December 30, 2010

Cuti 1TM

Cuti seminggu ni kami panggil cuti 1TM sebab semua wajib cuti (kecuali yang sesetengah division yang critical seperti call center, tmpoint, etc). Langkah ini diambil untuk menjimatkan kos operasi. Memang ramai yang ambil cuti pun, so dah alang-alang tu company suruh la semua orang cuti terus supaya opis boleh tutup terus. jimat electrik, aircond, air which translated into million per day! what a save...

Seminggu ni selain daripada balik kampung, kami duduk je kat rumah. Cuba untuk menyelesaikan beberapa perkara/persiapan nak buka sekolah. Tapi sampai ke la ni tak siap-siap lagi hhehehe..

Pending items:

1. Jahit lencana
2. Balut buku
3. Letak nama kat kasut
4. Buku tak habis beli lagi. Bukan tak nak beli tapi takde stok lagi. Tiap tahun lebih kurang macam ni. Harap tahun-tahun depan improvela sikit ABIM. Kalau boleh biarlah sebelum buka sekolah tu dah settle semua. Ini nampaknya bila dah start sekolah pun kena ulang-alik lagi ke koperasi sekolah tu cari buku. Sama la macam tahun sudah pun.
5. Songkok luqman, botol air imran n raihana tak cari lagi

Selain persiapan untuk anak-anak ke sekolah, satu lagi ialah persiapan untuk PASTI Sutera.

1. Settlekan barang-barang keperluan yang tak cukup lagi
2. Menyelaraskan tugasan/gaji/jadual guru-guru
3. Jadual harian
etc etc etc..

Then what am I doing here?? Banyak tak siap lagi ni?

Ye hari ni adalah hari melepek. 2-3 hari ni pula tak berapa sihat. Selsema. Mama ni kalau selsema tu maknanya macam orang demam. Kepala berat, jadi rasa macam nak baring je. Ingatkan nak la juga jalan-jalan main bowling ke, gi pusat sains tengok dinosour ke. Tapi cuaca pun macam tak menggalakkan nak berjalan-jalan pulak. Sudah nya terperap saja lah di rumah. Sudahnya otak pun rasa beku... Budak-budak pun asyik tengok tv je kerjanya. Balik-balik Detective Conan, Doraemon. Nasib baik semalam ada bola... happening la sikit. Cerita kat Channel Fiesta pun not bad juga... 3 Idiot, Sivaji the Boss... layan je la...

Esok pagi jom pegi jogging kat Tasik BTHO! Bagi CARGAS sikit!

December 24, 2010

Guru Tadika

Alhamdulillah semalam mama telah berpeluang untuk menjadi guru di tadika PASTI Sutera. Mama memang dah standby ambil cuti awal-awal in case tak jumpa guru pengganti. Cikgu Rabunah dan Cikgu Afiqah perlu menghadiri Kursus Guru Pasti peringkat kawasan. Sebenarnya mengharapkan cikgu-cikgu yang tengah cuti sekarang untuk cover tapi nampaknya masing-masing ada hal. Jadi the next available candidate is me!

Hari sebelumnya mama dah buat persediaan dah. Macam ni lah agaknya cikgu-cikgu kena isi buku persediaan mengajar ye. Oh lupa pulak nak cerita. Walaupun sekarang tengah cuti sekolah dan walaupun sebenarnya tadika belum lagi buka untuk tadika/transit/daycare, tapi sekarang sedang diadakan Kem Jaulah Helwah selama 3 minggu bermula 8 dec yang lalu. Kem ini untuk anak-anak berumur 7- 12 tahun. Tapi ada juga yang berumur 4, 5, 6 tahun. Mencabar ke tak mencabar ada 30 orang peserta dalam kem ini. Nasib baik ada cikgu mimie untuk bantu cikgu eiza. Cikgu eiza dah plan dah, pagi peserta lelaki dikatakan akan dibawa oleh pakcik din ke padang untuk main bola. Jadi, boleh lah cikgu eiza dengan peserta perempuan yang tinggal buat cooking class - choc chip cookies. bahan pun dah beli dah. Tapi disebabkan padang basah sebab hujan pada malamnya, tak jadilah peserta lelaki bermain bola di padang. Pada mulanya cikgu eiza nak teruskan sahaja cooking class tu tapi mendapat opinion daripada cikgu mimie agak sukar nak manage sebab cikgu ada dua orang saja (sebab ada 3 group yang besar), jadi cikgu eiza pun tak jadilah nak buat cooking class. Bahan-bahan semua simpan balik, hopefully diorang dapat buat class tu hari ni. Kalau tak cikgu eiza ambik balik la bahan tu buat kat rumah je hehheheh...

Oleh itu baking class telah digantikan dengan aktiviti membuat baju daripada suratkhabar. Sebelum tu buat senaman dan aerobik sikit. Yang ni memang semua suka apatahlagi gaya aerobik mengarut je yang cikgu buat hahahha... Dah siapkan 5-6 lagu dah untuk aerobik tapi lepas lagu kedua dah semput dah. Bukan budak-budak yang semput tapi cikgu ni haaaa..... adeh.. adeh... nampak sangat tak fit.

Terus la buat kelas 'menjahit baju' pulak. Kreatif juga budak-budak ni. Siap ada sorang tu buat kain sampin guna suratkhabar siap ada ikat bunga lagi. ada yang siap buat senapang, pedang samurai. topi pun bermacam-macam gaya. ada yang siap buat aksessori gelang, rantai leher even anting-anting daripada suratkhabar. ada satu group tu siap nak buat kasut lagi tapi tak jadi.. hhehhehe... tapi yang penting semangat!!!

bila dah siap semua, tengok jam aikkk tak pukul 12 lagi... isk lambat pulak masa berlalu. Lalu cikgu pun kata ok 11.45 dah boleh lunch.. hehhehe... Sebenarnya cikgu yang lapar.. hehehhe...

Tengahari selepas mandi, makan dan solat zuhur berjemaah, ada tayangan video pulak. Masa ni dapatlah cikgu-cikgu rehat sikit. Mengantuk pun ada. Rasa macam nak ikut budak-budak ni landing je. Selepas movie habis, kita buat aktiviti sikit lah. Original plannya pagi baking class, petang baru buat baju suratkhabar tu. Tapi bila dah tukar plan, nasib baik cikgu dah sediakan aktiviti spare iaitu game teka-teka perkataan dan gambar. Teka-teka perkataan tu huruf di terbalik-terbalikkan lepas tu peserta kena teka sapa cepat. yang ni ok lagi cuma bingit la semua orang jerit-jerit bagi jawapan. Tapi bila tiba part cikgu bagi perkataan/frasa, wakil peserta kena lukis kat depan untuk yang lain-lain teka. Masa ni memang tak terkawal la. Bukannya apa, semua nak ke depan nak volunteer untuk lukis!! Bila minta ketua kumpulan yang pilih pun tak jalan, so terpaksalah cikgu eiza pilih randomly. Bila time nak pilih je memang havoc. Aduhh toloooongg!! ada jugak yang menangis tak dipilih... aduhai.... memang mencabar juga. But looking at the positive side, these kids are all very brave and high spirited. Semua nak ke depan. Syabas anak-anak semua! Cuma cikgu yang tak terkawal hehheheheh...

Sekejap je buat aktiviti tu.. So sementara menunggu minum petang dan solat asar, just bagi mereka buat aktiviti sendiri - ada yang main indoor games, ada yang main ice-water, ada yang main bola. Cikgu monitor saje lah...

Selepas asar barulah beransur-ansur anak-anak ni balik..

Letih?? memang letih melayan anak-anak ni.. dengan bingitnya.. tapi sebenarnya mama macam immune je dengar bising-bising ni. And satu lagi imran takdelah nakal sangat. sebelum ni cikgu, kakak-kakak selalu kata imran nakal kat kem. ke sebab ada mama dia kat situ dia tak nakal sangat? hehhhee..

Memang sungguh mencabar sebenarnya. Mama salute 3 orang cikgu ini yang dapat organize Kem Jaulah Helwah ini selama 3 minggu. Mama yang baru jaga satu hari pun balik rumah rasa nak  pengsan. sememangnya pengalaman yang tidak ternilai. Next time boleh volunteer lagi.. hehhehehhehe....

Oh malam ni ada barbeque majlis penutup Kem Jaulah Helwah. Dah terbayang lamb chop.. hehhehe...

Petang jumaat yang tenang

Blog ini sudah lama minta diisi. Apakan daya, tuan punya blog ini agak sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di sini. Padahal ada banyak aktiviti yang sepatutnya menjadi bahan bicara di sini. Namun disebabkan terlalu banyak aktiviti ditambah pula dengan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat, menyulitkan lagi keadaan untuk berceloteh di sini.

Di petang Jumaat yang hening ini, akhirnya dapatlah jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci ini. Apalah agaknya yang hendak diceritakan di sini. Terasa semuanya dah basi. Sememangnya semenjak ada facebook, bagaikan ada satu competition antara facebook dengan blog dalam mencuri hati penulis-penulis blog tegar seperti kami ini. Sepotong ayat di facebook, realtime update, tapi bila mahu menceritakan semula event itu di dalam blog, terasa seperti sudah basi. Oh teruknya perasaan itu.

Huhuhu.. kenapa ayatku menjadi begini skema? agaknya sebab dah lama tak menulis dalam blog kot. Sehingga kehilangan skill, hilang feel, hilang flow of story..

Ah.. entry ni dah jadi entry mengarut..

December 02, 2010

27 Nov - Selamat Hari Ulangtahun Mak!

27 Nov yang lepas kami celebrate birthday mak yang ke 68. Kebetulan pula mak datang bercuti ke KL. Kami sambut meriah juga lah semua yang kat KL ni kumpul kat rumah mama. Mama masak (err tolong mak masak) sup tulang. Mak Wa bawak nasi bukhari, kari daging, pulut kuning, cheesecake, nasi himpit, bergedel, kari telur, acar.. fuh memang banyak... boleh la mak wa tak keje heheh.. Mak Nit bawak murtabak, Mak Ima bawak fruit cocktail, mek eli bawak kuih raya (?).

Paling best masa bagi hadiah...mak dpt hadiah kotak besar! tapi bila bukak dalamnya ada kotak lagi, dan lagi, dan lagi sampaila tinggal kotak kecik je. bila mak buka kotak yg last dan nampak cincin mak macam tak terkata apa sampai mengalir air mata. terharu... aduh mama pun rasa terharu juga bila dah dalam situasi macam ni...


Eiza doakan mak sihat selalu, dimurahkan rezeki, ditabahkan hati, dan diberi ganjaran oleh Allah atas segala pengorbanan mak selama ini.. dari dulu sampai sekarang.. dari menjaga kami 11 adik beradik dari kecil hingga besar, menjaga bak, dan hingga kini menjaga tok pula... semoga Allah beri ganjaran atas segala perit jerih mak selama ini... amin...

Namun pada 27 nov juga kami menerima berita yang amat mengejutkan. Cik Sam jiran sebelah rumah kg telah meninggal akibat kemalangan. Terkejut sangat, semoga Cik Bat tabah menerima kehilangan ini.. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas roh allahyarham Cik Sam. Amin...

Karnival Sutera Prihatin

Alhamdulillah pada 27 Nov yang lepas, telah diadakan Karnival Sutera Prihatin di padang bola Tmn Sutera. Objektif karnival ini adalah untuk mengutip dana untuk disalurkan sebagai sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Taman Sutera ini bagi menghadapi sessi persekolahan yang baru tahun hadapan.

Mama dan kawan-kawan buka booth jual aiskrim, buah-buahan potong, t-shirt muslimah, kerepek, cupcakes.. hehe banyak pulak benda dijualnya. Memang la banyak tapi yang banyak laku mestilah aiskrim. Oh bukan mudah rupanya jual aiskrim ni. Nak cedok pun terkial-kial heheh. tapi lama-lama ok je. Yang expert mama dan k malina lah..

Waktu pagi cuaca memang cun. Orang nampak ramai juga. Memang banyak gerai - ada jual nasi dagang, ice blended, charkuewtiow, roti john, burger, air, waffle, buku, accessories, rojak buah, potato spring, nugget, hotdog, air kelapa shake, takaful, kereta mitsubishi pun ada! yang lain-lain ialah garage sale, menunggang kuda, memanah, go kart, teka kacang, gelongsor belon, pertandingan futsal..

meriah.. meriah...

Tapi bila dalam pukul 3 macam tu, langit dah mula gelap. Tak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. Tak reda-reda pulak hujan sampai dah pukul 5. Ramai yang terperangkap dalam khemah. Hujan lebat dan berangin menyebabkan air hujan tempias sampai ke khemah.. Habis basah semua. Padang pula dah mula banjir. Akhirnya memang kami terperangkap dalam banjir. Pukul 5 lebih baru reda sikit tapi masa tu semua dah basah... huhu.. Haa... barulah merasa susah senangnya orang meniaga kan. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Nasib baik masa tu budak-budak semua dah balik rumah.

Alhamdulillah walaupun petangnya hujan lebat, tapi karnival berjalan lancar sebelum tu. Dengar-dengarnya banyak juga dana dapat dikumpulkan. Insya allah semoga ianya dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Eh ni jual aiskrim ke buat mende? Tolong-tolong pendaftaran pasti hhehee



December 01, 2010

Percutian di Legend International Water Home, Port Dickson

Asalnya kami bercadang hendak ke Cherating. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kami telah mengubah haluan kami ke Port Dickson.

Pada mulanya agak menyesal juga. Apatahlagi sampai-sampai saje terus ke Ostrich Farm yang tak berapa ada apa-apa. Kemudian dapat laporan cuaca di Kemaman (hampir dengan Cherating) 'bright and sunny'. Namun bila masuk hotel, terubat sungguh keterkilanan itu. Hehe bukan tak tau dalam bilik ada swimming pool tapi bila dah berada di situ barulah dapat appreciate betul.

PD Ostrich Farm rasanya macam tempat tu tak terpelihara sangat. Ostrich pun nampak kusam. Mula-mula budak-budak excited nak naik ostrich tapi bila tengok macam tak lalu je. Bulu pun tinggal sikit hehe. Anyway seronok juga la. Selain tu ada juga binatang lain - kambing, rabbit, beruk, monyet, iguana, ayam.. ala-ala mini farm la..





Kami pilih Legend International Water Homes adalah kerana mama. Sebab ada indoor swimming pool so percutian ini lebih kepada memenuhi kehendak mama. Barulah boleh berendam (berenang) sepuasnya tanpa perlu fikir segan kat orang. heheh..

Tapi nampaknya semua orang memang enjoy. Luqman, Humaira, Maisara pun terus pandai berenang. Mama pun rasanya tak pandai berenang tapi tiba-tiba pandai pulak. cewah. Cuma mungkin imran dan raihana tak berapa nak enjoy sebab kolam agak dalam (4 feet) so diorang boleh main kat tangga je. Atau duduk atas pelampung.




Ada juga swimming pool kat luar, kat sini baru imran dan raihana enjoy sikit. Tapi abang dan kakak tak puas la main.



Kami pergi juga ke pantai Port Dickson. Mula-mula seronok, tak lama kemudian tiba-tiba banyak pulak siput kat tepi pantai tu. Budak-budak geli... Dan imran pun mula garu sana garu sini. Tak pernah-pernah main air budak-budak ajak balik cepat. Hmmm..mesti teringat swimming pool dalam bilik tu... Yelah pantai PD taklah sebersih dan secantik pantai kat pantai timur kan. Tapi dapatlah mama buat sand castle...










Puas jugalah 2 malam kat sana. In terms of rates memang agak mahal tapi boleh dapat murah sikit bila book melalui Internet HotDeal (walaupun still agak mahal juga). Bilik besar 2 king beds. Separate kitchenette and bathroom.





Best Best Best!

Tapi next time nak pegi jugak la cherating ke terengganu ker....

One step, two steps.....

Tarik nafas panjang-panjang...
take one thing at a time..
take one step at a time...

November 11, 2010

Hujung tahun

Hujung tahun ni memang agak sibuk.
Minggu lepas ihtifal Luqman, Humaira, Maisara.
Weekend ni konvokesyen Imran.
Minggu depan cuti Raya Haji
Lepas tu nak pegi Cuti-cuti Malaysia
Lepas tu banyak juga event kat Taman Sutera.. Kelas roti, ban, pizza, program UMi, Karnival Sutera Prihatin, Bowling d'Sutera, Sunathon, Kelas menjahit baju kurung...
Ada pulak Reunion Dinner - 15th year STF915
Kenduri kahwin Nazirah
Task-task lain - kena completekan 360degrees yang 10 orang punye tu, kena completekan e-learning for Business Ethique, oh insya allah ada makan-makan potluck kat opis nanti kena pikir nak bawak apa, tolong PCTS setup PASTI....

oh banyaknya bende yang berlaku di hujung tahun! nampaknya lagi cepat la masa berlalu.. lagi cepatlah usia meningkat, lagi pendek lah umur yang tinggal..

adakah kita bersedia??

November 08, 2010

Majlis Ihtifal SERI/SEMI ABIM Sg Ramal 2010

 Tahniah kepada Luqman, Humaira & Maisara atas kejayaan cemerlang dalam pelajaran tahun ini. Alhamdulillah.. Maisara dapat no. 1 dalam kelas dan terbaik subjek Al-Quran. Humaira dapat no. 1 dalam kelas dan terbaik subjek Bahasa Arab. Luqman pula dapat terbaik subjek Matematik. Dalam kelas dapat no. 7 alhamdulillah syukur juga walaupun tak ada hadiah untuk no. 7. Heheh.. Tapi masa majlis tu yang nampak sangat gembira dan excited ialah Luqman. Lihatlah gambar Luqman yang tak henti-henti tersengih.. heheh...


Humaira bersama classmate no 2, 3
 
Maisara bersama classmate no 2, 3


 
Amni, classmate luqman, anak jiran sebelah
Dapat no. 2.
 



Semoga terus cemerlang di masa hadapan... Mama sentiasa doakan semua.. Insya allah...

November 02, 2010

dah lama tak update blog

apa nak cerita?
buntu..
ubuntu?
ibuntu..

sebab tu lah dah lama tak update blog...
bila nak update inilah jadinya...

buntu...

chase + themes ni memang membuntukan....

October 25, 2010

Subhanallah... Maha Suci Allah...

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك
ندعوك ونرجوا غفرانك

As I traveled through the earth
I can't help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground

Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك
ندعوك ونرجوا غفرانك

جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك
ندعوك ونرجوا غفرانك

سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك
ندعوك ونرجوا غفرانك

p/s- dengar lagu ni pun boleh menangis.... apa maknanya? Maknanya malu dengan batu, pokok, burung, pasir, awan, laut, semut, air hujan yang tak henti-henti berzikir dan memuji Allah... Kita macamana??

October 12, 2010

Bila rasa buhsan...

Bila rasa buhsan, saya suka....

- minum ice blended cappucino
- minum sarsi
- makan jajan
- jalan-jalan windows shopping
- tidur

semalam saya minum ice blended cappucino..
sekarang saya sedang minum sarsi sambil makan mister potato..
sebelum lunch tadi saya dah take a nap...
lepas solat zuhur, saya nap lagi sekejap...
nak pegi shopping, last week dah banyak berjalan dah...

------------------------------------
lately ni asyik nak tidur je rasanya..
kat rumah nak tidur..
kat kereta nak tidur..
kat opis pun nak tidur..
tengah meeting pun boleh tertidur...(horrornyaa...)..
badan pun cepat penat..
kaki pun cepat lenguh..
jamu pun dah tak dapat selamatkan keadaan ini..
adakah??
oh.. tak mungkin....

October 08, 2010

Travelog Cinta Abadi

Mama baru sahaja menghabiskan buku Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu. Penulisnya Roza Roslan. Beliau ialah isteri kepada Prof Kamil, penulis buku Travelog Haji. Maka tidak hairanlah sekiranya bau-bau/aura-aura cara penulisan mereka agak ada persamaan - ringkas, padat. Cuma tetap ada kelainan apabila ia datang daripada seorang penulis wanita, ia memang banyak menyelitkan kisah-kisah berkaitan perasaan.

Apa yang mama suka tentang buku ini ialah ianya banyak mengimbau kembali kenangan mama sendiri. Saya boleh relatekan apa yang ditulis dengan cerita saya sendiri! Rasanya kalau boleh komen setiap bab tu mama pun rasa nak komen dan kongsi pengalaman mama sendiri. Bab-bab seperti kasut getah, buah koko, lampu gasolin, petai, banjir, buku nyanyian - i feel so nostalgic!

Kasut getah
Kasut ini bukan mama yang pakai untuk pergi sekolah, tapi bak guna untuk pergi ke kebun. Dan memang ada kawan-kawan yang pakai kasut getah untuk pegi sekolah. Berlainan dengan mama, mama ada cerita tersendiri tentang kasut sekolah. Apabila tiba awal tahun, kami akan dapat sorang sepasang kasut. Dan kasut itu akan kami gunakan hinggalah hujung tahun. Dan selalunya kalau dah sampai ke pertengahan tahun, kasut kami sudah mula berlubang di bahagian ibu jari, hingga terkeluarlah ibu jari!! Apa taknya, kasut itulah untuk segalanya - sekolah pagi, sekolah petang, sukan, pengakap - semua kasut itu. Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Kalau tak tahan, kami jahit sahaja bahagian yang berlubang itu. Bila dah sampai tahun baru, lega rasanya dapat kasut baru.

Buah koko
Dulu kebun bak hasil utamanya ialah kopi, kelapa dan koko. Tapi mungkin tak berapa banyak pokok koko. Yang lebih banyak ialah kopi. Apabila tiba musim kopi, kami sekeluarga akan berbondong-bondong ke kebun untuk memetik kopi. Ah berbondong-bondong pun paling ramai 5 orang je sebab naik vespa. Setiap orang akan dibekalkan dengan sebiji tong yang bak sudah modifykan untuk mengisi buah2 kopi. Kalau ramai-ramai tolong, setengah hari dah boleh dapat 1-2 kantong. Lepas itu kami akan jual dengan tokey kopi di Parit Maimon. Tapi kini pokok kopi dah digantikan dengan kelapa sawit. Duit kopi inilah yang membantu bak membesarkan kami 11 adik beradik. Nak harapkan gaji cikgu saja mungkin tak berapa nak cukup. Jadi setiap hujung minggu memang kami selalu kena tolong bak petik kopi. Hehe cerita koko dah jadi kopi...

Lampu gasolin
Alhamdulillah sejak mama lahir lagi memang dah ada elektrik. Tapi lampu gasolin tetap ada sebagai backup. Rasanya dulu macam selalu je takde elektrik. Oh dulu rasanya mama pun pandai hidupkan lampu gas ni! Masukkan minyak tanah, pam sampai naik gas dia, kemudian cucuh api (eh ke cucuh api dulu pastu baru pam???). Isy dah lupa dah. Tapi rasa boleh tahan juga terangnya lampu gas ni.. Namun sampai satu ketika tu lampu gas ni rosak. Jadi kami terpaksa gunakan lampu pelita. Tiba pulak masa tu masa exam. Jadi kami adik-beradik akan mengelilingi lampu pelita dengan buku masing-masing untuk ulangkaji. Disebabkan kami perlukan pencahayaan yang lebih, kami panjangkan sumbu pelita tu supaya apinya besar. Esok pagi bila mahu ke sekolah, kami semua tergelak besar tengok hidung masing-masing. Semuanya hitam! Terutamanya Raha!! hahhaha.. mungkin sebab lubang hidung dia besar sikit daripada kami yang lain maka dialah yang menyedut jelaga lampu pelita malam tadi yang paling banyak!! hehhehe... Memang tak dapat dilupakan...

Petai
Ditulis situ petai rambai. Sebenarnya mama pun tak tau namanya petai rambai. Tapi memang dia bukan petai yang letak dalam sambal petai tu. Saiznya lebih kecil dan halus. Baunya taklah sehebat petai biasa tu. Kami memang suka makan petai ni. Lepas habis isinya dimakan, kulitnya boleh dibuat muzik. "Kelepek, kelepek" bunyinya. Ada lagi pokok petai kecik ni kat tepi rumah kampung. Tapi tak ada siapa yang pedulikan lagi. Buah-buahnya kering sendiri. Rasanya bila balik kampung lagi mama nak cari balik la petai ni.

Banjir
Dulu rumah kami memang agak rendah. Bila hujan lebat sikit air akan masuk bahagian bawah rumah. Nasib baik rumah kami ada 2 level. Biasalah rumah kampung. Apabila air naik, tikar getah akan digulung, kerusi-kerusi akan disusun dari dapur ke tangga ke rumah bahagian atas. Masak kat dapur pun atas kerusi! Alim akan buat rakit menggunakan tin-tin biskut yang diikat dengan tali. Dan kami akan berdayung keliling rumah. Seronoknya bila teringat balik. Tapi bila banjir hampir surut, masa ni la yang paling tak best. Sebab air banjir dah mula berkeladak. Dan cacing!!!! Ia berada di mana-mana!! Satu lagi dulu kami pantang hujan lebat. Kami akan merayu-rayu dengan mak untuk main hujan. Bila dah dapat greenlight, bersorak gembiralah kami dapat main hujan. Tapi yang peliknya tak pulak demam lepas main hujan tu ye...

Wah rasanya mama pun boleh buat satu buku sendiri lah. Kalau mama buat agak-agak kena saman tak sebab tiru konsep dia?? hehhehe...

Ah syoknya bercerita nostalgia masa kecik....

October 07, 2010

Iman

Iman manusia ini memang ada turun dan naiknya. Pada satu ketika kita rasa sangat rapat dengan Allah. Dan satu ketika yang lain kadang-kadang kita terlupakan Allah. Bila kita selalu mendekatkan diri dengan Allah - selalu berzikir, berdoa, membaca alquran, akan terasalah kemanisan iman itu. Tapi apabila kita mula sibuk dengan kerjaya, dengan keluarga hingga tak sempat melakukan amalan-amalan khusus, ataupun ketika sampainya "that time of the month" bagi wanita-wanita, maka sedikit demi sedikit kemanisan itu akan luntur. Apabila tersedar dari lamunan, kita giatkan kembali amalan-amalan itu maka keimanan kita akan meningkat kembali.

Begitulah silih berganti. Itulah namanya insan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuhanku.. Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku... Maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku.. Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku... Maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


-Damba CintaMu by Raihan-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

October 06, 2010

Birthdays

Wah banyaknya birthday anak-anak mama yang tak sempat nak dicoretkan disini.

Bday Humaira Maisara 12 Sept. Sambut kat kampung masa raya hari tu. Siap barbeque lagi. Hari tu kami bawakan pembuat kek terkenal dari Tawau untuk buatkan kek. Tapi kek ni pun share dengan bday girls lain yang dekat-dekat. Last-last jadi kek untuk 5 orang..

Hiasan keknya pun superb!! suka bebenor diorang tu....

Tak lama selepas itu hari jadi Raihana pula. Anak Malaysia lahir 16 September. Walaupun dah share kek dengan kakak hari tu, tapi kami celebrate juga bila sampai harinya. Tapi biasalah simple-simple je. Kek pun kiut je...


Raihana dapat apa? Teddy bear??

Hari ni 6 October hari jadi Imran. Mama memang dari hari tu dah janji nak buatkan kek untuk imran bawak pegi sekolah makan dengan kawan-kawan. Semua bahan mama dah beli dah. Tapi malam tadi Raihana tak sihat. Mula-mula sakit mulut, lepas tu tiba-tiba sakit telinga pulak. Dah memerap je mama tak boleh nak buat pape. Semua kerja terbengkalai. Tak iron baju, tak lipat baju, yg penting dah janji dengan imran nak buat kek dia.. tapi by the time raihana tidur mama pun terus flat. Apa taknya petang tu half day dok round ikea, carrefour hehehe. Cakap kat imran kek imran mama buat hari khamis la.. tapi dia macam tak terima pulak. Akhirnya terpaksa la mama bangun pukul 5 pagi tadi untuk iron baju dan buat kek imran. Pukul 7.30 baru siap kek siap dengan topping semua. itu pun kire ringkas habis la. sebenarnya mama dah plan nak hias-hias. siap beli nozzle baru dah. Tapi nampaknya belum ada rezeki lagi...
Mama tanya imran, "Imran nampak tak nama imran ni?" Imran jawab, "Tak nampak pon" hahha... nasib la imran. Dah lambat dah ni mama ngan ayah nak pegi kerja. Hari ni Imran dapat baju Ben10. Terus masuk dalam beg dia bawak pegi sekolah.

Bila nak angkat raihana, nampak telinga dia berair.. Laa... camne ni. Kena bawak pegi klinik la.. So here I am today at home jaga raihana...

Semoga anak-anak kami semua menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin...

September 23, 2010

UMi Aidilfitri

Pada hari Ahad ini bersamaan 26 Sept 2010 akan berlangsunglah UMi versi Aidilfitri yang akan diadakan di Surau Taman Sutera bermula jam 10pagi. Antara agenda menarik ialah Tazkirah dari Ustazah Radiah, Penyampaian saguhati kepada peserta tadarus, Penyampaian duit raya kepada anak-anak dan Jamuan Raya!. Antara menu menarik ialah Ketupat Rendang dan potluck dari ibu2/wanita2 sutera mesti gempak punyelah seperti biasa.. Kita akan cuba buat majlis ini seringkas mungkin (contoh tazkirah setengah jam je tak macam selalu 1 jam), supaya cepat kita boleh menjamu selera hehhe... sebenarnya kita maklum dengan kesibukan masing-masing mesti banyak open house nak pegi kan? insya allah kita target pukul 11 kita dah boleh menjamu selera. so geng-geng semua boleh la budget2 masa ye susun jadual beraya untuk weekends nih... jangan lupa masukkan sekali UMi Aidilfitri dalam jadual anda ye!!

Datang! Jangan tak datang!