi annexe ni???

Hari ni sepatutnya lebih baik dari semalam. Adakah??

2 comments:

CikguZue said...

salam iza,
wah dah bertukar wajah. dah lama ke? tula k.zun da lama tak berblog...asyik berFB je, iza punye pasal la.hehe...

mamasherry said...

hahah patutlah blog k zun tu nak masuk pun dah tak boleh.. hehehe... kite still maintain.. bukan maintain apa.. maintain blog.. hehheh... fb layan jugak...