Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah, ayat 180)
Hari ini dan esok Amanah Raya Berhad (ARB) ada buka kaunter untuk penulisan wasiat. Special discount 50% untuk staff TM. (from RM350 dah jadi RM175) Menarik tu. Tapi perlu bawa segala salinan dokumen yang diperlukan seperti IC, geran rumah, kereta, buku bank, etc.
Mama sebenarnya memang dah lama nak buat tapi tak buat-buat. Dan dah banyak kali juga dengar penerangan tentang penulisan wasiat.
Keywords: wasiat, harta sepencarian, hutang, hibah, harta pusaka.....
Harta - (hutang) - (harta sepencarian) - (hibah) = Harta pusaka (diuruskan secara faraid)
(ada sesiapa yang lebih arif kalau ada tersilap tolong betulkan)
Pernah faham tapi biasalah kita ni bila benda dah lama memang la terlupa. Banyak juga sebenarnya company yang menawarkan khidmat penulisan wasiat ini. Selain ARB ialah Bank Islam, AsSalihin Trustee Berhad, CIMB dan mungkin ada banyak lagi yang mama tak tau especially bank-bank yang ada islamic banking. Setiap satu akan mengenakan yuran perkhidmatan dalam anggaran RM300.
Sebenarnya ada satu cara yang sangat murah dan mudah. Tulis wasiat, masuk dalam sampul surat, dan poskan ke alamat sendiri. Ini Hj Hushim yang ajar ni.. Mula-mula dengar macam kelakar tapi beliau kata tarikh cop pada stem itu penting untuk dikira sebagai legal document. Oooo barulah paham...
Kenapa perlu berwasiat? Perlantikan badan tertentu sebagai wasi akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta kita selepas kematian. Mereka ialah orang yang arif dalam bidang ini. Dengan ini mereka diharap dapat mempercepatkan urusan pembahagian harta yang secara generalnya boleh memakan sehingga bertahun-tahun, ada yang berpuluh-puluh tahun pun tak settle. Jadi selama urusan itu tidak selesai, selagi itu waris kita tidak dapat guna harta kita. Apalagi kalau yang kita tinggalkan itu anak-anak yang masih kecil masih bersekolah ataupun isteri yang tidak bekerja.
Di sini mama jumpa link untuk simulate pembahagian harta pusaka apabila kita mati. Quite useful.
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
Tiba-tiba teringat hari tu ada dengar pasal ARB ada saham dalam syarikat arak dan judi. Errr... apa dah jadi? Bagaimanakah dengan kesahihan cerita ini? Ini yang buat tak jadi nak buat ni... Ada keraguan. Ayah jom kita gi kat Bank Islam tu lah... Tahun ni hadiah besday ialah surat wasiat.. (uik... takutnya... takut mati... apakah saya ini insan yang hidup dalam keredhaanNya??)
No comments:
Post a Comment