May 11, 2010

Happy Birthday To Him and Me...

Minggu lepas, TM telah bermurah hati memberikan cuti kepada kami (dan semua staff TM di Menara TM)untuk celebrate birthday kami.. hehe :) thanks TM.

Haha just joking.. Tapi memang kami telah dipaksa mengambil Replacement Leave pada 6 May yang lalu untuk memberi laluan kepada AGM TM di Menara TM. (untuk mengurangkan kesesakan pada hari tersebut).

Oleh itu kami telah mengambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan.. cewah. Sebenarnya ada juga urusan kerajaan yang perlu diselesaikan tapi sambil menyelam minum lah air. Tapi yang tak bestnya terserempak pulak dengan Mek Eli n Pak Ikram. Gi tempat makan yang sama pulak tu. Tapi takpe.. adalah orang boleh tolong ambikkan gambar... hehhehe..



Selepas tu pada 7 May, baru kami celebrate dengan anak-anak. Takde celebrate apa pun. Just beli besday kek je... Besday kek pun share. Tak larat la pulak nak buat 2 kek, eh.. bukan buat beli je. sebenarnya tak larat nak makan 2 kek. hehhe..




Nak dijadikan cerita, entah macamana ayah set birthdate dia dalam facebook 8 May jugak. Jadinya semua orang wish ayah sehari lewat. Lepas tu semua orang macam kagum la tengok besday we all sama. Heheh... Ayah kata kalau nak bagitahu pun panjang pulak ceritanya. Biarkan je la. Tahun depan baru betulkan.

Hmm... dapat hadiah apa? hehhe untung juga birthday time-time bonus baru keluar nih.. hehheh..

No comments: